Quantcast
Channel: Eintan Nurfuzie
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1599

Veterinar | Cara Memberi Ubat Kepada Haiwan

$
0
0
Cara Memberi Ubat Kepada Haiwan | Musim sakit terhadap haiwan kesayangan telah datang, pelbagai penyakit seperti selsema, demam, penyakit kulit, penyakit sistem urinari, dan yang paling teruk adalah serangan virus seperti FIPFIV dan sebagainya. Menjadi kebiasaan kepada tuan punya haiwan kesayangan pergi mendapatkan rawatan di klinik veterinar kerajaan atau swasta. Kebanyakan penyakit di tahap yang boleh menjadikan haiwan kesayangan kita lemah perlulah disusuli dengan pemberian ubat. Dan menjadi masalah kepada tuannya Cara memberi ubat kepada haiwan. Ada 2 jenis ubat untuk diberi kepada kucing iaitu cecair dan tablet.
Dibawah ini ada cara memberi ubat kepada kucing atau anjing.
Yang penting, cara "handaling" haiwan dengan betul.
cara bagi kucing makan ubat veterinar kucing sakit cara bagi kucing makan ubat

Cara memegang kucing dengan betul

Cekakkan 3 jari kiri di bahagian tengkuk kucing atau anjing dan 2 lagi memegang telinga dan mendongakkan ke atas, ini memudahkan ubat masuk kedalam mulut. Bagi jenis cecair disarankan mengepam ubat di bahagian tepi mulut dan dibiarkan mengalir. Ini kerana di dalam saluran mulut terdapat 2 lubang yang berbeza iaitu pernafsan dan saluran keperut. Ianya untuk mengelakkan kucing atau anjing tersedak dan seterusnya menutup saluran pernafasan.  Bagi jenis tablet, ubat diletak ditengah tengah mulut dan ditekan sedikit bagi memudahkan kucing menelan. Jika tidak cuba tutup mulut dan main mainkan hidung bagi kucing tersebut menelan ubat. Itu saja tips veterinar dari cik en kali ini.
*Boleh rujuk info veterinar yang lain di SINI

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1599