Quantcast
Channel: Eintan Nurfuzie
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1599

10 Tanda Mungkin Kucing Stress (Tertekan)

$
0
0
10 Tanda Mungkin Kucing Stress (Tertekan)

10 Tanda Mungkin Kucing Stress (Tertekan) | Jika kucing boleh bercakap dengan manusia yang mereka stress atau tertekan, mungkin korang tidak perlu membaca artikel ini. Tapi kerana kita tidak memahami bahasa kucing, kali ini cik en akan kongsi beberapa tanda yang boleh korang faham yang kucing korang mungkin dalam keadaan stress ataupun tertekan. 
  1. Berak atau kencing merata rata walaupun sudah disediakan pasir atau selalunya pandai membuang di tempat selalu
  2. Cirit Birit
  3. "Grooming" berlebihan ( Cth seperti menjilat bulu) atau bulu gugur.
  4. Mengaru badan Berlebihan
  5. Mengasingkan diri daripada kucing lain atau manusia
  6. Mengiau bising tidak berhenti henti ( tanda 'biang')
  7. Kurang selera makan mendadak
  8. Lebih kerap tidur dari kebiasaaan
  9. Agresif dengan haiwan lain
  10. Agresif terhadap manusia
Mungkin ada sebab kucing korang stress, mungkin kerana faktor persekitaran, sakit, kegatalan badan yang berlebihan, salah makan, pertukaran makanan, musim mengawan, terasa terancam dan sebagainya. Antara penyelesaian yang boleh ialah 
  1. Dapatkan pasangan jika kucing korang sampai masa mengawan
  2. Jika ingin menukarkan makanan, tukarlah dengan perlahan lahan dan janganlah tukar secara mendadak
  3. Jika tidak sihat, bawaklah berjumpa vet berdekatan. Boleh rujuk sini jika ada penyakit yang boleh dirawat secara tradisional. Jika masih tidak sihat, cepat cepat bawa ke klinik ye..
  4. Jika masa korang baca ini, mungkin hari bercuti bolehlah guna cara INI sementara waktu

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1599