Cara Potong Kuku Kucing | Kali ini cik en nak kongsikan cara memotong kuku kucing yang betul. Jika kucing yang dibela jenis duduk di dalam sangkar 24 jam, sepatutnya kita perlu memotong kuku kucing. Ini baik untuk kita kendalikan semasa mandi atau grooming mengelakkan kecedaran kepada kita atau kucing itu sendiri.
Sebelum memotong, pastikan menggunakan penyepit kuku yang diatas sahaja, jangan guna gunting atau alat yang lain. Gunting boleh dibeli di kedai haiwan dan banyak jenis yang bersesuaian dengan kucing atau anjing.
Rujuk gambar diatas dan harap dapat membayangkan keadaan kuku kucing, Jangan terlalu rapat sebabnya terdapat daging bawah kuku yang boleh menyebabkan pendarahan. Masih tidak jelas? Rujuk gambar di bawah ini
Jika tak berani untuk memotong atau kucing sememangnya jenis yang bebas dan susah untuk memotong kuku, tak perlulah risau sebabnya mereka akan mencari kayu atau pokok untuk trim kuku mereka sendiri. Ada juga dijual di petshop alat untuk kucing mencakar atau boleh letakkan kayu di dalam sangkar mereka.
Tapi cik en tidak sokong sekali penggunaan sarung kuku kucing macam diatas ini. Banyak keburukan dari kebaikan. Cuba bayangkan kalau kucing yang pakai sarung kuku diserang oleh kucing lain semasa kita tiada di rumah, semestinya kucing kita akan kalah malah boleh dapat luka yang teruk sebab kucing itu, tak boleh melawan atau mempertahankan diri. Begitu juga kalau kucing kita hendak memanjat atau terjatuh, kuku mereka yang boleh mencengkam tidak dapat digunakan. Disebabkan kita sayangkan sofa, kucing kita menjadi mangsa. Jadi belajar untuk memotong kuku kucing atau biarkan mereka trim kuku mereka sendiri.