Duit Yang Dipenuhi Dengan Dakwat Adalah Duit Rompakan | Untuk pengetahuan semua, jika kita menerima duit yang dikotorkan dengan dakwat ink seperti dalam gambar ini tak kiralah di kedai atau dmana-mana harap kita jangan menerimanya, kerana duit yang dikotorkan dengan dakwat ink seperti ini adalah duit dari hasil rompakan melalui mesin ATM. Semua ATM diseluruh negara telah dinaik taraf dengan sistem baru seperti ini, jika berlaku rompakan terhadap mesin ATM, secara automatik mesin itu akan menyemburkan dakwat ink kesemua duit wang tunai yang ada dalam mesin tersebut, apabila mesin ATM terkena impak kuat, letupan atau sebagainya ia akan secara automatik akan mengeluarkan dakwat ink wang tunai yang ada dalam mesin supaya perompak tidak boleh menggunakannya. Harap semua lebih peka dan ambil tahu hal ini terutama peniaga-peniaga kecil.
↧