Quantcast
Channel: Eintan Nurfuzie
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1599

Plastik Wangi Tesco

$
0
0
Plastik Wangi Tesco | Pernah tak korang jumpa plastik wangi yang dijual di Tesco atau pasaraya yang lain? Kalau ada yang guna Plastik Wangi Tesco ini mesti nak letak pampers anak, sisa makanan, poo dan pee kucing dan apa apa sampah berbau busuk kan? Cik en pun baru gunakan Plastik Wangi Tesco untuk letak sampah di rumah ini selain buang poo dan pee si peah ini. Semenjak duduk rumah baru, peah agak terhad nak keluar disebabkan sebelah rumah ini ada anjing yang garang dan tak sukakan kucing macam cik en story kat Nak Keluar Sangat Kan? Keluar La Lagi, Kena Gigit Anjing Baru Tau! . Jadi cik en perlu sediakan pasir kucing dan bersihkan setiap hari. Kalau setakat 2 3 ketul je bahan buangan peah takkan nak sekali guna plastik dan nak buang? Kalau di biarkan nanti berbau pula rumah ini. So cik en pun gunakan lah Plastik Wangi Tesco ini. 

Plastik Wangi Tesco
Plastik Wangi Tesco

Plastik Wangi Tesco


Plastik Wangi Tesco ini kalau tak silap ada 4 jenis wangian dan 2 jenis saiz. Seingat cik en ada bau lemon, beries, epal dan vanila. Seingat la sebab cik en pun dah lupa. Saiz pula ada yang kecik dan besar 

Dan Plastik Wangi Tesco ini cik en baru jumpa di Tesco je. Tempat lain tak jumpa lagi. Korang pernah ke beli Plastik Wangi ini kat tempat lain selain tesco? 

Kalau ada korang komen la nanti cik en nak try cari kat tempat korang katakan tu. 

Bau Plastik Wangi Tesco dia agak kuat juga sesuai la kalau korang nak letak sampah yang berbau dan kalau korang biarkan dalam sehari dua cik en tak dapat nak bau kuat dah wangian itu. Tapi kira ok la kan? still ada bau wangi cuma tak sekuat masa mula mula keluar plastik. 

Mesti ada kata, "I pakai bekas plastik beli barang je.. Jimat" Hahahha, cik en pun kalau setakat sampah tak berbau cik en pakai je bekas plastik beli barang itu. Macam cik en kata awal awal tadi, cik en guna Plastik Wangi Tesco untuk sampah berbau je. 

Cik en kan sibuk, bila sibuk ini kadang kadang ada juga sampai 1 hari itu tak masuk pun dapur. Untuk kekalkan kesegaran dapur tu, cik en gunakan Plastik Wangi Tesco atau Tesco Scented Garbage Bag ini untuk masa masa tertentu. 

Ini detail yang korang boleh cari di Tesco atau Tesco Online 

Tesco Scented Garbage Bag @ Plastik Wangi Tesco
Kecil (S) - 18x20 (50 keping) 
Sederhana (M) - 24x28 (25 keping)
Harga : RM5.99
Rak plastik sampah

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1599