Quantcast
Channel: Eintan Nurfuzie
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1599

KELDAI AKAUN: Elakkan dari menjadi mangsa!

$
0
0

KELDAI AKAUN: Elakkan dari menjadi mangsa | PDRM menasihati orang ramai supaya berhati-hati memilih kawan baru menerusi media sosial. Ini kerana, wujudnya sindiket yang menjadikan mangsa sebagai ‘keldai akaun’ bagi tujuan menggunakan akaun peribadi milik mereka untuk dimasukkan wang hasil curi/penipuan bagi tujuan mengaburi mata pihak berkuasa. Sesudah wang dimasukkan ke dalam akaun mangsa, sindiket akan meminta mangsa memindahkan wang tersebut ke dalam akaun lain di luar negeri. Elakkan dari menjadi mangsa sindiket ini dengan:
  • Jangan sesekali membenarkan mana-mana individu lain menggunakan akaun anda termasuk mereka yang anda kenali.
  • Jangan sesekali membantu mana-mana individu yang tidak dikenali membuat penerimaan atau pemindahan wang dari sesuatu akaun lain. 
  • Sentiasa berwaspada terhadap mana-mana individu yang tidak dikenali dalam membuat pemindahan wang, kerana anda boleh didakwa bersubahat melakukan jenayah kewangan bersama suspek.
  • Laporkan segera kepada pihak polis atau bank sekiranya mendapati wang di dalam akaun anda bukan milik peribadi.







Viewing all articles
Browse latest Browse all 1599