Quantcast
Channel: Eintan Nurfuzie
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1599

Perkara LARANGAN Jika Kucing Anda Sakit

$
0
0
Perkara LARANGAN Jika Kucing Anda Sakit

Perkara LARANGAN Jika Kucing Anda Sakit | Kucing, adalah haiwan kesayangan Nabi Muhammad SAW dan ada salah seekor kucing Nabi bernama Mueeza dan ianya sangat istimewa kerana kerana Mueeza selalu mengeow apabila azan seolah olah mengikuti alunan azan. Dan banyak lagi kisah kucing pada kegemilangan Islam. Pencinta kucing juga cukup ramai tidak kira lelaki atau wanita. Seperti sedia maklum, cik en seorang pembantu veterinar menerima banyak kes kes di klinik melibatkan kesihatan, imunisai/ vaksin dan sebagainya. 

Sebagai "nurse" haiwan disini, penyakit terhadap kucing bermusim. Jika ada virus menyerang kucing, klinik cik en menerima banyak kucing yang dalam keadaan lemah dan nazak. Cukup untuk korang memahami, penyakit hawar kucing( bahasa yang digunakan untuk orang kampung dan berumur). Jika cik en menggunakan item item veterinar, mungkin sebahagian pelanggan klinik cik en akan lebih blur dan pening. Satu yang cik en ingin pesan kepada pencinta kucing atau haiwan kesayangan yang lain bila kucing korang sakit, Tolong jangan lakukan perkara perkara berikut :
  1. Jangan mandikan, Jika terlalu kotor atau busuk cukup dengan lap sahaja
  2. Jangan menggunakan ubatan ubatan manusia, boleh mengakibatkan "overdose" dan akhirnya boleh bawa mati
  3. Tidak semua penyakit memerlukan Antibiotik
  4. Jangan memandai memberi sebarang ubatan ubatan yang dicadangkan dalam GOOGLE atau media sosial seperti Facebook jika blog atau info bukan dari pengawai atau staf VET. 
  5. Jangan lambat untuk bawak kucing korang ke Klinik veterinar berhampiran
Sebagai tindakan awal, cik en boleh cadangkan beberapa perkara seperti :
  1. Tempatkan kucing di dalam sangkar, kotak yang bersih dan selesa
  2. Asingkan kucing yang sakit dan tidak sakit
  3. Perhatikan lelehan air liur, pernafasan, tinja( air besar) dan air kencing. Ini penting untuk korang menceritakan 'history' kucing korang kepada veterinar
  4. Pemberian air kelapa, air glukose dan telur mentah secara oral jika kucing semakin lemah. Ini untuk tenaga sementara rawatan di klinik veterinar
  5. Jauhkan kucing yang sakit dengan bayi dan kanak kanak
  6. Boleh cari FB, Blog atau Telefon ke klinik veterinar, Doktor Veterinar, atau sesiapa yang terlibat dalam bidang veterinar yang berdekatan untuk bertanya lebih lanjut jika terdapat masalah kenderaan atau jarak rumah dan klinik yang jauh. Ini penting untuk merawat keadaan kucing pada masa itu.
Tapi, disini cik en hendak bagitahu, kami, barisan veterinar bukanlah tuhan yang mampu menyembuhkan jika keadaan kucing yang agak kritikal. Kami hanya mampu  membantu dari segi alatan dan ubatan yang ada di satu satu klinik. Mungkin ada sesetengah klinik tidak mempunyai kelengkapan yang cukup dan kami akan menyarankan untuk ke klinik veterinar yang lebih lengkap peralatannya. Satu ayat yang cik en suka terangkan kepada pelanggan

 "Kami hanya membantu semana yang mampu tapi terpulang kepada kekuatan kucing itu sendiri untuk terus hidup" 
sebelum membuat sebarang rawatan. Ini untuk mengelakkan berlaku ketidakpuasan jika sebarang rawatan yang diberikan menyebabkan kucing mereka mati. Kami bukan nya suka suka memberi rawatan dan melihat mereka mati cuma, keadaan kucing itu yang tidak boleh di rawat lagi.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1599