Dapatkan Semula Sijil SPM dan PMR Yang Hilang | Sijil penting macam SPM, PMR dan lain lain hilang? terbakar? hanyut banjir? Susah nak dapatkan semula? Isk, korang ini, dulu memang la susah nak naik turun sekolah dan pejabat pendidikan tapi sekarang guna online je. Buat permohonan, dan tunggu sampai di depan rumah. Mudah sangat kan? Tapi korang kena buat permohonan dan pembayaran. Cik en tak ada pengalaman untuk buat permohonan tapi cik en kongsi step step yang ada di laman web Lembaga Peperiksaan untuk korang yang ada masalah sijil SPM dan PMR yang hilang.
Dapatkan Semula Sijil SPM dan PMR Yang Hilang
Tempoh pengeluaran salinan pernyataan keputusan peperiksaan bagi permohonan di kaunter LP adalah seperti berikut.
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada atau selepas 1994 - satu (1) jam.
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada atau sebelum 1993 - tujuh (7) hari bekerja.
- Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada atau selepas 1998 - satu (1) jam.
- Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada atau sebelum 1997 - tujuh (7) hari bekerja.
- Lain-lain peperiksaan (STAM, SPMU, MPV, SPMV, SPVM, SVM, MCE, SPDM, SRP, LCE, MPAV, DLL) - tujuh (7) hari bekerja.
Langkah 8 - Klik pengesahan dan perakuan.
Langkah 9 - Klik Mohon
Siap dah permohonan untuk Dapatkan Semula Sijil SPM dan PMR Yang Hilang. Kalau korang nak semak semula permohonan boleh klik bahagian semakan permohonan.
Mungkin korang nak tahu cara - Renew Roadtax dan Insurans Secara Online