Quantcast
Channel: Eintan Nurfuzie
Viewing all 1599 articles
Browse latest View live

Boleh ke Air Kelapa Diberi kepada Kucing ?

$
0
0
Boleh ke Air Kelapa Diberi kepada Kucing | Air kelapa adalah salah satu ubat tradisional yang akan diberikan kepada manusia jika demam dan lemah badan. Persoalan sekarang bolehkah air kelapa ini diberikan kepada kucing atau haiwan yang lain. Sebelum itu, cik en ingin beritahu ini adalah pengalaman cik en dan pendapat cik en mengenai pemberian air kelapa ini kepada kucing atau haiwan yang lain

Air Kelapa atau coconut water berbeza dengan santan atau coconut milk. Jika di luar negara ianya tidak dipanggil santan ye, coconut milk. Menurut blog di luar negara pun, air kelapa ini hanyalah air biasa tetapi ianya mempunyai kandungan pottasium yang baik jika manusia dan haiwan meminumnya. TAPI jika berlebihan akan membawa kesan kepada badan. Tapi jika Coconut Milk tidak boleh ye diberi kepada ternakan

Jadi jika kucing atau haiwan anda dehydrate atau kekurangan air, bolehlah diberi minum untuk menambah kembali tenaganya untuk melawan sakit pada masa itu. Dehydrate mampu menyebabkan kematian jika ianya berlarutan sehingga haiwan tersebut tiada lagi tenaga untuk survive. Kadang kala ianya baik untuk demam dan keracunan. Ianya boleh digunapakai jika berlaku masalah tersebut di malam hari sebelum mendapat rawatan di klinik veterinar berhampiran. Lagipun ianya lebih baik daripada bergantung kepada ubat ubatan.

Entri berkaitan dengan air kelapa yang pernah cik en keluarkan di dalam blog ini
  1. http://www.nurfuzie.com/2012/04/veterinar-rawatan-tradisonal-bagi_16.html
  2. http://www.nurfuzie.com/2012/12/veterinar-rawatan-haiwan-kesayangan.html
  3. http://www.nurfuzie.com/2015/11/perkara-larangan-jika-kucing-anda-sakit.html

Ubah Persepsi Anda Terhadap Anjing

$
0
0

Ubah Persepsi Anda Terhadap Anjing | Adakah anda salah seorang fobia atau takut apabila terserempak dengan anjing, tidak kiralah anjing liar atau bertuan sehinggakan anda lari lintang pukang atau menukar haluan kalau dalam perjalanan? Jika jawapanya "iya", cik en mohon belanja masa anda dalam beberapa minit untuk membaca artikel cik en ini. Dan mohon sesiapa yang membaca, berfikir secara positif. Subjek utama dalam entri ini adalah ANJING yang mana ianya adalah sensitiviti di Malaysia. Jika sesiapa yang mempunyai Facebook Peribadi cik en mesti ada melihat perkongsian daripada cik en. Sesiapa yang tiada boleh baca dibawah ini



Siti hajar adalah pelajar UTM dan mulanya sangat takutkan anjing tetapi berubah apabila berjumpa dengan Black. Kisah diatas mendapat viral di group kucing di laman sosial facebook. Jika beliau boleh mengubah persepsi terhadap anjing kenapa tidak kamu semua. 

Sebelum itu, cik en pernah berikan info yang anjing terbahagi kepada 2 jenis utama. Satu jenis adalah anjing garang atau fighting dan satu jenis lagi adalah anjing manja atau loving. Mungkin ada yang terlepas pandang entri mengenai jenis jenis anjing ini. Jadi anda boleh klik entri Anjing Terhad , Anjing Terhad 2, Anjing Terhad 3 dan Anjing Terhad 4 untuk kenali yang mana anjing ganas dan anjing berguna untuk manusia. Dan juga Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah membuat garis panduan anjing yang boleh di bawa masuk ke Malaysia dan yang tidak boleh dibawa masuk ke Malaysia



Kebanyakkan anjing yang di banned masuk ke malaysia adalah anjing yang bersifat semulajadi garang dan agresif. Yang boleh dibawa masuk ke Malaysia pula adalah anjing yang lovely dan berguna untuk manusia. 

Tapi ada juga anjing yang dibenar masuk ke Malaysia akan bertindak agresif apabila
  1. Dikacau ganggu
  2. Melontar objek ke arah mereka
  3. Menganggu pasangan mereka (terjadi apabila musim biang)
  4. Penyakit Rabies. Klik sini untuk malumat lanjut
  5. Mereka /kumpulan dan kawasaan jagaan mereka terasa terancam
Cara menghadapi anjing yang ada di hadapan anda
  1. Perhatikan mata mereka,galak atau tidak.
  2. Perhatikan gerak badan mereka (menyalak atau cuba hendak menyerang)
  3. Jangan takutkan mereka, lontarkan objek dan menganggu mereka.
  4. Jika mereka mula ada tanda bertindak agresif, cuba jauhkan diri daripada mereka. 
Berbalik kepada kisah viral Siti Hajar diatas, tindakan pihak pengawal keselamatan menembak anjing atau apa jua haiwan adalah salah satu kesalahan di bawah Akta 772 Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang mula di laksanakan mulai tahun lepas. Boleh rujuk akta di SINI. Ianya adalah satu kesalahan jenayah dan boleh dikenakan hukuman. Dan mengikut pelan strategik di SINI, perlaksanaan boleh dijalankan bermula tahun 2015 lagi. Jika pengawal keselamatan tersebut menembak, pengawai keselamatan tersebut akan didakwa dibawah perkara 30 (1) iaitu 



Antara kes di bawah Akta 772 Akta Kebajikan Haiwan 2015 ini 


Akhbar : 
UTUSAN MALAYSIA
TARIKH: 
4.2.2016
ISU :
Seorang Wanita didenda Oleh Mahkamah setelah mengaku bersalah mengabaikan tanggungjawab menjaga anjing peliharaanya
TAJUK : 
Wanita didenda aniaya anjing



Jadi jangan abaikan setiap kesalahan jenayah atau kebajikan terhadap haiwan. Walaupun tidak diberi makan yang cukup pun, ianya satu kesalahan. 

Anjing pun makhluk Allah jua, ada sebab kenapa Allah jadikan anjing dan babi sendiri walaupun bagi orang Islam kedua dua haiwan ini haram dipegang. Mereka adalah ahli syurga apabila mereka mati walaupun di dunia ini mereka didunia haram dipegang. Bukan semua anjing jahat atau garang. Ada yang sangat baik dan tolong menjaga kita atau kawasan perumahan kita dari pencuri atau perompak. Cik en setiap hari menerima kes anjing di klinik. Cara pertama cik en buat bertanya kepada tuan mereka, adakah anjing encik ini garang? Jika tidak, jangan terlalu bergopoh gapah hendak memegang, kadangkala perlakuan kita itu membuat anjing takut dan seterusnya bertindak agresif. Anjing semulajadi mendengar dan memahami tutur kata manusia. Seperti kucing, cuba untuk "be nice" atau berbuat baik sambil menggunakan bahasa lembut. Dan kebanyakan  anjing akan releks dan membenarkan cik en memeriksa dan merawat tubuh badan mereka. 

Jika anjing tersebut garang, jadi lebih baik berhati hati segala tindak tanduk mereka. Di klinik terdapat kekang anjing yang dikhaskan untuk rawatan anjing. Ada juga penutup mulut untuk menutup mulut anjing daripada mengigit. 

Kesimpulan disini cik en hendak beritahu, jangan terlalu jijik dan butakan hati apabila berhadapan dengan anjing ini. Kadangkala keadaan anjing yang kurus, sedih dan keseorangan boleh kita rasai bila kita memandang tepat ke dalam mata mereka. Kalau mereka takut pun, mata mereka akan beritahu kita yang mereka takut. Guna sikap keperimanusian kepada mereka. 

TAPI jangan lah pula ambil anjing atau anak anjing dipeluk dan di cium cium. Itu sudah salah. Memang ada yang cuba buat event untuk mengubah persepsi umat Islam terhadap anjing tapi jangan buat sesuatu yang Allah sudah larang. Buat baik berpada pada. Anjing di lahirkan dalam keadaan kuat, apabila hujan panas dan keadaan sekeliling tidak menentu, mereka boleh hidup berbanding dengan kucing yang mana sifatnya lemah dan manja. 

Akhir sekali, janganlah ada birokrasi dalam melayan makhluk Allah ini. Kita diberi akal dan fikiran oleh Allah kerana manusia khalifah di muka bumi. Kita patut bersyukur dan gunakan kelebihan yang ada dalam membantu makhluk yang lain. Janganlah asyik sayangkan dan kasihkan kucing yang comel tapi membiarkan anjing kurap mati ditengah jalan. 

Senarai Peserta Akademi Silat Pendekar Muda Al-Hijrah

$
0
0

Senarai Peserta Akademi Silat Pendekar Muda Al-Hijrah | Akademi Silat Pendekar Muda adalah anjuran TV AL-Hijrah yang akan ditayangkan setiap hari Rabu Jam 9 Malam mulai 9 Mac 2016. Ianya untuk menarik minat orang muda dalam mempelajari seni silat yang berteraskan Islam di samping mengekalkan budaya warisan bangsa. Program realiti ini akan memfokuskan kepada seni silat yang menepati ajaran Islam sebenar dan dapat melahirkan individu yang menepati ciri-ciri pemuda yang digariskan agama.

Pengetua Akademi Silat Pendekar Muda ini adalah seorang pelakon veteren yang cik en sangat kagumi iaitu dipanggil sebagai Master Ruzaidi


  • Nama: Ruzaidi Bin Hj Abdul Rahman
  • Profesion: Jurulatih Seni Bela diri, Pengamal Perubatan Tradisional, Pengiring VIP, Aktor.
  • Aliran Seni Bela diri: Silat Cemandi, Silat Seni Gayong, Silat Pendekar Bertuah,Silat Abjad,Muay Thai,Boxing,
  • Pencapaian :
    1. Pingat Emas Sea Games 1986
    2. Pingat Emas Kejuaraan Dunia 1990 Holland
    3. Pingat Emas Merdeka Games 1990 Brunei
    4. Pingat Emas Terbuka Antarabangsa 1990 Kl
    5. Pingat Emas Kejuaraan Silat Kebangsaan 3 Kali (1988,1989,1990)
    6. 2005- Mendapat Anugerah The Best Martial Arts Instructor Of The Year Dari World Head Of Family Sokeship Council Di Florida
    7. Pernah Menjadi Jurulatih Kepada Penguatkuasa Majlis Daerah Hulu Selangor
Pengacara Akademi Silat Pendekar Muda ini pula adalah Jimmly Shanley


Peserta yang berjaya adalah seramai 10 orang anak muda dari pelbagai perkejaan dan negeri


Nama : Ahmad Syahmi Bin Shaari
Umur : 24 tahun
Asal : Kuala Lumpur
Pekerjaan : Pereka Dalaman

Tujuan menyertai Akademi Silat :
Untuk membuktikan bahawa walaupun bekerjaya sebagai pereka dalaman, saya masih menyanjung silat sebagai warisan seni mempertahankan diri.

Harapan setelah menyertai Akademi Silat :
Saya menaruh harapan untuk menjadi juara dan semoga program Akademi Silat dapat menarik semula minat anak-anak muda kepada seni silat.


Nama : Mohamad Hafeez Nasri
Umur : 25 tahun
Asal : Johor
Pekerjaan : Kerani

Tujuan menyertai Akademi Silat :
Untuk mengasah bakat saya supaya lebih mahir dalam seni silat dan dapat mengembangkan silat ke luar negara.

Harapan setelah menyertai Akademi Silat :
Untuk menjadi ikon silat dan contoh kepada anak-anak muda sekarang.


Nama : Mohammad Amirul Suffi Bin Abd. Rahim
Umur : 21 tahun
Asal : Kedah
Pekerjaan : Mekanik

Tujuan menyertai Akademi Silat :
Untuk mengembalikan semula kegemilangan ilmu persilatan Melayu di Malaysia

Harapan setelah menyertai Akademi Silat :
Dapat lebih memahami dan memartabatkan semula seni silat Melayu di serata nusantara.



Nama : Mohammad Syahmi Azri Bin Zaini
Umur : 22 tahun
Asal : Johor
Pekerjaan : Guru

Tujuan menyertai Akademi Silat :
Untuk memartabatkan seni warisan bangsa sendiri iaitu silat

Harapan setelah menyertai Akademi Silat :
Berharap agar seni warisan bangsa ini akan terus berkembang di persada dunia.


Nama : Mohd. Syamil Bin Jamal
Umur : 23 tahun
Asal : Kedah
Pekerjaan : Bekerja sendiri

Tujuan menyertai Akademi Silat :
Untuk mengembangkan ilmu silat ke seluruh dunia

Harapan setelah menyertai Akademi Silat :
Belajar silat bukan sekadar untuk dipamerkan dan pertahankan diri semata-mata, tetapi juga untuk mempertahankan bangsa dan negara.


Nama : Muhammad Adib Bin Jamaludin
Umur : 22 tahun
Asal : Kedah
Pekerjaan : Peniaga

Tujuan menyertai Akademi Silat :
Untuk memartabatkan semula budaya seni silat Melayu.

Harapan setelah menyertai Akademi Silat :
Semoga seni silat ini dapat dipopularkan semula dan diperluaskan hingga ke luar negara.


Nama : Muhammad Ridhuan Bin Jusof
Umur : 20 tahun
Asal : Pahang
Pekerjaan : Pelajar

Tujuan menyertai Akademi Silat :
Untuk memperbaiki kekurangan, memperkemas serta meningkatkan teknik dan gerakan seni mempertahankan diri saya . Saya juga ingin menaikkan semula seni silat yang semakin pupus dan ditelan zaman.

Harapan setelah menyertai Akademi Silat :
Saya berharap agar dapat membantu anak-anak muda dalam menaikkan serta mempertahankan seni silat ini.


Nama : Muhammad Rusydi Bin Rodzaki
Umur : 24 tahun
Asal : Pulau Pinang
Pekerjaan : Peniaga

Tujuan menyertai Akademi Silat :
Untuk memperjuangkan dan memartabatkan seni silat Melayu di Malaysia.

Harapan setelah menyertai Akademi Silat :
Saya berharap agar generasi muda dapat memupuk jati diri dalam diri dan mengenali asal usul mereka. Di samping itu, generasi ini juga perlu dipupuk untuk mempelajari seni silat sambil beriman kepada Allah SWT.


Nama : Muhammad Syahmi Bin Shamshuddin
Umur : 23 tahun
Asal : Johor
Pekerjaan : Pelajar

Tujuan menyertai Akademi Silat :
Untuk meningkatkan mutu silat saya di samping memartabatkan seni warisan budaya Melayu ini.

Harapan setelah menyertai Akademi Silat :
Semoga program ini dapat melahirkan modal insan dan ikon kepada belia-belia dan generasi akan datang.


Nama : Nor Hisyam Bin Hassan
Umur : 20 tahun
Asal : Kedah

Tujuan menyertai Akademi Silat :
Untuk memartabatkan budaya seni silat melayu

Harapan setelah menyertai Akademi Silat :
Berharap agar seni silat ini dapat diperkembangkan hingga ke peringkat antarabangsa.

Untuk maklumat lanjut bolehlah klik link di bawah ini

http://akademisilat.com/

https://www.facebook.com/akademisilat/


Punca Tidur Berdengkur dan Cara Mencegah

$
0
0

Punca Tidur Berdengkur dan Cara Mencegah  | Tidur berdengkur kadangkala boleh menjadikan sebuah hubungan suami isteri bergaduh. Antara kawan kawan pula akan menjadi renggang. Jika pergi kursus bersama sama mesti ianya menjadikan kawan terasa kurang senang atau menyebabkan kawan kurang tidur. Jadi disini cik en terangkan punca tidur berdengkur dan cara mencegahnya

Punca Tidur Berdengkur

  1. Alahan
  2. Tulang hidung yang bengkok
  3. Tisu berelebihan di anak tekak
  4. Kedudukan tidur yang terlentang
  5. Tonsil yang bengkak
  6. Kegemukan danterlalu letih
  7. Malsah saluran pernafasan
  8. Kesan pengambilan ubat
Cara Atasi Tidur Berdengkur
  1. Kurangkan berat badan
  2. Elak minuman alkohol atau ubat yang memberi kesan mengantuk
  3. Pilih posisi tidur secara mengiring
  4. Amalkan jadual tidur yang tetao
  5. Dapatkan rawatan hisung tersumbat atau ruang keorngkong yang sempit
  6. Kurangkan atau berhenti terus dari merokok.

10 Barang Diskaun Gila Patut Dibeli Sempena Lazada 4th Birthday

$
0
0

10 Barang Diskaun Gila Patut Dibeli Sempena Lazada 4th Birthday | Bersempena Lazada 4th Birthday, Lazada menawarkan pelbagai barang dengan harga yang kebabom dengan diskaun yang sangat tinggi. Jadi dikesempatan ini, cik en hendak kongsi 10 barangan yang patut anda semua tengok dan fikirkan untuk membeli.

1. Travel Star A-03 Streamer Diagonal Stripe Luggage 20 + 24 Inches Set (Black) Free Passport Holder



Luggage ini ada diskaun sebanyak 75%. Daripada harga RM799.00 menjadi RM200.00 sahaja. Tidak ke offer giler itu. Lagipun denagn menggunakan cimb card pula de lagi diskaun 5%. Berbaloi baloi. 
Butiran produk ini : -
  1. 1 Month Local Supplier Warranty
  2. ABS Material: Strong, Durable, Ultralight
  3. 4 x 360 degree rotatable ultrasilent wheels
  4. Crack and scratch resistant
  5. Come with Free Passport Holder
  6. Come with safety Combination Lock
  7. Come in 2 size
  8. 20 inches can being on flight
  9. 24 inches can out in cabin storage
  10. Spacious and zipped compartment inside
Berminat? Try klik DISINI

2. Apacs Lethal Light Special Yellow Racket +Free Apacs RainBow Guts + Maxx Super Grip



Diskaun 52% untuk raket badminton. Berbaloi juga ini. Sukan badminton sekarang ini memang jadi pilihan kini, jadi dari harga RM259 dipasaran, anda boleh dapatkan dengan harga RM125.00

Butiran produk ini :-
  1. 1 Month Local Supplier Warranty
  2. Frame Meterial: HMG + CNT Tech + Narrow Frame
  3. Shaft Material: HMG + CNT Tech
  4. Flex: Medium
  5. Weight: 76-79g (6U-G2)
  6. Length: 675mm
  7. Max Tension: 30 lbs
  8. Balance: 295 +/- 3mm
Berminat? Try klik DISINI

3. Powder 3 in 1 Blush Bronze and Eyeshadow Palette - 183 Colours



Powder 3 in 1 Blush Bronze and Eyeshadow Palette - 183 Colours memang berbaloi la beli. Lagi lagi perempuan dan juga yang MUA. Pelbagai warna dan diskaun sebanyak 86%!! WOW! Dari nilai RM400.00 tetapi sekarang Lazada 4th Birthday hanya RM55.00 sahaja. 

Butiran Produk ini :
  1. Highlights 3 in 1 Makeup Kit 
  2. Eyeshadow, Bronze Blusher& Coverage Powder 
  3. Silky Shine Pigmented Colour
  4. Nourish skincare care ingredient 
  5. Brilliant Beauty Eye Makeup Finish
  6. Artist's Favourite
Hendak beli? Klik SINI

4. Ultra Slim Body Fat Hydration Monitor Scale 1.7cm



Yang ini wajib kena ada di dalam rumah anda. Cik en pun tengah usha usha timbang di pasaran ini. Sebab tahun ini cik en bersemangat hendak turunkan berat badan kepada ideal. Lagipun RM55.00 sahaja. murah sangat itu, di farmasi kecantikan pun lebih mahal daripada ini

Butiran Produk
  1. 3 Months Local Supplier Warranty
  2. Uses high precision strain gauge sensor
  3. Functions: 
    • - measures body fat range from 4% – 60% 
    • - measures body hydration range from 27.5 – 66.0% 
    • - measures body muscle % and bone density % 
    • - provides calorie intake requirement suggestion
Hendak beli? Klik SINI

5. Free Knight 50L Outdoor Hiking Backpack (Purple)


Beg Hiking ini baru RM 68.00 sahaja? memang brbaloi membeli untuk kaki hiking. Terbaik untuk aktiviti luar dan dinyatakan ringan. Bagus sungguh
  1. 14 days Local Supplier Warranty
  2. Perfect for outdoor activities
  3. Flexible twin-frame construction, an effective and three-sided air circulation
  4. Lightweight
Amacam? tertarik? Klik SINI

6. Pineng PN-920 20000 mAh Power Bank



Anda kaki gadjet yang suka selfie atau main gam ataupun kaki internet. Masalah kehabisan bateri adalah satu masalah sangat besar dan sesiapa yang memiliki power bank adalah satu nikmat yang amat sangat. Tengok Pineng Power Bank ini. Hanya RM65.90 sahaja. Di luar cik en pernah dapat dalam RM80 sahaja. Terdapat 2 warna putih dan hitam. 
  1. 1 Year Local Manufacturer Warranty
  2. Product is not eligible for voucher
  3. Local Original PINENG 1 Year Warranty
  4. 20000mAH Capacity 3.7V 74Wh
  5. Dual Output 5V 1.0A and 2.1A
  6. Fast Charging Input 5V 2.0A
  7. LCD display screen
  8. LED flashlight
  9. Overcharging and short circuit protection
Berminat? KLIK SINI

7. A5 Memobottle Stylish Memo Water Bottle 420ML


Botol air ini pernah menjadi fenomena suatu ketika dulu, berbentuk sebegini memudahkan wanita di luar sana membawa di dalam beg tangan mereka. RM19.00 sahaja?? Biar betul? Ada delaer yang jual lebih daripada itu. Lebih daripada 50% diskaun yang Lazada berikan? Berbaloi sangat. Lazada sangat dipercayai, jadi berminat? Klik SINI sahaja
  1. No Warranty 
  2. 420ml/ A5 Size
  3. Beautiful and Stylish design
  4. Easy carry
  5. Healthy Drinking Water Bottles
  6. Suitable for many occasion

8. As Seen On TV White Light Teeth Whitening System Oral Care


Malam ini adalah function, gigi kekuningan pula mana sempat hendak buat temujanji doktor, jangan risau, barangan di atas ini hanya perlukan masa anda 10 minit sahaja. Kena stanby dirumah. Murah sangat ini, RM19.98 sahaja. Diskaun lebih daripada 70 %. Kena ada satu ini. Klik SINI
  1. No warranty
  2. Whitens in just 10 minutes
  3. Rapidly remove surface stains
  4. Deeply penetrate embedded stains
  5. Easy to use and to maintain whitening

9. Casio Stainless Steel Ladies Watch Pink LCF-10D-4A



Tengok sahaja sudah tertarik, ada 5 Daily Alarms lagi. Di pasaran cik en masih belum jumpa yang berstyle begini di kawasan cik en. RM169 sahaja pun. Tidaklah semahal mana kan? Klik SINI
  1. 1 Year Local Supplier Warranty
  2. World Time
  3. Five daily alarms
  4. Timer
  5. 50m water resistance
  6. Stainless Steel Band

10. SanDisk Cruzer Switch Flash Drive Black 32GB


  1. 5 Years Local Manufacturer Warranty
  2. 32GB
  3. USB 2.0 interface
  4. Compatible with Windows XP/ Windows Vista/ Windows 7/ Mac OS X v10.5 or later
  5. SanDisk SecureAccess software
OK , yang ini selalu menjadi masalah sedikit, di kawasan cik en yang bukan di kawasan bandar besar, susah hendak dapatkan pendrive sebesar ini. Dan harganya anda boleh jimat 44%. Daripada harga RM70 menjadi RM39.00 sahaja. WOW! Hendak shopping produk ini, Klik SINI

Tidak puas dengan entri ini? hendak cuci mata dengan barangan yang lain, masuk sahaja ke laman web LAZADA. Berbaloi beli sempena Lazada 4th Birthday ini. Buat LAzada

Happy 4th Birthday dan tahun baru ini jadikan shopping online paling terpengaruh dan menjadi pilihan rakyat Malaysia

3 Jenis Bulu Dalam Islam

$
0
0

3 Jenis Bulu Dalam Islam | Didalam islam, bulu diketegorikan kepada 3 jenis. 3 jenis ini adalah haram, sunat untuk dicukur. 
  1. Haram dicukur
  2. Sunat Dicukur
  3. Perbezaan pendapat ahli ulama untuk di cukur
  • Haram Dicukur - Bulu kening dan Bulu Mata
  • Sunat Dicukur - Bulu ketiak dan bulu kemaluan
  • Perbezaan Pendapat ahli ulama untuk di cukur - Bulu selain diatas iaitu bulu kaki dan bulu tangan
    • Ahli ulama yang menyatakan haram akan diberi kelonggaran jika ianya memudaratkan atau keterlaluan sehingga memalukan dan kesihatan
Sumber : Cuit Cuit Cinta, Astro Oasis



Rambai Classic Tawarkan Western Terbaik

$
0
0

Rambai Classic Tawarkan Western Terbaik | Gambar ini semua diambil bulan januari 2016 dan baru bulan ini sempat untuk upload. Rambai Classic adalah sebuah restoren yang mula meningkat naik di kuala kangsar Perak. Semasa cik en datang haritu, kedai ini masih belum viral lagi. Jadi segala servis adalah tip top walaupun kedai masih dalam pembinaan lagi. Nampaknya selepas viral, ramai yang beratur panjang sehinggakan ada yang kecewa kerana tidak dapat makan. Ini sumber melalui facebook disini. Jadi segala harga makanan dan menu boleh scrool di bawah ini.











Hanya belanja gambar sahaja untuk entry ini. 

Cara Mudah Buat Telur Setengah Masak

$
0
0

Cara Mudah Buat Telur Setengah Masak | Telur Setengah Masak atau Telur separuh masak adalah menu yang paling ringkas tetapi mampu memberi tenaga yang maksima untuk badan. Mungkin ianya telah dikeluarkan di blog lain atau ada sudah arif membuat tapi cik en hendak kongsi cara yang paling mudah untuk pengemar telur setengah / separuh masak ini. 

Tapi cik en menggunakan bekas dibawah ini yang mana boleh didapati di mana mana kedai plastik. Harganya bawah dari RM10.



Mula mula letakkan telur yang telah dicuci. Maksimum satu bekas hanya boleh guna 4 biji ke bawah sahaja


Masukkan air yang betul betul panas dan sukat menggunakan berapa banyak biji telur yang kita masukkan tadi.

Air akan menitis dan apabila tiada lagi air didalam bekas tandanya telur setengah atau separuh masak anda siap dihidang. Boleh sahaja gunakan di pejabat kan? 

Ada movie terbaru nanti. Batman V Superman. Ada sengketa ke antara mereka? Klik Sini untuk ketahuinya

Anda Terkena Sporo?

$
0
0

Anda Terkena Sporo? | Anda mempunyai kucing yang luka dan tidak baik baik? Kemungkinan kucing anda terkena sporo. Boleh semak tanda tanda sporo di entry ini Rawatan Kes Sporo Kucing dan Sporotrichosis. Dan paling menakutkan, anda sendiri boleh terkena sporo ini dan akan menjadi parut yang tidak akan hilang. Jadi perhatikan kucing anda dan pastikan tanda tanda sporo tiada pada mereka. Jika ada, anda mungkin boleh berjangkit dan sila ambil langkah langkah untuk mengelakkan daripada menjadi kronik.

Jika kucing anda ada tanda sporo, sila bawa ke klinik veterinar yang berdekatan dan dapatkan nasihat vet. Atau ikuti langkah langkah di bawah ini
  1. Jika kucing positif sporo, elakkan bersentuh dengan luka kucing secara terus /direct. Gunakan sarung tangan atau glove setiap kali membuat rawatan
  2. Asingkan kucing yag sporo di dalam sangkar dan selalu bersihkan sangkar. Sekurang kurangnya sehari sekali.
  3. Jika dicakar atau tersentuh luka, cari iodin, dettol atau antiseptik dan cuci di tempat terkena
  4. Jika ada tanda gatal gatal, bengkak atau tidak normal, silalah ke klinik secepat mungkin.
  5. Jika lambat ianya tidak membawa kematian tapi kulit anda akan mempunyai parut yang memburukkan.
Jangan ambil mudah sakit sporo ini. Walaupun bukan wabak atau virus, penyakit fungas ini boleh buat kucing anda mati dan berjangkit serta anda akan berparut. Harap, dengan penerangan ini, jangan ambil mudah kebersihan diri selepas bermain dengan kucing anda. 

Cara Terbaru Dapatkan TAC On Mobile CIMB Click

$
0
0

Cara Terbaru Dapatkan TAC On Mobile CIMB Click | Nampaknya CIMB Bank telah menerapkan elemen baru kepada perbankan online mereka demi menjagi kerahsiaan terutama urusan dalam talian. Cik en pada mulanya tidak tahu tetapi apabila membaca keterangan barulah tahu. Entri ini untuk panduna penggunaan CIMB Click yang menjalankan urusan pembayaran, penerimaan atau sebagainya.

Untuk kes ini cik en ambik contoh prepaid topup.

Login CIMB Click dan pergi ke menu seperti biasa iaitu 
Top Up > Preapid Reload
Isikan butiran yang diperlukan

 Selesai sahaja submitkan. dan akan masuk ke paparan seperti dibawah ini


Tiada lagi send TAC ke mobile sms tetapi anda boleh tukar setting ke mobile sms. Jika keluar yang ini sahaja, anda boleh download aplikasi CIMB Clicks di Google Play dan klik di TAC on Mobile seperti dibawah ini


Apabila anda klik disitu akan keluar paparan di bawah dan diberi no TAC dan masukkan ke dalam urusniaga kita di dalam CIMB Click


Dan urusan anda boleh diselesaikan serta merta. Urusan ini hanya untuk urusan CIMB Click melalui Desktop sahaja.

Sebakul Anak Kucing

$
0
0

Sebakul Anak Kucing | Hari ini salah seorang pelanggan klinik cik en bawa sebakul anak kucing ini. Alahai, comel ke tidak? Tidak ada sakit apa apa cuma matanya merah sedikit mungkin kerana ibunya tidak menjalankan rutin kebersihan anak dia lagi. 




Dikomen Pedas Oleh Ben Ashaari

$
0
0

Dikomen Pedas Oleh Ben Ashaari  | Siapa yang tidak kenal dengan Ben Ashaari kan? House Husband blogger yang bertapak dalam dunia blog semenjak 2009 lagi dan mempunyai kelab sendiri yang digelar KBBA9 atau Kelab Blogger Ben Ashaari. 9 bermaksud tahun 2009. Tapi apa kena dengan blog nurfuzie.com dengan Ben Ashaari ini? Cik en ditegur mengenai beberapa perkara blog cik en. Ada entri yang cik en tidak menitik beratkan tips tip penting untuk menarik minat pembaca. Dan juga menegur beberapa perkara lagi mengenai blog dan penulisan. Apa yang dikomen? Hanya segelintir blogger sahaja yang tahu apa kelemahan blog cik en ini. Cukup lah ianya menjadi satu pelajaran yang berguna untuk seorang newbie dalam blogger ini. Apa pun terima kasih Abang Ben kerana mengomen pedas dan sejujurnya cik en ambik semua ini dalam fikiran positif. Teguran yang baik untuk dapatkan hasil yang baik. Sesiapa yang ada rasa kekurangan di blog cik en, boleh sahaja komen di bawah ini. Tanpa pengkritik kita tidak tahu apa kelemahan kita. 

Entry dikomen pedas di SINI tapi ianya telah diperbaiki semula

Chicken Chop Deep Fry di Thumb's Cafe Ipoh Terbaik!

$
0
0

Chicken Chop Deep Fry di Thumb's Cafe Ipoh Terbaik!| Thumb Cafe yang terletak di Ipoh ini adalah salah satu cafe hipster yang terletak di Greentown Ipoh. Kehadiran cik en disini untuk bersama hangout bersama rakan rakan blogger daripada Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA9) iaitu Firzz dan Yui . Firzz mencadangkan cafe ini kerana ianya antara cafe yang dia pernah review di blog dia. 

Cik en bersama adik cik en, cik eintan, yui dan syilfia sampai pada pukul 9 malam dan masa ini firzz masih belum sampai. Kawasan cafe ini seperti kawasan rumah dan nampak santai. Bila menu sampai cik en hanya inginkan signature menu di cafe ini. Dan cik en disuggestkan dengan Chicken Chop (Deep Dry) with 3 sauces. Dan dalam nada bergurau " kalau tak sedap, siap!" dan nampaknya pekerjanya sangat yakin yang cik en akan puas hati dengan menu itu. Dan ianya memang sedap, mulanya cik en ingat chicken chop menggunakan serbuk roti untuk digoreng rupanya ianya seperti ayam KFC tapi lagi sedap dan tidak masin. Makan tanpa sos pun dah rasa sedap tau!. Di samping chicken chop dihidangkan sekali dengan 3 jenis sos dan cik en sendiri lupa apa sos itu dan yang cik en ingat blackpaper dan mushroom sahaja. Dan ketiga - tiga sos ini digabung memang meletup! Inilah chicken chop paling simple decoration tapi sedap. Cik en beri 5/5


Adik cik en dan yui memilih Spaghetti Bolagnise Meetball. Dan sempatlah cik en merasa sedikit meatball dan Spaghetti dan ok, sedap. Cik en bukan peminat Bolagnise sebab cik en lebih meminati Carbonara tapi ini kali kedua cik en suka dengan bolagnise. Adik cik en pun kata ianya sedap. Markah 4/5 


Oleh kerana cik en terasa hendak makan salad, cik en memilih salah satu menu salad yang ada iaitu Chef Salad with Homemade Sos


Cik en pun jarang pesan salad dan cuma cik en hendak komen, Salad ini sedap tapi sos nya agak kurang. Kuantiti banyak dan rasa semua salad segar dan kualitinya kira tip top la. Jadi yang ini cik en beri 4/5. 

Berbalik kepada tujuan cik en ke cafe ini untuk berjumpa dengan Firzz dan Yui tercapai. Siapa firzz dan yui tu? 


Sebelah kanan adalah Yui, abang sado ditengah adalah Firzz. Seorang yang sangat happy di group whatsup dan di luar juga. Seorang reporter Perak Today ini memberi kelebihan kepada dia untuk suggest cafe dan tempat makan menarik di sekitar Ipoh. Kalau datang Ipoh sahaja selepas ini, Firzz la yang cik en akan cari kalau hendak suggest tempat makan best. Yui pula seorang blogger yang sangat cintakan kucing dan banyak entri cik en bercerita mengenai Yui. Dan untuk pengetahuan, yui adalah junior cik en semasa belajar di Politeknik Ungku Omar dulu. 


Lupa pula perkenalkan lagi seorang, yang bertudung biru itu junior cik en juga, Syilfia Rahmadona dan keluarga dia mempunyai gerai jualan tudung yang korang boleh terjah di Gerbang Malam di Ipoh. Nampak tak dalam balang sebelah Dona? Itu adalah balang makanan kucing yang memang cik en bawa ke mana mana. Dan sempat juga adik cik en snap gambar kucing tersebut.


Jika sesiapa yang ada di sekitar Ipoh tapi masih belum mencuba cafe ini, bolehlah dapatkan butiran di bawah ini

Thumb's Cafe Ipoh

Kenapa Masih Tidak Berkahwin?

$
0
0

Kenapa Masih Tidak Berkahwin? | Minggu lepas kesempatan untuk cik en menghadiri dan bersama sama salah seorang sahabat karib cik en bernikah dan majlis perkahwinan. Selesai sahaja akad nikah, terdetik di dalam hati, bilakah masa aku untuk bernikah? Umur 29 tahun dan mempunyai kerjaya serta kewangan yang kukuh. Siapa yang tak mahu bernikah dan memiliki keluarga tapi aku percaya pada ayat " Ada sebab Allah itu tak bagi kita nikah awai tan, mungkin Allah tau yang hang ini tak bersedia lagi ". Kata kata seseorang yang kurang rapat tapi beri semangat kepada aku yang tengah down kerana di asak mengenai perkahwinan setiap kali berjumpa saudara mara, majlis kenduri kahwin dan kawan kawan lama.. Perjalanan hidup ini panjang, jika disini tiada jodoh kita, percayalah di Syurga nanti, pasangan kita yang Allah tetapkan semenjak kita dilahirkan menunggu. Jadi, sesiapa yang masih belum bernikah itu, terima semua ini dengan positif, ada sebab Allah beri kita keadaan begini. So jangan stress stress apabila tak bernikah ni. Chill dan enjoy dengan kehidupan single ini. Gumbirakan hati ini !!

First Aid Kit Untuk Kucing

$
0
0

First Aid Kit Untuk Kucing | Pencinta kucing wajib wajib perlu ada First Aid seperti diatas untuk simpanan semasa kecemasan di rumah. Klinik Veterinar di Malaysia selalunya bukan buka 24 jam seperti hospital manusia. Jadi penting untuk pencinta kucing atau pemilik kucing sediakan ubat ubatan seperti di bawah ini 
  1. Wound Spray (Spray Luka)- Baik untuk matikan ulat 
  2. Ubat cirit birit (cth: koalin pectin)
  3. Multivitamin / Supplemen 
  4. Iodin
  5. Ubat Cacing
  6. Ubat Mata
  7. Picagari
  8. Charcoal (Baik untuk keracunan)
  9. Wet Tissue (safe for cat)
  10. Kapas
  11. Kain Kasa
  12. Termometer
  13. Cotton Ear
  14. Acriflavine (Krim Luka)
  15. Glove
  16. Antibiotik (Tidak dijual di farmasi dan tidak boleh beli di klinik vet tanpa membawa kucing)
  17. Anti Radang (Selsema, tahan sakit, demam)
  18. Ubat kutu atau Fungas (Spray, mandian dan ubat makan)
Ini sebahagian yang cik en rasa perlu dalam First Aid Kit Kucing. Tapi sebaiknya kucing divaksinuntuk memberi ketahanan tinggi kepada tubuh. Jika terdapat masalah masalah kesihatan kucing dan memerlukan rawatan boleh rujuk beberapa entry rawatan yang pernah cik en keluarkan di bawah label Rawatan

Semak First Aid Kit ini 6 bulan sekali untuk memastikan tiada ubat yang tamat tempoh atau rosak. Letakkan di tenpat selamat, tidak terdedah dengan cahaya matahari terus dan pastikan jauh daripada kanak kanak. Jangan campurkan ubat beracun dan ubat makan. 

Gambar sumber daripada Blogger Yui 

Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum Terbaik Untuk Wajah

$
0
0

Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum Terbaik Untuk Wajah | Jenama Ephyra mula mendapat tempat di hati pengguna melalui produk mereka seperti Ephyra Skin Bar, Inteemor dan Power 2 Perform. Dan Advanced Repair Serum merupakan serum pertama dibawah jenama Ephyra yang menggunakan Teknologi Nano dari Switzerland yang telah diuji secara klinikal untuk memulihkan kulit yang rosak kerana faktor cuaca dan persekitaran. 

Penggunaan kali pertama cik en sudah boleh nampak perubahan dan serum ini mudah meresap kedalam kulit dan tidak berminyak. Lagipun ianya bebas merkuri, kimia dan hydroquinone. Selain dapat menyelesaikan masalah kulit seperti dibawah ini, ianya mempunyai vitamin C dan Vitamin E bagi mencerahkan dan menaikkan seri muka tau! Bagus untuk bujang seperti cik en ini. hehehe


Untuk makluman semua, cik en mengalami beberapa masalah diatas ini. Antaranya kulit kusam, rona kulit tidak sekata, leban dibawah mata dan sunburn. ini sebabnya kerjaya veterinar yang memerlukan cik en berpanas, berhabuk dan berdebu di lapangan atau ladang. Dan cik en juga jenis yang sangat ringkas apabila bersiap. Jadi tidak ada masa hendak buat facial dan masker di spa atau dirumah sekalipun. Hendak bermekap? Jarang sangat la.. Apabila tahu, Oceanlife ada menawarkan produk ini, apa lagi, terus cik en grab peluang ini setelah melihat testimoni pengguna skinbar dulu. 5 hari cik en mencuba dengan menggunakan 2 kali sehari siang dan malam, dan hasilnya...


  • Sebelum penggunaan : Muka kusam, lebam bawah mata, muka bercapuk capuk (tona tidak sekata)
  • Penggunaan Kali Pertama : Nampak kan kemerahan muka cik en dan muka nampak segar
  • Penggunaan Kali Ke 4 : Muka nampak lebih berseri dan terasa segar
  • Penggunaan Kali Ke 5 : Walaupun gambar ini ditangkap beberapa jam selepas apply tapi kulit nampak masih tegang
  • Penggunaan Kali Ke 5 (pagi dan petang) - Mungkin pagi ada letak blusher sedikit tapi sebelah petang itu, mekap sudah cair  tapi muka nampak segar lagi 
  • Penggunaan Kali ke 9 - Yang ini semasa cik en hari pertama cik en bekerja selepas bercuti selama 3 hari. Nampak kan perbezaan sebelum penggunaan dan hari kelima itu. Muka nampak berseri semacam seri pengantin pula atau selepas buat facial muka
Jangan risau tau, produk ini bukan guna produk yang menghakiskan kulit atau produk merosakkan kulit, sebabnya serum ini guna teknologi Nano. Nama pun nano, jadi serum ini akan menjadi partikel kecil dan senang menyerap masuk ke dalam kulit untuk memulihkan, memperbaharui dan melindungi kulit kita. Sebab itu, kesannya lebih cepat tapi sihat untuk kulit. 



EPHYRA SKIN NANO ADVANCED REPAIR SERUM
15ml

Harga: 
RM 88  (Sem.Malaysia)
RM 92 (Sabah/Sarawak) 

Harga Promosi : 
RM 68 (Sem. Malaysia)
RM 72 (Sabah/Sarawak) 

Sesuai untuk semua jenis kulit.

Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum boleh dibeli secara online melalui 

atau 
Whatsapp ke HOTLINE : 019 - 7373770 / 019 -3800779

Juga boleh didapati di semua rangkaian pengedar sah Ephyra termasuk Brunei dan Singapura serta terdapat juga dia farmasi terpilih serta kedai/took jamu. 

Instagram : @ephyra2u 

Gym Hanya Untuk Berbadan Sado?

$
0
0

Gym Hanya Untuk Berbadan Sado? Sebut sahaja Gym orang yang tidak pernah datang ke tempat sebegini akan beranggapan tempat ini adalah khas untuk orang yang ingin nampak sado. Dulu pun cik en berfikiran macamtu, tapi semalam masuk kali ke 4 cik en datang ke gym untuk mengeluarkan peluh persepsi dah bertukar. Gym ini bukannya semua barangannya untuk bina bina tapi ada untuk basikal, larian dan alatan untuk mengatasi kegemukan dan lemak di bahagian bahagian tempat. Mula mula cik en datang, cik en akan buat larian dalam 2 km dahulu. Awal awal ambik masa dalam 35 minit untuk 2 km kemudian berkurang 30 minit, seterusnya 25 minit dan semalam cik en berjaya menurunkan masa larian 20 minit sahaja. Kemudian baru cik en akan cuba alatan alatan lain. Disebabkan cik en pun masih baru, banyak alatan cik en belum tahu nama, dan ada juga salah penggunaanya. anyway abang gym di tempat cik en itu sangat ramah dan mereka ajar penggunaan alatan yang betul. Jadi tunggu entri Gym ini minggu depan pula sebab cik en akan ke gym pada selasa malam jika ada kelapangan. 

Cara Sejukkan Bilik Tanpa Penghawa Dingin

$
0
0

Cara Sejukkan Bilik Tanpa Penghawa Dingin | Musim panas di Malaysia ini seumpama di negera padang pasir dan bahangnya memaksa ramai memakai penghawa dingin dirumah. Tapi orang bujang seperti cik en ini dan duduk di rumah sewa bujang, membeli penghawa dingin bukan langkah yang bijak jika rumah yang duduk hanya sementara. Jadi disini cik en kongsikan satu cara untuk menyejukkan bilik dan tidak memerlukan sumber elektrik pun. Jimat dan mudah. Idea ini datang dari rakan serumah cik en. Dia praktikkan di dalam bilik dia sendiri. Tapi cik en dah cuba dan nampaknya kepanasan bilik cik en mula berkurang walaupun tidaklah sesejuk penghawa dingin.


Hanya letakkan sebaldi air de bawah katil atau tepi katil. Jangan letak penuh pulak, kang ngigau memalam banjir pula bilik itu. Boleh juga tambah ais bantal atau ais kiub. Boleh biarkan disiang hari semasa pergi kerja dan tambahkan jika air berkurangan. Cuba lah, tidak keluarkan kos pun kan? Kalau hendak lagi cepat cari bekas lebih besar dan rendah. Selamat mencuba

Isagenix e+ Beverage Hasilkan Natural Energy?

$
0
0

Isagenix e+ Beverage Hasilkan Natural Energy? Produk ini diperkenalkan oleh kawan cik en selepas cik en bertanya kenapa dia lebih nampak bertenaga masa di gym. Nampak dia tak penat macam selalu. Peluh dia pun keluar macam over pulak di lengan dia. Esoknya dia perkenalkan Isagenix e+ Beverage ni, mulanya takut juga hendak minum tapi bila diberi penerangan yang minuman in ibagus untuk diet, cik en mula tertarik. Cik en ada baca artikel yang minum minuman berisotonik sebelum bersukan atau bergym ini tidak elok jika berhasrat hendak kurus, sebabnya kandungan gula di minuman isotonik ini tinggi. Tapi berbeza dengan minuman ini. Ini hasil carian google produk ini dan di Malaysia masih belum ada review minuman ini.


Natural Energy Shot
  • Cepat merangsangan tenaga untuk masa yang panjang .
  • Kick- bermula senaman.
  • Meningkatkan tumpuan dan prestasi fizikal.
  • Membantu anda sentiasa berwaspada dan berfikir dengan jelas. 
  • Membantu dalam pemulihan.
  • Sesuai untuk diet

Dan cik en akan mencuba malam ini kerana malam ini Gym Time . Cik en perlu minum sejam sebelum memulakan aktiviti di Gym. Hasilnya cik en akan kongsi nanti. Dan ada sesiapa yang pernah mengamalkan minuman ini? kongsi di bahagian komen ye!


Kesan Minum Isagenix e+ Beverage

$
0
0

Kesan Minum Isagenix e+ Beverage | Sesiapa yang setia dengan blog cik en ini, mesti ada terbaca satu artikel mengenai produk ini di entry sebelum ini. Ada yang menunggu feedback daripada cik en mengenai minuman ini. Minuman ini bukan untuk jadikan badan sado atau berketak ketak ye, minuman ini seperti 100plus iaitu isotonik. Jadi ianya untuk beri tenaga semasa kita lakukan senanam atau beriadah. 

Cik en minum 2 jam lebih awal sebelum masuk ke gym, baunya seakan akan ubat batuk, air dia cair dan ada rasa masam rasberry. Sedap? Tidak sama sekali. No Sugar memang pasti kerana ianya tawar sangat. Selepas minum, cik en shopping barang rumah sekejap dan balik sebelum bersiap ke gym. Sepanjang shopping dan bersiap, cik en rasa tidak letih langsung. Nampak dah sedikit kesan dia kan? 

Sampai di gym, seperti kebiasaan, cik en akan running dalam 2 km. Itu wajib!. Selalunya cik en akan ambik masa 25 minit hingga 30 minit ( berlari, berjalan cepat dan bercitcat dengan kawan) tapi semalam, cik en berlari non stop untuk 1 km dengan speed 7 . Dan cik en boleh habiskan 2km dalam masa 15-20 minit. Terasa badan ada stamina yang tinggi. Selesai sahaja running, cik en akan main alatan untuk Leg Press, Seated Row dan beberapa lagi. Tapi yang bestnya rasa sangat bertenaga. Peluh? Terasa macam kena simbah air. Memang paling banyak keluar peluh. Tidak ada rasa malas. Selalunya akan bermalasan main handphone , sampaikan abam traineer sado perli, "sini bukan main itu telefon, sini untuk gym" hahaha. Disebabkan nampak bersungguh sungguh semalam excercise, terus traineer yang nama Masud ajar beberapa senaman. Lewat juga la habis malam itu, dekat pukul 12.00 tengah malam. Tapi badan mantain bertenaga.

Hendak dapatkan minuman ini, maaf cik en pun tak tahu, sebabnya cik en diberi oleh kawan cik en untuk cuba. Tapi ada la perjumpaan yang akan diadakan di Manjung 27 Mac ini mengenai produk ini. So kalau cik en ada pergi perjumpaan itu, cik en akan kongsikan lagi ye.  Kesimpulan nya, minuman ini beri kesan positif pada badan cik en. 

Perhatian : Untuk Blogger http://missinspirit.blogspot.my/ , cik en tak dapat tolong banyak, boleh call no yang tertera di bawah ini, mungkin boleh bantu di mana boleh dapatkan 



Viewing all 1599 articles
Browse latest View live