Perbezaan Essence Stay All Day 16 Hour Long Lasting Makeup dan Essence Pure Nude Make-Up | Foundation pertama cik guna adalah Essence Pure Nude Make-Up natural finish no makeup feel. Cik guna dalam 2 tahun juga la. Sebab cik en suka yang tak nampak over sangat. Sebelum itu cik en banyak gunakan BB Cream sebabnya ianya complete. Bila dah pandai bertata rias ( ewahhhhh perkataan cik en ini) cik en mencuba dengan foundation dari Essence ini. Cuma baru baru ini stok cik en habis, cik en nak topup tak jumpa Pure Nude tu. Tapi nampak Essence Stay All Day 16 Hour Long Lasting Makeup ini. Nampaknya macam dah improve foundatiom ini. Boleh bertahan 16 jam gitew. So dah alang alang pakai terus cik en buat entri Perbezaan Essence Stay All Day 16 Hour Long Lasting Makeup dan Essence Pure Nude Make-Up ini
Perbezaan Essence Stay All Day 16 Hour Long Lasting Makeup dan Essence Pure Nude Make-Up
Macam sebelum ini cik en ambil Pure Nude dengan code 10 iaitu Pure Beige, cik en ambil untuk Essence Stay All Day 16 Hour Long Lasting Makeup ini pun code 10 cuma namanya Soft Beige. So ianya nampak lebih soft dan pebelos. Hahhahah. Fawless gitew. Pure Nude memang orang takkan perasan macam ada make up. Ianya natural dan nampak nude. Gambar di bawah ini adalah gambar masa cik en gunakan Essence Pure Nude Make-Up dan gambar terbaru guna
Korang nampak tak perbezaan dia? Yang 1st nampak macam tak pakai make up and more macam kulit sendiri kan? Yang 2nd nampak soft sikit. Selain itu bau dia sedikit lain. Stay All Day 16 Hour ada rasa sejuk sikit muka bila apply. Ketahanan makeup off course la Stay All Day 16 Hour tu. Dari pagi sampai kemalam still mantain. Harga Pure Nude around RM20++ sebab dah lupa dan Stay All Day 16 Hour RM22.90 di Watson. Kira mampu milik la kan? Dan korang jangan pulak cari Essence Pure Nude itu. Rasanya dah tak ada tau. Dorang dah tukar pada Stay All Day 16 Hour tu.
Tapi kalau korang tak mahu cuba produk Essence, korang boleh cuba Foundation dari Maybelline. Cik en ada Review Dream Velvet Soft-Matte Hydration Foundation ini. Depends pada penggunaan korang mana yang ok.