Sejarah Lotus Birth - Bermula pada tahun 70 an yang dilakukan oleh seorang wanita bernama Lotus.
Lotus Birth ini adalah amalam seseorang yang mengamalkan kehidupan yang natural untuk menjadikan bayi tersebut bijak dan pandai, mencantikkan pembentukan pusat, meningkatkan imuniti bayi dan meningkatkan ikatan ibu dan bayi kerana tiada orang lain boleh mendukung bayi serta pemotongan uri juga menyebabkan gangguan emosi dan fizikal. . Ia dilakukan untuk mengelak kesakitan kepada bayi. Sedangkan di LOTUS BIRTH tiada salur darah untuk merasai kesakitan, Bayi menangis kerana lumrah dunia. Bayi baru mula bernafas. Contoh lain seperti WATER BIRTH
Dalam segi adat melayu, LOTUS BIRTH perlulah dipotong dan dicuci bersih dan ditanam sedalam yang mungkin. Ada juga yang meletakkan pensel, buku dan sebagainya untuk menjadikan anak tersebut pintar dan bijak. Tapi ia hanya amalan orang orang dulu.
Dari segi Islam, tiada fatwa yang dikeluarkan kerana ia masih baru di Malaysia. Mungkin perbincangan dengan pakar kesihatan akan dapat membantu kita menilai penyimpanan Lotus Birth ini. Tapi diingatkan ISLAM itu suka kepada KEBERSIHAN. Lotus Birth yang penuh dengan darah iaitu kotor. Jadi ia tidak bersih.
Dari segi kesihatan pula, LOTUS BIRTH ini perlulah dipisahkan dengan bayi kerana ia akan mengakibatakn otak, hati dan buah pinggang rosak. Kerana, benda yang berdarah disukai oleh bakteria dan kuman. Ini akan menyalurkan bakteria ke 3 organ ini. Buat masa kini, hospital dan klinik tidak menjalankan proses ini kerana ETIKA PERUBATAN dan SOP yang telah ditetapkan. Ianya banyak berlaku kepada ibu muda yang bersalin di rumah.