Allah jadikan Haiwan Dari Apa? | Haiwan yang ada dimuka bumi ini terdapat beberapa ketegori seperti haiwan kesayangan (kucing dan anjing), Haiwan Ternakan (Lembu Kerbau Kambing), Haiwan buas (Harimau buaya dll) dan sebagainya. Tapi pernah tidak kita terfikir, haiwan Allah jadikan dari apa? Kalau Manusia Allah jadikan daripada tanah. Adakah dari tanah juga?
Kita merujuk kepada sepotong ayat Al-Quran
" Dan Allah menciptakan tiap tiap haiwan bergerak itu daripada air ; maka sebahagian di anatara mereka mnejalar atas perut nya, dan sebahagiannya berjalan dengan 2 kaki, sebahagianya daripada 4 kaki. Allah menciptakan apa sahaja yang ia kehendaki (selain dari yang tersebut), kerana sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas setiap sesuatu."
Surah An Nur ayat 45
Dan terjawablah bahawa Allah jadikan haiwan daripada AIR
Dan terjawablah bahawa Allah jadikan haiwan daripada AIR
Dan juga Tumbuhan dibuat daripada air dan merujuk kepada sepotong ayat Al-Quran
" Dia yang menjadikan bumi ini untuk akmu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya) dan turunkan-Nya air hujan dari langit, lalu keluarkan-Nya dengan air itu berjenis jenis buah buahan yang menjadi rezeki bagi kamu ; maka janganlah kamu mengadakan bagi ALlah, sebarang sekutu, padahal kau semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuahn Yang Maha Esa) "
Surah Al-Baqarah ayat 22
sumber dari Majalah Al-Islam Okt 2015