Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) ditubuhkan pada tahun 1971 di bawah Kementerian Sumber Manusia (sebelum ini dikenali sebagai Kementerian Buruh) untuk melaksana dan mentadbir Skim-skim Keselamatan Sosial di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969, iaitu Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan. Di bawah skim-skim ini, pekerja diberi perlindungan berkaitan bencana pekerjaan termasuk kemalangan semasa menjalankan pekerjaan, penyakit khidmat, keilatan dan kematian.Di antara fungsi yang dilaksanakan oleh PERKESO ialah mendaftar dan memastikan caruman majikan dan pekerja, memproses tuntutan dan membayar faedah kepada pekerja yang ditimpa malang dan orang tanggungannya. Di samping itu, PERKESO juga menyediakan faedah pemulihan jasmani dan vokasional serta memupuk kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
Sukacita dimaklumkan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) mempelawa warga Malaysia yang berumur 18 tahun keatas yang berkelayakan dan memenuhi kriteria yang ditetapkan untuk mengisi kekosongan terkini sebagai:
70 Jawatan Kosong Terbaru di PERKESO.