Dinner Ayam Taliwang di Taliwang Irama 3 | Trip Lombok Indonesia | Lama pula cik en sambung balik entri seterusnya untuk Trip Lombok Indonesia ini. Biasalah kerja cik en ini sibuk, tiba tiba dapat jemputan ke Singapore, tiba tiba kawan kahwin dan tiba tiba jadi malas. Hahahha. Untuk Trip Singapore cik en akan update nanti ya. Habiskan Trip Lombok Indonesia dulu. Selesai Kenali Suku Sasak di Dusun Sasak Sade Rembitan, keadaan mula gelap. Di Lombok pukul 6 petang dah gelap. So kami balik semula ke Mataram untuk Dinner Ayam Taliwang di Taliwang Irama 3 sebelum balik ke hotel

Dinner Ayam Taliwang di Taliwang Irama 3
Abaikan muka cik en yang penat itu eh. Muka letih, lapar dan berminyak. Ayam Taliwang adalah menu khas di Lombok ini yang diperbuat daripada daging ayam. Kata cik abe cik en yang pernah datang sini, ayam dia ayam muda sebab itu nampak kecil.
![]() |
Ayam Taliwang |
![]() |
plecing kangkung |
Ayam ini dibakar dan diletak bumbu cabai merah kering, bawang merah, bawang putih, tomat, terasi goreng, kencur, gula merah, dan garam. Dimakan bersama nasi dan plecing kangkung. Plecing kangkung terdiri dari kangkung yang direbus dan disajikan dalam keadaan sejuk dan segar dengan sambal tomat, yang dibuat dari Cabai rawit, garam, terasi dan tomat, dan kadangkala diberi tetesan jeruk limau. plecing kangkung biasanya disajikan dengan tambahan sayuran seperti taoge, kacang panjang, kacang tanah goreng.
Nampak pula ikan kan dalam menu kami? Bonde tak digalakkan makan ayam. Jadi menu ikan itu menu dia. Tapi kami ngap juga. Sebab sedap. Ikan apa cik en tak pasti sebab cik en fail dalam nama nama ikan ini. hahaha
Lupa pula nak kongsi maps perjalanan dari Dusun Sasak Sade Rembitan ke Taliwang Irama 3 ini. Perjalanan ambil masa 1 jam juga la.
Ok, settle untuk hari pertama di Lombok. Kami perlu rehat cukup cukup sebab hari kedua akan jadi hari meletihkan kami. Kami terus ke hotel tapi ada masalah. Bukan hotel tapi miscommunication antara travel agensi. Cik en tak nak story sebabnya supir kami cukup perfect cover balik masalah hotel malam pertama itu dengan aktiviti selepas itu. Kalau korang nak tahu, korang boleh personal tanya cik en ok?
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Trip Lombok Indonesia
Hari Pertama
Day 1.3 - Masjid Nurul Bilad Kuta Lombok Tengah
Day 1.7 - Dinner Ayam Taliwang di Taliwang Irama 3
Hari Kedua
Day 2.1 - Snorkeling di Gili Nanggu, Lunch di Gili Sudak dan Pulau Putih di Gili Kedis
Day 2.2 - Dinner Sate Rembiga di Lesehan Sate Rembiga Lombokoe
Hari Ketiga
Day 3.1 - Benang Kelambu Waterfall dan Benang Stokel Lombok Tengah
Day 3.2 - Melantak Sate Bulayak Sampai Gemuk
Day 3.3 - Sunset di Senggiri
Hari Keempat
Day 4.1 - Shopping Beg Rotan, Lombok Exotic, Sasake, Mutiara di Sinar Abadi dan makanan di Wisata Halal Lombok
Day 4.2 - Mencuba buat replika sendiri
Day 4.3 - Makan makanan Lombok di Rumah Buyung Supir Kami
Day 4.4 - Dharma Setya Hand Woven Village
Day 4.5 - Selamat Tinggal Lombok