Quantcast
Channel: Eintan Nurfuzie
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1599

Satu Sebab Yang Tak Best Mengenai Kerjaya Veterinar

$
0
0

Satu Sebab Yang Tak Best Mengenai Kerjaya Veterinar | Kerjaya Veterinar merupakan kerjaya yang sangat di minati oleh cik en. Kerjaya veterinar ini bukan sahaja untuk doktor veterinar sahaja tapi ada pembantu veterinar. Cik en of course la ramai yang kenali sebagai veterinary assistant oleh pembaca dan rakan rakan blogger. Banyak entri yang cik en keluarkan seperti Kerjaya Sebagai Pembantu VeterinarKeluarkan Uri Lembu Yang Mula Membusuk, Sesi Spaying Omey Cik EN, Beratus Ulat Keluar Daripada Mata dan banyak kali. Kesemuanya cik en akan nyatakan yang cik en sangat enjoy dengan kerjaya ini. Gambar dibawah ini gambar zaman cik en free hair jadi cik en mosaic kan ye. Masa ini masih blogspot lagi. Tapi inilah tugas pertama cik en selepas posting ke daerah.


Tapi ada SATU sebab cik en tidak suka dalam kerjaya veterinar ini. Mungkin sesiapa yang lihat gambar pertama akan tahu sebab apa cik en tidak suka tugas yang satu ini. Tugas yang tidak pernah sekali cik en buat. Sebabnya cik en tak suka, tak berkenan dan tak sampai hati lakukan. Tugas Put To Sleep atau dipanggil PTS. PTS adalah proses mematikan haiwan atas faktor faktor tertentu yang difikirkan perlu. Sentiasa cik en mengelak tapi akan buat jika keadaan memaksa. 

Jangan kecam veterinar kalau kami memberi nasihat untuk PTS haiwan terutama anjing atau kucing. Bukan sesuka hati kami beri pendapat sebegini tapi kerana tahap kesihatan haiwan itu sendiri. Contohnya cadangan PTS untuk kes zoonotik seperti Sporotrichosis atau keadaan kucing selepas kemalangan yang menyebabkan kucing tersebut tidak boleh makan, minum, buang najis atau air kencing. Dan juga kos rawatan dan keadaan tuan kucing yang sendiri tidak sesuai untuk menjaga kucing tersebut. Selalunya kami akan cuba sedaya upaya untuk buat rawatan awal tapi jika terpaksa atas sebab diatas, kami akan mencadangkan PTS.

Yang paling banyak menjadi kecaman adalah kes sporo. Sebenarnya untuk peringkat awal, jika kita sendiri (pemilik kucing) sentiasa memantau kucing, rawatan awal boleh di beri. Tapi kalau dibiarkan sehingga menyebabkan keadaan kritikal. Memang ini cadangan yang terbaik kami cadangkan. Rawatan Sporo boleh rujuk entri Rawatan keds Sporo Kucing .
Jadi, satu sebab yang tak best mengenai kerjaya veterinar adalah Put To Sleep. Nampak ianya kejam tapi ianya terpaksa dilakukan. 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1599