Quantcast
Channel: Eintan Nurfuzie
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1599

Percutian Lengkap di Bukit Merah Laketown Resort Perak

$
0
0
Percutian Lengkap di Bukit Merah Laketown Resort Perak | Pernah tak korang terfikir nak stay satu tempat dan boleh explore banyak aktiviti untuk korang dan anak anak dengan harga yang sangat berbaloi? Cik en nak suggestkan satu tempat di Perak iaitu Bukit Merah Laketown Resort. Di Bukit Merah Laketown Resort ini ada tempat penginapan, restoran, tempat memancing, Waterpark, Ecopark, Adventure Park, Recreation dan Pulau Orang Utan. So serba serbi lengkap di sini dan cik en suggest untuk stay 2 hari 1 malam tapi andai kata korang nak explore semua ini secara santai korang boleh stay untuk 3 hari 2 malam. Jom checked out Percutian Lengkap di Bukit Merah Laketown  Resort Perak

Percutian Lengkap di Bukit Merah Laketown Resort Perak
Percutian Lengkap di Bukit Merah Laketown Resort Perak

Percutian Lengkap di Bukit Merah Laketown Resort Perak


Bukit Merah Laketown Resort terletak di Bukit Merah Perak. Kalau melalui lebuhraya Utara Selatan korang boleh susur keluar Tol Bukit Merah. Tak jauh dari situ korang dah boleh nampak signboard ke Bukit Merah Laketown Resort. Kawasan Bukit Merah Laketown Resort agak besar dan korang yang pertama kali masuk dan kebetulan malam jangan rasa takut la sebab laluan ke Bukit Merah Laketown Resort berbukit dan agak gelap. Di Bukit Merah Laketown Resort ini korang boleh Play, Stay and Eat. Meh cik en bantu korang susun jadual yang terbaik kalau menginap di sini. 

Hari Pertama di Bukit Merah Laketown Resort Perak

Tempat Penginapan Bukit Merah Laketown Resort Perak

Pastikan korang sampai selepas pukul 12 sebabnya korang perlu check in dulu dan simpan barang barang korang. Ada 2 pilihan penginapan yang ditawarkan kepada pelanggan Bukit Merah Laketown Resort ini iaitu

  • Laketown Hotels
Bukit Merah Laketown Hotel
Bukit Merah Laketown Hotel

Yang ini macam hotel yang lain juga dan ada 4 jenis bilik yang boleh dipilih iaitu Standard Room, Deluxe Room, Junior Suite dan Kelisa Emas Suite. Bahagian ini ada swimming pool dan sangat sesuai untuk keluarga dan tour group

  • Kampung Air Water Chalets
Kampung Air Water Chalets Bukit Merah
Kampung Air Water Chalets Bukit Merah 

Ini sesuai untuk si kaki pancing, sebab chalet ini dibina diatas Tasik Bukit Merah. Bilik di menghadap tasik dan dari balkoni korang dah boleh memancing sampai puas. Kampung Air Water Chalets agak ekslusif dan sangat mendamaikan. Rasa macam tempat yang boleh kembalikan energi dan menyahkan stress korang. Yang ini korang patut kena try semalam. Rasailah dan korang akan rasa lebih fresh nanti

Settle bab penginapan, korang dah boleh salin baju dan masa untuk mandi! So next aktiviti adalah mandi manda di Bukit Merah Waterpark atau Taman Tema Air Bukit Merah

Bukit Merah Waterpark


Bukit Merah Waterpark
Bukit Merah Waterpark

Bukit Merah Waterpark ada 14 tarikan yang boleh korang cuba tanpa had. 

  1. Family Splash Adventure,
  2. Racer Slides,
  3. Crazee Cone.
  4. Boomerang,
  5. Giant Bubble Slide
  6. Sandy Beachfront Wave Pool,
  7. Water Speed Slides,
  8. Body Slides,
  9. Giant Tube Rides,
  10. Activity Pool,
  11. Lazy River,
  12. Kids Adventure River,
  13. Jumbo Shower,
  14. Water Pillar.

Kemudahan yang disediakan adalah 

  1. Male & Female Shower Rooms & Toilets
  2. Male & Female Prayer Rooms
  3. First Aid Room
  4. Baby Room
  5. Huts
  6. Lockers for Rental
  7. Cabanas for Hire
  8. Tubes for Rental
Masa Operasi waterpark ini

  • Isnin, Rabu dan Khamis : 11:00a.m – 6.00p.m
  • Jumaat - Ahad : 10:00a.m – 7.00p.m
  • Cuti Sekolah dan Cuti Umum : 10:00a.m – 7.00p.m
  • Tutup setiap hari Selasa Untuk penyelenggaraan mingguan
Pastikan korang mandi sampai nak tutup, bagi puas tau sebab esok cik en tak akan suggest korang mandi lagi sebab banyak lagi aktiviti menarik korang boleh buat. So korang bersiap sedia untuk makan malam pula. 

Tempat Makan di Bukit Merah Laketown Resort


Ada 3 tempat korang boleh makan iaitu

  • Lelac Cafe
Lelac Cafe Bukit Merah
Lelac Cafe Bukit Merah

Mula mula cik en masuk Lelac Cafe ini masa buffet Ramadan beberapa tahun lepas. Makanan dia memang sedap dan sesuai dengan citarasa orang Malaysia. Anyway Lelac Cafe adalah main cafe bagi Bukit Merah Laketown Resort. Jadi, kat sini kornag boleh breakfast, lunch dan juga dinner. Ada pilihan buffet dan ala carte. Masakan pula sangat popular local dam western. 

  • Ripples Hawker Center

Bahagian ini adalah laluan daripada marina ke waterpark. So sebelum korang masuk bilik korang boleh makan dulu disini jika tiada ambil pakej sekali makan di Lelac Cafe. Disini banyak pilihan makanan seperti nasi kandar, nasi lemak, ais kacang dan banyak lagi

  • Bubbles  Family Restaurant
Image result for Bubbles Family Restaurant

Restaurant ini di kawasan waterpark.  Kat sini dijual burger, fries, local delight dan banyak lagi. 


Selesai makan malam, ada pertunjukan api dan kalau tak silap cik en hanya ada pada malam minggu sahaja

Hari Kedua di Bukit Merah Laketown Resort Perak

Untuk hari kedua pastikan korang breakfast pada pukul 8.00 pagi untuk memastikan korang terlepas bot ke Pulau Orang Utan pada jam 9.00 pagi. 

Pulau Orang Utan


Pulau Orang Utan Bukit Merah
Pulau Orang Utan Bukit Merah 

Pulau Orang Utan ini adalah pulau yang sangat istimewa bagi cik en. Cik en sangat bangga dengan Dr Sabapathy  merupakan doktor veterinar yang pakar mengenai Orang Utan ini. Dan baru baru ini, Pulau Orang Utan ini bekerjasama dengan Seoul Zoo. Story itu korang boleh baca di entri Apabila Pihak Luar Lebih Menghargai Pulau Orang Utan Bukit Merah Berbanding Kerajaan Malaysia. Apa yang ada di Pulau Orang Utan ini sangat menarik. Di pulau ini, kita manusia yang berjalan di dalam sangkar dan Orang Utan bebas di pulau ini. Ada laluan berbumbung dan tak sampai 1km pun untuk korang berjalan. 

Bukit Merah Skycycle


Bukit Merah Skycycle
Bukit Merah Skycycle

Selepas melawat Orang Utan korang boleh pula ke Bukit Merah Ecopark pula. Tapi sebelum itu, jangan lupa mencuba Skycycle. Kat Skycycle ini korang kena gagah dan kuat dibahagian tangan. Hahahaha. Sebabnya korang kena mengayuh dengan tangan sendiri. Memang old school sangat dan ianya satu pengalaman yang sangat menarik. Masa nak buat pusingan bergantung dengan kesungguhan dan energy korang. Sambil naik Skycycle korang boleh menyaksikan separuh Bukit Merah Ecopark. 

Bukit Merah Ecopark


Bukit Merah Ecopark
Bukit Merah Ecopark

Bukit Merah Ecopark ini seperti mini zoo. Tempat dia tak  besar mana tapi menempatkan beberapa bahagian iaitu :

  • Nature Trail
Sepanjang laluan ini korang akan menyaksikan Ikan jenis Japanese carps dan huge arapaima. Selain itu korang boleh tengok betapa cantiknya pelepah burung merah dan beberapa spot unggas

  • Taman Tropika
Selain daripada haiwan, sepanjang lauan ini ada tumbuhan herba. 

  • Taman Reptilia
Kat sini korang boleh tengok pelbagai jenis ular

  • Taman Haiwan Peliharaan 
Kat sini memang tempat yang korang spend masa yang lama, sebabnya taman ini ada banyak haiwan kesayangan seperti arnab, Guinea pig, hamsters dan banyak lagi. Kat sini juga ada ikan longkang. Nak tahu apa? kena mai sini la tengok.

  • Tarikan Lain
Korang juga boleh tengok buaya, Sun Bear, Binturong, Rusa, Kuda Pony dan banyak lagi haiwan liar yang lain

Bukit Merah Adventure Park




Bukit Merah Adventure Park ini bersebelahan dengan Bukit Merah Waterpark. Yang ini cik en tak sempat nak mencuba sebabnya agak rushing time tapi cik en pasti korang yang sukakan aktiviti climbing atau flying fox wajib cuma zipmania. Selain itu ada



  1. Adult Practice Course
  2. Kids Practice Course
  3. Zipmania
  4. Jacob’s Ladder
  5. Canopy Walk
  6. Burma Bridge
  7. dan banyak lagi!

Bukit Merah Recreation Park



Sesiapa sukakan aktiviti outdoor, boleh sangat cuba bahagian ini. Kalau ada team building sekolah, universiti ataupun tempat kerja cik en rasa Bukit Merah Recreation Park sesuai sangat. Antara aktiviti yang provide adalah


  1. Kayak
  2. Memanah
  3. Memancing
  4. Lake Cruise
  5. Water Confidence

Kemudahan Lain Lain


Bukit Merah Laketown Resort, Taiping, Meeting Facility

Selain daripada aktiviti diatas, di Bukit Merah Laketown Resort Perak ada menyediakan dewan untuk aktiviti keraian, perkahwinan dan juga korporat. Ada 5 dewan yang berbeza kapasiti boleh disewa untuk korang.


  1. Sebarau Ballroom - boleh menempatkan 1000 orang dalam satu satu masa
  2. Kalui Ballroom - seramai 450 orang boleh ada dalam satu satu masa
  3. Kelisa Room - Yang ini sesuai pula untuk ceramah, team building dan seminar. Boleh muatkan 60 orang
  4. Sepet Room - Yang ini pun boleh muat 60 orang tapi mejanya disusun seperti bilik kuliah. 
  5. Tapah Boardroom - Yang ini sesuai untuk mesyuarat dengan jumlah 18 orang.

Macam cik en tulis sebelum ini, Percutian Lengkap di Bukit Merah Laketown Resort Perak ini memang sesuai untuk keluarga dan dalam masa yang sama jika ada urusan rasmi pun, cik en rasa, Bukit Merah Laketown Resort Perak ini sesuai dipilih


Korang kalau nak dapatkan harga promo korang kena selalu tengok Harga Promo Bukit Merah. So grab la pada harga yang diskaun.

Untuk maklumat lanjut boleh ke

Bukit Merah Resort Sdn. Bhd. 
Jalan Bukit Merah,
34400 Semanggol,
Perak Darul Ridzuan,
Malaysia
Tel: +605 890 8888
Fax: +605 890 8108

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1599