Kisah Sebenar FizoMawar Vs Blogger Emas Putih | Cik en antara blogger yang terawal yang mengetahui kisah FizoMawar dan Blogger Emas Putih. Bermula dengan entri Review FizoMawar. Komen cik en, review uzu tidaklah mengkritik sampai keluarkan ayat sinis dan bahasa kasar. Masa ini cik en abaikan sahaja sebab rasanya ini pendapat seorang pelanggan. Ini hak pelanggan. Tiba tiba uzu keluarkan entri permohonan maaf dari fizomawar . Dan apabila dibaca kenyataan maaf, nampak ada nada sinis dan permohonan maaf yang tidak ikhlas. Tapi cik en terima la dan bersangka baik. Tapi hari ini, cik en baca kenyataan fizo omar di MSTAR melalui artikel INI, sudah jadi lain.
Kesimpulannya Fizo Mawar tidak boleh dikritik dan apabila dikritik, dikatakan cuba hendak jatuhkan perniagaan orang Melayu. Susah jika orang menggunakan nama Melayu dan Islam untuk membetulkan apa yang tidak betul dan menyalahkan apa yang salah.