Cara Rawatan Hawar Kucing (Parvo Virus) | Cik en ditugaskan di klinik veterinar lebih kurang 3 atau 4 tahun. Dan sepanjang itu, satu keadaan atau musim yang cik en panggil musim hawar kucing. Ingat lagi tahun pertama cik en kendalikan musim hawar ini bermula bulan 8 sehingga 12 tahun tersebut. Tahun selepas itu musim hawar bermula awal bulan 7 hingga 11 dan tahun ini, musim ini bermula dari bulan 6 lagi. Ini dari pengalaman cik en tau. Tak ada tertulis di mana mana buku atau blog. Sesiapa yang pernah mengalami situasi kucing mati dalam kuantiti yang banyak dalam masa satu hingga tiga hari, itu tandanya kawasan korang memang dalam kawasan wabak tersebut. Dan ianya merebak dalam masa yang cepat. Sampaikan korang sendiri tak sempat nak bawa ke klinik veterinar.
Tapi cik en nak kongsi serba sedikit daripada pengalaman dan pengetahuan mengenai virus ini. Diharap sedikit sebanyak dapat membantu pemilik kucing berhadapan dengan masalah ini.
Tanda Tanda Kucing Yang Berkemungkinan Terkena Hawar Kucing
- Muntah kekuningan atau putih (berbiuh)
- Cirit birit
- Mulut berbau busuk (selalunya sebab tak makan)
- Demam (Boleh pegang kulit dibahagian dalam telinga yang tidak berbulu. Jika panas kemungkinan demam, atau boleh gunakan termometer di letakkan di dalam rektum (dinding dalam punggung kucing) dan semak suhu normal di SINI
- Dehydarate (kekurangan air dalam badan) . Boleh cuba cubit atau pulas kulit di bahagian tengkuk atau badan. Kalau kulit tidak kembali ke keadaan asal selepas dilepaskan atau lambat kembali ke keadaan asal itu tanda kekurangan air)
- Lemah, murung, tidak aktif dan kurang selera makan
- Mati tiba tiba ( jika satu kandang, selalunya satu kandang akan mati)
Punca- Punca
- Kucing yang bercampur dengan stray cat
- Manusia sebagai pembawa ( kasut, pakaian, sentuhan dll)
- Melalui parasite (kutu)
Rawatan awal yang boleh dibuat
- Apabila nampak tanda tanda di atas, perkara pertama adalah ASING kan. Kuarantinkan yang sakit. Jangan pula yang sakit dilepaskan dan yang sihat di kurung. Sebab ada kes camtu tau.
- Boleh dapatkan sebarang supplemen seperti multivitamin, "immume booster", pemberian glukose, pemberian air kelapa, madu, garam bukit, transfer factor (TF), telur mentah, susu kambing dan apa apa yang berkaitan dengan tenaga.
- Cuba beri makanan basah (wet food). Kalau boleh beli kitten wet food.
- Cuba dapatkan akar catnip atau akar pokok galak kucing. Basuh dan beri pada kucing.
- Rujuk entri ini Perkara LARANGAN Jika Kucing Anda Sakit
- Segala carrier, sangkar yang terkena muntah, najis dan air kencing kucing yang sakit, dicuci dengan bersih menggunakan dettol atau clorox (pastikan kering baru dimasukkan kucing)
- Sila bawa ke klinik veterinar dengan kadar segera
Rawatan selanjutnya
- Pemberian antibiotik
- Drip air
Dan perlu diingatkan TIADA UBAT sebenarnya untuk haiwan yang terkena virus. Rawatan yang diterangkan diatas adalah antara ikhtiar yang terbaik untuk mengelakkan ianya lebih serius dan merebak. Jadi dinasihatkan untuk memberi vaksin mengikut nasihat yang disarankn oleh vet.
Boleh ke beri kucing kita vaksin sedangkan ada dalam gerompok yang sama disahkan terkena virus ini.?
Disarankan untuk menjalani ujian darah. Selalunya seekor kucing sakit, yang lain lain berpontensi untuk dijangkiti. Jika vaksin diberi, kemungkinan kucing korang boleh mati. Boleh rujuk entri Betul Ke Vaksin Boleh Menyebabkan Kucing Mati
Jadi satu benda yang wajib ada di rumah bagi pemilik kucing adalah First Kit Untuk Kucing. Dan sentiasa update ubatan dan supplemen. Diharap entri ini dapat membantu korang semua.