Panduan Untuk Kucing Yang Baru Jumpa | Stray Cat atau Kucing Buangan selalu di jumpai di pasar basah, kedai makan atau kawasan yang mempunyai sumber makanan. Tapi ada juga yang membuang kucing di kawasan yang tiada sumber makanan. Boleh cik en katakan yang manusia yang sangat kejam. Sudahlah membuang kucing, selepas itu dibuang di kawasan yangberhampiran jalan raya yang sibuk dan jauh dari punca makanan. Seeprti mereka membunuh kucing tersebut secara perlahan lahan dan terseksa.
Tapi ramai lagi yang masih mempunyai hati yang murni akan mengutip dan memberi perlindungan kepada kucing kucing yang malang ini. Cik en pernah keluarkan entry yang bertajuk Blogger Ini Pencinta Kucing. Blogger itu seorang yang rajin menjaga kucing buangan ini walaupun semakin hari semakin banyak bilangan kucing. Oleh kerana itu, beliau mengambil inisiatif untuk memandulkan bagi mengawal populasi kucing beliau. Satu usaha yang sangat murni. Dan juga beliau menjalankan Misi Menjual Khas #danauntukmeow dan jangan risau, barangan yang dijual ada serendah RM1. Ini semua untuk menampung perbelanjaan kucing beliau.
Berbalik kepada tajuk kita, disini cik en ingin berkongsi sedikit Panduan Untuk Kucing Yang Baru Jumpa. Panduan ini penting dalam memastikan kucing yang baru dibawa balik tidak menjadi punca penyakit kepada kucing korang yang lain. Apabila dapat sahaja kucing yang baru dikutip atau diberi oleh orang, pastikan :-
Kuarantinkan 1 hingga 2 minggu dalam sangkar kucing. Ini untuk memastikan kucing tersebut benar benar sihat. Sepanjang kuarantin, perhatikan
- pembuangan tinja dan kencing,
- selera makan,
- keadaan pernafasan ( selsema, batuk atau bersin),
- perhatikan tahap keseleraan makan,
- keadaan fizikal( luka,bengkak atau tempang dan kulit (kurap atau fungus)
Jika kucing tersebut normal bolehlah dibawa ke klinik veterinar untuk pemberian ubat cacing, vaksin atau rawatan yang berkaitan. Jika ada masalah, ceritakan "history" kepada Vet yang berkenaan. Vet akan mencadangkan rawatan atau langkah yang sesuai dengan masalah tersebut.
Korang boleh lah join group Tips dan Rawatan Kucing di Facebook untuk berkongsi atau bertanya mengenai sakit kucing selain berhubung dengan cik en.