Quantcast
Channel: Eintan Nurfuzie
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1599

Iftar Ramadan Travelodge Ipoh

$
0
0

Iftar Ramadan Travelodge Ipoh | Alhamdulillah, dah masuk bulan Ramadan dan cik en pun akan kembali bekerja tak lama lagi. Disebabkan cuti selama sebulan kemungkinan akan sibuk selepas masuk kerja nanti. Sebabkan tahu akan sibuk, cik en bawa keluarga berbuka di luar walaupun baru masuk 2 Ramadan. Cik en bawa keluarga di salah satu hotel yang pernah cik en menginap iaitu Travelodge Ipoh. Tahun lepas mereka masih belum ada sijil halal tapi tahun ini secara rasminya telah menerima sijil halal pada Februari 2022 dan terus cik en grab 4 tempat duduk Iftar Ramadan Travelodge Ipoh



Iftar Ramadan Travelodge Ipoh 

Cik en memang suka masakan di Travelodge Hotel terutama steamboat mereka yang tak dapat dimana mana tempat makan di Ipoh. Jadi, untuk Iftar Ramadan Travelodge Ipoh kali ini, semestinya mereka akan mengekalkan kualiti masakan mereka seperti tahun lepas. Ada lebih 100 menu yang disediakan oleh pihak Travelodge Ipoh setiap hari sepanjang bulan Ramadan kali ini. Iftar Ramadan Travelodge Ipoh  tahun ini bertemakan kampung dan bolehlah penduduk Ipoh dan guest hotel menikmati juadah berbuka seperti di kampung halaman. 


Cik en tak sabar nak kongsi gambar makanan yang mungkin boleh buat korang terliur. Jom kita tengok, antara menu yang ada disediakan. 























Harga Buffet Iftar Ramadan Travelodge Ipoh

Harga yang dikenakan sangat berbaloi bagi harga buffet Ramadan. Korang juga boleh dapatkan harga promo jika ingin menginap di hotel ini. 





Maklumat dan tempahan boleh ke 

Travelodge Ipoh
Jalan Raja Dihilir, 30350 Ipoh, Perak, Malaysia
No Telefon : 05-242 8888
Laman Web : Travelodge Ipoh


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1599