Quantcast
Channel: Eintan Nurfuzie
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1599

Veterinar | Penyakit Sistem Urinari Kucing

$
0
0



Veterinar | Penyakit Sistem Urinari Kucing adalah salah satu penyakit yang biasa menyerang kucing terutama kucing jantan. Pelbagai jenis penyakit ini iaitu, Batu Karang, Cystitis, Plug Urethra (Uretra tersumbat), Jangkitan salur kencing, Tumor dan Kegagalan Buah Pinggang. Punca Puncanya adalah Diet, Jangkitan Kuman, Habit/Kebiasaan dan Stress. Faktor faktor risiko adalah jenis baka, jantina dan usia. Dan terdapat tanda tanda klinikal yang membolehkan anda sebagai tuan kucing monitar di rumah.


Jenis Jenis Penyakit Sistem Urinari Kucing



  • Batu Karang 
  • Cystitis
  • Plug Uretha (saluran kencing tersumbat)
  • Jangkitan Kuman di saluran kencing
  • Tumor yang ada di dalam saluran kencing
  • Kegagalan buah pinggang untuk memproses

Punca Punca Penyakit Sistem Urinari Kucing

  • Diet - Makanan kering yang tidak seimbang, Kandungan Protein yang tinggi, Kandungan perasa, pengawet dan pewarna yang tinggi
  • Jangkitan Kuman - Jangkitan kulat di Penis atau Vagina, Jangkitan Selepas Mengawan
  • Habit/ Kebiasaaan - Kurang minum air dan kurang kencing
  • Stress : Berkongsi pasir dengan banyak kucing lain, Cerewet dengan pasir kucing yang tidak diganti dan Perubahan persekitaran

Faktor Faktor Risiko Penyakit Sistem Urinari Kucing

  • Baka - Persian, Siames, Shih Tzu, Poodle
  • Jantina - Jantan ini kerana salur ekncing yang panjang dan halus berbanding betina
  • Usia - Batu Karang (8 Bulan - 3 Tahun), Tumor ( Usia 7 Tahun keatas)

Tanda Tanda Klinikal Penyakit Sistem Urinari Kucing

  • Kencing berdarah
  • Berbunyi bising semasa kencing
  • Berada lama di tempat kencing
  • Kencing tidak lawas(menitis)
  • Sentiasa menjilat area tenpat kencing
  • Mencuba untuk kencing (kerap)
Jika di dapati kucing anda ada segala tanda tanda klinikal, bawalah berjumpa dengan vet yang berhampiran sebelum menjadi lebih teruk 

*Boleh rujuk info veterinar yang lain di SINI

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1599