Quantcast
Channel: Eintan Nurfuzie
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1599

Vaksinasi HS untuk Kerbau

$
0
0
Assalamualaikum
Kali ini cik en bercerita mengenai kerjaya cik en sementara mencari idea untuk entry entry yang lain
Seperti sedia maklum, cik en merupakan seorang pembantu veterinar di Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Cik en ditempatkan dibahagian kesihatan di daerah cik en berkhidmat. Mungkin ada yang tahu mungkin tidak.
Kali ini cik en nak berkongsi salah satu pengalaman kerja cik en.
Menjadi target atau sasaran setiap veterinar negeri untuk menjadikan segala ternakan bebas dari penyakit terutama penyakit HS (Haemorrhagic Septicaemia) dan FMD (Foot Mount Disease).
Tapi kali ini cik en hendak bercerita mengenai HS yang mana merupakan aktiviti cik en jumaat lepas di salah satu kandang peternak di kawasan cik en
HS selalunya divaksin kepada ruminan besar seperti lembu dan kerbau.
Dalam bahasa mudah HS adalah Hawar Berdarah
Sebelum itu, biarlah cik en terangkan apa itu Vaksinasi HS untuk Kerbau.

Sawwah

Definasi HS 


Penyakit Hawar Berdarah (Haemorrhagic Septicaemia) atau HS ialah penyakit akut pasteurellosis yang disebabkan oleh bakteria Pasteurella multocida Carter’s Type B. Penyakit ini menyebabkan septisemia akut pada lembu dan kerbau, namun lebih mudah menjangkiti kerbau. Ternakan babi juga boleh dijangkiti HS pada kadar yang rendah, manakala jangkitan pada bebiri dan kambing adalah jarang dilaporkan. Penyakit HS telah diwartakan sebagai Penyakit Wajib Lapor. Penyakit HS endemik disebabkan oleh salah satu daripada dua serotip Pasteurella multocida, iaitu serotip B:2 dan E:2. Wabak penyakit di negara Malaysia adalah disebabkan oleh serotip B:2. Wabak penyakit boleh berlaku pada bila-bila masa, tetapi kekerapan penyakit meningkat pada musim hujan. Kebanyakan jangkitan HS adalah akut atau perakut, yang menyebabkan kematian dalam jangkamasa 8 - 24 jam selepas dijangkiti dan jarang ada haiwan yang sembuh daripada penyakit HS. Tanda awal klinikal yang dilihat ialah kelesuan, kemurungan, tidak aktif, demam, mulut dan hidung yang berlendir, bengkak pada bahagian kepala, leher dan dada serta membran mukosa menjadi merah. Jika masalah pernafasan berlaku, kematian dijangka akan berlaku dalam masa yang singkat. Walau bagaimanapun, disebabkan kematian berlaku pada jangka masa yang singkat, maka tanda klinikal selalunya tidak ketara atau tidak dapat dilihat. Tiada penyakit HS yang kronik dilaporkan.

Vaksin HS


HS- Haemorrhagic Septicaemia Double Adjuvant Vaccine

Vaksin ini diberi sebanyak 2ml untuk ternakan yang dewasa dan 1ml untuk ternakan kecil. 

Populasi ternakan yang divaksin adalah 90 ekor kerbau terdiri daripada kerbau jenis Sawaah dan Sapi

Sambil sambil itu, cik en sempat berselfie dengan si comel ini. Anak kambing yang dipanggil billy , kid atau baby goat

baby goat

kid-billy

comel kan?
billy ini baru berusia 2 hari. 

Sampai disini entry cik en. Nampaknya cik en dah ada idea untuk entry seterusnya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1599