Kuala Kangsar Tiba Tiba Jadi Sibuk | Kuala Kangsar yang sinonim dengan Bandar Diraja adalah sebuah bandar yang kecil tapi tidaklah sesibuk di daerah daerah yang lain seperti Ipoh. Terletaknya Istana Kenangan, Masjid Ubudiah, Labu Sayong, Laksa, Cendol dan lain lain lagi mejadi tarikan perlancongan dari orang dalam dan luar negara. Tapi dalam masa 2 3 minggu selepas ini, keadaan jadi sibuk dengan kain rentang, bendera politik, ceramah, berkempen dan sebagainya. Ini semua kerana Kuala Kangsar perlu mencari penganti Arwah Dato Wan untuk menerajui Parlimen Kuala Kangsar dan nampaknya berlaku pertembungan 3 penjuru. Barisan Nasional dan PAS menghantar calon wanita iatu Dr Najihatussalehah Ahmad daripada PAS dan Datin Mastura Mohd Yazid, LLB Lincoln Inn U.K., isteri bekas Anggota Parlimen Kuala Kangsar mewakili BN manakala Parti Amanah Dr Ahmad Termizi. Seperti sedia maklum, cik en berasal dari Kuala Kangsar. Setiap kali balik, walaupun cuti sekolah, tapi tidaklah nampak sesesak sekarang. Mugkin ramai orang luar. Apakah keuntungan yang penduduk disini dapat. Semestinya perniagaan homestay, kedai makan, kedai runcit dan sebagainya akan mendapat keuntungan luar biasa dari selalu. Tidak terkecuali gerai pisang goreng mak dan gerai burger abah cik en. Hahahah..
Apa best di kuala kangsar? Klik entry Tempat Tempat menarik Di Perak Utara
Apa best di kuala kangsar? Klik entry Tempat Tempat menarik Di Perak Utara