Quantcast
Channel: Eintan Nurfuzie
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1599

Cara Tukar Duit Kertas Yang Koyak

$
0
0
Cara Tukar Duit Kertas Yang Koyak

Cara Tukar Duit Kertas Yang Koyak | Selalu sahaja kita mendapat duit kertas yang terkoyak, terbakar dan cacat. Kebanyakan peniaga kedai akan menolak duit tersebut dengan alasan tidak laku. Tapi pernah tidak kita ketahui yang kita boleh tukarkan duit tersebut dengan duit kertas yang baru! Tapi sebelum itu kena tahu tahap penilaian wang cacat dan rosak

Terdapat beberapa Garis Panduan kerosakan dan cacat yang telah digaris panduan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Ianya adalah :-

WANG KERTAS CACAT 
Wang kertas yang keadaan fizikalnya telah berubah, sama ada secara tidak sengaja dicemari dengan air, minyak, cat, dakwat atau bahan yang serupa atau kehilangan sebahagian atau beberapa bahagian daripadanya. Ini tertakluk kepada bahagian atau bahagian-bahagian yang dikemukakan itu dapat dibuktikan tanpa sebarang keraguan yang munasabah bahawa bahagian atau bahagian-bahagian yang dikemukakan itu adalah pada asalnya sebahagian atau beberapa bahagian daripada satu helai wang kertas yang tunggal.
  1. Nilai penuh hendaklah diberikan bagi sebarang keping wang kertas yang melebihi dua pertiga (2/3) daripada saiz wang kertas yang asal atau; 
  2. Nilai separuh hendaklah diberikan bagi sebarang keping wang kertas yang melebihi setengah (1/2) tetapi kurang dua pertiga (2/3) daripada saiz wang kertas yang asal atau; 
  3. Tiada nilai bagi sebarang keping wang kertas yang kurang setengah (1/2) daripada wang kertas yang asal. 
WANG KERTAS ROSAK
Wang kertas yang terdapat padanya perkataan, tanda-tanda, simbol, lukisan, karikatur sama ada ditulis atau ditanda di atas permukaannya secara sengaja. 
  1. Nilai penuh hendaklah diberikan bagi sebarang keping wang kertas yang mempunyai kerosakan kecil. 
  2. Tiada nilai bagi sebarang keping wang kertas yang rosak dengan sebarang cara yang nyata (iaitu, tanda yang dibuat di atas potret Yang DiPertuan Agong, tulisan yang menggambarkan slogan politik atau menggunakan wang kertas itu sebagai kad jemputan/pad tulis). 
KES-KES YANG MERAGUKAN 
  1. Sebarang kes yang meragukan yang menyukarkan penilaian dibuat disebabkan wang kertas itu dalam keadaan yang sudah rosak (sebagai contoh, satu helai wang kertas yang terbakar dengan teruk atau kerosakan pada wang kertas yang sukar menentukan saiznya) hendaklah dirujuk pada Bank Negara Malaysia untuk penilaian. 

Cara Tukar Duit Kertas Yang Koyak

Credit to http://dabeldeya.blogspot.my/

  1. Pergi ke cawangan Bank Negara Malaysia yang berhampiran bersama duit yang rosak
  2. Pengawai yang berkenanan akan menyemak duit berkenakan rosak di peringkat mana. Yang ada nilai atau tidak
  3. Jika boleh ditukar, kemungkinan perlu menampal kertas tersebut dengan kertas bagi memudahkan proses penilaian wang tersebut.
  4. Jika selesai, pelanggan perlu mengisi borang dan menunggu untuk dipanggil.
credit to http://menderas.blogspot.my/
Credit to http://dabeldeya.blogspot.my/
Kredit di SINI dan SINI

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1599