Quantcast
Channel: Eintan Nurfuzie
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1599

Selamat Ulang Tahun Eintan Nurfuzie 2016

$
0
0

Selamat Ulang Tahun Eintan Nurfuzie 2016 | 16 Januari 2016 yang lepas, genaplah 29 tahun cik en hidup di muka bumi ini. Alhamdullilah diberi peluang untuk bernafas, pastinya dan juga melalui suka dan duka. Kali ini tidak lah sehebat sambutan tahun lepas yang mana 3 kali disambut dan 3 kali makan kek. Hadiah pun sama, bersederhana tahun ini.

Eintan Nurfuzie (bukan nama sebenar) telah dilahirkan pada 16 Januari 1987 di Hospital Daerah Kuala Kangsar. Puteri sulung bagi En Zul dan Puan Saribah. Bersekolah  lebih dari 10 buah sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi. 

  1. tadika kemas kubang pekan kuala kangsar 
  2. s.k bintong perlis 
  3. s.k tambun ipoh 
  4. s.k menora kuala kangsar 
  5. s.k krubong melaka 
  6. smk tinggi perempuan melaka 
  7. smk tun haji abdul malek melaka 
  8. smk malim melaka 
  9. smk kota tinggi johor 
  10. smk alor janggus, kedah 
  11. smk raja perempuan kelsom kuala kangsar 
  12. kolej unikop batu caves (Diiploma Sains) 
  13. Politeknik ungku omar

Selepas menganggur selama 6 bulan, terus bekerja di :
  1. Kerani Syarikat Kuari
  2. Managemant Trainee 7 Eleven
  3. Sukarelawan Polis Diraja Malaysia (SP)
  4. Pembantu Veterinar
Dan tahun yang ke 29 ini, status masih lagi bujang. Jika ada rezeki tahun ini, mungkin akan menamatkan zaman bujang tahun ini. Mungkin okey. Jika diizinkan. Ini serba sedikit insan yang bernama Eintan Nurfuzie. 


Hadiah diatas adalah advance present dari BFF, Nuoi Tomey. Dia beri sehari awal. Thank you dear!

Yang ini pula diberioleh seseorang. Mekasih U. I hargai sangat apa yang U bagi kat I. Nanti bagi lagi besar na..


Lunch Birthday Girl

 Dinner Nasi Mandi Kambing dari housemate, miss Su..

Terima kasih juga yang ucapkan di Facebook, Whatsup, Wechat dan apa jua aplikasi.Dan atas kesemua pemberian dan diharap tahun yang dianggap sweet twenty ini akan lebih maju dalam pelbagai aspek dan ada perubahan yang lebih baik. 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1599