Quantcast
Channel: Eintan Nurfuzie
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1599

Kucing Kita Mati Adalah Salah Kita Sendiri

$
0
0

Kucing Kita Mati Adalah Salah Kita Sendiri | Sebagai seorang pembantu veterinar yang bertugas di klinik veterinar, kerap kali cik en melihat sikap dan perangai pemilik pemilik kucing atau anjing. Ada yang sangat menyayangi dan ada yang datang hanya kerana tanggungjawab atau simpati. Sebagai seorang manusia yang berhasrat ingin mengambil tanggungjawab terhadap kucing atau anjing, anda perlu bersedia dari segi mental, kewangan dan masa. Boleh rujuk entri info haiwan kesayangan 

Tapi maaf cik en menegur segelintir daripada pemilik bulus ini sebenarnya menjadi penyebab kematian kucing atau anjing mereka. Ini kerana 

  1. Kurangnya ilmu pengetahuan penjagaan
  2. Mengambil mudah jika kucing sakit
  3. Lewat membawa kucing sakit ke klinik veterinar
  4. Mengabaikan tanggungjawab seperti makanan, minuman dan tempat tinggal
  5. Jangan abaikan hairball. 
  6. Tidak menjaga rutin tahunan kesihatan seperti pemberian vaksin dan ubat cacing
  7. Tidak semua yang digoogle atau dicadangkan oleh rakan di media sosial sahih. Mungkin berjaya kepada kucing pemberi cadang tapi tidak bersesuaian kepada kucing kita
  8. Program Pemandulan. Boleh rujuk entri Kenapa Perlu Memandulkan Kucing?
  9. Meninggalkan kucing di dalam kereta. Rujuk entri Jangan Tinggalkan Kucing Di dalam Kereta
  10. Atau rujuk entri ini Jangan Buat 8 Perkara Ini Pada Kucing
Ini antara penyebab kenapa cik en kata Kucing Kita Mati Adalah Salah Kita Sendiri. Tapi bukan sepenuhnya. Ada juga disebabkan wabak, kemalangan yang tidak diduga dan perkara perkara yang di luar jangkaan. ILMU itu penting. Tanpa ILMU, kita mungkin akan menjadi sebahagian punca kucing kita mati. Dan juga history setiap kucing itu perlu ada. Dan jangan suruh orang lain hantar kucing sakit kita ke vet, kerana orang lain tidak tahu history kucing kita seperti muntah, cirit dan sebagainya




Viewing all articles
Browse latest Browse all 1599