Quantcast
Channel: Eintan Nurfuzie
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1599

Badan Ber"Elektrik"

$
0
0
Badan Ber"Elektrik"


Badan Ber"Elektrik" | Kisah ini bermula apabila kawan cik en , Puan Ila mengalami masalah apabila kawan kawan beliau mengadu yang disengat oleh arus elektrik apabila bergesel atau bersentuhan dengan beliau. Oleh kerana itu, cik en mendapat idea untuk mencari kenapa badan beliau mempunyai arus elektrik sehingakan orang sekeliling merasa arus tersebut.

Didalam badan manusia, semestinya kita mempunyai sistem elektrik yang sangat maju canggih dan kompleks berbanding apa yang ada di dunia ini. Hebat ciptaan Allah. Sistem elektrik pada tubuh manusia merujuk kepada pergerakan zarah yang bercas dalam sistem saraf apabila rangsangan diberikan.

Tapi jika sampai memberi kesan kepada orang sekeliling, ianya mungkin anda berpenyakit! Penjelasan cik en di dalam entri ini merujuk entri dari Kosmo Online. Ada 2 penyebab iaitu suhu dan tabiat atau penyakit.

Suhu atau tabiat
Tabiat suka mengesel di tempat yang sama ada ketika berjalan atau duduk menghasilkan cas negatif. Suhu yang lembab dan sejuk pun boleh dijadikan faktor

“Suhu persekitaran yang lebih sejuk dan lembap juga menggalakkan berlaku aruhan elektrik. Itu sebabnya kejadian ini lebih banyak berlaku di Barat semasa musim sejuk atau di dalam pejabat. Kilat juga berlaku ketika suhu lembap semasa hari hendak hujan,” 

Penyakit

Terdapat beberapa penyakit
  1. sindrom carpal tunnel yang berlaku apabila berlaku tekanan pada saraf median di pergelangan tangan apabila laluan cas terganggu disebabkan pembesaran tisu. Ia boleh berlaku misalnya ketika seseorang wanita itu mengandung.
  2. sakit tulang belakang cakera prolaps yang mana ceper tulang belakang yang terkeluar menekan saraf tunjang. Ia boleh menghasilkan renjatan elektrik yang dinamakan radiculopathy pada kedudukan badan tertentu.
  3. Penyakit sawan juga disifatkan sebagai penyakit elektrik kerana ia berlaku disebabkan gangguan pada saraf dalam otak dan mencetuskan reaksi seperti terkena renjatan elektrik.
Jadi diharap artikel ini dapat membantu sesiapa yang mengalami masalah sebegini. Untuk penyakt bolehlah terus ke klinik atau hospital untuk dibuat pemeriksaan lanjut.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1599