Quantcast
Channel: Eintan Nurfuzie
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1599

Tempat Menarik Di Manjung Perak

$
0
0

Tempat Menarik Di Manjung Perak | Cik en nak berkongsi dengan korang tempat tempat menarik yang ada di Manjung Perak. Ramai yang nampak Pulau Pangkor dan Teluk Batik sahaja sebagai tempat menarik yang ada di Manjung tapi ada beberapa tempat lagi yang boleh cik en kongsikan. Sebagai penduduk di daerah ini, cik en terpanggil nak kumpulkan dalam satu entri sahaja. So, harap entri ini boleh bantu korang untuk cari Tempat Menarik Di Manjung Perak. 



Sejarah Daerah Manjung Perak

Sebelum itu, cik en nak kongsi sedikit info mengenai Manjung. Sebelum ini Daerah Manjung adalah Daerah Dindings dan duduk di bawah pemerintahan Pulau Pinang selepas perjanjian Pangkor (1874). Pada tahun 1935, Daerah Dindings diserah kepada Perak dan ditukar nama Daerah Manjung pada 1973. Daerah Manjung ada 5 mukim iaitu 


  • Mukim Beruas 
  • Mukim Lekir 
  • Mukim Lumut 
  • Mukim Pengkalan Bharu 
  • Mukim Sitiawan

Tempat Menarik Di Manjung Perak


Pulau Pangkor

Pulau Pangkor adalah tempat peranginan yang popular di Malaysia. Di dalam Pulau Pangkor ada banyak tempat menarik seperti 

  • Bukit Pangkor
  • Pasir Bigak
  • Teluk Nipah
  • Pantai Puteri Dewi (pantai, resort)
  • Pangkor village
  • Kota Belanda Pangkor (sejarah)
  • Batu Bersurat 
  • Pangkor Jambatan Gantung
  • Teluk Segadas

Pangkor Island

  • Mungkin ada yang confuse antara Pulau Pangkor dan Pangkor Island. Pangkor Island adalah kawasan private dan agak mewah berbanding Pulau Pangkor. Jeti yang disediakan untuk kesana ada di Marina Island sahaja. 

Pulau Sembilan

  • Pulau ini selalunya popular dengan aktiviti memancing dan menyelam.

Marina Island

  • Jeti Marina Island
  • Frenzy Waterpark
  • Rockbound (tempat memancing)

Lumut

Lumut adalah terletaknya jeti pertama untuk ke Pulau Pangkor. Berhampiran jeti ini ada beberapa tempat menarik yang boleh korang kunjungi

  • Pantai Jalan Armada (menuju pintu masuk NAVY)
  • Bukit Ungku Busu di Lumut
  • Dataran Lumu
  • Giant Bubble Dataran Lumut
  • Lumut Waterfront ( Laman Karya Lumut )
  • Lumut Waterfront Esplanade Wing
  • Lumut Waterfront Marina Wing
  • Tempat beli barangan laut 

Teluk Batik

  • Teluk Batik (resort, pantai, taman permainan, rekreasi)
  • Teluk Rubiah (pantai, golf, sejarah)- telah ditutup, kini menjadi milik VALE SA.
  • Bukit 300 Teluk Batik (hiking) 

Pantai 

  • Pantai Segari - Pusat Pembiakan Penyu, Memancing
  • Teluk Senangin (tak digalakkan untuk bermandi mandi, sesuai untuk memancing dan aktiviti pantai. Banyak chalet disini)
  • Pantai Tanjung Kepah Lekir

Paya Pakau

  • Taman Monyet
  • Tua Pek Kong Temple

Aktiviti Memancing 

  • Kampung Bharu (Warung Kuning Udang Selambak)
  • Kampung Teluk
  • Kampung Sitiawan 
  • Telaga Nenas ( Mee Udang Selambak Cik Wa)

Aktiviti Pertanian 

  • Ladang Anggur Saloma 1 Lekir
  • Ladang Anggur Saloma 2 Lekir

Beruas
  • Lata Ulu Licin Beruas
  • Muzium Beruas 

Kalau korang nak lagi senang, korang boleh tengok di maps yang disediakan oleh Majlis Perbandaran Manjung di Tempat Menarik Di Manjung Perak

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1599