Quantcast
Channel: Eintan Nurfuzie
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1599

Bring Back Memories di Kedai Ayamas

$
0
0

Bring Back Memories di Kedai Ayamas  | Satu satu kenangan yang cik en tak boleh lupa adalah makan ayam panggang dari Kedai Ayamas yang abah cik en bawa balik. Masa itu, abah kerja di Ipoh dan akan bawa rezeki untuk anak anak dia. Kami tinggal di Kuala Kangsar, jadi abah akan mencari rezeki atau makanan yang tiada di jual di kawasan kami. Cuma masa itu, abah bawa rezeki yang berbeza iaitu ayam panggang. Sedap sangat sebabnya cara masakannya sesuai untuk kanak kanak macam cik en pada masa itu. Selepas itu, kami jarang dapat makan disebabkan faktor faktor tertentu. Sehinggalah Kedai Ayamas dibuka dengan banyak di Perak. Cik en berpeluang untuk Bring Back Memories di Kedai Ayamas macam dulu dulu. 



Bring Back Memories di Kedai Ayamas 


Awalnya dulu, Kedai Ayamas ini hanya mengeluarkan satu jenis ayam panggang iaitu Golden Roaster tetapi sekarang banyak variasi yang baru sesuai dengan citarasa rakyat Malaysia. Cik en ini, kalau dah "craving" mula la mencari dan hendak makan "latu" juga. Kebetulan cik en ada beberapa kerja di kawasan Tapah Perak, jadi cik en pun mencari Kedai Ayamas yang berdekatan. Setelah google Kedai Ayamas yang terdekat ada di Pusat Perniagaan Baldwin yang mana tak jauh daripada cik en masa itu. Terus cik en ke Kedai Ayamas dan mudah untuk cik en mencari disebabkan kedai ini terletak di kawasan tumpuan orang ramai. 



Sejujurnya cik en hanya pernah masuk di Kedai Ayamas Ipoh tapi untuk Kedai Ayamas Tapah ini belum pernah. Masuk sahaja, cik en suka reka bentuk kedai ini. Sangat bersih, selesa dan moden. Nampak banyak sangat perubahan berbanding kedai mereka yang dulu. Ada ruang pameran yang meletak ayam ayam panggang yang telah siap dipanggang untuk mengekalkan kualiti ayam tersebut. Jadi semestinya ianya akan dihidang dalam keadaan yang panas panas. Meleleh air liur cik en dan terus cik en membuat pesanan. 


Menu Menu di Kedai Ayamas


Pelbagai pilihan menu yang disediakan di Kedai Ayamas, dari signature ayam mereka, western, kids meal dan snackers. Tetapi ada beberapa menu di kedai terpilih seperti Set Nasi Lemak. So menu pertama wajib kena ada adalah ayam panggang mereka. Ada 3 jenis iaitu Roaster, Pepper dan Percik. 



Ayam Panggang Roaster ini adalah rasa asli ayam dengan madu. Ini merupakan ayam panggang yang pertama dikeluarkan oleh Kedai Ayamas. Rasanya mengembalikan nostalgia cik en pada zaman dulu dulu. Masih sedap dan rasanya tak pernah berubah.



Ayam Panggang Pepper pula adalah ayam yang diperap dengan lada hitam jadi rasanya rasa pedas tapi menyengat di lidah. Cik en suka sebabnya perapan dia sempurna dan tidak terlalu kuat rasa lada hitam dan ianya boleh dimakan oleh semua lapisan umur. Kanak kanak pun boleh makan sebab rasanya yang sederhana tapi sedap.



Ayam Panggang Percik pula dipanggang dengan sos percik tradisional yang kaya dengan perapan santan, serai, halia dan rasa aromatiknya yang unik. Percik ini sangat sesuai dengan sesiapa suka makan ayam percik. Korang boleh rasa setiap bahan digunakan dan ayamnya dipanggang dengan sempurna.



Kalau korang jenis makan nasi dna tak boleh kalau tak ada nasi, ada juga Set Nasi dengan pilihan ayam panggang untuk korang pilih. Tak masin dan rasanya lembut, aromanya wangi dan semestinya rasa dia yang sedap. Datang Kedai Ayamas jangan lupa rasa nasi dia okey!



Selain daripada itu, ada makanan barat iaitu Pasta Carbonara. Cik en suka sangat sebabnya kuah carbonara tak sama dengan yang pernah cik en makan di kedai. Rasanya seakan kuah carboanra yang cik en selalu masak. Jadi cik en dah boleh agak bahan yang digunakan segar dan dimasak pada masa itu. Cik en sangat suka dengan sos cabonara dan kebanyakkan jenis kuah yang sedia ada dan dipanaskan semula. Berbeza di Kedai Ayamas ini, sosnya korang boleh rasa segar dan sangat sedap.



Untuk kanak kanak, Kedai Ayamas sediakan pelbagai menu tapi cik en teringin nak makan Mini Fun In Bun sebabnya nampak yummy sangat sos bolognese yang di letak diatas sosej diapit dengan roti.


Selesai makan, sememangnya sedap sangat. Roti yang mereka gunakan sangat lembut, sos bolognese dia masam masam sedap dan sosej mereka tak boleh dinafikan kualitinya. Ini kalau kanak kanak yang makan, confirm mereka kenyang. 



Selesai makan main dishes, cik en cuba snack yang ada masa itu, cik en memlih Curry Puff dan Chicken Pie


Pertama kali dalam sejarah cik en makan curry puff ada telur rebus dalam dia. Selalunya ada ayam, daging dan lain lain kan? Tapi Curry Puff yang ada di Kedai Ayamas ada telur rebus. Tak sangka pula kombinasi telur dan curry puff jadi sedap. Cik en bukan peminat telur rebus tapi bila dimasukkan di dalam curry puff ini rasa macam sedap sangat dan semestinya menjadi snack kegemaran cik en kalau ke Kedai Ayamas


Chicken Pie dia sedap juga. Isk, tak tahu nak cakap macam mana, tapi pie lembut dia even dah sejuk sebab cik en banyak habiskan masa bersembang sembang. Berbaloi sangat kalau beli untuk stok dan panaskan semula. 


Disebabkan cik en ke Kedai Ayamas Tapah atas urusan kerja, jadi cik en bungkuskan beberapa set menu yang sama cik en makan untuk dibawa pulang untuk makan bersama keluarga. Insyallah, cik en akan datang semula bersama keluarga untuk mengembalikan nostalgia dulu dulu. 

Kedai Ayamas Telah Berusia 30 Tahun



Untuk siapa yang tak tahu, sudah lebih 30 tahun Kedai Ayamas beroperasi. Kedai tempatan yang menepati citarasa dan tekak orang Malaysia. Sebab itu masih utuh dan tetap menjadi pilihan kita semua. Kedai Ayamas adalah kedai pertama yang menjual ayam segar Halal dan Toyibba, produk hiliran sejuk beku seperti sosej, nugget dan sebagainya serta produk makanan "Ready To Eat" seperti Nasi Briyani Bukhara Ayam, Nasi Ayam Bulgogi, Nasi Kari Hijau Ayam Thai serta pelbagai jenis produk-produk berkaitan seperti rempah ratus, sos dan pelbagai jenis minuman yang mana sesuai dengan tagline mereka " More Than Just Chicken". 



Ayam panggang mereka dimasak sempurna dengan perapan rempah ratus dan ayam mentah berkualiti tinggi dan dimasak menggunakan combi-oven yang berkualiti untuk menghasilkan rasa tradisional yang asli.  


Kedai Ayamas ini ada 3 konsep iaitu kedai, kios dan restoran. 



  • Kedai - menjual makanan yang dimasak, ayam mentah, pelbagai makanan sejuk beku dan menyediakan ruang untuk makan yang terhad. Fokus pada bawa pulang.
  • Kios - menjual makanan yang dimasak dan menu adalah terhad. Lebih fokus pada bawa pulang.
  • Restoran - menjual makanan yang dimasak dan pilihan menu yang lebih banyak. Tetapi tidak menjual ayam mentah dan makanan sejuk beku. Menyediakan ruang yang luas untuk makan direstoren.



Untuk mereka yang malas keluar atau tak sempat untuk ke Kedai Ayamas, jangan risau, Kedai Ayamas sekarang boleh dihantar melalui Grab Food dan juga Food Panda. Hanya install dan cari kedai ayamas. Pesan dan menikmati bersama rakan rakan dan keluarga. 

Promosi di Kedai Ayamas



Kepada korang yang nak makan di Kedai Ayamas berhampiran, korang jangan lupa ada beberapa promosi yang boleh korang ambil seperti

  • Diskaun Ayam Panggang setiap 15 haribulan dan 30 haribulan
  • "Thursday Special" untuk setiap hari khamis
  • Set Jimat yang menawarkan harga set nasi ayam dan air mineral dengan harga RM10.90 sahaja

Perkhidmatan Lain


Andai yang berminat untuk membeli atau ingin membuat penjualan secara borong, korang boleh hubungi

  • Mr Hisham-+60 19-323 0478
  • Mr Ricky- +60 12-387 4133
  • Mr Ganesh- +60 19-371 5121
  • Mr Khairudin - +60 19-277 1785
  • Puan Khadijah - +60 19-661 6159

Kalau ada yang hendak buka francais (cik en harap ada yang berminat untuk buka restoran Ayamas di Manjung jadi tak perlu travel jauh apabila craving menu menu di atas itu) korang boleh hubungi 


  • Mr Iswazi - +60 19-267 6200
  • Mr Zulhilmi - +60 13-393 2465

Jangan lupa untuk mengikuti laman sosial Kedai Ayamas untuk mengetahui segala promosi terkini


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1599