Apakah Perbezaan Intan dan Berlian? | Diamond bermaksud berlian. Dan ada yang kata ianya intan. Apakah perbezaan Intan dan Berlian. Ada perbezaan atau tidak? Tadi cik en ada bertanya di facebook peribadi milik cik en, kebanyakkan menjawab persoalan cik en dengan gurauan berkasih sayang. hahaha. Dan ada seorang rakan facebook yang mempunyai jawapan yang relevan.
Ini adalah Berlian
Digunakan dalam dunia permata sebagai permata cincin, rantai dan sebagainya. Berlian merupakan permata paling mampat dan tidak mampu dicalarkan kecuali berlian juga. Dan banyak jenis potongan berlian dan ianya perlu dibuat berhati hati untuk mendapatkan kilauan yang cantik. Dan dari dulu, teknik permotongan akan dinaik tarafkan bagi meningkatkan mutu kualiti dan kilauan berlian.
Tapi apa bezanya dengan intan? Ini gambar Intan atau dipanggil Intan Mentah
Rupanya tidak semenarik berlian dan buruk. Tapi benda buruk diatas ini adalah bahan asal Berlian. Dan berlian adalah bahan yang telah diolah atau dipotong menjadi kilauan. Seperti Padi dan Beras. Perbezaannya adalah sebelum ditampi dan selepas ditampi. Jadi ada perbezaan ye, Intan dan Berlian.
Bila di amati semula. walaupun intan ini buruk, nilainya akan menjadi tinggi apabila menjadi berlian. Seperti manusia, bermula dengan daif dan kosong mengenai dunia, apabila di olah (pengalaman) akan menjadikan diri manusia itu sangat berharga. Lagi cantik potongannya (dugaan yang banyak) lagi mahal harganya.
p/s : Nama penuh cik en Intan Nor ******* yang membawa maksud Permata bercahaya yang tunggal dan istimewa. Bangga dengan nama Intan. Terima kasih mak abah bagi nama indah ini walaupun rupa asalnya buruk. hihihi.. sebabnya cik en sendiri perlu olah diri cik en menjadi satu permata yang bersinar. sumber wikepedia