Quantcast
Channel: Eintan Nurfuzie
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1599

Happy Anniversary Yang Ke 5 awaa...

$
0
0

Happy Anniversary Yang Ke 5 awaa... | Dup dap jantung ini juga masa mula mula berjumpa dia dulu. Tarikh 14 Februari 2012 kali pertama cik en jumpa dia. Walaupun awalnya bukan cik en nak sangatkan dia. Tapi kerana terpaksa cik en bersama dia. Tapi semakin lama, hati semakin sayang dan akhirnya jatuh cinta bersamanya. Benar la kata orang, tak kenal maka tak cinta kan? Terus teranglah rupanya tidaklah sekacak yang lain - lain, tidaklah sekaya yang lain - lain tapi dia banyak bersama dengan cik en sepanjang 5 tahun ini. Dia la tempat cik en mengadu, menangis, marah dan bentak membentak. Dia la juga bersama cik en dari utara Malaysia ke Selatan Malaysia untuk travel. Tak kisahlah bersama keluarga atau sahabat. Tak pernah sesekali buat hal lagi sehingga saat ini. 

Pernah la sesekali meninggalkannya tapi hati akan teringat dan memberontak untuk bersama dia walaupun belum sampai 24 jam lagi berpisah. Nak ceritakan perasaan itu tak tahu la macamana tapi cik en dah terasa macam dia sangat penting dalam kehidupan cik en. Dulu pernah berjanji untuk berkongsi dulu hanya tinggal janji. Sebabnya cik en tak sanggup berjauhan dengannya. Nampak macam nak membolot tapi cik en tak mampu untuk berjauhan. Nampak tak adil, tapi peduli apa cik en kan? Macam kisah dia bersama ibu bapa cik en ke Terengganu dan Kelantan pada tahun 2013 dulu, sampai tak tidur malam menahan rindu. Gila sungguh kan perasaan cinta ini? 

Setiap tahun, cik en wajib sambut ulangtahun kami. Kebetulan jatuh pada Valentine Day. Tapi kami tak adalah nak sambut Valetine Day tu sebabnya bukan budaya kita kan? Setiap tahun, wajib kena ada hadiah untuk dia dan daripada nilainya demand sangat masa awal awal dulu tapi cik en turutkan juga dan sekarang dah boleh la bernafas dengan hadiah yang semakin tahun semakin rendah nilainya. Apabila cik en ada budget lebih, semestinya cik en akan selitkan hadiah tambahan pada dia. Apa apa pun cik en akui, cik en sangat sayang dan tak kan benarkan sesiapa yang cik en tak yakin untuk bawa dia. 

Sekali lagi saya nak ucapkan Happy Anniversary Yang Ke 5 kat awaa.. Mr Barney!


p/s : Suspen tak story cik en ini? Hahhahaha 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1599