Quantcast
Channel: Eintan Nurfuzie
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1599

Korang Buat GA Sebab Apa Ha?

$
0
0

Korang Buat GA Sebab Apa Ha? | GA adalah singkatan bagi Give Away yang selalu di buat oleh blogger otai dan juga blogger baru. Tapi sedarkah korang, bila korang anjurkan sesuatu GA, Segmen, Kontest dan segalanya memerlukan penyertaan dari blogger lain perlulah korang komitmen dengan GA tersebut sehinggalah ke penghantaran hadiah. Cik en bukannya hendak marah tapi menegur kepada blogger blogger yang sudah, tengah dan bakal menjalankan GA ini. Teguran cik en ini untuk kebaikan bukanlah untuk menjatuhkan aib atau blog sesiapa.
  1. Jika buat entri GA, pastikan semak balik ejaan, link, syarat, tarikh tutup dan kalau boleh, janganlah ubah sebarang butiran details tanpa di ketahui oleh peserta
  2. Semasa entri berlangsung, pastikan penganjur memberi sepenuh perhatian terhadap pertanyaan, dan sila buat entri jika berlaku perubahan terhadap GA atau apa apa yang berkaitan
  3. List Peserta pula selitkan tarikh dan masa update peserta untuk mengelakkan peserta yang sudah hantar penyertaan tertunggu- tunggu
  4. Permudahkan peserta untuk menaikkan jumlah peserta. Mungkin buat entri yang senang di copy paste oleh peserta. 
  5. Selepas sahaja tarikh tamat GA, sila la buat entri yang GA dah tamat. Sesibuk mana pun, sila la buat entri awal dan shedulekan sahaja. Bukan ke ada kemudahan macamtu dalam blog ini. 
  6. Jangan lah ambik masa terlalu lama untuk buat entry penguguman pemenang, kesian kepada peserta yang ternanti nanti keputusan. Kadang kala sampai berbulan untuk menunggu. Jika ada masalah yang tidak dapat dielakkan, sila buat entri pendek untuk pengetahuan peserta peserta
  7. Selepas entri pemenang dikeluarkan, kalau boleh, komen la pada pemenang. itu lebih baik dari berharap semua peserta menyemak pemenang di blog korang dan mempercepatkan urusan pemberian hadiah
  8. Penghantaran hadiah pula, janganlah delaykan terlalu lama, kalau delay pun, buatlah satu entri dan nyatakan masalah masalah yang di hadapi. Kesemua peserta boleh faham sebenarnya
  9. Dan ada juga penganjur lari terus, hilang tanpa di kesan. Blog tidak berupdate, bila peserta mencari di facebook atau insta, pelbagai janji tapi tiada juga keputusan GA tersebut.
Jadi disini, cik en nak bertanya sekali lagi, Korang Buat GA Sebab Apa Ha? adakah untuk naikkan follower semata mata? naikkan pageview semata mata atau nak naikkan pendapatan iklan korang semata mata. Bila korang buat GA atau sponsar mana mana GA, ini bermakna korang dah berjanji dan dan berhutang. Manusia berpegang pada JANJI, jadi kotakan. Hutang pula boleh buat jasad kita tidak diterima langit dan bumi, jadi langsaikan lah. Kes begini bukan terjadi kepada cik en sahaja, tapi cik en yakin, ramai lagi blogger yang jadi begini. Cik en pernah terbaca di salah satu entri blog Azhafizah mengenai kes sebegini. Kami peserta bukannya mengharapkan kemenangan, kalau tiada rezeki kami akur, tapi jadilah blogger yang JUJUR. Kalau hendak berjaya dalam dunia blog ini, pastikan perkara utama adalah JUJUR, jujur dengan entri, jujur dengan blogger lain, dan jujur dengan diri sendiri. 

Dikesempatan ini, cik en hendak bertanya, adakah kesemua pemenang Give Away Nurfuzie Dot Com #1 Bernilai RM1000 sudah mendapatkan hadiah hadiah yang dijanjikan atau belum. Jika belum sila pm cik en di SINI dan nyatakan details apa yang dimenangi untuk cik en langsaikan atau informkan kepada sponsar. Dan juga kalau ada cik en masih berhutang dengan blogger untuk apa apa yang telah cik en janji boleh pm juga cik en. Kecuali cik en janjikan kasih sayang dan cinta.. hihi 

p/s Cik en tengah buat pencarian bloglist blog cik en yang ke 3, hanya masukkan nama dan url blog sahaja tanpa buat entry. super duper senang kan syaratnya.tapi bukan komen di entry ini tapi di entry Pencarian Bloglist Nurfuzie Dot Com #3

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1599