Quantcast
Channel: Eintan Nurfuzie
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1599

Kes Klinik : Distokia bagi Anjing

$
0
0
Kes Klinik : Distokia bagi Anjing | Distokia bermaksud kelahiran yang sukar , biasanya disebabkan oleh janin yang besar atau kedudukan yang canggung , dengan kesempitan pelvis ibu, atau oleh kegagalan rahim dan pangkal rahim mengecut dan mengembangkan secara normal. Cik en pernah keluarkan satu entri berkaitan iaitu Distokia Kucing. Kali ini kes untuk anjing dan jarang berlaku di klinik cik en. Anjing ini sepatutnya beranak pada 7 haribulan dan sampai anjing ini dibawa ke klinik pada 12 haribulan masih belum beranak walaupun seekor. Apabila diperiksa, anaknya kemungkinan besar mati dan tersangkut di bahagian bahu.
keadaan awal datang ke klinik

Kelihatan muka anak yang sudah mati 

kami cuba menolak masuk untuk betulkan keadaan tapi tidak boleh dan cuba keluarkan pun masih tidak boleh.


Akhirnya, cik en mencadangkan untuk di bawa ke klinik veterinar swasta untuk menjalani pembedahan mengeluarkan anak anjing tersebut. Ini kerana, klinik kerajaan tidak mempunyai kelengkapan yang lengkap.




Viewing all articles
Browse latest Browse all 1599