Pengalaman Menginap di Travelodge Ipoh | Lama juga cik en tidak menginap di mana mana hotel sepanjang wabak pandemik melanda seluruh dunia termasuk Malaysia. Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan, cik en terpaksa melupakan hobi travel dan vacation. Tapi apabila keadaan semakin reda dan bertambah baik, cik en terpaksa melepaskan gian untuk menginap di hotel. Tapi bukannya main pilih sahaja hotel tapi cik en akan memastikan segala SOP yang ditetapkan diamalkan. Cari punya cari, cik en terjumpa Travelodge Ipoh yang dikatakan masih baru di Ipoh. Dan cik en pun mencari maklumat yang Travelodge Ipoh ini mengamalkan SOP yang ketat bagi memastikan keselamatan semua pelanggannya. Anyway, cik en bersama sama keluarga kali ini untuk relekskan diri selepas hampir setahun tak dapat bercuti.
Pengalaman Menginap di Travelodge Ipoh Selepas Covid-19
Terletak berhampiran Padang Polo, Hospital KPJ Ipoh dan tidak jauh daripada tempat menarik di Ipoh, buat cik en syorkan kepada korang untuk menginap di sini jika datang ke Ipoh. Walaupun terletak di kawasan bandar tapi kawasan sekitar Travelodge Ipoh ini lebih santai dan tenang dengan hiruk pikuk. Sesuai sangat untuk aktiviti bonding bersama keluarga. Jika bersama rakan rakan, banyak tempat menarik yang ada di Ipoh untuk korang kunjungi.
Tarikan utama Travelodge Ipoh pada cik en adalah rekabentuknya yang nampak mewah tapi harga yang berbaloi. Mudah untuk mencari Travelodge Ipoh ini. Apabila masuk, korang akan nampak rekabentuk moden dengan tulisan Selamat Datang dari pelbagai bahasa. That why kot namanya travelodge atau travel + lodge. Sesuai untuk kaki travel.
Ada 4 lift dan korang kena naik lift yang mempunyai permandangan untuk buat korang sebut "wow" apabila naik keatas.
Wow tak? Inilah permandangan yang terbaik dalam Travelodge Ipoh ini. Terasa macam luas permandangan. Kalau rasa nak feel lagi, korang boleh tengok versi video di Travelodge Hotel
Keluar daripada lift, cik en rasa selesa dengan lantainya yang beralas dengan karpet dan nombor bilik yang mudah dicari.
Seterusnya kita terus ke bilik. Cik en memilih Family Deluxe Room. Bilik ini sesuai untuk 4 orang, mempunyai ruang bersantai dengan permandangan yang berbeza berbanding ruangan katil. Ringkasanya seperti berikut
- 46 square metres
- 2 queen beds
- Accommodate maximum 4 persons
- City view
- Daybed
- Daily housekeeping service
- Cable / satellite TV
- Air conditioning
- Free Wi-Fi
- Work desk
- Telephone
- Closet
- Mini fridge
- Free bottled water (yang ini dah tak provided sebab untuk mengurang plastik)
- Coffee and tea-making facilities
- In-room safe box
- Hair dryer
- Complimentary toiletries
- Slippers
- Ironing facilities (Available upon request)