Quantcast
Channel: Eintan Nurfuzie
Viewing all 1599 articles
Browse latest View live

Percubaan Pertama Menggunakan Air Fryer Riino Beli di CJ Wow Shop

$
0
0
Percubaan Pertama Menggunakan Air Fryer Riino Beli di CJ Wow Shop | Air Fryer Riino  Air Fryer Riino  Air Fryer Riino  Air Fryer Riino. Cik en beli  Air Fryer Riino ini pun disebabkan ter... Tertengok di CJ Wow Shop, tertarik.. tercari di google.. terinstall apps CJ Wow Shop.. tercari  Air Fryer Riino ini.. terorder.. dan barang pun sampai depan mata dan terpaksa bayar. Hahahha. Berapa banyak ter pun cik en tak pasti tapi lepas menggunakan kali pertama so far its okey for me. Memudahkan dan dapat hasilkan makanan yang tanpa minyak. 


CJ Wow Shop jual  Air Fryer Riino ini dengan harga RM 249. Dapat  Air Fryer Riino ,food container, pisau 3 jenis, pengupas kulit dan buku resepi serta beg CJ Wow Shop by Yana Samsudin. Cik en gunakan  Air Fryer Riino ini selepas seminggu sebab cik en kesibukan yang amat sangat. Ini pun asalnya nak masak sebab abah cik en nak mai rumah sewa. Alih alih tak jadi pula dia mai sebab tarikh medical checkup dia di Hospital Seri Manjung rupanya 21 haribulan Mei dan bukannya 2 haribulan Mei. Jadi cik en pun ber hu hu habiskan ayam panggang cik en ini. Hahahha







Atas ini kesemua barangan yang cik en dapat hasil pembelian melalui CJ Wow Shop. Kalau diikutkan harga  Air Fryer Riino ini RM 450 di pasaran tapi dengan CJ Wow Shop separuh daripada itu include dengan gift. 

Berbalik kepada menu cik en masak tadi. Cik en masak seekor ayam yang dah marinated. Dan nampaknya kesalahan cik en ada 3. Suhu yang rendah, timer yang salah dan cik en tak belahkan dua ayam itu. Jadi 2 kali la cik en masak. Huhuhu





Cik en tak gunakan setitis minyak pun dan nampak shinning itu adalah dari lemak ayam itu sendiri. So far masak kali kedua ini buat isi dalam lebih masak dari yang pertama. Lepas itu bunyi Air Fryer Riino ini tak terlalu kuat. Cuma ada bau hangit sikit. Mungkin masih baru kot. Lepas ini cik en akan share menu menu lain dari Air Fryer Riino di Instgram dan facebook cik en.

Air Fryer Riino ini boleh digunakan untuk memasak 
  1. Potatoes & Fries
  2. Ayam & Daging
  3. Snack macam nugget
  4. Baking macam kek atau muffins
Range suhu dari 80 hingga 200 darjah celcius dan timer dari 0 minit ke 30 minit. Kebesaran adalah 3.2 liter. 



Ini detail Air Fryer Riino dari CJ Wow Shop


Kalau korang berminat boleh la order di Air Fryer Riino CJ Wow Shop  . Dah nampak dah menu apa nak di masak waktu berbuka di bulan Ramadan nanti. Salah satunya Ayam Percik Bakar menggunakan Air Fryer Riino ini. Bagi cik en, berbaloi la beli di CJ Wow Shop ini. 

Lepak Dataran Ipoh

$
0
0
Lepak Dataran Ipoh | Lama tak keluarkan ayat "wei, jom lepak dataran malam ini". Kalau dulu zaman muda muda di Ipoh, sememangnya tiap malam duk bertenggek kat Dataran Ipoh itu. Yang mana budak budak Ipoh mesti tau kat mana terletaknya Dataran Ipoh tapi kalau korang bukan orang Ipoh ini tak la berapa tahu sangat kan? Dataran Ipoh ini terletak di depan bangunan Dewan Bandaraya Ipoh. Berhampiran juga dengan Ipoh Parade, Bangunan Persekutuan Perak dan Greentown. 


Cik en pelajar Politeknik Ungku Omar bermula tahun 2006 hingga 2009 dan stay bekerja di Ipoh sehingga tahun 2010. 2011 cik en berpindah ke daerah Manjung Perak sebab posting selepas kursus induksi sehingga la sekarang. Dalam menjadi budak Ipoh masa itu, Dataran Ipoh menjadi port paling kerap cik en melepak selain Padang Polo Ipoh. Zaman muda kan? Dating pun kat sini. Dan baru baru ini selepas beberapa tahun tak jejak kaki di Dataran Ipoh, cik en sampai juga dan nampaknya aktiviti melepak masih berjalan sama masa zaman cik en dulu. Cuma cik en teruja ada signboard Ipoh di tepi stage. Apa lagi, cik en terus la ambik gambar buat kenangan. Kekononya la. Hahaha. 


Selain dari port lepak ini, Dataran Ipoh dikenali sebagi port makan makan juga. Port makan ini dibelakang tempat cik en ambik gambar. Selain itu padang Dataran Ipoh ini selalu ada program  atau event seperti Jom Heboh dan sebagainya. Boleh nak dikatakan juga la yang Dataran Ipoh adalah titik tengah pekan Ipoh


Kalau nak dikenangkan apa cik en buat dulu masa melepak kat Dataran Ipoh memang mengamit nostalgia la. Nak cerita pun malu aihhh. Hahhaha. Apa apa pun ianya menjadi sejarah. Nasib juga la cik en tak jumpa balik markha lama cik en kat sini. Hahha. Kalau jumpa mau lari tak cukup tanah. Hahahah


Sebelum cik en ke Dataran Ipoh ini, kami baru selesai makan di Mat Periuk Cafe. Dah alang alang itu, apa kata baca entri food review Menu Western Mat Periuk Cafe Ipoh Tak Pernah Mengecewakan 

Nasib Ada Klinik 1Malaysia

$
0
0
Nasib Ada Klinik 1Malaysia | Cik en dah lama tak ke Klinik Kesihatan atau Hospital Kerajaan untuk menerima rawatan yang biasa macam demam, batuk atau selsema semenjak ada Klinik 1Malaysia ini. Sebabnya cik en sejenis yang tak suka nak menunggu lama lama di satu tempat. Cik en rasa macam membazir sangat masa menunggu itu. Pernah dulu cik en demam dan pergi ke klinik kesihatan di kawasan cik en, tunggu dekat 3 jam dan akhirnya demam cik en kebah sendiri. hahahha. Bila adanya Klinik 1Malaysia ini, cik en rasa lebih senang dan selalunya Klinik 1Malaysia ini tak banyak pesakit macam klinik kesihatan yang lain, suasana tenang dan semestinya bayarannya murah sama macam Klinik Kesihatan dan Hospital Kerajaan yang lain. Selesai terima rawatan dah boleh balik dan berehat di rumah. 


Nasib Ada Klinik 1Malaysia


Walaupun Klinik 1Malaysia ini tak selengkap yang lain tapi untuk kes kes biasa ianya sangat membantu klinik kesihatan dan hospital kerajaan yang lain. Kita pun sedia maklum, di klinik kesihatan dan hospital, ramai sangat orang yang perlu menerima rawatan ringan dan berat. Bila diasingkan rawatan ringan di Klinik 1Malaysia dan rawatan lebih berat di klinik kesihatan dan hospital kerajaan nampak la kurang sikit sibuk. Setakat demam dan selsema tapi perlu habiskan masa menunggu cik en rasa ianya merugikan. Baik cik en mengadap blog dan siapkan kerja kerja.

Kalau korang ingat lagi kisah cik en dulu, Kisah Sepandai Pandai Mengelak Digigit, Akhirnya Digigit Juga Hari ini , cik en ke Klinik 1 Malaysia . Masa itu pukul 5.30 petang dan petang klinik kesihatan dan hospital kerajaan mana yang buka kan? Hanya Klinik 1Malaysia yang masih buka. Selalunya pergi mesti tak ramai pesakit yang menunggu, lepas saja daftar terus di panggil pengawai yang bertugas. Staf yang ramah dan siap offer nak jahit tapi cik en tolak sebab tak besar mana pun (hakikat takut sebenarnya). Cik en pun dapatkan suntikan anti tetanus pon di Klinik 1Malaysia

Ada juga kes cik en demam teruk dan terus ke Klinik 1Malaysia. Cik en kena drip air sebab dah dehydrated. Ubatan yang cik en dapat mungkin tiada antibiotik tapi dah cukup buat cik en kebah dalam sehari dua selepas itu. Daripada sebelum itu cik en ke klinik swasta, check ala kadar, doktor tak senyum pun, ubat pun 1 saja dan menjangkau ratusan ringgit kena bayar. Nak kata sihat tidak juga, cik en tetap sakit sebab tu terus ke Klinik 1Malaysia. Yang Klinik 1Malaysia ini kena injection, ubatan sampai 10 jenis macam baru bayar RM 1. Esok terus kebah sakitnya. 


Di Malaysia ada 361 buah Klinik 1Malaysia meliputi Sabah dan Sarawak. Ianya dibina di kawasan yang strategik berdekatan dengan kawasan perumahan. Antara perkhidmatan yang disediakan oleh Klinik 1Malaysia adalah perkhidmatan rawatan ringan seperti batuk, demam, selsema, rawatan susulan kes pesakit kronik yang stabil termasuklah penyakit kencing manis, darah tinggi dan prosedur rawatan ringan seperti mencuci luka dan buka jahitan serta juga perkhidmatan ujian makmal seperti ujian air kencing, ujian HIV dan ujian tibi. Beroperasi dari 10 pagi hingga 10 malam termasuk hari cuti sabtu ahad dan cuti umum. Beroperasi selama 12 jam dari 10 pagi hingga 10 malam. Cas dikenakan sama macam klinik dan hospital iaitu RM 1 dan percuma untuk warga emas. Walaupun dikendalikan oleh jururawat dan pembantu hospital tapi tetap dipantau oleh Jabatan Kesihatan memastikan bekalan ubat dan kemudahan mencukupi.

Klinik 1Malaysia bukan saja ada di kawasan luar bandar sahaja, ianya pun ada di kawasan bandar terutama di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga. Walaupun orang kata bandar ini ramai orang senang tapi hakikatnya masih ada yang kurang kemampuan. Dengan adanya Klinik 1Malaysia ini, akan dapat membantu golongan kurang kemampuan. Antara Klinik 1Malaysia yang ada di sekitar Kuala Lumpur adalah di :

  1. Klinik 1Malaysia Desa Rejang
  2. Klinik 1Malaysia Intan Baiduri
  3. Klinik 1Malaysia PPR Perkasa
  4. Klinik 1Malaysia Taman Melati / Pusat Komuniti Gombak
  5. Klinik 1Malaysia Kerinchi
  6. Klinik 1Malaysia Desa Tun Razak
  7. Klinik 1Malaysia PPR Muhibbah
  8. Klinik 1Malaysia Segambut
  9. Klinik 1Malaysia PPR Seri Alam
  10. Klinik 1Malaysia Flat Danau KotaF
  11. Klinik 1Malaysia Terminal Bersepadu Selatan
  12. Klinik 1Malaysia Alam Damai
  13. Klinik 1Malaysia Suria Magna
  14. Klinik 1Malaysia Kuchai 
  15. Klinik 1Malaysia Hang Tuah
  16. Klinik 1Malaysia UTC Pudu Sentral
  17. Klinik 1Malaysia Sungai Mulia
  18. Klinik 1Malaysia Seri Semarak
Klinik 1Malaysia di Kuala Lumpur ini adalah inisiatif Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Dan seharusnya kita kena guna sepenuhnya kemudahan yang disediakan. Jadi mana yang tak tahu itu, korang boleh semak Klinik 1Malaysia di tempat korang. Banyak kemudahan yang boleh korang gunakan.


Sebenarnya untung kita ini. Di negara lain, tak banyak klinik klinik kecil untuk penduduk mereka. Di malaysia, bab perubatan, klinik dan hospital memang diberi keutamaan yang tinggi. Banyak kemudahan kita dapat dengan bayaran sangat rendah. Hope Klinik 1 Malaysia ini akan sentiasa ada untuk membantu golongan yang memerlukan. Dimana ada Klinik 1 Malaysia ini? Korang boleh baca di Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia 

Alhamdulillah, Berakhirnya Kesibukan Cik EN

$
0
0
Alhamdulillah, Berakhirnya Kesibukan Cik EN | Entri ringkas dari cik en kali ini. Mungkin ada yang perasan cik en jarang bersiaran di udara untuk 3 bulan ini. Atau korang sendiri tak perasaan kehilangan cik en ini. Hahahha. Terabai juga la job di blog dan akhirya cik en dah mula kurang sibuk bermula Isnin ini lepas part time berakhir hujung minggu ini. Nak story pun panjang dan ada yang tak sesuai cik en kongsi dengan korang. Cukup cik en nak beritahu dalam 3 bulan ini cik en buat kerja part time, pindah rumah, buat kerja kesatuan, kerja hakiki cik en dan beberapa kerja tambahan yang lain. Boleh dikatakan dari jam 8 pagi hingga 10 malam cik en bekerja. Dari hari isnin sehingga ahad. Tiada cuti dan tiada rehat yang panjang. Belum ditambah overtime untuk blog di tengah malam. Cik sendiri tak sempat nak bermanja muka dan badan. 


Tapi Alhamdulillah, rezeki cik en 3 bulan ini sangat sangat murah. Boleh la buat simpanan untuk travel cik en bulan September dan Disember. Kemasukan rumah baru cik en Insyallah bulan Disember dan potongan gaji untuk rumah baru bermula Ogos ini. Diharap lepas ini cik en akan selalu murah rezeki macam sekarang dan diharap juga lekatlah cepat jodoh cik en. Hihihi 

Cik en harap juga boleh tumpukan pada job blog lepas ini. Nak buat comeback balik untuk naikkan balik rating www.nurfuzie.com ini. Walaupun sepanjang sibuk PV dan UV still mantain tapi cik en perlu jaga juga media sosial cik en yang lain. Dah lama juga tak travel untuk blog. Hope ada la yang sudi invite cik en ke mana mana program blogger. 

Plastik Wangi Tesco

$
0
0
Plastik Wangi Tesco | Pernah tak korang jumpa plastik wangi yang dijual di Tesco atau pasaraya yang lain? Kalau ada yang guna Plastik Wangi Tesco ini mesti nak letak pampers anak, sisa makanan, poo dan pee kucing dan apa apa sampah berbau busuk kan? Cik en pun baru gunakan Plastik Wangi Tesco untuk letak sampah di rumah ini selain buang poo dan pee si peah ini. Semenjak duduk rumah baru, peah agak terhad nak keluar disebabkan sebelah rumah ini ada anjing yang garang dan tak sukakan kucing macam cik en story kat Nak Keluar Sangat Kan? Keluar La Lagi, Kena Gigit Anjing Baru Tau! . Jadi cik en perlu sediakan pasir kucing dan bersihkan setiap hari. Kalau setakat 2 3 ketul je bahan buangan peah takkan nak sekali guna plastik dan nak buang? Kalau di biarkan nanti berbau pula rumah ini. So cik en pun gunakan lah Plastik Wangi Tesco ini. 

Plastik Wangi Tesco
Plastik Wangi Tesco

Plastik Wangi Tesco


Plastik Wangi Tesco ini kalau tak silap ada 4 jenis wangian dan 2 jenis saiz. Seingat cik en ada bau lemon, beries, epal dan vanila. Seingat la sebab cik en pun dah lupa. Saiz pula ada yang kecik dan besar 

Dan Plastik Wangi Tesco ini cik en baru jumpa di Tesco je. Tempat lain tak jumpa lagi. Korang pernah ke beli Plastik Wangi ini kat tempat lain selain tesco? 

Kalau ada korang komen la nanti cik en nak try cari kat tempat korang katakan tu. 

Bau Plastik Wangi Tesco dia agak kuat juga sesuai la kalau korang nak letak sampah yang berbau dan kalau korang biarkan dalam sehari dua cik en tak dapat nak bau kuat dah wangian itu. Tapi kira ok la kan? still ada bau wangi cuma tak sekuat masa mula mula keluar plastik. 

Mesti ada kata, "I pakai bekas plastik beli barang je.. Jimat" Hahahha, cik en pun kalau setakat sampah tak berbau cik en pakai je bekas plastik beli barang itu. Macam cik en kata awal awal tadi, cik en guna Plastik Wangi Tesco untuk sampah berbau je. 

Cik en kan sibuk, bila sibuk ini kadang kadang ada juga sampai 1 hari itu tak masuk pun dapur. Untuk kekalkan kesegaran dapur tu, cik en gunakan Plastik Wangi Tesco atau Tesco Scented Garbage Bag ini untuk masa masa tertentu. 

Ini detail yang korang boleh cari di Tesco atau Tesco Online 

Tesco Scented Garbage Bag @ Plastik Wangi Tesco
Kecil (S) - 18x20 (50 keping) 
Sederhana (M) - 24x28 (25 keping)
Harga : RM5.99
Rak plastik sampah

Jom Pi Pasar Bantu Golongan Kurang Kemampuan

$
0
0
Jom Pi Pasar Bantu Golongan Kurang Kemampuan | "Jom Pi Pasar along" Cepat aje cik en bersiap bila mak cik en ajak cik en pi pasar. Entahla dari dulu lagi cik en suka pergi pasar. Tak kisahlah pasar pagi ke, pasar petang ke atau pasar malam. Sebabnya akan ada pelbagai barangan dijual. Dari barangan basah hingga kering. Dari keperluan dapur ke peribadi. Kalau dulu bawa RM 10 akan ada 10 beg plastik cik en jinjing. Sekarang dengan kos sara hidup yang tinggi, RM10 itu tak mampu nak beli apa apa. Ikan pun dah nilai berbelas belas ringit. Tapi dok dengar cerita yang Kuala Lumpur ada program Jom Pi Pasar . Program Jom Pi Pasar yang katanya bermula tahun lepas menyasarkan pasar di sekitar Kuala Lumpur dengan memberi kupon RM 20 dan sedikit barangan dapur. Korang tau tak ada program Jom Pi Pasar ini? Lagi lagi yang duduk di kawasan Kuala Lumpur tu?

Jom Pi Pasar Bantu Golongan Kurang Kemampuan

Tujuan program Jom Pi Pasar ini adalah satu inisiatif membantu golongan yang memerlukan. Menerusi program Jom Pi Pasar ini, seramai 150 ke 300 pengunjung di pasar terpilih akan menerima kupon RM 20 untuk pembelian barangan keperluan. Program Jom Pi Pasar Bantu Golongan Kurang Kemampuan ini bermula semenjak April 2017 rupanya. Dah masuk 2018 baru cik en tahu ada program sebegini di Kuala Lumpur. Antara yang cik en tahu, ada beberapa pihak yang terlibat dalam program Jom Pi Pasar ini seperti FAMA, KPDNKK, LKIM, Econsave dan lain lain lagi. 

Selain daripada itu yang cik en nampak, bila ada program Jom Pi Pasar ini, ianya dapat mendorong para peniaga menurunkan harga di pasaran. Bila dah orang tertentu turun ke pasar ini, akan ada penambahbaikan seperti bekalan stok di pasar, pengawalan harga jualan, barangan yang berkualiti dan masalah masalah yang lain dari pengunjung pasar kan? Apa apa pun cik en setuju dengan adanya program sebegini. 


Program Jom Pi Pasar ini merupakan salah satu lagi inisiatif Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam memahami keperitan golongan kurang kemampuan di kawasan Kuala Lumpur. Bagus gak ada yang prihatin dengan keadaan ekonomi keluarga yang kurang kemampuan ini. Makanan merupakan keperluan asas. Mungkin dengan program Jom Pi Pasar ini dapat memberi lebihan sedikit terhadap menu keluarga ini. Mesti anak anak yang biasa makan telur boleh merasa ikan atau ayam. Isk, kalau cik en mampu, cik en akan bantu mereka dengan berikan makanan asas ini. Tapi apakan daya kan, cik en tak mampu. Bila ada dengar DBKL sediakan program Jom Pi Pasar ini, cik en rasa lega sebab ada yang sudi membantu mereka.

Diharap akan ada penambahbaikan dari masa ke semasa program Jom Pi Pasar ini seperti menaikkan nilai kupon yang sedia ada itu. Sebabnya kos sara diri semakin lama semakin tinggi. Mungkin nilai itu dapat membantu masa kini tapi untuk jangka masa akan datang ianya semakin tak releven. Selain itu boleh perluaskan lagi ke pasar yang lain di sekitar ibu negara, dibuat seminggu sekali (sebelum ini sebulan sekali) dan bilangan penerima kupon akan bertambah. Korang boleh baca mengenai Jom Pi Pasar di artikel Jom Kita Pi Pasar!

Selain dari Program Jom Pi Pasar Ini, korang kena tahu juga ada beberapa program lain seperti Program Bas Sekolah Percuma di sekitar ibu negara

Gambar adalah ehsan google dan facebook

Corat Coret PRU14 Cik EN

$
0
0
Corat Coret PRU14 Cik EN | Siapa sangka dalam masa sehari, Malaysia bertukar wajah. Macam macam isu berlaku. Sampaikan cik en sendiri pening tengok banyak status status di keluarkan di facebook. Macam macam cerita, andaian, ada juga yang main serkap jarang dan ada juga yang menabur fitnah. Impak lain macam PRU kali ini kan? Dengan tumbangkan kerajaan yang lama dan diganti dengan kerajaan yang baru. Macam orang lain cik en pun yang dah masuk 30 siri dah layak mengundi. Cik en balik ke kampung cik en untuk mengundi Dun N34 Bukit Chandan dan P67 Kuala Kangsar. 


Cik en dapat offer untuk jadi Agen Pemerhati Barong dengan adik cik en. Saja saja nak jumpa orang kampung dan kawan kawan yang memang dah lama tak jumpa. 


Kebetulan di buat di SK Menora dan ianya merupakan sekolah rendah cik en. Masuk je terus dok tinjau kawasan sekolah. Hampir 20 tahun cik en tinggalkan sekolah ini. Rindu masa kutip daun kering tepi pintu masuk, main zero point kat tepi kelas, makan RMT kat kantan tepi Sungai Perak. 


Ada beberapa buah bangunan baru dibina tapi tandas masih di tempat dan bangunan yang sama. Hahaha. 

Cik en bertugas bermula 8 pagi hingga 5 petang. Macam macam ragam yang cik en tengok tapi dalam keadaan tenang. Motif cik en pun hanya nak berjumpa kawan kawan lama dan saudara mara yang memang cik en jarang jumpa kecuali berkunjung waktu Hari Raya. 

Dan cik en jumpa makcik cik en. Makcik Yusnita merupakan ibu saudara cik en. Sepupu kepada mak cik en. Masa kecik, mak cik en selalu hantar cik en pada Opah, mak pada makcik untuk dijaga. Dulu memang rapat la masa kecik. Cik en pun tak la ingat sangat tapi cik en tahu semua sayang cik en masa itu. Hihihi.


Last cik en jumpa makcik en masih sihat walaupun tahu makcik menghidap barah payudara. Lepas itu cik en hanya tahu khabar di facebook je. Keadaan makcik semakin teruk selepas kimo. Mata makcik kuning. Cik en tahu ianya masalah hati. Perut mula membusung. Sama juga dengan kucing. Sebab itu cik en tahu sikit masalah hati ini pada manusia. 

Masa jumpa itu, cik en terus menangis lepas peluk makcik. Cik en tak tahu nak story macam mana tapi tengok keadaan makcik, muka yang cengkung, badan yang susut buat cik en macam sedih sangat sangat. Nampak keperitan dia. 

Apa mampu cik en kata pada makcik, kuat dan bersabar dengan dugaan Allah. Makcik orang terpilih dan disayangi oleh Allah. Hope korang yang baca ini berdoa lah supaya makcik cepat sembuh na.. 

Ok, back balik kepada asalnya. Cik en dan adik bertugas tanpa berganti. Lagipun cik en dan adik hanya pemerhati kan. Tugas cik en usha usha orang mai je. Dok juga tunggu ada ke markha cik en lama sebab dalam list ada nama dia dan bila call, rupanya dia tak datang pun. Baru nak cuci mata. hahaha.




Sambil itu, cik en sembang dengan petugas SPR ini. Katanya ramai kakitangan kerajaan tak join PRU14 ini sampaikan mereka kena mencari orang. Ntah la kenapa tak ramai kali ini cikgu cikgu dan kakitangan kerajaan lain join bertugas SPR. Mungkin disebabkan tahu Malaysia akan berubah kerajaan atau ada sebab sebab lain ye? Korang rasa kenapa?

Masuk tengah hari cik en tak dapat la makan yang diperuntukan oleh SPR jadi adik cik en pun carilah makanan di dewan. Itu pun makan buffet kot. Terpaksa la adik cik en cari bekas nak bawa balik makanan untuk kakak dia ini. 

Cik en yang kelaparan ini terus la nak makan tengok menu nasi putih, ikan sardin dan sayur kobis. Alahai sedihnyaaaaa,, Tapi sebab lapar habis juga, Nasib sedap. Dah itu rezekinya cik en makan sampai licin la. hahahha


Jam dah pukul 5 dan apa lagi habis dah masa cik en bertugas, balik nak sambung tidur la. Hahahha. Sebab dah janji dengan mak dan abah cik en nak belanja mereka makan malam.


Entah la sepanjang cik en bertugas, keadaan di tempat ini nampak suram. Orang pun tak ramai mana dan juga mungkin di sini ada 1500++ saja pengundi. Tapi dari pandangan mata kasar cik en dalam 60 ke 70 % je yang keluar mengundi. 

Dan seperti cik en agak, ianya merupakan permulaan Malaysia Baru. 



Terima kasih Barisan Nasional yang selama ini berkhidmat untuk kerajaan. Mungkin ini adalah masa terbaik untuk BN muhasabah diri masing masing. Mungkin perlu berehat untuk 5 tahun ini dan mencari di mana lopong lopong yang berjaya menarik pengundi memilih selain BN

Parti Keadilan Rakyat pula tahniah sebab berjaya menumbangkan parti yang lama bertahan.  PKR merupakan gabungan PKR, DAP, PBBM, dan PAN. Menjadi pilihan parti lain selain BN untuk berkhidmat untuk rakyat. Besar tanggungjawab tapi pendapat cik en, aura Tun Mahathir tu yang membuat orang memilih PKR. Harap rumors mengatakan beberapa pertubuhan PKR menggunakan Tun untuk kepentingan tertentu tak benar. Tun banyak berkorban untuk rakyat walaupun banyak sisi gelap dia yang lain sebelum ini. Dia sendiri nak berubah jadi jangan sia siakan pengaruh dia yang ada pada rakyat Malaysia. Kalau ada apa apa berlaku terhadap Tun atau cubaan untuk mengulingkan dia, tak mustahil PRU15 nanti BN akan kembali dengan jentera yang lebih baik. 

Parti Agama Islam Se Malaysia cik en nampak macam biasa. Cool dan releks je. Menang kalah mereka masih begitu. Parti yang bertahan lama. Arwah Nik Aziz sangat dihormati dan cik en sendiri kagum dengan cara mereka mampu kekal di Kelantan untuk jangka masa yang lama. Diharap kekal la berdiri sendiri sebab aura PAS itu sentiasa lain dari parti yang lain dan PAS mampu menjadi alternatif lain untuk pengundi mengundi. 

Dan cik en undi apa?

Haahhaha, Undi tetap rahsia. Mungkin BN, mungkin PKR atau pun PAS. ataupunnnn cik en X pada semua kotak yang ada dalam slip undi tu.. ahahhahahah. 

Kejutan Hari Ibu 2018 Sambil Menikmati Pemandangan Penang di Top View Restaurant

$
0
0
Kejutan Hari Ibu 2018 Sambil Menikmati Pemandangan Penang di Top View Restaurant | Sesekali belanja ibu dengan suasana yang lain dari yang lain lagi lagi sempena Hari Ibu apa salahnya kan? Idea yang cik en nak kongsi dengan korang kali ini mungkin jarang atau tak pernah korang dengar. Pernah tak terfikir cuba berikan kejutan dengan makan malam istimewa sambil menikmati permandangan di Penang? Permandangan malam di Penang ini rupanya cantik juga dan selalunya nak dapatkan view sebegitu agak mahal. Tapi korang boleh dapatkan dengan harga RM 98 seorang di Top View Restaurant (Level 59) di Komtar Penang

Kejutan Hari Ibu 2018 Sambil Menikmati Permandangan Penang di Top View Restaurant
Top View Restaurant

Kejutan Hari Ibu 2018 Sambil Menikmati Pemandangan Penang di Top View Restaurant 

Manjakan ibu/mama/umi/ dan mana mana panggilan korang kepada ratu hati korang ini dengan hidangan terbaik di Top View Restaurant (Level 59) di Komtar Penang ini. 

Sambil itu korang boleh habiskan masa chit chat sambil menikmati keindahan permandangan malam di sekitar Penang. Dinner antara korang berdua menjadi lebih istimewa dengan hidangan lain dari yang lain di Top View Restaurant (Level 59) ini. 

Ini merupakan full menu untuk korag yang berhasrat nak bawa ratu hati korang menikmati makan malam di Top View Restaurant ini


Dok tengok menu tapi tak tengok macamana rupanya menu mesti tak best kan? Meh cik en kongsi dengan korang sebahagian daripada menu Top View Restaurant yang ada ini.

Saffron Tempura Oyster
Salad Of Mirin Glazed Tiger Prawn


Wild Mushroom With Chamoline Tea

Cured & Pan-Seared Salmon

Char-Broiled Beef Tenderloin

Dessert

Coffee or Tea
Sambil sambil itu boleh la tengok permandangan sekitar Penang. Dengan lampu dan laut nampak mendamaikan hati.


Berita baik lagi ada diskaun sehingga 50% untuk senior cetizen berumur 60 tahun pada 13 Mei 2018 dan menu ini akan available bermula 13 Mei 2018 sehingga 14 June 2018. Maklumat lanjut korang boleh hubungi 

TopView Restaurant & Lounge

Komtar, Level 59 & 60, Jalan Penang, 10000 George Town, Pulau Pinang
Facebook  : Top View Restaurant

Senarai Bazar Ramadan Di Perak Mengikut Kawasan

$
0
0
Senarai Bazar Ramadan Di Perak Mengikut Kawasan   | Tak lama lagi nak masuk dalam bulan puasa. Bulan Ramadan dan Bazar Ramadan tak pernah berpisah. Kalau bulan lain akan jadi bazar lain. Contohnya Bulan Syawal dan Bazar Syawal. hahahahha. Kali ini cik en nak kongsi Senarai Bazar Ramadan Di Perak untuk panduan penduduk di negeri Perak Darul Ridzuan ini. Info ini cik en ambil dari page Seladang Perak . Banyak info yang Seladang Perak kongsi berkaitan dengan Negeri Perak. Korang boleh like page mereka. Tapi kali ini cik en nak kongsi dengan korang Senarai Bazar Ramadan Di Perak Mengikut Kawasan 


Senarai Bazar Ramadan Di Perak

Lokasi Bazar Ramadhan 2018 Di Negeri Perak

IPOH  / KINTA
  1. Bazar Stadium, Ipoh
  2. Bazar Taman Perpaduan, Ipoh
  3. Bazar Uptown Tambun, Ipoh
  4. Bazar Medan Gopeng, Ipoh
  5. Bazar Taman Cempaka, Ipoh
  6. Bazar Kg Manjoi, Ipoh
  7. Bazar Jelapang,Ipoh
  8. Bazar Tesco Bercham, Ipoh
  9. Bazar Taman Jati, Ipoh
  10. Bazar Meru Permai, Ipoh
  11. Bazar Taman Chepor Jaya, Ipoh
  12. Bazar Taman Desa Aman, Lahat
  13. Bazar Angsana Mall, Ipoh
  14. Bazar Pekan Gopeng ( area paip besar)
  15. Bazar Taman Kledang, Ipoh
  16. Bazar Rapat Setia, Ipoh
  17. Bazar Ipoh Jaya
  18. Bazar Simpang Pulai
  19. Bazar Bandar Botani, Ipoh
  20. Bazar Taman Desa Aman, Ipoh
  21. Bazar SPPK, Ipoh
  22. Bazar Silibin, Ipoh
  23. Bazar Klebang Restu, Ipoh
  24. Bazar Tg Rambutan
  25. Bazar Meru Raya, Ipoh
  26. Bazar Taman Tamara, Ipoh
  27. Bazar Kg Sri Kinta, Ipoh
  28. Bazar Depan TF Batu Gajah


LARUT MATANG DAN SELAMA
  1. Bazar Arked Mara, Taiping
  2. Bazar Changkat Jering, Taiping
  3. Bazar Kamunting, Taiping
  4. Bazar Simpang,Larut Tin, Taiping
  5. Bazar Pekan, Batu Kurau
  6. Bazar Pekan Ijok
  7. Bazar IPD Taiping
  8. Bazar Pekan Selama
  9. Bazar Bukit Gantang
  10. Bazar Taman Kaya, Taiping
  11. Bazar Changkat Jering
  12. Bazar Simpang, Taiping
  13. Bazar Pekan Rantau Panjang
  14. Bazar Sg. Bayor


KUALA KANGSAR
  1. Bazar Lembah, Kuala Kangsar
  2. Bazar Chandan Puteri, Kuala Kangsar
  3. Bazar Pekan Sungai Siput
  4. Bazar Padang Rengas, Kuala Kangsar
  5. Bazar Talang, Kuala Kangsar
  6. Bazar Taman Orkid, Sg Siput
  7. Bazar Pekan Manong


MANJUNG DAN PULAU PANGKOR
  1. Bazar Giant, Seri Manjung
  2. Bazar Stadium MPM, Seri Manjung
  3. Bazar Astaka, Sitiawan
  4. Bazar Pekan, Ayer Tawar
  5. Bazar Pasar Basah, Seri Manjung
  6. Bazar Taman Samudera, Seri Manjung
  7. Bazar Dataran Kurma, Pulau Pangkor
  8. Bazar Pekan Pantai Remis
  9. Bazar Pasar Awam, Seri Manjung
  10. Bazar Pekan Beruas
  11. Bazar Bukit Permata
  12. Bazar Batu 10, Lekir


PERAK TENGAH (SRI ISKANDAR)
  1. Bazar Pekan, Bota Kanan
  2. Bazar Sidec Seri Iskandar
  3. Bazar Dataran Bandar U, Seri Iskandar
  4. Bazar Kompleks Pertanian, Titi Gantong
  5. Bazar Pejabat Pos, Parit
  6. Bazar Dataran TF, Batu Gajah
  7. Bazar Pekan Kg Gajah
  8. Bazar Changkat Lada
  9. Bazar Seberang Perak


HILIR PERAK (TELUK INTAN)
  1. Bazar Kg. Selabak, Teluk Intan
  2. Bazar Pekan, Teluk Intan
  3. Bazar Pekan, Langkap
  4. Bazar Jalan Padang Tembak, Teluk Intan
  5. Bazar Kg Bahagia, Teluk Intan
  6. Bazar Pekan Langkap


BATANG PADANG 
  1. Bazar Pekan, Tanjung Malim
  2. Bazar Bandar Proton, Tanjung Malim
  3. Bazar Jalan Baldwin, Tapah
  4. Bazar Dewan, Bidor
  5. Bazar Pekan Sungkai
  6. Bazar Uitm Tapah Road
  7. Bazar Behrang 2020
  8. Bazar KTM Tapah Road


KERIAN
  1. Bazar Jalan Permatang Tok Mahat, Parit Buntar
  2. Bazar Taman Kerian Permai, Parit Buntar
  3. Bazar Bandar Baharu, Kedah
  4. Bazar Pean pekan Semanggol
  5. Bazar Masjid Tinggi, Bagan Serai
  6. Bazar Pekan Bagan Serai
  7. Bazar Taman Serai Permai
  8. Bazar Batu Lima
  9. Bazar Pekan Tg. Piandang 
  10. Bazar Pekan Kuala Kurau 
  11. Bazar Pekan Alor Pongsu
  12. Bazar Taman Serai Jaya
  13. Bazar Market Baru Bagan Serai


KAMPAR
  1. Bazar Giant Kampar
  2. Bazar Medan Cahaya, Kuala Dipang
  3. Bazar Dataran Malim Nawar


MUALLIM
  1. Bazar Econsave Slim River


HULU PERAK (GERIK)
  1. Bazar Pekan (GERIK)
  2. Bazar Pekan Pengkalan Hulu
  3. Bazar Dataran Lenggong


BAGAN DATUK
  1. Bazar Simpang Empat Hutan Melintang
  2. Bazar Pekan Selekoh

Kredit: Seladang Perak dan google maps. 

Kalau korang jenis suka memasak apa kata cuba tengok entri menu berbuka puasa serta resepi di entri Resepi Berbuka Puasa

Nak Bagi Hadiah Itu Bagi la Yang Lain Dari Yang Lain

$
0
0
Nak Bagi Hadiah Itu  Bagi la Yang Lain Dari Yang Lain | Sampai je tarikh tarikh penting macam hari lahir, hari anniversary, hari ibu, hari bapa dan hari hari yang istimewa mesti ramai yang blur. Macam cik en juga la, cik en ini kalau dah sibuk mula la lupa nak fikir hadiah apa yang sesuai nak bagi. Cik en punya style suka Nak Bagi Hadiah Itu  Bagi la Yang Lain Dari Yang Lain . Nampak kelainan dan special sikit. Lagi lagi cik en suka bagi yang sidia atau yang terima hadiah cik en sentiasa ada dengan mereka. Seperti yang mereka pegang hari hari, pakai hari hari atau guna hari hari


Nak Bagi Hadiah Itu  Bagi la Yang Lain Dari Yang Lain

Apa yang mereka boleh pegang hari hari, pakai hari hari atau guna hari hari? 

Semestinya yang cik en order kat Printcious ini. Baju dan keychain kunci secara DIY atau reka sendiri la. Nak tengok baju cik en order tak yang jenis DIY. Ini bukannya untuk dibagi pada orang tapi untuk cik en senang nak gi event. 

Dari jauh nampak eh... itu blogger nurfuzie.com aka cik en comel molek ke? Hahahhaha

DIY T-shirt Cotton Printcious





Baju ini cik en dah tempah 2 kali dah sebenarnya. Ini kali ke 3. 

Ini cik en pilih Tshirt Cotton yang mana korang boleh pilih warna dan letak apa apa perkataan yang korang nak. Kalau korang blur sangat boleh je pilih design yang dah siap. Cantik cantik juga la.

Kalau korang bagi T shirt orang yang korang bagi hadiah ini boleh pakai kalau dapat jenis selesa semestinya kerap dia pakai. 

DIY PU Leather (Round) Printcious



Yang ini cik en buat untuk Mr Barney. Ada kata bahaya la letak gambar pada keychain macam ini tapi cik en tak letak detail just gambar dan nama. Ianya buat esklusif pada kunci kereta korang walaupun ianya kereta Perodua je. Hahahhaa.

Yang ini pun kalau bagi kat sidia atau suami, letak gambar korang berdua. Kemana mana mereka akan bawa dan teringat dengan korang. Hahahhaha. Bijak tak cik en nak control laki sendiri nanti ditackle atau me"tackle" orang lain. Hahahhaha.

Kalau tak korang boleh baca 7 Idea Hadiah Terbaik Untuk Si Dia kalau masih nak pilihan yang lain. Atau korang boleh tengok design yang siap ada dan korang boleh tempah terus di Printcious 

Buffet Ramadan Penang di Top View Restaurant & Lounge

$
0
0
Buffet Ramadan Penang di Top View Restaurant & Lounge | Dah start ke cari tempat berbuka secara Buffet Ramadan Penang? Atau korang dah siapkan list buffet yang ada. Ini cik en nak tambah lagi satu Buffet Ramadan untuk orang Penang atau sesiapa rasa nak mai Penang berbuka puasa nanti. Menariknya kat sini sambil berbuka puasa dengan banyak pilihan menu korang berpeluang juga menikmati permandangan Penang di waktu siang dan malam. Tempat itu semestinya Buffet Ramadan Penang di Top View Restaurant & Lounge.


Buffet Ramadan Penang di Top View Restaurant & Lounge

Macam sebelum ini, cik en pernah kongsikan Kejutan Hari Ibu 2018 Sambil Menikmati Pemandangan Penang di Top View Restaurant dan kali ini pun di tempat yang sama. Restoran yang paling tinggi ada di Penang. 



Macam macam menu yang disediakan dan cik en tahu mesti suka kalau ada menu kambing. Dan Buffet Ramadan Penang di Top View Restaurant & Lounge ada menyediakan Kambing Panggang selain menu seafood dan buffet ala kampung yang lain. Meh je la layan gambar dulu..



Untuk menu ala kampung ada 3 jenis nasi iaitu Nasi Biryiani, Kerabu dan Nasi Putih. Antara menu yang lain seperti Kambing Masak Kurma , Stir-fried Vegetable With Crab Meat Sauce. Kepah Masak Lemak Chilli Api, Udang Masak Asam, Strifried Squid with Celery And Chestnut, Ikan Masak Masam Manis, Ketam Masak Kari, Ayam Masak Merah, Wok Fried Beef With Ginger, Sayur Terung Goreng Berlada


Menu Ala Kampung

Menu Ala Kampung
Side Salad atau Kerabu ini part cik en paling suka. Hahahha. Banyak betul kerabu yang dihidangkan. Semua kerabu cik en try. Antaranya di bahagian Salad ini ada Capsicum , Cherry Tomato , Carrot , Japanese Cucumber , Shredded Red Cabbage , Mixed Lettuce Kerabu Ayam , Kerabu Kerang , Kerabu Pucuk Ubi , Kerabu Kacang Botol Dengan Ikan Bilis , Thai Squid Salad ,Chicken Salad Thai Beef Salad , Pasta salad , Baba Ghanush & Tabbouleh Ulam-Ulaman Kampung, Sambal Belacan , Sambal Manga , Sambal Ikan Bilis, Sambal Tempoyak, Cincaluk Acar Mentah , Acar Rampai , Acar Buah-Buahan, Assorted Keropok



Untuk menu makanan laut antaranya Fresh Oysters , Prawn , Crab , 1/2 shell Mussel with Tabasco & Condiment




Kat sini ada bahagian Penang Dishes. Antara menu yang ada Cucur Udang , Cucur Kelapa , Cucur Sayur , Cucur Keledek, Tauhu Goreng , Telur Rebus Goreng , Chicken Sausage Goreng , Udang Goreng , Sotong Goreng , Ketam Goreng , Fish Cake Goreng , Fish Ball Goreng , Crab Stick Goreng , Cucumber , Sengkuang , Beansprout with Pasembur Sauce


Kalau makan ala buffet ini yang paling best adalah dessertnya. Lain tempat lain dessertnya. Itu la kelainan yang selalu cik en tengok. Kekuatan sesuatu hidangan adalah desertnya. Antara dessert yang ada adalah Assorted Of Continental Delight Bubur Pulut Hitam , Pengat Ubu Keledek Blueberry Cheese Cake , Japanese Cheese Cake , Tiramisu , Chocolate Brownie Blueberry Mousse , Fruit Tartlet , Bread & Butter Pudding Fried Ice-cream , Ice Kacang , Cendol Buah-buahan Tempatan



Bihun Goreng Tomyam

Duck Smoke
Buffet Ramadan Penang di Top View Restaurant & Lounge 
Harga : RM 98 per nett (RM 68 per nett untuk kanak kanak)
Masa : 6.30 petang hingga 10.00 malam
Available : 15 Mei hingga 15 Jun 2018

Top View Restaurant & Lounge

Komtar, Level 59 & 60, Jalan Penang, 10000 George Town, Pulau Pinang
Facebook  : Top View Restaurant

Kucing Kencing Sikit Sikit Petanda Batu Karang

$
0
0
Kucing Kencing Sikit Sikit Petanda Batu Karang  | Lama juga cik en tak kongsi artikel mengenai kucing kan?Cuma malam ini cik en rasa nak kongsi dengan korang masalah kucing kencing sikit sikit ini. Tahu tak korang Kucing Kencing Sikit Sikit Petanda Batu Karang? Masih tak tahu atau korang sendiri pernah melihat kucing korang ada masalah kencing sikit sikit ini? Mungkin artikel Kucing Kencing Sikit Sikit Petanda Batu Karang dapat membantu korang yang tengah mencari info waktu korang baca artikel ini atau sebagai ilmu bila Kucing Kencing Sikit Sikit nanti. 

Kucing Kencing Sikit Sikit Petanda Batu Karang
Kucing Kencing Sikit Sikit Petanda Batu Karang 

Kucing Kencing Sikit Sikit Petanda Batu Karang 

Macam biasa cik en akan share dengan korang menggunakan point point dan bahasa yang ringkas untuk memudahkan korang memahami masalah Kucing Kencing Sikit Sikit ini. Kalau korang depan mata, senang cik en nak kongsi dengan korang menggunakan gambarajah. Tapi dah dalam blog ini mungkin penerangan ini korang kena faham melalui tulisan cik en. Kalau menggunakan bahasa veterinar pula ini adalah masalah Feline Lower Urinary Disease (FLUTD)

1. Kenapa Kucing Kencing Sikit Sikit?

Ini berlaku kerana saluran kencing kucing jantan (betina jarang berlaku tapi tetap pernah berlaku) di 'block' oleh kristal /batu/pasir/ yang halus. 

2. Sebab apa ada kristal /batu/pasir/ yang halus dalam salur kencing kucing?

Selalunya berlaku kerana mungkin 
  1. Makanan dan diet tak seimbang - makanan yang terlalu murah, bewarna warni dan kandungan tak seimbang. Boleh rujuk entri Cara Memilih Makanan Kucing Yang Betul
  2. Habit/Kebiasaan - Selalunya kucing jenis kurang minum air. 
  3. Kucing Tahan Kencing - Selalunya stress kerana pindah rumah baru, pasir berkongsi dengan kucing lain, kehadiran kucing baru dalam rumah dan musim mengawan. Stress yang lain korang boleh baca di entri 10 Tanda Mungkin Kucing Stress

3. Apa tanda lain batu karang selain kucing kencing sikit sikit



  1. Kucing akan kerap ke bilik air tapi tak kencing pun (tidak lawas)
  2. Ada kencing tapi setitik dua je
  3. Kencing bewarna coklat atau merah (kencing berdarah)
  4. Setiap kali kencing, kucing akan menjerit sebab rasa sakit. 
  5. Kucing mula muntah dan pasif

4. Kesan jika Kucing Kencing Sikit Sikit di biarkan tanpa rawatan?

  1. Kucing akan rasa sakit teramat sangat sehingga buat kucing tak lalu makan dan minum. Kucing akan mulai lemah
  2. Jika lambat dapat rawatan, kemungkinan kucing akan ada masalah buah pinggang (kidney problem)
  3. Jika dibiarkan, kucing akan mati
5. Rawatan Kucing Kencing Sikit Sikit


Ada beberapa rawatan yang boleh dibuat tapi ianya bergantung kepada tahap sakit ini. Rawatan fizikal sangat perlu untuk menentu tahap kronik Kucing Kencing Sikit Sikit ini. Pundi kencing atau bladder akan di ramas/press/gengam/uji untuk menentukan kucing masih boleh kencing atau tidak. Kuantiti yang keluar juga akan diambil kira seperti sikit sikit, banyak atau tak keluar langsung. 

  1. Jika kencing di press dan air kencing yang keluar masih banyak dan berdarah berada di tahap 1. Selalunya akan diberi antibiotik dan anti inflamantory. Selain itu akan diberi suplemen seperti Uty-Oxi, Nefrotec (himalaya brand). Makanan kena tukar kepada makanan khas untuk urinary problem. Recommended brand Hills dan Royal Canan
  2. Jika kencing keluar tapi sikit sikit pula ianya di tahap ke 2. Tapi ada peluang ianya tak menganggu teruk buah pinggang. Masih menggunakan kaedah tahap pertama dan kalau perlu proses memasukkan cateter pula dijalankan untuk proses flushing
  3. Jika kucing tak boleh kencing langsung adalah tahap ke 3, dinasihatkan untuk masuk wad sekurang kurangnya 3 hari 2 malam untuk proses flusing dan drip setiap hari. Jika perlu akan ada ubat tambahan yang bersesuaian. Jika kucing tak nak makan kena beri wet food khas untuk urinary problem. Tapi masa ini, kesihatan kucing 50 - 50. Ditahap ini kemungkinan kidney kucing akan ada masalah. 

6. Perlu ke buat ujian darah?

Pendapat cik en dan juga pendapat dari doktor veterinar yang cik en kenal, semasa masalah FLUTD, sememangnya kidney akan positif. Jadi untuk dapatkan keputusan yang lebih jelas adalah darah diambil seminggu atau 2 minggu selepas kucing sihat. Jika negetif, supplemen dan ubat yang berkaitan akan diberi. 

7. Berapa kos?

Anggaran kos adalah dari RM200 hingga RM700 mengikut tahap, ubatan, warded, ujian darah dan sebagainya. 

Kalau nak tahu macamana proses flushing boleh rujuk entri Kenapa Kucing Kencing Berdarah

p/s : sumber gambar : google image

Restoran Mecca Towers Meru Ipoh Sajikan Makanan Arab Yemen

$
0
0
Restoran Mecca Towers Meru Ipoh Sajikan Makanan Arab Yemen | Dah lama cik en usha Restoran Mecca Towers Meru Ipoh ini tapi tak kesempatan untuk merasai keenakan makanan Arab Yemen yang disebut sebut orang terutama kawan cik en yang pernah datang makan disini. Tempatnya sangat strategik iaitu seberang jalann Mydin Meru Ipoh. Restoran Mecca Towers Meru Ipoh Sajikan Makanan Arab Yemen ini terletak di end lot rumah kedai 2 tingkat. Menurut adik cik en, kat sini orang sentiasa penuh dan buat cik en teringin nak makan. So di kesempatan berbuka puasa bersama keluarga cik en tempah untuk berbuka di Restoran Mecca Towers Meru Ipoh Sajikan Makanan Arab Yemen ini minggu lepas. 

Restoran Mecca Towers Meru Ipoh Sajikan Makanan Arab Yemen

Walaupun bulan puasa, Restoran Mecca Towers Meru Ipoh ini menyediakan Ramadan Set dan set yang sedia ada di sini. So korang boleh pilih la. Tapi bila ditengok menu dan harga bagi cik en berbaloi juga la. Makanan arab ini antara makanan kegemaran cik en. Mungkin nasi yang digunakan untuk buat cik en selalu craving lagi lagi bulan puasa. Hahahha. 


Ini menu cik en ambil Set for 4 Person -Mix Lamb & Chicken . Dalam set ini ada 12 jenis tau. !2 jenis itu adalah
  1. 1 kg Mix Lamb & Chicken with Rice
  2. Kurma
  3. Mushroom Soup
  4. Arabic Salad
  5. Mullwah Big
  6. Mix Kabab
  7. Sambossah
  8. Spaghetti
  9. Fahsa or Oqdah (Lamb & Chicken)
  10. Cream Caremel or Mix Fruit (cik en pilih cream caremel)
  11. 1 Jug of any type (cik en pilih watermelon)
  12. Mineral Water
Banyak kan? cik en sebenarnya tempah meja melalui call pukul 12 tengah hari. Dan bila sampai Ipoh dari Kuala Kangsar dalam pukul 6 petang, Terus cik en tempah untuk makanan dan cik en terus shopping di Mydin sementara waktu berbuka puasa. Cik en dan keluarga sampai untuk berbuka betul betul lagi seminit nak berbuka. So tak banyak menu yang cik en sempat ambil gambar. Hanya yang ini je sempat cik en selfie. Hahahhaha

 
So orang yang duduk di Ipoh atau ada perancangan nak berbuka puasa di Ipoh atau bulan bulan yang lain serta teringin nak makan nasi Arab atau makanan Arab Yemen yang lain korang boleh mencubanya di Restoran Mecca Towers Meru Ipoh Sajikan Makanan Arab Yemen ini ye. Kat bawah ini cik en seitkan detail Restoran Mecca Towers Meru Ipoh Sajikan Makanan Arab Yemen ini.

Restoran Mecca Towers Meru Ipoh 
71 Jalan Meru Bestari A2
Medan Meru Bestari 
30200 Ipoh 
Perak
05-5263825 / 012-5832609 / 013-3833637
Facebook : Mecca Tower

Untuk Set Ramadan cik en kongsi dengan korang pamplet yang cik en ambil minggu lepas


8 Perkara Yang Korang Tak Pernah Tahu Pasal Cik En

$
0
0
8 Perkara Yang Korang Tak Pernah Tahu Pasal Cik En | Rasa macam retis sangat kan? Sampai perlu nak buat entri tajuk camtu kan? Hahahha. Anggap la entri santai yang dibuat mengisi masa lapang cik en. Manatau mungkin ada yang nak tau sisi gelap.. eh.. sisi lain seketul (penggunaan bahasa yang salah) cik en ini. Mana yang rapat dengan cik en, mungkin tau la 8 Perkara Yang Korang Tak Pernah Tahu Pasal Cik En ini. Mana yang kenal di alam maya ini, mungkin dengan entri ini akan lebih kenal lebeyyyy sikit pasal cik en. Hihi. Sedia semua? Kalau dah kena janji dulu, jangan gelak ehh.. ahhaha.. Jom baca 8 Perkara Yang Korang Tak Pernah Tahu Pasal Cik En



8 Perkara Yang Korang Tak Pernah Tahu Pasal Cik En

1. Peminat no 1 Doraemon tapi tak ada koleksi Doraemon

Mesti fikir cik en peminat barney kan? Tapi cik en sangat taksub dengan cerita doraemon. Kalau nak tahu, setiap masa lapang cik en akan mengadap youtube dan channel yang lain semata mata nak tengok Doraemon je. Walaupun dah 100 kali play, cik en tetap akan tengok sambil makan nasi bungkus masa waktu rehat di pejabat. Tapi cik en tak pernah ada patung atau koleksi Doraemon. Dan cik en suka cerita kartun yang happy dan detektif yang lain macam spongebob, conan, Atashinc'hi, Fullmetal Alchemist, usop sontorian, upin ipin dan lain lain seangkatan dengannya.

2. Nampak Garang Tapi Sangat Ramah

Yang ini cik en tak leh nak membangkang. Ramai kata cik en garang. Mana yang tak pernah kenal face to face dan memang kawan real (kawan keliling) cik en mesti kata cik en garang. Nak tegur pun takut. Hakikatnya dulu, cik en ini seorang peramah. Lepas la umur semakin meningkat, asyik di pijak, digelek, dan diperkotak katikkan, cik en jarang nak tunjuk diri peramah kecuali siapa yang cik en dah kenal lama. Hakikatnya cik en perlukan 5 minit untuk jadi peramah.

3. Try To Be Profesional

Yang ini kebanyakan pada customer klinik. Ada yang mai lepas waktu pejabat, ada yang tak bawa kad pendaftaran dan ada masalah masalah yang lain. Cik en memang akan jadi mak jemah pok pek pok pek semasa pendaftaran tapi bila dibawa ke bilik rawatan, cik en akan ubah diri 360 darjah diri ini. Luar marah marah, dalam bilik rawatan jadi peramah dan boleh gelak tepuk tepuk bahuuuuu kucing lagi.. ahahhah 

4. Tiada Peneman Hidup



Hahhaha. Peribadi sangat kan? Ramai yang susah hati cik en ini masih single. Anyway im not available okey. Untuk pengetahun semua, cik en dah ada buah hati pengarang jantung hempedu dan usus. Cik en dah kawan lama dengan si dia. Hampir 5 tahun. Tapi dalam 5 tahun ini kami dalam bestfriend zone. Hahahha.. Dalam masa 5 tahun itu, cik en pernah "curang" sekali. Eh 2 kali.. Eh 3 kalii.. eh. eh... Hhahahah. Tapi jodoh panjang dengan dia berbalik pada dia. Tapi cik en tak suka nak heboh kan sebabnya masih belum ada hubungan rasmi gitewww. Bila nak rasmikan? Tunggu la duluuuu.. tengah aim benda penting sebelum kahwin ni. Hahahha

5. Satu Kerja Veterinar Cik En Tak Nak Buat Dan Kalau Boleh Tak Nak Sampai Bila Bila. 

Yang ini cik en dah kongsi di entri Satu Sebab Yang Tak Best Mengenai Kerjaya Veterinar . Cik en dalam bertahun menjadi veterinary assistant ini, cik en cuma sekali saja buat Put To Sleep (PTS). PTS adalah mematikan haiwan yang mempunyai masalah kesihatan atau keadaan yang tidak boleh diselamatkan. Sampai saja kes PTS cik en akan bagi pada orang lain. Cik en hanya sediakan kelengkapan saja. Cik en seboleh bolehnya mengelak dari buat proses PTS selagi masih ada peluang haiwan itu diselamatkan. 

6. Ramai panggil cik en Doktor sedangkan patut di panggil Cik Misi Cun Melecun saja

Ha, yang ini cik en dah betulkan banyak kali, sampai tahap cik en sendiri dah tak terdaya nak cakap dah. Jadi cik en biarkan saja panggil cik en dengan panggilan doktor. Hahhaha. Cik en tak pernah mengaku cik en doktor di mana mana tempat seperti klinik dan blog. Sebab itu cik en dah letakkan header blog www.nurfuzie.com dengan tagline I'm veterinary asisstant . 

7.  Cik En pernah mempunyai berat 45 kg dan ketinggian 168cm lebih kurang 6 tahun lepas



Hahhaha, kalau siapa kenal cik en dulu dulu kala mesti terkejut tengok cik en gemuk lani. Masa cik en sekolah dulu, cik en digelar zirafah sebab kaki panjang, kepala kura kura keluar cengkerang sebab leher jinjang dan papan lapis sebab kurus sampai nampak rangka. Dan paling rare dipanggil orang asli sebab rambut kerinting kembang dan kulit gelap (sebab zaman sekolah merempit). Lepas habis SPM, cik en mula pandai buat rambut rebonding jadi hilang dah panggilan orang asli. Kulit mula cerah sebab dah belajar pakai pondesyen atau krim kecantikan ada protection UV. Jangan ditanya camna berat 45 kg jadi 80  kg lani sebab ianya sangat tragis. Hanya kerana Double Cheeseburger Mcd dimakan setiap malam selama 3 bulan menjadikan berat 45kg jadi 80 kg. Dan ketinggikan 168cm ke 165cm je. Camna boleh jadi pendek? Sebab perut sudah boroi. Hahahahha

8. Seorang berkaca mata

Cik en rabun dari 8 tahun lagi. Dan sekarang ini power cik en hampir 1000 dan dah mula pakai lens semenjak umur 16 tahun lagi. Bermula dari situ cik en pakai sampai ada fikir cik en bukan seorang yang rabun. Semua ini cik en story di Cik En Sesuai Pakai Cemin Mata Atau Contact Lens

Habis sudah 8 Perkara Yang Korang Tak Pernah Tahu Pasal Cik En. Mungkin ada yang tahu dan ada yang mungkin tak tahu. Anggaplah entri ini entri santai santai mengisi malam korang eh. Ok la, jumpa next entri.

Langkah Keselamatan Untuk Mengurangkan Risiko Panahan Kilat

$
0
0
Langkah Keselamatan Untuk Mengurangkan Risiko Panahan Kilat | Tahukah korang bahawa negara kita ini Malaysia adalah negara ketiga paling banyak menerima panahan kilat di dunia, selepas Rwanda dan Congo. Namun negara kita ini masih tiada program kesedaran mengenai langkah yang perlu diambil ketika mula kedengaran guruh, nampak awan hitam, hujan renyai atau lebat dan sebagainya untuk berlindung dari kemungkinan panahan kilat menyambar pada bila-bila masa. So cik en nak share dengan korang artikel Langkah Keselamatan Untuk Mengurangkan Risiko Panahan Kilat ini untuk dijadikan panduan apabila korang hadapi keadaan berada di kawasan kilat. 

Langkah Keselamatan Untuk Mengurangkan Risiko Panahan Kilat

Berikut adalah panduan untuk mengurangkan risiko panahan kilat;-

LANGKAH 1 (Fahami aktiviti kilat)

  • Kilat berlaku sebelum, semasa dan selepas hujan.
  • Ambil langkah keselamatan apabila kilat berlaku iaitu dengan mengetahui jarak kilat. Bagi mengira jarak kilat, anda boleh menggunakan teknik ‘Flash to Bang’ atau ‘Kilat ke Guruh’. Cara kiraan 5 saat dari masa kilat kelihatan dan guruh kedengaran ialah jarak 1.6 km dari kedudukan anda. Ia bermaksud, jika 10 saat bersamaan 3.2 km, 20 saat bersamaan 6.4 km dan 30 saat bersamaan 9.6 km dari kedudukan anda.

LANGKAH 2 (Sekiranya anda berada di luar rumah

  • Hentikan semua aktiviti luar dan cari tempat perlindungan sebaik sahaja anda melihat awan gelap muncul. Kilat tidak semestinya diiringi hujan dan masih boleh memanah anda walaupun awan gelap itu berada pada jarak 15 km dari tempat anda berada.
  • Cari perlindungan dalam bangunan yang besar dan kukuh, kenderaan atau struktur yang besar seperti jambatan dengan pantas.
  • Cari tempat perlindungan sebaik sahaja anda melihat pancaran kilat.
  • Jika tiada tempat berlindung berdekatan anda, segera turun dari tempat tinggi dan berlindung di tempat rendah atau masuk ke dalam longkang yang kering.
  • Jangan tunggu sehingga hujan turun sebelum mencari perlindungan kerana kilat boleh memanah anda walaupun sebelum hujan turun.
  • Jangan gunakan payung ketika adanya panahan kilat (kerana payung turut diperbuat dari logam).
  • Sekiranya hujan, basahkan pakaian anda kerana pakaian basah membantu mengurangkan kecederaan serius jika anda terkena panahan kilat.
  • Segera duduk dalam ‘Kedudukan Pertahanan Kilat’, iaitu bercangkung dengan kedua belah kaki dirapatkan dan menutup telinga dengan tangan.
  • Jangan sentuh objek besi seperti pagar, tiang dan orang lain.
  • Jangan berlindung di bawah pokok, khemah, bangsal kecil, kongsi, rotunda atau gerai makanan di tepi jalan. Jika anda berlindung di tempat yang sempit atau kecil, pastikan ia dilengkapi sistem pertahanan kilat.
LANGKAH 3 (Sekiranya anda berada dalam rumah atau tempat perlindungan)

  • Jika anda di dalam tempat perlindungan, jangan sentuh peralatan elektrik dan tanggalkan plug dari soket jika perlu.
  • Jangan gunakan telefon rumah atau pejabat. Gunakan telefon bimbit jika perlu sahaja.
  • Jauhi balkoni, beranda, pintu, tingkap, dinding, atau tiang yang menghadap luar rumah.
  • Elakkan berada di dalam bilik air atau berhampiran dengan paip air yang dibuat daripada besi.
  • Pastikan anda berada di dalam tempat perlindungan untuk tempoh sekurang-kurangnya 30 minit selepas guruh yang terakhir kedengaran. Anda perlu ingat bahawa kilat masih lagi boleh menyambar walau pun hujan telah berhenti.
So simpan artikel ini untuk panduan korang nanti. Walaupun tak banyak kes dipanah petir tapi kita sepatutnya berjaga jaga kan? Lagi lagi yang selalu bekerja di tanah yang lapang. Korang pernah terasa renjatan elektrik pada kawan korang? Korang boleh baca artikel Kenapa Badan Ber"elektrik"? untuk ketahui sebabnya. 

Gambar : sumber google image

Allyoung.my Pilihan Shopping Online Cik En

$
0
0
Allyoung.my Pilihan Shopping Online Cik En | Pernah dengar platform shopping online kecantikan Allyoung.my ? Allyoung.com merupakan salah satu pilihan shopping online cik en untuk membeli barangan kecantikan yang dipercayai. Produk yang cik en percayai dari Allyoung.my ini adalah produk jenama Swissvita. Selain itu ada beberapa jenama lain seperti Elle Skincare, Aeveop, City Color dan Suddenbe. Dan sempena raya ini cik en dah siap siap shopping kat allyoung.com untuk kekal menawan di pagi raya nanti. Hhahahah. 


Allyoung.my Pilihan Shopping Online Cik En


Jika sebelum ini cik en mencuba produk dari Swissvita iaitu Swissvita 3D All Use Eye Cream dan Swissvita Acne Solution Soothing Cleanser Cream , kali ini cik en ingin mencuba produk produk lain yang ada di laman web Allyoung.my. So cik en nak kongsi dengan korang macam mana cik en shopping online hingga terbeli lebih dari 5 barang yang ada di laman web Allyoung.my ini. hihihi.

Cara Shopping Online di Laman Web Allyoung.my


1. First step, korang buka pc, laptop atau chrome di handphone korang dan taip Allyoung.my atau www.allyoung.my 

2. Korang akan nampak beberapa pilihan di atas web seperti Beauty, Health dan lain lain lagi. Dari situ korang boleh pilih yang mana korang berkenan.

3. Macam cik en, cik en pilih

  • Shimmer
  • Lipstick
  • Mascara
  • Lip Balm
  • Mask


4. Lepas dah decide nak shopping yang mana korang boleh pilih kuantiti dan 'add to cart'


5. Best nya shopping di Allyoung.my, setiap pembelian korang (lepas add to chart) korang boleh pilih barangan lain yang telah diberi diskaun dan pilihan barangan itu automatik keluar seperti di bawah ini.


6. Selesai shopping korang boleh klik gambar troli kecil disebelah kanan atas untuk tengok kesemua list korang pilih beserta jumlah semua pembelian korang. Kalau rasa dah cukup shopping korang itu korang boleh checkout


7. Selepas checkout korang boleh buat pembayaran. Sebelum itu kalau ada kad diskaun korang boleh gunakan dan lepas itu korang boleh gunakan perbankan online untuk pembayaran. Selesai pembayaran akan ada pengesahan dan nombor order untuk rujukan nanti.


8. Untuk semak balik, korang boleh pergi ke My Account dan tengok semua rekod seperti nombor order, payment status dan lain lain lagi macam di bawah ini.


Cik en dapat barangan ini dalam masa kurang dari seminggu je tau.. tengok cepat ke tak dorang proses. Terbaik la customer services dorang ni! Dan ini yang cik en shopping kat Allyoung.my ini


Untuk review produk ini nanti cik en akan buat entry yang lain na.. So kalau korang nak try usha shopping online Allyoung.my ini boleh la klik Allyoung.my ini. 

Cafe LeLac Bukit Merah Laketown Resort Port Berbuka Minggu Ke Dua

$
0
0
Cafe LeLac Bukit Merah Laketown Resort Port Berbuka Minggu Ke Dua | Agak lewat cik en update tempat berbuka puasa cik en dah keluarga untuk minggu kedua. Sebelum ini cik en ke Ipoh, minggu kedua ini cik en menuju ke Utara. Dan pilihan cik en dan adik cik en untuk bawak mak abah kami ke Cafe LeLac Bukit Merah Laketown Resort . Macam biasa plan last minit dan tugas adik cik en untuk call dan buat tempahan di Cafe LeLac Bukit Merah Laketown Resort ini. So disebabkan ianya buffet sememangnya cik en tak ada la gambar yang menarik cuma nak share dengan korang apa best berbuka puasa di Cafe LeLac Bukit Merah Laketown Resort ini. 

Cafe LeLac Bukit Merah Laketown Resort
Cafe LeLac Bukit Merah Laketown Resort 

Cafe LeLac Bukit Merah Laketown Resort Port Berbuka Minggu Ke Dua


Apa yang buat cik en dan adik cik en tertarik untuk berbuka puasa buffet di Cafe Le Lac Bukit Merah Laketown Resort ini sebab harga buffetnya yang berbaloi juga la iaitu RM48.00 untuk dewasa dan RM35.00 untuk kanak kanak, warga emas dan OKU. 


Dan kalau korang tak tahu cik en seorang saja bayar untuk dewasa. Adik cik en ada kad OKU dan mak abah cik en warga emas. Untung tak cik en? Hahahahha. Adik cik en la untung, kalau naik ETS ke, bas ke mesti dapat half price. Hihihi. Tu senang bawa dia jalan jalan. 

Ok la, back pada Cafe LeLac Bukit Merah Laketown Resort tadi. Kami tempah lewat sikit so meja kami di bahagian luar mengadap tasik 


Kebetulan hujan renyai renyai jadi tak kesempatan bergambar tepi tasik. 

Kat Cafe LeLac Bukit Merah Laketown Resort ini, makanan mereka di hidang di dalam cafe dan bahagian luar. Di dalam ada pencuci mulut, buah buahan, kerabu dan ais kacang. 


Disebelah luar Cafe LeLac Bukit Merah Laketown Resort yang mengadap tasik pula dihidang secara gerai. Macam Gerai Bubur, Gerai Cucur, Gerai Tomyam, Gerai Nasi Mandy, Gerai Mee Udang, Gerai Makanan Panas, Gerai Nasi Ayam, Gerai Kebab dan minuman. 

Ini port kami sekeluarga. Sementara tunggu waktu berbuka selfie dulu


Dan ini menu kami untuk round pertama.. ahahhaha


Untuk menu di Cafe LeLac Bukit Merah Laketown Resort ini, cik en recommended ikan patin masak tempoyak, bubur kacang, mee udang, cucur dan teh tarik dia. Sodapppp pada tekak cik en. Kalau korang pula maybe lain la kan. 

Cuma kat sini, menu tak semeriah sangat la. Dan port kerabu cik en sedar bila dah last. Port kerabu ini di bahagian pintu cafe dan cik en tak berapa perasan. Papadom kecik itu keras dan nasi mandy dia macam berminyak lebih. Meja kami kecik dan cik en terpaksa cari troli untuk letak pinggan yang dah digunakan. Mungkin staf masih berbuka puasa. Tapi kira ok la. banyak yang cik en suka dari tak suka. Boleh bagi 3.8/5 bintang

Lepas berbuka, korang boleh solat maghrib sebabnya ada surau di sediakan. Cik en sempat bergambar tapi suasana renyai buat gambar tak berapa cantik la. 



So kalau korag rasa nak berbuka kat Cafe LeLac Bukit Merah Laketown Resort ini, korang boleh usha sosial media dorang yerk

Cafe LeLac Bukit Merah Laketown Resort
Facebook Cafe LeLac Bukit Merah Laketown Resort : https://www.facebook.com/BMLaketownResort/
Nombor telefon untuk tempahan : 05-8908888

HB Roller Cream Pilihan Foundation Wanita Kaki Travel

$
0
0
HB Roller Cream Pilihan Foundation Wanita Kaki Travel | Sudah lama cik en mencari barangan make up terutama foundation yang ringkas di bawa bila travel. Lagi lagi bila bawa backpack ini, tempat terhad dan banyak lagi barangan penting perlu cik en bawa. Tapi sekarang dah mudah sebabnya dah ada HB Roller Cream. Apa itu HB Roller CreamHB Roller Cream (Hallas Irish Beauty Roller Cream) adalah bedak asas atau foundation yang direka dalam bentuk botal dan ada span berputar di bahagian atas untuk senang cik en apply pada muka. Di tepi HB Roller Cream ini ada satu butang kecil untuk control krim foundation bila digunakan. Dan satu lagi kelebihan HB Roller Cream ini adalah saiz yang kecil dan mudah dibawa. | HB Roller Cream Pilihan Foundation Wanita Kaki Travel

HB Roller Cream Pilihan Foundation Wanita Kaki Travel
HB Roller Cream Pilihan Foundation Wanita Kaki Travel

HB Roller Cream Pilihan Foundation Wanita Kaki Travel


Sebelum itu cik en nak share yang HB Roller Cream ini adalah BB Cream. Korang tau apa itu BB Cream? Asalnya BB Cream di cipta oleh seorang doktor untuk melindungi wajah pesakitnya selepas pembedahan dan pengelupasan. BB Cream adalah campuran serum muka, pelembab, primer, bedak asas (foundation) dan sun block. Ianya dibuat dari mineral untuk tutup cela, parut, blemish, jerawat, kedutan, kulit tak sekata dan lain lain lagi. Berbeza dengan CC Cream. CC Cream merawat tapi BB Cream lebih kepada menutup saja. 

Dan selalunya jerawat dan kulit tak sekata ini akan berlaku apabila kita terlalu banyak terdedah dengan sinar UV. Itu lah berlaku pada cik en kalau travel ini. So dengan HB Roller Cream ini ianya dapat membantu menyamarkan apa yang buat cik en tak cantik dan lengkap dengan pakej mudah dibawa serta mudah apply dimuka. 

Kenapa Perlu Pilih HB Roller Cream



HB Roller Cream merupakan bedak asas yang mempunyai span berputar khusus untuk memberikan kemasan yang tampil sempurna pada permukaan kulit wajah korang. Diperkaya dengan SPF25 yang mampu melindungi kulit daripada kerosakan akibat sinaran UV dan seterusnya menjadikan tona kulit lebih sekata di samping dapat menjimatkan masa.

Kebaikan HB Roller Cream 



  1. Dapat mengecilkan liang pori pada muka korang itu serta mengawal minyak yang berlebihan pada muka.
  2. Krim bedak asas memberikan kemasan HD agar tona muka kelihatan lebih sekata dan pawbelesss
  3. Dengan menggunakan teknik tekan dan oles dapat menjimatkan masa korang serta bersih tanpa menggunakan jari.
  4. Mengandungi pelindung UV SPF 25 yang membantu melindungi kulit dari sinaran UV matahari.
  5. Membantu memudarkan kesan parut.
  6. Sapuannya mampu bertahan lebih lama

Cara Penggunaan HB Roller Cream



  1. Hanya perlu tekan butang kecil di tepi HB Roller Cream itu untuk keluarkan krim
  2. Sapukan di muka dan siap untuk apply make up yang lain
Ini review dari cik en sendiri dengan menggunakan HB Roller Cream sebagai foundation untuk make up cik en. Walaupun tak pandai sangat make up kan? Tapi dengan HB Roller Cream ianya nampak smooth gitew muka cik en. Boleh la nak pakai untuk raya nanti selain persedian untuk travel selepas ini. Kalau nak tau kat mana cik en dah travel boleh baca entri cik en travel 


Kalau korang nak tengok testimoni yang lain, korang boleh la ikuti sosial media dorang dan mereka sedang mencari agent agent baru dan stokis

WHATSAPPP SEKARANG ADA PROMOSI : 

0185714962 (WANIE)
0134764982 (NANI)
0197602890 (SYITAH)
0175163380 (BIBAH)
0124789658 (IERA)
.
FOLLOW INSTAGRAM UTK DAPAT FREE GIFT 

@bedakasasarab_bywunny
@bedakasas.arab
@bedak.asas.arab_hq
@ceklawa_byhabibah
@ieraceklawa_hq

Website

Sesekali Manjakan Diri Apa Salahnya Kan?

$
0
0
Sesekali Manjakan Diri Apa Salahnya Kan? | Menjadi seorang yang sangat komitmen dengan pekerjaan sememangnya buat badan kita lebih lebih lagi wanita terasa penat. Tenaga wanita tak boleh nak lawan tenaga lelaki. Macam cik en, cik en akui cik en selalu beri komitmen 100% pada pekerjaan cik en sebagai pembantu veterinar yang bertugas di bahagian klinik veterinar. Sebabnya jiwa cik en dengan haiwan terutama kucing dan anjing memang sangat rapat. Sehari tak jumpa terasa macam rindu tak jumpa kekasih. hihihi. Tapi bila hari hari berdepan dengan kerenah kucing dan anjing yang garang dan sikap tuan puan haiwan kesayangan ini buat cik en terasa stress melayan lagi lagi jenis owner yang terlebih cerewet ini. Jadi cik en akan cuba curi masa untuk diri sendiri. Sesekali Manjakan Diri Apa Salahnya Kan?


Sesekali Manjakan Diri Apa Salahnya Kan? 

Ada beberapa cara untuk cik en release stress seperti berblog, travel, makan dan lain lain lagi. Tapi kesemua itu buat badan dan otak cik en tak berehat. So cik en mula sukakan spa untuk manjakan diri.  Banyak kebaikan spa ini tau. Korang boleh baca di Kebaikan Spa Untuk Kecantikan. Awal awal dulu cik en buat spa sendiri tau kat rumah. Dengan modal bawah dari RM100 tau. Korang boleh baca di Cara Buat Spa Sendiri Di Rumah Dengan Modal Kurang RM100 . Lepas itu cik en sendiri dah tak sempat nak buat spa sendiri kat rumah and last cik en gunakan perkhidmatan spa. 

Spa yang jadi pilihan cik en semestinya Dwafa Care, spa muslimah yang popular di Seri Manjung Perak. Cik en sukakan urutan bali, urutan totok dan scrub badan. Buktinya cik en dah repeat lebih dari 2 kali ketiga tiga perkhidmatan ini. 

Cik en baru saja cuba mandian aura mereka beberapa hari lepas. Mandi aura ini beri kesan yang baik pada mood korang. Korang rasa segar. Mungkin kalau korang nak cuba buat kat rumah je seperti beli 7 jenis bunga atau boleh beli Gel Mandian Aura 7 Bunga  atau boleh gunakan Sabun Aura Suzy Honey Herbs

So, korang yang kuat sangat bekerja atau selalu sibuk dengan kehidupan seharian tu, Sesekali Manjakan Diri Apa Salahnya Kan? 

Jenama Makanan Kucing Yang Ada Di Malaysia

$
0
0
Jenama Makanan Kucing Yang Ada Di Malaysia | Sudah lama cik en nak buat entri ini. Tapi tak berkesempatan nak mencari info info yang berkaitan. So setelah sekian lama, cik en buat juga entri Jenama Makanan Kucing Yang Ada Di Malaysia untuk panduan pemilik kucing. Diharap Jenama Makanan Kucing Yang Ada Di Malaysia dapat membantu korang memilih makanan kucing yang bersesuaian dengan baka kucing korang bela. Kalau rasanya ianya bermanfaat, jangan lupa share entri Jenama Makanan Kucing Yang Ada Di Malaysia untuk sebarkan dan juga korang boleh komen untuk penambahbaikan entri Jenama Makanan Kucing Yang Ada Di Malaysia ini.

Jenama Makanan Kucing Yang Ada Di Malaysia
Jenama Makanan Kucing Yang Ada Di Malaysia

Jenama Makanan Kucing Yang Ada Di Malaysia

Cik en pernah kongsi entri Cara Memilih Makanan Kucing Yang Betul tapi masih ada yang bertanya Apa Jenama Makanan Kucing Yang Ada Di Malaysia. Kat sini cik en listkan makanan yang ada di pasaran Malaysia dan mungkin ada yang cik en terlepas pandang dan korang dialu alukan untuk komen makanan kucing apa yang korang rasa ianya bersesuaian dengan kucing korang.

Senarai Jenama Makanan Kucing Yang Ada Di Malaysia

  1. Royal Canin
  2. Whiskas
  3. Pro Diet
  4. Equilibrio
  5. Hills
  6. Taste Of The Wild
  7. Gold
  8. Friskies
  9. Greens
  10. Starasia Catz-Kat
  11. Love Cat
  12. Blackwood
  13. Smart Heart
  14. Brit
  15. PowerCat
  16. OldFisherman
  17. Happy Cat
  18. Vital Plus
  19. Fancy Feast
  20. Britcare
  21. Sheba
  22. NekkoBow Bow
  23. Fussie Cat
  24. Snappy Tom
  25. Buttons And Bows
  26. Special Cat
Yang cik en highlight itu adalah Jenama Makanan Kucing Yang Ada Di Malaysia yang popular dan berkualiti. Yang lain cik en masih tak familiar lagi. Dan untuk kes kes tertentu seperti kucing masalah FLUTD atau batu karang, masalah sembelit yang kronik, masalah kulit dan beberapa masalah, korang perlu refer vet untuk dapatkan konsultan makanan apa yang sesuai. 

Untuk cik en produk Royal Canin adalah produk yang mempunyai kesemua jenis makanan kucing dari kucing jenis berbaka seperti persian, kucing sakit, kucing ada masalah sensitivity dan lain lain lagi. Jadi penting untuk korang refer vet yang bertauliah untuk dapatkan info makanan apa yang sesuai untuk kucing korang. 

Kalau korang nak buat pertukaran makanan pun korang tak leh nak tukar macm itu aje tau. Korang kena tau step step untuk mengelakkan kucing cirit dan ada masalah lain. Yang itu korang boleh refer entri Cara Memperkenalkan Makanan Baru Kepada Kucing
Viewing all 1599 articles
Browse latest View live