Quantcast
Channel: Eintan Nurfuzie
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1599

Bas Sekolah Percuma? Biar Betul?

$
0
0
Bas Sekolah Percuma? Biar Betul? | Last cik en naik bas sekolah masa sekolah rendah. Jarak rumah ke sekolah agak jauh. Disebabkan abah cik en kerja tak menentu masa, abah cik en ambil perkhidmatan bas sekolah. Masa itu bayaran dalam RM 25 sebulan rasanya. Dan sekarang cik en survey yang bayaran bas sekolah sampai beratus ratus ringgit. Mahal juga rupanya sekarang ini kan? Kisah RM 25 itu kisah 20 tahun lepas. Mesti membebankan pada keluarga yang kurang kemampuan. Lagi lagi duduk di bandar besar seperti Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur). Bila cik en baru  baca satu artikel Bas Sekolah Percuma di Sinar Harian online kejap tadi terus perkataan " biar betul? Ada ke benda free sekarang ini? Lagi lagi libatkan perkhidmatan kenderaan" keluar dari mulut cik en. Yang korang  pula tau ke ada Bas Sekolah Percuma untuk Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awan (PA) untuk orang Kuala Lumpur? Kalau korang pon tak tahu macam cik en, meh cik en nak cerita pasal Bas Sekolah Percuma ini ?


Bas Sekolah Percuma? Biar Betul?

Sebenarnya semenjak dari tahun lepas (2017), Kementerian Wilayah Persekutuan telah menyediakan peruntukan RM80 seorang murid yang menggunakan perkhidmatan Bas Sekolah Percuma ini. Program Bas Sekolah Percuma ini meliputi 74 kawasan di PPR dan PA di sekitar Kuala Lumpur. Jumlah besar yang diperuntukan RM15 juta ini di sediakan oleh kerajaan dalam bajet DBKL 2018. Mungkin cik en tak tahu adanya Bas Sekolah Percuma sebabnya bukan tinggal di bandar tapi bila ada program sebegini, cik en nampak penduduk yang kurang kemampuan di Kuala Lumpur dapat mengurangkan kos bas sekolah untuk anak anak dan boleh gunakan saving itu untuk perbelanjaan yang lebih memerlukan yang lain. Untung la korang yang duduk di Kuala Lumpur tu? Banyak kemudahan yang disediakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Walaupun nampak sikit tapi bagi orang yang terhimpit dengan bebanan kewangan ianya sangat bererti. 


Kalau ikutkan kos pengangkutan macam sewa van sekolah boleh mencapai RM300 untuk seorang anak. Itu baru seorang kalau ada 3 orang? Tak ke dekat RM1000 juga. Baru sewa van je. Duit belanja sekolah lagi, peralatan sekolah lagi dan lain lain lagi. Bila ada program Bas Sekolah Percuma ini  sebenarnya banyak membantu golongan pendapatan rendah ini. Suka cik en tengok kalau adik adik ini boleh belajar tanpa ada bebanan kewangan. Mereka boleh tumpukan perhatian kepada pelajaran.

Program Bas Sekolah Percuma Ianya merupakan inisiatif dari Datuk Seri Tengku Adnan bin Mansor atau senang disapa dengan nama Ku Nan. Beliau merupakan Menteri Wilayah Persekutuan. Dengan rasa prihatin terhadap penduduk di dalam kawasan Wilayah Persekutuan yang mana ada penduduk kurang berkemampuan, anak anak yang ada semangat untuk belajar tapi tidak mampu untuk membayar pengangkutan ke sekolah dan juga keresahan ibu bapa yang mana semakin hari semakin tinggi kos menguruskan keluarga telah menjadi titik tolak kepada Ku Nan mewujudkan Program Bas Sekolah Percuma ini dibawah peruntukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Dengan bajet yang diperuntukan, beliau menggunakan sebaiknya untuk memberi kemudahan yang terbaik kepada penduduk Kuala Lumpur.

Bantuan ini disediakan untuk penduduk PPR dan PA sahaja, kita (kerajaan) memahami kekangan hidup (kos sara hidup tinggi) jadi kita akan lihat setiap hari bagaimana mahu meringankan beban mereka 
- Datuk Seri Tengku Adnan Bin Mansor -

Harapan cik en pula agar Program Bas Sekolah Percuma ini dapat diteruskan dan akan ada penambahbaikan dari masa ke semasa seperti diperluas ke seluruhan kawasan bandar Kuala Lumpur. dan bukan hanya tertumpu kepada kawasan PPR dan PA. Selain dapat mengurangkan beban kewangan, ianya dapat juga mengelakkan masalah jenayah seperti penculikan di kalangan pelajar sekolah. Kalau korang nak tahu lebih lanjut lagi korang boleh baca di Bantuan Bas Sekolah Percuma

p/s: Selain dari Program Bas Sekolah Percuma untuk penduduk PPR dan PA, Ku Nan juga ada mewujudkan beberapa program lain seperti Perpustakaan 1 Wilayah Persekutuan Lembah Pantai dan pembangunan semula Residensi Kerinchi. Semua ini untuk kemudahan penduduk di Kuala Lumpur. 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1599