Quantcast
Channel: Eintan Nurfuzie
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1599

Kes Klinik : Kucing Berulat

$
0
0
kucing berulat

Kes Klinik : Kucing Berulat | Gambar di dalam ini adalah kepunyaan cik en yang diambil semasa rawatan di klinik veterinar. Kes kali ini adalah kes kucing berulat. Jika korang mempunyai kucing yang jenis lepas bebas akan selalu mengalami masalah luka dan berulat. Faktornya mungkin bergaduh dengan kucing lain, dilanggar, di pukul dan sebagaiya. Untuk rawatan luka pernah cik en keluarkan di entri Rawatan Tradisional Bagi Ternakan / haiwan kesayangan (luka). Kali ini cik en keluarkan cara secara bergambar.

kucing berulat di kaki

Kucing jantan ini dikatakan, ekornya telah dilanggar. Bermula dengan luka yang kecil, menjadi besar dan bernanah. Apabila bernanah, ianya mengeluarkan bau yang busuk dan menarik minat lalat. Selalunya lalat akan membawa sama telur ulat dan akan membiak dengan jayanya. Ulat yang membiak didalam daging menjadikan sumber daging segar sebagai makanan. Dalam masa 1 hari sahaja, ulat akan menjadi gemuk dan banyak. Apabila daging segar yang dimakan oleh ulat menjadikan daging tersebut mati, Bagaimana nak tahu kulit itu sihat atau mati, hanya dengan melihat warna kulit tersebut, Warna hitam adalah daging yang mati, jika dipotong tiada lagi saluran darah. 

ulat di ekor kucing

Ulat telah memakan daging ekor dan jika tidak dikeluarkan boleh merebak ke bahagian punggung kucing. 

rawatan kucing berulat

Nampak kan betapa besar saiz ulat. Ini dalam jangka masa 1-2 hari sahaja.


Keputusan diambil dengan memotong tulang ekor yang mati mengikut ruas ruas tulang. Tapi, jika tulang yang terlalu rapat dengan punggung tidak boleh dipotong takut akan mengakibatkan lumpuh.

cara rawat kucing berulat

Dressing dan Suturing di jalankan dan menjadi tugas pemilik kucing ini menjaga luka dengan baik. Pemberian antibiotik harus berterusan sehingga seminggu. 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1599