Nak Jadi Blogger? Sanggup Ke Korang... | Entri kali ini entri santai sebabnya cik en masih dalam minggu kursus. Untuk minggu ini cik en ke Kursus Kepimpinan dan Pemantapan Kualiti Pengawai Pemeriksaan Pensikilan myGAP Jabatan Perkhidmatan Veterinar kali ke 2 untuk tahun 2016. So bila dah kursus ini, agak terhad untuk cik en ber"karya" dalam blog.
Tapi cik en bukannya nak bercerita mengenai kursus ini tapi dalam berkursus dapatlah beberapa orang private massanger cik en untuk jadi blogger. Mungkin nampak cik en asyik promosi produk dan ada la sesekali dapat undangan event dan review, so menarik minat mereka untuk jadi sebahagian daripada blogger. So nak cerita la sikit. Nak jadi blogger sangat senang. Korang create blog dan korang boleh gelar diri blogger tapi untuk jadi blogger yang berpengaruh susah sangat sebabnya korang perlu korbankan separuh daripada kehidupan korang yang sekarang ini dan ada yang 90 peratus untuk menjenamakan diri korang sendiri. Nak cerita wang ringgit memang banyak la seperti internet, domain, bil elektrik dan sebagainya, masa korang lagi lagi yang sebagai part time blogger, korang kena settlekan task walaupun masa itu masa korang rehat, korang kena rajin tonjolkan diri di media sosial lebih lebih lagi untuk tarik perhatian PR, korang kerna korbankan masa bercuti korang (kena update blog).
So janganlah korang anggap apa yang kami ini dapat sekarang ini, hasil sebulan dua. Ada yang berblog dari 2009 lagi dan cik en sendiri bermula 2010. Itu pun selama 4 tahun, blog bersawang tanpa pembaca. Cuma setahun dua ini, dengan usaha melobi diri sendiri dapatlah masuk "paper" , dapat job berbayar, dapat produk percuma dan sebagainya.
Jadi nasihat cik en, kalau nak jadi blogger, tak salah.. tapi betulkan niat balik. Jangan jadi blogger sebab nak dapatkan income semata mata. Yang jenis macamtu la yang merosakkan nama baik blogger. Sebab apa? sebab dorang buat entri fitnah dan panas untuk dapatkan trafik. Salah tu ye....