Quantcast
Channel: Eintan Nurfuzie
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1599

Cara Buat Wet Food Untuk Kucing

$
0
0

Cara Buat Wet Food Untuk Kucing | Wet Food atau makanan basah untuk kucing boleh di dapati di pasaran dalam bentuk paket atau tin. Pelbagai jenama menawarkan pelbagai perasa untuk kucing anda dari kecil hingga dewasa. Tahukah anda yang sekarang ramai yang menghasilkan wet food sendiri yang diyakini halal dan bersih? Kali ini cik en kongsi membuat wet food dengan menggunakan bahan yang ada disekitar kita. 

Mula mula kita perlu tahu jenis makanan yang boleh diberi makan untuk kucing kita dan yang tidak boleh dimakan. Jadi cik en akan senaraikan dahulu 

Makanan yang baik untuk dijadikan makanan kucing
  1. Protein (Daging atau ikan)
  2. Asid Amino seperti tauria dan arginina (terdapat dalam daging dan ikan)
  3. Asid lemak
  4. Vitamin
  5. Mineral
  6. Air

Makanan yang JANGAN diberi kepada kucing
  1. Coklat
  2. Bawang
  3. Tomato dan kentang yang tidak dimasak
  4. Produk susu dan susu lembu(tidak sesuai untuk kucing yang akan mengakibatkan cirit birit)
  5. Yis
  6. Kismis dan Anggur
  7. Alkohol dan Kafein
  8. Bawang Putih dan Daun Bawang
  9. Xylitol (lebih kurang macam chewgum)
Cara Buat Wet Food Untuk Kucing Versi Nurfuzie.Com

Bahan - Bahan
  1. Ikan atau daging(ayam atau lembu)
  2. Labu ( Mineral)
  3. Lobak (Vitamin)
  4. Sedikit Hati Ayam ( Mineral -Ion, Bagus untuk pertumbuhan) Jika tiada boleh abaikan 
  5. Air
  6. Agar - Agar Tali (Boleh abaikan jika kucing anda tidak suka)
  7. Multivitamin atau asid folic (Jika Ada)
Cara Penyediaan
  1. Ikan / Ayam / Hati Ayam di rebus (sehingga betul betul masak)
  2. Lenyekkan
  3. Labu dan Lobak direbuskan sehingga empuk
  4. Lenyekkan
  5. Kisarkan sehingga halus bersama sama multivitain atau asid folic
  6. Panaskan agar agar tali sehingga mencair
  7. Masukkan bahan kisar kedalam agar agar dan gaulkan. 
  8. Sejukkan sebentar sehingga agar agar mengeras dan boleh beri kucing anda makan
  9. Baki boleh di simpan.
Senang bukan? Jika hendak ubah suai resepi diatas boleh tapi jangan berikan makanan yang boleh memudaratkan kucing anda. Dijamin Halal dan Bersih. Kalau rajin boleh dibuat jual.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 1599