Kisah Sedih Disebalik Kelincahan Shin Chan | Siapa yang tidak kenal watak anime Shin Chan kan? watak kenakalan dan kelincahan membuat ramai meminati kartun tersebut tidak kira kanak kanak dan dewasa. Tapi tahukah anda, ada kisah duka disebalik wujudnya watak watak dalam cerita tersebut
Sebenarnya Shin Chan dan adiknya himawari wujud dalam dunia nyata sebelum watak tersebut wujud dalam anime. Shinchan diwujudkan dari imaginasi ibunya Misae Nohara (ibu shin chan). Ini kerana mengubat kerindui Misae terhadap mendiang shin chan dan mendiang himawari. Mendiang meninggal kerana kemalangan yang meragut nyawa kedua kedua anaknya. Oleh kerana itu, misae mengalami tekanan jiwa yang teramat sangat dan menjalani rawatan dengan menulis diari mengenai mendiang anak anaknya. Dan cerita Shinchan bermula pada tahun 13 April 1992. Dan sehingga kini cik en cuba mencari episod pertama yang memaparkan kisah sedih ini, tapi tidak menjumpainya, hanya cerita shin chan biasa dan tidak menjumpainya, mungkin ada pembaca cik en yang tahu?