Quantcast
Channel: Eintan Nurfuzie
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1599

Jadual Pemberian Ubat Cacing Pada Kucing

$
0
0
Cacing yang dikeluarkan oleh anak anjing di klinik cik en
Jadual Pemberian Ubat Cacing Pada Kucing | Pemberian ubat cacing adalah penting selain dari pemberian vaksin. Kerana ada kes cacing ini yang menyebabkan kucing terutama anak kucing boleh mati. Ini kerana bebanan cacing di dalam perut terlalu banyak. Tapi cacing atau parasit ini tidaklah berniat hendak membunuh kucing korang tapi menjadikan mereka sebagai tempat untuk mereka mencari makanan. Bunyi agak kelakar kan? tapi ini fakta yang kita kena tahu. 

Diingatkan cacing akan selamanya berada di dalam perut kucing korang selagi korang sendiri tidak mengatasi masalah ini. Jadi dengan jadual pemberian ubat cacing atau deworm dapat membantu menyahkan cacing dari perut anak anak bulus kita itu.

Hookwoorms dan Roundworms selalu berada di dalam perut anak kucing. Hookwoorms hidup dengan darah dan mengakibatkan kekurangan darah bagi anak kucing korang. Roundworms pula memakan makanan yang di makan oleh anak kucing. Jadi berlaku persaingan yang akhirnya anak kucing akan kekurangan gizi dan makanan. Antara tanda tanda kecacingan adalah bulu kasar, bulu gugur, cirit birit, kekurangan gizi makanan (kurus) dan bahagian didalam bawah mata pucat serta yang paling teruk jika mereka membuang bersama dengan cacing

Selalunya cacing akan mati apabila keluar dari perut. Dan juga akan keluar bila ia mati dalam perut

Jadual Pemberian Ubat Cacing Pada Anak Kucing
  • Pada usia 3 bulan atau 4 bulan  (12 minggu atau 16 minggu)

Jadual Pemberian Ubat Cacing Pada Kucing Dewasa
  • Terbahagi kepada 2 iaitu :
    1. Kucing dikurung di dalam rumah - 1 tahun sekali
    2. Kucing yang selalu keluar rumah - 3 kali setahun
Tapi korang boleh mendapatkan khidmat nasihat atau konsultan dari vet yang berhampiran. Mungkin akan berlaku perbezaan, ini kerana setiap klinik mempunyai jenis ubat cacing yang berbeza dari segi cover jenis cacing. Jadi, jangan anggap pengambilan ubat cacing ini mudah okey?

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1599