Buffet Ramadan Penang di Top View Restaurant & Lounge | Dah start ke cari tempat berbuka secara Buffet Ramadan Penang? Atau korang dah siapkan list buffet yang ada. Ini cik en nak tambah lagi satu Buffet Ramadan untuk orang Penang atau sesiapa rasa nak mai Penang berbuka puasa nanti. Menariknya kat sini sambil berbuka puasa dengan banyak pilihan menu korang berpeluang juga menikmati permandangan Penang di waktu siang dan malam. Tempat itu semestinya Buffet Ramadan Penang di Top View Restaurant & Lounge.
Buffet Ramadan Penang di Top View Restaurant & Lounge
Macam sebelum ini, cik en pernah kongsikan Kejutan Hari Ibu 2018 Sambil Menikmati Pemandangan Penang di Top View Restaurant dan kali ini pun di tempat yang sama. Restoran yang paling tinggi ada di Penang.
Macam macam menu yang disediakan dan cik en tahu mesti suka kalau ada menu kambing. Dan Buffet Ramadan Penang di Top View Restaurant & Lounge ada menyediakan Kambing Panggang selain menu seafood dan buffet ala kampung yang lain. Meh je la layan gambar dulu..
Untuk menu ala kampung ada 3 jenis nasi iaitu Nasi Biryiani, Kerabu dan Nasi Putih. Antara menu yang lain seperti Kambing Masak Kurma , Stir-fried Vegetable With Crab Meat Sauce. Kepah Masak Lemak Chilli Api, Udang Masak Asam, Strifried Squid with Celery And Chestnut, Ikan Masak Masam Manis, Ketam Masak Kari, Ayam Masak Merah, Wok Fried Beef With Ginger, Sayur Terung Goreng Berlada
![]() |
Menu Ala Kampung |
![]() |
Menu Ala Kampung |
Side Salad atau Kerabu ini part cik en paling suka. Hahahha. Banyak betul kerabu yang dihidangkan. Semua kerabu cik en try. Antaranya di bahagian Salad ini ada Capsicum , Cherry Tomato , Carrot , Japanese Cucumber , Shredded Red Cabbage , Mixed Lettuce Kerabu Ayam , Kerabu Kerang , Kerabu Pucuk Ubi , Kerabu Kacang Botol Dengan Ikan Bilis , Thai Squid Salad ,Chicken Salad Thai Beef Salad , Pasta salad , Baba Ghanush & Tabbouleh Ulam-Ulaman Kampung, Sambal Belacan , Sambal Manga , Sambal Ikan Bilis, Sambal Tempoyak, Cincaluk Acar Mentah , Acar Rampai , Acar Buah-Buahan, Assorted Keropok
Untuk menu makanan laut antaranya Fresh Oysters , Prawn , Crab , 1/2 shell Mussel with Tabasco & Condiment
Kat sini ada bahagian Penang Dishes. Antara menu yang ada Cucur Udang , Cucur Kelapa , Cucur Sayur , Cucur Keledek, Tauhu Goreng , Telur Rebus Goreng , Chicken Sausage Goreng , Udang Goreng , Sotong Goreng , Ketam Goreng , Fish Cake Goreng , Fish Ball Goreng , Crab Stick Goreng , Cucumber , Sengkuang , Beansprout with Pasembur Sauce
Kalau makan ala buffet ini yang paling best adalah dessertnya. Lain tempat lain dessertnya. Itu la kelainan yang selalu cik en tengok. Kekuatan sesuatu hidangan adalah desertnya. Antara dessert yang ada adalah Assorted Of Continental Delight Bubur Pulut Hitam , Pengat Ubu Keledek Blueberry Cheese Cake , Japanese Cheese Cake , Tiramisu , Chocolate Brownie Blueberry Mousse , Fruit Tartlet , Bread & Butter Pudding Fried Ice-cream , Ice Kacang , Cendol Buah-buahan Tempatan
![]() |
Bihun Goreng Tomyam |
![]() |
Duck Smoke |
Buffet Ramadan Penang di Top View Restaurant & Lounge
Harga : RM 98 per nett (RM 68 per nett untuk kanak kanak)
Masa : 6.30 petang hingga 10.00 malam
Available : 15 Mei hingga 15 Jun 2018
Top View Restaurant & Lounge
Komtar, Level 59 & 60, Jalan Penang, 10000 George Town, Pulau Pinang
Facebook : Top View Restaurant