Quantcast
Channel: Eintan Nurfuzie
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1599

Blog Nurfuzie Dot Com di Utusan Malaysia

$
0
0


Blog Nurfuzie Dot Com di Utusan Malaysia | Alhamdulillah, impian cik en untuk mengorak langkah lebih baik nampaknya naik ke satu tangga lagi. Sabtu 12 Disember 2015, Blog kesayangan cik en Nurfuzie.com keluar di bahagian Citra Orang Muda Utusan Malaysia. Ruangan tersebut dinamakan Blogger Pilihan.

Pernah cik en membaca artikel seorang blogger yang kemasukkan blog di mana mana surat khabar dan majalah, tidak membantu menaikkan follower ataupun pageview. Mungkin bagi blogger yang lain tapi blog Nurfuzie.com mempunyai satu topik yang akan menjadikan blog cik en sebagai pilihan pembaca baru atau lama. Semuanya sedia maklum, Blog Nurfuzie.com bukan menceritakan perkara yang biasa blogger lain ceritakan, tapi satu topik mengenai VETERINAR. Hanya dari pengalaman kerja, ilmu dan tunjuk ajar dari "senior" menjadikan blog cik en menjadi medium untuk cik en bercerita mengenai VETERINAR. Banyak skop veterinar yang cik en kongsikan dalam blog cik en, tapi yang mendapat sambutan adalah kucing. Mungkin kesedaran mengenai haiwan kesayangan Rasuallah ini semakin menebal di kalangan rakyat Malaysia. Cik en tahu, kecik je tulisan di gambar itu ye, cik en akan zoomkannya.



Pembetulan :

"Dorongan itu semakin memuncak, apabila saya berkhidmat sebagai pembantu veterinar di sebuah klinik swastaJabatan perkhidmatan veterinar negeri. Kebanyakan perkongsian merupakan pengalaman sendiri ketika menjalankan tugas di ladang ternakan dan klinik ", katanya yang mesra disapa dengan nama panggilan cik en.

Sebenarnya banyak lagi cik en hendak bercerita mengenai mengenai haiwan ini, tapi cukuplah pengenalan awal sebegini dahulu. Jika sesiapa yang berminat kepada haiwan, bolehlah bercita cita menjadi ahli veterinar, mungkin seorang doktor veterinar penolong pengawai veterinar atau pembantu veterinar. Sangat enjoy bagi yang meminati kerja lasak dan kotor sebegini. Bagi cik en satu kepuasan dan setiap hari akan ada cabaran cabaran yang baru untuk menjadikan ia satu pengalaman yang berharga yang mungkin blogger atau orang di luar sana terutama wanita tidak ketahui. Tahukah korang, kami dari kakitangan Jabatan Perkhidmatan Veterinar merupakan pertahanan pertama bagi sebarang wabak atau penyakit yang merbahaya, kami juga yang mengawal kesihatan ternakan, produk daging yang kita makan hari hari dan juga memberi kesedaran kepada orang luar sana terutama peternak, yang pengeluaran daging di Malaysia masih di peringkat yang rendah sehingga memaksa kita mengimport daging beku. Artikel ini menarik untuk dibaca KLIK SINI.

Panjang lebar entri cik en kali ini, Insyallah, di lain entri, cik en akan bercerita lebih banyak mengenai fakta dan info info menarik mengenai veterinar selain mengenai haiwan kesayangan. Terima kasih kepada yang tangkap gambar artikel di Utusan Malaysia dan whatsup cik en. Harapan cik en, supaya blog cik en menjadi rujukan pertanyaan dan perkongsian bagi rakyat malaysia yang musykil dalam apa jua skop di bawah tajuk veterinar itu.

Update : Terima kasih Yumida atas entri tuk cik en. Boleh terjah di sini


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1599