Quantcast
Channel: Eintan Nurfuzie
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1599

Tak Mampu Tapi Nak Pakai Barang Mekap "Branded" ? Ini Caranya ..

$
0
0

Tak Mampu Tapi Nak Pakai Barang Mekap "Branded" ? Ini Salah Satu Caranya | Memiliki barangan "branded" atau berjenama adalah idaman semua orang. Semestinya barangan berjenama ini menadi pilihan kerana hasil yang lebih memuaskan dan tahan lebih lama. So tiada yang menolak kalau diberi barangan berjenama tidak kisahlah kasut, baju, beg wanita malah alat kosmetik sendiri. Kat sini cik en nak share sesiapa yang kurang kemampuan atau yang budget murah tapi memiliki kosmetik yang berjenama. Kadang kadang duit yang ada disimpan untuk yang lebih penting dan memerlukan. 

Caranya 

  • Memiliki membership card setiap kedai kecantikan

Sebenarnya kalau korang selalu ke Watson, Guardian, Sasa dan kedai yang seangkatan dengannya, korang patut memiliki membership card. Kumpul mata dari pembelian barangan korang. Macam cik en, cik en setia dengan Watson dari dulu lagi. Jadi setiap bulan, even hanya beli berus gigi, cik e akan beli di watson. Bukanya nak berlagak kaya, tapi cik en lebih selesa dan dalam masa yang sama cik en akan mencuci mata di Watson. Pernah la cik en kumpul point sehingga boleh beli 1 kotak inershine 12 pack dengan nilai RM100.00. Disamping itu kerap dibuat promosi jika memiliki membership  card sehingga 50 %. 

  • Usha rak barangan reject (clearance item)


Yang ini selalunya pekerja akan pilih dulu la. Yang di keluarkan mana mana yang dah dorang dah habis pilih. Selalunya, kalau barangan kosmetik tu, ada display kan? So dah settle display, semuanya akan dipromosikan potongan 50% dari harga sebenar. Yang ini kalau luck korang baik, korang akan jumpe yang masih ok. kebanyakkannya dalam keadaan yang ok. So pilih la betul betul dan tengok juga expired date ye.

  • Sentiasa alert dengan minggu promosi
Yang ini, salah satu cara yang berkesan, sebab Watson selalu buat minggu sale. Masa ini, korang boleh dapatkan potongan yang tinggi. Macam cik en pelanggan tetap Watson Sitiawan, cik en kerap dapat sms dari Watson dan ada juga adik adik kerja di Watson akan call kalau barangan cik en nak sampai. Hihi.

Ini antara cara yang boleh korang gunakan apabila teringin sangat barang branded tapi tak mampu. Cik en sendiri pun walaupun mampu, akan memilih cara cara diatas untuk save budget cik en untuk yang lebih memerlukan. Korang pulak amacam? ada cara lain tak? kongsi sikit di ruangan komen ye!

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1599