Quantcast
Channel: Eintan Nurfuzie
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1599

Moodmojee Perkenalkan 6 Jenis Minuman dari Produk Anchor Food Professionals

$
0
0
Moodmojee Perkenalkan 6 Jenis Minuman dari Produk Anchor Food Professionals | Selalunya produk Anchor ini digunakan dalam masakan seperti kek, pastri dan main course. Tak sangka ianya dapat digunakan dalam minuman dan gabungan itu mampu memberi rasa dan mood yang berbeza dari minuman yang lain. Pada 27 November yang lepas cik en berkesempatan untuk merasai 4 dari 6 jenis minuman yang sangat sedap ini di 2 outlet di sekitar Perak ini. Mulanya agak janggal dengan gabungan ini tapi tak sangka ianya dapat menambat hati cik en dengan aroma dan tekstur serta rasanya. | Moodmojee Perkenalkan 6 Jenis Minuman dari Produk Anchor Food Professionals


Moodmojee Perkenalkan 6 Jenis Minuman dari Produk Anchor Food Professionals


Untuk kempen Moodmojee ini, Anchor Food Professionals Perkenalkan 6 Jenis Minuman yang menggunakan Whipping Cream, Full Cream Milk, Cream Cheese dan UHT Full Cream Milk. Minuman ini dihasilkan dengan bahan tempatan dan memenuhi citarasa orang Asia. 6 jenis minuman yang diperkenalkan adalah Kayanika Fusion, Yuzu Chocolate Surprise, Pom & Grey Twist, Lemon Mint Meringue, Tangy Brew dan White Chocofee. Kempen ini bermula November 2018 sehingga January 2019 dan setiap bulan akan ada gift yang berbeza. 


Outlet pertama yang cik en pergi adalah Family Confectionery di Kampar dan kami dapat merasa 2 minuman iaitu Lemon Mint Meringue dan White Chocoffee

Lemon Mint Meringue



Lemon Mint Meringue merupakan favourite cik en. Entah kenapa tapi rasa dia sangat sedap. Ala ala makan biskut lemon berais. Lemon Mint Meringue ini menggunakan rice lemin mint vanila ice blended. Dengan topping fresg whiooed dan torched meringue with slices of candied lemon dan orange. Produk yang digunakan adalah Anchor Whipping Cream. 

White Chocoffee



White Chocoffee adalah gabungan white coffee, chocolate dan peanut butter serta menggunakan Anchor Full Cream Milk, Anchor Cream Cheese dan Anchor Whipping Cream. 


Dari Kampar kami ke Sitiawan atau sebenarnya Manjung. Outlet kedua ini adalah Bakers Hut dan ianya merupakan salah satu cafe kesukaan cik en. Seminggu sebelum cik en tahu pasal minuman ini, cik en memang dah tengok minuman Kaya-Nika Fusion tapi biasalah bila tengah on diet cik en rasakan semestinya ianya manis so cik en tak jadi order pada masa itu. Siapa sangka cik en dapat juga merasa dan ianya tak semanis yang cik en sangka. So masa di Bakers Hut atau kami di Manjung panggil TBH ini kami dapat merasa Pom Grey Twist dan Kaya Nika Fusion

Pom Grey Twist



Pom Grey Twist pula rasa unik pernah cik en rasa dan ianya adalah gabungan Earl Grey tea, pomegranate syrup dan lapisan atasnya adalah chocalate cream serta taburan cocoa powder. Produk yang digunakan adalah Anchor Cream Cheese, Anchor Full Cream Mil dan Anchor Whipping Cream.

Kaya Nika Fusion



Tengok nama minuman pun dah boleh agak kan apa bahannya. Kaya Nika Fusion memang jati diri Malaysia sangat sebab ianya ada milky drink dengan kaya tradisional, gula melaka , pulut dan kacang merah beserta Anchor Whipping Cream.

Selain dari 4 ini ada 2 lagi menu iaitu Tangy Brew dan Yuzu Chocolate Surprise. Tangy Brew adalah dari cold brew coffee dengan topping whiped cream dan cream cheese foam. Produk digunakan Anchor Cream Cheese, Anchor Full Cream Milk dan Anchor Whipping Cream. Bagi Yuzu Chocolate Surprise pula mix of iced chocolate dengan Yuzu Puree dan rimmed dengan salt lemon cooling candy. Produk digunakan adalah Anchor UHT Full Cream Milk dan Anchor Whipping Cream. 

Kalau korang nak merasai moodmojee ini korang boleh ke 

  • Perak - Confectionary dan Bakers Hut
  • Selangor - Choon Guan Coffe Shop dan Gafe Kafe
  • Johor - Love Tea F&B dan Living Room
  • Melaka - Cofeology Cafe & Restaurant 
  • Kedah - Overstepped
  • Kedah/Penang : La Taste
  • Penang - Lavish Fusion Bakery dan HIVE by Love A Loaf
  • Sabah - Delight Factory, Chubs Grill, Chius Cafe dan Lucky Bean


Anchor Food Professionals adalah salah satu team Fonterra yang merupakan global dairy company dari New Zealand. Sememangnya semua sedia tahu, Fonterra hanya mengeluarkan produk berkualiti tinggi dan tahap keselamatan makanan yang tidak perlu dipertikaikannya. Produk Anchor Food Professionals adalah seperti cheese, cream, cheese cream, butter dan milk. 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1599