Quantcast
Channel: Eintan Nurfuzie
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1599

Desa Cattle Dairy Farm Kundasang | Trip Percutian Ke Sabah Tanpa Travel Agency

$
0
0

Desa Cattle Dairy Farm Kundasang | Trip Percutian Ke Sabah Tanpa Travel Agency | Perjalanan dari Kinabalu Park ke Desa Desa Cattle Dairy Farm Kundasang lebih kurang 45 minit saja. Tak jauh tapi korang kena sampai pekan kundasang. Korang akan jumpa roundout dan korang kena ke kanan. Perjalanan ini korang akan jumpa perkampungan seakan akan jalan di Cameron Highland. 





Dari pekan kundasang ke Desa Cattle Dairy Farm ini ambil masa dalam 15 minit. Jalan di kecik dan agak mencabar juga pada yang dah biasa memandu di jalan yang rata. Sampai sahaj, korang akan nampak signboard di bawah dan dinyatakan masa melawat, aktiviti dan bayaran masuk.


Jika ada yang kurang jelas, cik en listkan

Waktu melawat
8.00 pagi hingga 5.00 petang (setiap hari)

Aktiviti
Kandang anak lembu (pemberian susu dan makanan-sendiri) 
9.00 pagi hingga 4.00 petang (setiap hari)
Pemerahan susu 
2.30 petang hingga 4.30 petang (setiap hari)
Pusat Pemprosesan Susu 
10.00 pagi  hingga 3.00 petang (selasa, khamis dan ahad sahaja)

Bayaran
Dewasa : RM5.00 seorang
Kanak Kanak RM4.00 seorang
Fotografi Kahwin : RM106.00
Pergambaran Video/Filem : RM 2120.00

Masuk saja, ladang ini ada biosekuritinya sendiri. Ini perkara asas setiap ladang lagi lagi yang menerima kunjungan orang awam. So lalulah di wheel Deep (cuci hama). Tak terkecuali. moto atau bas pun. 


Masa kami datang, tak ramai orang mungkin waktu bekerja kan? So dibawah ini gambar pintu masuk ladang. Dikawasan ini ada beberapa bahagian. So ada bahagian yang cik en tak sempat nak jelajah sebabnya hujan lebat.







Selesai selfie di bahagian hadapan (permandangan), cik en dan adik mencuba aiskrim susu lembu. Ada 2 perasa. Yogurt dan Coklat. Yogurt lebih mahal dari coklat. Total aiskrim RM10.60


Tak sah juga kalau tak cuba susu segar Desa ini. Memang fresh dan yummy sangat. Terasa kesegarannya. 


Ada satu bahagian untuk anak lembu dan kambing. Kat sini korang boleh bagi susu pada anak lembu dan bagi makan rumput pada kambing. Tiket untuk 

Berikan susu pada anak lembu RM1.50 
Rumput pada kambing RM1.00





Jam menunjuk pukul 2.30 petang, adik cik en beria nak tengok pemerahan susu (hakikatnya bayang susu pun tak nampak). Disini teknologi pemerahan moden dan semuanya menggunakan mesin dan susu terus ke tempat pemprosesan. Ini untuk mengelakkan berlaku contaminate pada susu. 



Ini half saja sebabnya cik en tak rakam keseluruhan proses. 

Puas tengok pemerahan invisible , kami shopping untuk beli sourvenir. Cik en beli baju, keychain dan frigemagnet. Selesai kami nak beransur balik sebabnya berkejar nak ke Hot Spring Poring pula. Tapi hujan pula. Kena tunggu reda sekejap sebelum kami berlari ke kereata.


Dalam perjalanan keluar, sempatlah kami snap beberapa permandangan. Kalau tak hujan kemungkinan nak bergambar lagi. Tapi akur juga la..




Babai Desa Dairy Farm. Satu satu tempat impian cik en dalam 2 tahun sebelum ini. Insyallah akan datang lagi nanti.

Sampai saja di Pekan Kundasang, cik en mencari mesin ATM dan selesai keluarkan duit, cik en terpandang signboard di bawah ini



Hahha. Deep kan? Tapi bagus juga la. Baru rasa kesedaran. Hahahah

Perbelanjaan di Desa Cattle Dairy Farm Kundasang

Jumlah Tiket : RM 10.00
Aiskrim : RM10.60
Susu : Terlupa harga

Cenderahati : RM52.40

Kami bergegas ke Hot Spring Poring di Ranau dan ianya sia sia sebabnya kami sampai pukul 3.45 petang dan Hot Spring tutup pukul 4 petang. Jadi, kami patah balik ke Kundasang dan terus check in di J Residence Kundasang. Untuk next entry cik en akan cerita mengenai Ladang Teh Sabah. Memang cantik sangat permandangan menghadap Gunung Kinabalu.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1599