Quantcast
Channel: Eintan Nurfuzie
Viewing all 1599 articles
Browse latest View live

Datang Klinik Veterinar Tapi Kena Marah Pulak

$
0
0
Datang Klinik Veterinar Tapi Kena Marah Pulak | Pernah tak terjadi pada korang bawa kucing ke klinik veterinar tapi vet marah korang. Apa la vet ini, marah kita pula. Kita bayar kan? Tak boleh cakap elok elok ke? Cik en akui kalau ini pernah terlintas di fikiran korang atau dijadikan bahan membawang, cik en la salah seorang dari mereka yang marah marah itu. Hahaha. Tapi cik en dan yang lain marah buka suka suki tapi untuk nyatakan apa yang korang buat ini tu salah, silap dan boleh bawa maut pada kucing korang.


Kalau siapa pernah menerima perkhidmatan rawatan cik en, mesti ada kata cik en ni garang, suka marah marah dan bla bla bla. Cik en akui bukan senang bekerja di bahagian klinik yang mana cik en kena banyak fikir. 

Dari pendaftaran, konsultan, rawatan, pemberian ubat, dose ubat, ubat yang sesuai, pembayaran, rekod, resit, pertanyaan, kebersihan klinik dan sebagainya. Lagi lagi bila orang bersusun untuk menunggu rawatan. 

Waktu kerja cik en bermula buka klinik 8.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari. Itu pun kalau kes banyak (kerap berlaku) akan teruskan sampai waktu makan tengah hari. 2.15 petang sehingga 4.30 petang tapi jarang la habis pukul 4.30 petang itu. Paling busuk la, pukul 5.30 baru settle kerja. Kadang kadang ada sampai pukul 7 malam. Kalau dulu pukul 9.00 malam pun belum tentu balik lagi. 

Tapi kerana minat, kerana sayang dengan haiwan kesayangan cik en happy buat semua itu walaupun kerja cik en fisabililah sebabkan tiada OT yang boleh cik en dapat. 

Disebabkan sayang dengan haiwan yang datang la cik en jadi garang dan suka marah marah. Cik en dan vet lain takkan marah jika owner terima nasihat kami, ikut nasihat kami dan berusaha untuk ikut arahan yang kami beritahu. Ini ada yang memandai ubah dose ubat, tambah ubat ubat yang di cadangkan oleh golongan "bijak pandai" dna macam macam lagi


Contoh nya kes atas ini yang cik en pernah story di SINI. Kisah kucing dan wound spray. Luka sikit tapi spray luka sampai boleh tersiat kulitnya. Macamana boleh jadi camtu? Cik en syak, spray terlalu banyak di bahagian bulu sampai bulu jadi keras dan bila nak bersihkan tersiat kulitnya.

Kes ini cik en pass pada staf lain sebab cik en risau terlebih membebel nanti. Tapi nasibnya sampai sekarang cik en tak tahu. Adakah perlu potong kaki atau boleh diselamatkan.

Jadi kalau korang Datang Klinik Veterinar Tapi Kena Marah, cik en harap korang faham kenapa kami jadi macamtu. Tapi jangan pula ada marah tanpa sebab. Yang itu korang patut marah balik ye. Hahahahha


Dog Park Ipoh Tempat Anjing Exercise Dan Cari Jodoh

$
0
0
Dog Park Ipoh Tempat Anjing Exercise Dan Cari Jodoh | Wa, tajuk gempak. Orang Malaysia especially Melayu kalau sebut benda benda haram ini mesti akan ada suara suara halus tapi dah niche cik en mengenai kucing anjing dan haiwan yang lain, rasanya tak salah cik en nak war war kan tempat ini pada pemilik haiwan terutama pemilik anjing dan yang tinggal di Ipoh. Bagi cik en siapa yang create dan bagi idea Dog Park ini cik en salute sebabnya dapat wujudkan tempat khas untuk anjing spend time dengan owner, spend time dengan spesisnya, mencari jodoh (ahhahaha) dan exercise tanpa ada isu isu sentitif. Well done. Clap! Clap! | Dog Park Ipoh Tempat Anjing Exercise Dan Cari Jodoh 


Dog Park Ipoh Tempat Anjing Exercise Dan Cari Jodoh 


Mungkin ada yang yang tak tahu, haiwan terutama anjing indoor perlu buat exercise untuk mantainkan berat badan, kekal aktif dan baik untuk kesihatan mereka. Tak seperti kucing, anjing memerlukan ruang yang lebih luas untuk mereka exercise. Di luar negara, aktiviti mereka exercise bersama anjing adalah rutin harian dan hujung minggu. Di Malaysia memang tak ada tempat khusus untuk haiwan ini dan disebabkan itu wujudlah kes viral student Veterinar UPM berjalan bersama anjing di tepi jalan

Ok la back balik pada tajuk tadi, cik en nak kongsi detail mengenai Dog Park Ipoh ini

kredit gambar dan info : Joel Ong (fb)

kredit gambar dan info : Joel Ong (fb)

kredit gambar dan info : Joel Ong (fb)

kredit gambar dan info : Joel Ong (fb)

kredit gambar dan info : Joel Ong (fb)

kredit gambar dan info : Joel Ong (fb)

kredit gambar dan info : Joel Ong (fb)

kredit gambar dan info : Joel Ong (fb)
Alamat 
Bandar Seri Botani's Dog Park, Ipoh, Perak, Malaysia. 
GPS 4.530758, 101.099596 or look for Eco Park 1. 

Kesemua info dan gambar 100% dari Joel Ong. Thanks juga kepada Tany Harris. Kalau dia tak share cik en pun tak tahu pun pasal Dog Park Ipoh ini. 

Gantikan Kek Manis Dengan Kek Tembikai Suku Untuk Sambutan Hari Jadi

$
0
0
Gantikan Kek Manis Dengan Kek Tembikai Suku Untuk Sambutan Hari Jadi | Nak sambut hari jadi kawan tapi kawan tengah diet dan request tak nak kek disebabkan kek manis? Itu la yang berlaku pada cik en bila kawan cik en tak nak kek disebabkan diet. Asalnya dia tak mahu sambut cuma nak release tension karaoke. Tapi disebabkan dia pernah sambut hari jadi cik en beberapa tahun lepas rasanya ini masa cik en untuk buat surprise pada dia. Cik en asalnya nak beli salad tapi rasa tak sesuai salad di makan semasa karaoke cik en memilih tembikai disebabkan mudah untuk dibawa, mudah cucuk lilin dan boleh makan beramai ramai walaupun tembikai adalah buah yang mempunyai kandungan gula yang tinggi. Hahahha. So terjadilah Gantikan Kek Manis Dengan Kek Tembikai Suku Untuk Sambutan Hari Jadi



Gantikan Kek Manis Dengan Kek Tembikai Suku Untuk Sambutan Hari Jadi

Cik en beli kek tembikai suku pun kat Aeon Seri Manjung masa itu. Itupun idea kek ini bila sampai tempat tembikai. Hahahah. 


Round pula cari lilin tapi tak ada, dan cik en whatsapp la Aan untuk dia carikan lilin. Nasib la ada. Bila dah dapat semua, camana pula nak potong nanti, takkan nak beli pisau? Akhirnya cik en beli sudu. Pernah kan korang makan tembikai korek guna sudu je. Hahahaha


Inilah kami, 4 orang yang berkumpul masa karaoke je. Masa lain tak berjaya satukan kami kecuali karaoke. Hahahha


Kepada kak rosmah

Happy Birthday Kak Rosmah. Semoga happy, sihat dan murah rezeki selalu! 

ST. Ives Blackhead Clearing Green Tea Scrub

$
0
0
St. Ives Blackhead Clearing Green Tea Scrub | Cik en memang pengguna setia produk ST. Ives Scrub. Cik en dah cuba macam macam jenis scrub tapi cik en sangat suka gunakan produk ST. Ives kerana kandungan scrub dalam satu satu pencuci itu banyak berbanding jenama yang lain. Kalau yang lain selepas pakai scrub kulit akan kering tapi ST. Ives masih mengekalkan kelembapan kulit kita walaupun kita terlupa nak pakai pelembab selepas pakai. Sebelum ini cik en pernah Review St. Ives Fresh Skin Apricot Scrub setahun yang lepas dan baru habis dan sekarang try ST. Ives Blackhead Clearing Green Tea Scrub pula. 


ST. Ives Blackhead Clearing Green Tea Scrub 


ST. Ives Blackhead Clearing Green Tea Scrub  ini scrub dia lebih halus dari ST. Ives Fresh Skin Apricot Scrub. Kalau sebelum ini guna apricot scrub, yang SST. Ives Blackhead Clearing Green Tea Scrub  guna green tea untuk buang blackhead dan tutup liang pori. 



Kebaikan Green Tea ini adalah antioksida dan anti radangan. Bila ditambah dengan scrub, ST. Ives Blackhead Clearing Green Tea Scrub  dapat buang kulit kulit mati, kekotoran dan minyak yang berlebihan.

Untuk jangka masa panjang penggunaan ST. Ives Blackhead Clearing Green Tea Scrub  ini akan dapatkan kulit yang glow, lembut dan bersih. 

Harga ST. Ives Blackhead Clearing Green Tea Scrub  di Watsons dalam RM 21.00++ . Selain itu boleh beli secara online di Watsons Online, Guardian Online dan Lazada. 

Maklumat lanjut boleh baca di ST. Ives Blackhead Clearing Green Tea Scrub

AFB Fun Day di Taj Villa Kuala Lumpur

$
0
0
AFB Fun Day di Taj Villa Kuala Lumpur | Biasanya family day ini mestilah kita akan cari tempat di tepi laut, tepi sungai atau mana mana tempat yang jauh dari kesibukan hiruk pikuk kota tapi idea team AFB untuk buat AFB Fun Day di tengah Kuala Lumpur yang sibuk buat cik en rasa ganjil sikit. Tapi semuanya berubah bila cik en sampai di Taj Villa Kuala Lumpur. Cik en ingatkan Taj Mahal masa awalnya dan selalu tersasul menyebutnya. Hihihi. AFB Fun Day di Taj Villa Kuala Lumpur ini kami buat pada 13 Jun hingga 15 Jun 2018. Dan ianya merupakan family day pertama cik en join semenjak masuk team AFB ini. Dan yang pasti seorang pun dari ahli join AFB Fun Day cik en tak pernah berjumpa tau! Dari malu malu biawak sampailah cik en jadi sekepoh kepoh kepah dalam masa yang sangkat singkat untuk 3 hari ini. | AFB Fun Day di Taj Villa Kuala Lumpur

AFB Fun Day di Taj Villa Kuala Lumpur
AFB Fun Day di Taj Villa Kuala Lumpur

AFB Fun Day di Taj Villa Kuala Lumpur

Untuk aktiviti jauh sebegini cik en akan ajak adik cik en (ayang) untuk teman cik en. Cik en memilih naik ETS Gold dari Ipoh ke KL Sentral sebab sejenis yang dah malas nak drive sendiri. Kami bergerak lepas habis kerja Jumaat itu. ETS pukul 6.30 petang dan sampai 9.30 malam di KL Sentral. Untuk ke Taj Villa kami perlu menaiki LRT ke Wangsa Maju/ Sri Rampai tapi disebabkan grab cik en minta turun di Setiawangsa, cik en pun menurutlah perintah. Rupanya lepas pickup cik en mereka nak cari belacan di ST Rosyam Mart. 


Belacan?? Aha... rupanya kes salah beli belacan sebelum itu untuk buat air asam untuk pencicah BBQ. Tau apa yag dibeli? Dibelinya papadom. Sebab rupanya yang seakan akan dan khabarnya ada bau belacan masa itu. Hahahha. Tapi merasa juga la cik en masuk kat ST Rosyam Mart ini. Orang kampung tak sampai lagi weiii. cik en sampai dulu.. ahhahahaha

Settle shopping belacan, kami terus la ke Taj Villa di Taman Zooview Kuala Lumpur. 


Sebuah Banglo 2 tingkat dengan kolam mandi dilengkapi dengan 3 bilik, 1 bilik belajar, 1 bilik pembantu rumah, 4 bilik air, 2 ruang tamu, CCTV dengan infra red light dan motion sensor, 6 airconds, 1 TV dengan siaran Astro, Fagor Induction Cooker, BBQ Grill, Solar Hot & Cool Water, Mesin basuh 13kg sekali dengan pengering, Dapur Basah dan Kering. 15 minit perjalanan dari Bandaraya Kuala Lumpur dan Easy access to Mont Kiara, Bangsar, dan PJ melalui Lebuhraya DUKE. Sewa untuk semalam ialah RM1600 dan boleh muat lebih dari 25 orang satu satu masa. 

Sampai saja, geng AFB dah siap buat BBQ dan cik en datang dengan malunya join makan tanpa kesempatan nak join sesi perap memerap. Sambil makan ada sesi Ice Breaking antara yang join. Yang join AFB Fun Day di Taj Villa Kuala Lumpur ini adalah 

  1. www.irrayan.com (mommy irra)
  2. www.myafarisha.com (mya)
  3. www.myarosli.com
  4. www.sayidahnapisah.com (KC)
  5. www.annursyuhadah.com
  6. www.mawarsuffi.com 
  7. www.papaglamz.com
  8. www.shamieraosment.com
  9. www.izzatiisuhaide.com
  10. www.enyabdullah.com
  11. www.nurulshahira.com
  12. www.umifuzy.com
  13. www.lubukseni.com
  14. www.wayneharraz.com
  15. www.arzmoha.com (ini balik awal, cik en tak sempat nak jumpa)


Ada live dibuat sepanjang AFB Fun Day di Taj Villa Kuala Lumpur ini. Korang boleh tengok di page afb.my  . Macam macam aksi tau! Cik en ada meng"sumbang"kan lagu. Nasib tak hujan je malam itu. Hahaha. 

Selesai itu, kami buat sesi pertukaran hadiah dan cik en dapat ini. Bila tanya tak siapa mengaku. Hahahhaha.


Sebabkan penat malam itu cik en memang slow sikit. Gambar pun cik en tak ambil banyak. 

Hari Kedua AFB Fun Day di Taj Villa Kuala Lumpur


Pagi pagi lagi kami masing masing terjun pool. Cik en dengan basuh muka dan gosok gigi je terus gedebus mandi. Bestnyaaaa,, yang penting dalam. Selalunya cik en mandi di mana mana kolam mesti sampai bahu je. Ini kira dah tahap kelemasan terkapar kapar la. Hahhaha.


Naik kejap untuk makan. Cik en makan 2 bungkus nasi lemak dengan scramblee telur  dan sapu sambal ikan bilis kak eny bawa. 





Lepas makan sambung balik mandi sampai la pukul 12 tengah hari. Barulah masuk dan bersiap untuk masak bersama blogger masakan terkenal dan aktiviti aktiviti yang sangat fun. 




Selesai mandi, cik en dah make up lawa lawa dan turunlah ke dapur, membantu memasak makan tengah hari. Menu kami simple tapi licin terus. Nasi putih, Ayam Masak Kicap dan Sayur Campur. 



Tapi sebelum makan, kami buat photoshoot ala ala Majalah Mangga gitew di tepi kolam. Banyak sangat gambar cantik tapi cik en masukkan mana yang paling cun sekali yerk! Photoshoot ini by Mhotografi






Selesai photoshoot dan makan kami teruskan aktiviti game iaitu Pertandingan Baju Paling Unik dan Kreatif. Cik en bergandingan dengan KC dan Zatie dan memilih tema Gadis Melayu Terakhir. Berbaju kebaya labuh sopan dan santun. Pemenang dikira dari like terbanyak. Hahahha. 




Selesai dan penat perahkan idea untuk pertandungan baju itu, kami berehat sebelum menunggu aktiviti malam pula. Nampaknya mommy ada buat surprise buat kamiiii.. Sebelum menunggu malam, kami memang penuhkan masa dengan cit cat dan bertukar tukar pendapat mengenai blog. 

Dannnn.. tibalah waktu malam yang gelap dan sunyi dan mommy pun umumkan ada KENDURIAN malam ini!!! yey!! Pulut dah di masak, kuah santan dan ada 30 biji buah durian kampung dilambakkan. Hahahha





Selesai KENDURIAN kami teruskan dengan aktiviti Body Language. Game apa pulak ini? Kiranya kena gunakan badan untuk buat teka apa dia. Hahaha. Ini gelagat gelagat kami malam itu. Gelak sakan. Dengan photograper pun kena main juga.




Dan sambil itu kami buat ala ala bergambar malam berinai. Hahahha. ini semua hasil photografer Ahmad Chukee




Hari Terkahir AFB Fun Day di Taj Villa Kuala Lumpur



Hari terakhir banyak aktiviti santai je. Bangun tidur pon dah lewat. Memang bangun dan bersiap untuk balik. Banyak kenangan cik en disini. rasa sedih pula tinggalkan kenangan dengan geng AFB ini. Sebelum keluar, cik en dapat goodies tau! Sponsar dari www.mawarssufi.com dan www.myagraphic.net . Thanks korang



Hope jumpa lagi next AFB Fun Day.. 


Mesti korang tertanya kan? Siapa Afb.my? AFB adalah Auto Feed Blog yang mana setiap blogger yang join akan dipasang feed dan akan rotate setiap hari secara automatik. Sebelum ini AFB dikenali EFG tapi dah telah dijenamakan baru seiring dengan permodenan. hahahahah.. Banyak sifu dalam group ini seperti sifu Adsense yang akan ajar korang dapatkan adsense dan boleh dijana, ilmu blogging yang boleh naikkan hasil Adsense korang itu. Ada juga sifu masakan, sifu beauty dan macam macam lagi. Kalau korang berminat nak join boleh la contact Mommy Irra

Foundation Terbaik Dari ALARA Beauty Buat Cik En Cantik Macam Ayu Raudhah

$
0
0
Foundation Terbaik ALARA Beauty Buat Cik En Cantik Macam Ayu Raudhah | Tiberrrrr.. Asal jadi macam Ayu Raudhah ini? Hahahahha. Sebabnya ada kata cik en macam Ayu Raudhah bila mekap menggunakan Foundation Alara Beauty. Iye ke? Hahahhaha. Nak nampak cantik ini, korang kena tahu ilmu mekap seperti kenali masalah kulit, jenis kulit, pemilihan foundation terbaik macam Foundation ALARA  Beauty yang sesuai dengan warna kulit wanita dan gadis Melayu dan lain lain lagi. Bila dah ada semua itu barulah korang boleh jadi Ayu Raudhah ke, Che Ta ke, Misha Omar ke atau ikon paling meletop Sajat ke. Hahahaha. 

Foundation Terbaik Dari ALARA Beauty Buat Cik En Cantik Macam Ayu Raudhah

Disebabkan itu la, cik en ambil tips dari Mua Perak Arina Afiqah dan pemilikD'wafa Care Spa Ida Ruhaida minggu lepas. Masalah cik en satu saja bila memilih foundation ini. Warna yang tepat dengan warna kulit cik en ini. Tapi bila ditanya dengan sifu berdua ini, mereka suggestkan foundation terbaik adalah Foundation ALARA  Beauty ini. 

Foundation Terbaik Dari ALARA Beauty
Foundation Terbaik Dari ALARA Beauty 

Masa itu caya tak caya juga la, nama tak pernah dengar pon Foundation ALARA  Beauty ini. Tahu Si Lara anak si Scha Al Yahya dan Awal je. Betul ke Foundation Alara Beauty ini ngam dengan warna kulit cik en ini da foundation terbaik . Dah la ada satu je cod iaitu medium . Kang salah kang muka macam pelakon Opera Cina pula. 

Foundation Terbaik Dari ALARA Beauty



Jadi eksperimen pun bermula dengan foundation terbaik dari Foundation ALARA  Beauty dan Ida ada buat live diPage ALARA Beauty . Dan hasilnya 


Ada nampak macam Ayu Raudhah tak? Jangan nak nampak macam Sajat pulak ye. Cubit nanti. Hahahaha. Dengan menggunakan foundation terbaik dari Foundation ALARA  Beauty mampu jadikan cik en dari pandangan orang sebagai Ayu Raudhah

Sedikit info mengenai ALARA Beauty ini. ALARA Beauty ini keluarkan Exclusive Set yang mana ada foundation terbaik Foundation Alara (NOT180204677K) dan Cleanser + Makeup Remover (NOT180204676K) dalam satu kotak. Selalunya jual Foundation atau bedak asas je kan? Keluar duit lagi nak beli Cleanser atau Makeup Remover. Dengan pembelian Exclusive Set ALARA Beauty ini, korang dapat kedua dua dengan harga jimat. 


Foundation terbaik ALARA Beauty ini adalah foundation terbaik untuk full coverage yang menjadikan kulit korang licin dan berseri seri macam retis. Hahahha. Membasmi kulit berminyak dan menjadikan kulit wajah segar sepanjang hari. Selain itu foundation Mesra Wudhuk


Keistimewaanya Foundation ALARA Beauty 
  1. Pengganti Bedak Compact
  2. Solekan tahan lebih lama
  3. Kulit jadi cerah dan gebu 
  4. Mesra Wudhuk / solat
  5. Hanya ada 1 kod warna yang sesuai dengan tona kulit wajah wanita dan gadis Melayu

Pembersih muka + Makeup Remover ALARA Beauty
  1. Menanggalkan kotoran dan seimbangkan minyak, memulihkan kulit dari jerawat dan jeragat
  2. Mampu menegangkan, mencerahkan dan membantu memulihkan sel sel dan aktifkan pertumbuhan kolagen pada kulit

Untuk dapatkan produk ini, korang tak yah nak email ke, pm ke, komen kat sini, korang boleh dapatkan di 

ALARA Beauty
No 15,1st floor , Jalan PPMP 3/1 , Pusat Perniagaan Manjung Point 3
Seri Manjung 32040
No Telefon : 0164276939 / 01126516134 / 0174460449

Harga : RM 129.00 (SM) / RM 139.00 (SS)
Tapi sekarang ini ada harga pedih ulu hatiRM 78.00 termasuk postage. Cepat grab sebelum harganya kembali kepada asal.

Kesan penggunaan bergantung kepada kulit masing masing. Jika berlaku alahan, radangan dak ketidakselasaan, sila berhenti serta merta. 

Cara Mudah Buang Bulu Kucing Melekat Pada Baju

$
0
0
Cara Mudah Buang Bulu Kucing Melekat Pada Baju | Pemilik kucing dan Pekerja atau Doktor Veterinar mesti ada masalah nak buang bulu kucing melekat pada baju kan? Sama la dengan cik en ini. Hari hari baju mesti penuh dengan bulu kucing. Sampai satu tahap dah nampak cik en yang berbulu. Hahahha. Cara Mudah Buang Bulu Kucing Melekat Pada Baju menggunakan Clothes Sticky Lint Roller, Lint Roller, Roller, Roller Sticker,  atau macam macam lagi gelarannya yang lain mesti adalah pilihan pertama oleh pemilik kucing atau di klinik veterinar. 

Cara Mudah Buang Bulu Kucing Melekat Pada Baju
Cara Mudah Buang Bulu Kucing Melekat Pada Baju

Cara Mudah Buang Bulu Kucing Melekat Pada Baju

Roller buang bulu kucing atau Clothes Sticky Lint Roller ini korang boleh dapatkan di mana mana Petshop atau cik en beli yang ini di Mr DIY . Di Mr DIY mereka akan jual 1 roller dan 2 sticky lint dengan harga RM6.50 je. Yang Mr DIY ini memang kuat gam dia rasanya bukan bulu kucing melekat, bulu baju pun melekat juga. Hahahahah

Kalau tak ada sangat korang cari je Sellotape dan buat bulat bulat (belah ada gam di luar) dan dap dap pada baju penuh bulu. 

Cara Mudah Mengatasi Masalah Sakit Lutut

$
0
0
Cara Mudah Mengatasi Masalah Sakit Lutut  | Sakit lutut ni bukan saja pada orang tua saja tapi pada orang muda macam cik en juga. Mana yang tak kenali cik en, cik en seorang pembantu veterinar yang bertugas di bahagian teknikal seperti rawatan haiwan ternakan di luar dan haiwan kesayangan di klinik. Kalau di luar tak kira staf lelaki atau perempuan kerja kami jadi setara. Kalau kandang yang jauh ke dalam ladang atau berbukit bukit sehingga tak boleh bawa pajero, kami terpaksa berjalan kaki sambil bawa barangan rawatan . Andai kata kerja di bahagian klinik haiwan kesayangan pula, bila sampai waktu sibuk, mesti terkejar kejar sehingga tak sempat nak duduk sehingga waktu rehat. Masa ini la cik en akan mula rasa sakit lutut. Masa itu cik en cuba cari Cara Mudah Mengatasi Masalah Sakit Lutut di google. Semua nampaknya tak berkesan sampailah cik en jumpa Cara Mudah Mengatasi Masalah Sakit Lutut dengan Biobax Cool Therapy

Cara Mudah Mengatasi Masalah Sakit Lutut
Cara Mudah Mengatasi Masalah Sakit Lutut 

Cara Mudah Mengatasi Masalah Sakit Lutut 


Banyak yang suggest cik en makan supplemen tapi biasalah cik en ini, selalu lupa dan bila sampai sakit lutut menyerang, cik en akan stop pekerjaan cik en tapi customer tetap ada menunggu cik en. Semakin lama semakin ramai dan rawatan terpantas 5 minit boleh cik en buat adalah spray Biobax disekeliling lutut dan urut perlahan lahan.


Mulanya cik en nak guna semasa sakit saja tapi bila ianya mudah dengan spray, cik en mula konsisten spray 3 kali sehari sehingga beberapa minggu. Lani ini dah tak kerap sakit lutut macam dulu. Selain itu kalau tengah sengal sengal belakang, cik en try spray gak. Lega terus. Bagus pula Biobax ini rupanya. Bukan lutut je, tapi sengal sengal pinggang dan leher ni pun boleh rupanya. Bila cik en baca balik rupanya memang banyak kegunaan Biobax ini selain sakit lutut. 

Lagipun cik en suka pakai Biobax sebabkan bau dia tak seperti spray lutut macam bersukan tu yang panas. Biobax ini cool therapy jadi sejuk je bila pakai. Bau dia pula wangi dan segar. Customer tak perasan pun yang cik en pakai dan ada yang berhidung kembang (hahahha) tegur wanginya bau. 

Cik en spray dan kejap saja meresap tau dalam kulit. Ianya disebabkan Biobax menggunakan Nano Technology yang mudah meresap kedalam kulit untuk memberi kesan segera. Tak juga berminyak dan melekit pada tangan selepas urut disekeliling lutut.


Lagi satu yang cik en suka, ianya kecil dan senang masuk dalam handbag cik en. Kalau bawa mak abah cik en jalan jalan di Mall, selalunya mereka akan berhenti sebab sakit lutut. Terus saja cik en bagi mereka satu das spray Biobax. Tak sampai 5 minit terus shopping balik mereka. Hahahaha


So cik en recommended sangat untuk korang yang masih tercari cari Cara Mudah Mengatasi Masalah Sakit Lutut  ini. Korang amalkan gunakan Biobax 3 kali sehari selama 2 minggu. Insyallah masalah sakit lutut itu akan beransur pulih. 


Biobax ini ada kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia dengan nombor KKM NOT170503687K dan halal kerana menggunakan bahan utama Habbatussauda, Minyak Zaitun dan Minyak Kayu Putih.

Biobax Sesuai sangat la untuk golongan orang tua, golongan obesiti, aktif bersukan, selalu angkat barangan berat, ibu ibu hamil, golongan pekerja yang selalu sakit belakang sebab duduk terlalu lama dan mengalami lemah otot peha. 

Korang yang berminat dapatkan Biobax boleh dapatkan di www.biobax.my/product/biobax dan sekarang ini, korang boleh dapat diskaun RM20 untuk pembelian 2 botol dengan masukkan kod kupon "RM20" di ruangan disediakan bila dah pilih untuk beli 2 unit Biobax.

Jatuh Hati Dengan BB dan Blusher Jenis Cushion

$
0
0
Jatuh Hati Dengan BB dan Blusher Jenis CushionBB Cushion Maybelline dan Blush Cushion atau Hydro Cushion Blush The Face Shop menjadi 2 barang make up favourite cik en sekarang ini. Cik en akan sentiasa bawa ke mana saja untuk touch up selepas solat. Mungkin kerana BB dan Blusher Jenis Cushion ini mudah digunakan, tahan lama dan senang bawa ke mana mana tanpa perlu ada berus.


Mulanya cik en beli BB Cushion Maybelline disebabkan cik en tertinggal barang make up semasa hadiri Hari Anugerah Pekerja Cemerlang awal tahun ritu. Beli pun sebenarnya terpaksa dan pakai masa itu je. Sampailah 2 bulan lepas, cik en try balik guna BB Cushion Maybelline dan tak sedar cik en gunakan hari hari untuk pergi kerja. 


Blush Cushion atau Hydro Cushion Blush The Face Shop pula cik en beli di The Face Shop di Nu Sentral kira kira sebulan yang lalu. Beauty Advisor kata kalau pakai jenis cushion, blusher akan bertahan sampai petang. Dan bila cik en try, memang betul. Pakai pagi sampai ke petang merah di pipi cik en ini tak hilang walaupun berpeluh sebab rawatan di bawah cahaya matahari terik. 

Dari situ la, cik en mula pakai BB Cushion Maybelline dan Blush Cushion atau Hydro Cushion Blush The Face Shop atau senang cerita jenis cushion hari hari. Kalau cik en ada kenduri, event atau apa apa perlukan cik en pakai cantik, semestinya cik en akan guna Foundation dari ALARA Beauty

p/s : Ramai kata rugi beli jenis cushion ini. Sebab sikit tapi mahal harganya. Cik en senang je, dah habis, beli bb cream jenis cair dan letak je dalam cushion tu. Tak ke jimat tu?

Put To Sleep Berdosa Tak?

$
0
0
Put To Sleep Berdosa Tak? | Melekat keyword ini kat blog kesayangan cik en ni. Put To Sleep Berdosa Tak? Dan cik en boleh agak, kemungkinan ada yang suggest PTS ini pada kucing. Kemungkinan kes yang tak dapat diselamatkan atau ianya akan berjangkit dengan yang lain. Pada pendapat korang la Put To Sleep Berdosa Tak? Ada tak kucing korang yang disuggestkan oleh Vet untuk Put To Sleep? Apa perasaan korang masa itu? Kalau belum, andai kata korang disuggestkan oleh vet sebegitu, apa yang korang boleh cakap, fikir buat?


Put To Sleep Berdosa Tak?


Put To Sleep atau PTS atau dalam Bahasa Melayu mematikan atau "tidur" pada haiwan atau manusia sendiri disebabkan masalah masalah yang tak boleh diubati, tak mahu haiwan atau manusia rasa terseksa ataupun penyakit yang berpontensi untuk berjangkit. 

Untuk manusia cik en tak tahu sebabnya cik en hanya familiar dengan haiwan. Dan cik en pernah story mengenai PTS ini di entri Satu Sebab Tak Best Mengenai Kerjaya Veterinar.

Berbalik kepada tajuk entri cik en Put To Sleep Berdosa Tak? Cik en sebagai pengawai yang boleh buat proses PTS ini selalu ditanya mengenai pendapat dan pertanyaan Put To Sleep Berdosa Tak ini. 

Apa cik en boleh katakan, setiap vet sebolehnya akan merawat sehingga sembuh haiwan kesayangan TAPI bilamana kes penyakit yang berpontensi berjangkit atau penyakit zoonotik keputusan yang paling terbaik adalah PTS.

Ada beberapa kisah yang cik en nak story yang mana cik en sendiri suggestkan PTS walaupun ada yang marah dengan suggestion cik en 

Kisah Anak Kucing 

Kes ini kalau tak silap dalam 3 atau 4 tahun lepas. Owner bawa seekor anak kucing umur dalam lingkungan 3 bulan dalam keadaan punggung dan muncung muka tak ada. Kisahnya ia terkam mesim rumput yang baru dihidupkan. Tapi kucing masih hidup. Bila di teliti, kucing ini akan mengalami masalah untuk makan, poo dan pee. Jadi untuk elakkan dia terseksa, kami suggest PTS dan owner menerima hati terbuka setelah penjelasan chance untuk teruskan hidup sangat nipis. 

Kisah Lembu

Lembu ada satu penyakit zoonotik iaitu Brucellosis Abartos. Tandanya pada lembu betina ia kerap gugur. Dan ujian serologi (pengambilan darah) akan dijalankan. Jika positif, lembu perlu di culling untuk disembelih di rumah sembelih kerajaan. Ini pun boleh dinamakan juga PTS tapi dalam bentuk sembelih. 

Pernah cik en story di Apa Itu Freeze Branding?

Kisah Anjing Tua 

Kisah ini kisah anjing tua yang berusia hampir 20 tahun. Matanya buta dan dipenuhi ulat. Anjing ini lemah dan sentiasa meraung setiap malam sebab kesakitan. Cik en dah buat treatment beberapa kali tapi masih tak sembuh. Dan setelah meneliti chance untuk sembuh, keadaan ulat di tempat yang susah untuk cik en buang cik en suggest PTS dengan alasan alasan yang owner boleh lihat sendiri. Dan owner pun setuju. 

Kisah Kucing Jantan

Kucing ini kena penyakit zoonotik iaitu Sporo ditahap hidungnya yang dah tak ada. Luka sehingga berulat dan ianya tidak bertuan. Rescue datang bawa dan dia sendiri mempunyai kucing yang banyak. Keadaan kucing itu agak teruk walaupun dah cuba cik en treatment. Owner sendiri minta PTS disebabkan masalah kewangan dan tempat jagaan. - Rawatan Kes Sporo Kucing

4 kisah ini cik en kongsi kerana setiap kisah mempunyai reason atau alasan yang mana chance untuk sembuh sangat tipis, ketidaksanggupan owner melihat haiwan kesayangan menahan sakit dan keputusan darah yang positif dan memberi kesan buruk kepada manusia kalau memakannya.

Jadi sebagai manusia, kita sememangnya tak boleh menarik nyawa haiwan dalam apa jua keadaan tapi jika ianya memberi kemudaratan atau menyebabkan ianya berjangkit kita sebolehnya cuba kawal dengan PTS ini. 

Jadi korang boleh fikir sendiri kan? Jika owner mempunyai komitmen yang tinggi dan kesanggupan menjaga seperti kes sporo, owner boleh menerima risiko risiko yang bakal berlaku,  owner boleh terus merawat kecuali untuk kes positif ujian darah pada ternakan. Yang itu wajib untuk culling. 

Belajar 9 Jam Setengah Dan Sebulan Usia Lesen L Baru Layak Ujian JPJ Motosikal

$
0
0
Belajar 9 Jam Setengah Dan Sebulan Usia Lesen L Baru Layak Ujian JPJ Motosikal | Lambat pula cik en update sambungan entri Cara Mendapatkan Lesen Motosikal dan Ujian Komputer Untuk Dapatkan Lesen Motosikal ini. Kesibukan bekerja dan hal hal yang lain buat cik en sendiri tak sempat nak menaip entri ini. Hope entri ini dapat bagi panduan kepada mereka yang baru nak ambil Lesen Motosikal atau dalam proses mendapatkan Lesen P Motosikal. 


Belajar 9 Jam Setengah Dan Sebulan Usia Lesen L Baru Layak Ujian JPJ Motosikal 

Selepas cik en dapat Lesen L, cik en perlu belajar selama 9 Jam Setengah dan Lesen L perlu berusia sebulan sebelum layak untuk mengambil ujian JPJ. Macam cik en, Lesen L dapat 27 Jun 2018 dan layak mengikuti Ujian JPJ Motosikal selepas 27 Julai 2018. Dalam masa sebulan ini cik en perlu belajar Bahagian 1, Bahagian 2 dan Bahagian 3. 

Sebelum mula belajar, pastikan korang thumb print untuk mengesahkan kehadiran masuk dan jangan sesekali lupa untuk thumb print keluar untuk kehadiran balik. Dari situ korang akan tahu berapa jam korang dah belajar. Sekali sesi perlu belajar 2 jam atau lebih. Tak boleh kurang kata uncle Institut Memandu itu. 

Bahagian 1 Ujian JPJ Motosikal - Rutin Pemeriksaan Kenderaan (RPK)


Ujian ini lebih kepada pemeriksaan motosikal seperti
  1. Pemeriksaan Tayar depan dan Belakang- memastikan angin bunga tayar dan keadaan yang baik
  2. Minyak Enjin - Buka penutup dan 
  3. Minyak Petrol - Buka Penutup dan periksa minyak petrol
  4. Cermin Sisi - Pastikan 
  5. Lampu Depan, Isyarat dan Belakang dalam keadaan baik
  6. Dokumen - roadtax 
  7. No Plat depan dan belakang
  8. Buka sius
  9. Panel Instrument berfungsi dengan baik
  • Lampu sisi menyala dengan baik
  • Lampu Gear Bebas
  • Meter Minyak Petrol
  • Meter Kelajuan 
  • Brek kaki dan tangan
  • Lampu hadapan, sisi dan belakang menyala dengan baik
  • Hon
  • Tongkat 2 motosikal
  • Bahagian 2 Ujian JPJ Motosikal

    Ada beberapa ujian yang perlu korang buat dan tanpa gagal mengikut urutan

    1. Laluan bertiti - Tidak kurang dari 7 saat. Tips cik en kat sini, ambil lajak dalam 2 langkah sebelum garis permulaan. Pakai Gear 2 tau! Guna brek kaki kalau rasa terlalu laju dan untuk dapatkan lebih 7 saat buat kiraan satu ribu satu, satu ribu dua, satu ribu tiga sampai satu ribu tujuh. Confirm 7 saat
    2. Laluan kon - Ada 5 kon kalau tak silap. Pastikan start dari kanan baru ke kiri
    3. Brek Mengejut - Gear dua ke gear tida dan brek kaki dan tangan serentak bila masuk petak dan tunggu sampai JPJ kata jalan baru jalan
    4. Laluan berliku - Yang ini guna gear 1 dan pastikan kaki letak di bawah gear untuk mengelak kita terfree gear
    5. Laluan 8 - Buat pusingan 8 setengah
    6. Selekoh tajam 

    Bahagian 3 Ujian JPJ Motosikal

    Yang ini depends pada institut sebab laluan berbeza tapi ada beberapa yang sama seperti

    1. Motosikal dalam keadaan free gear
    2. Check nyalaan lampu depan, belakang sisi depan dan belakang
    3. Adjust cermin sisi
    4. Betulkan topi keledar
    5. Bagi lampu kanan
    6. Angkat tangan kanan (wajib buat kedua dua ini untuk Perak)
    7. Masuk gear 
    8. Tengok kanan dan kebelakang 
    9. Jalan
    10. Jangan lupa papapn tanda dan isyarat seperti lambai 3 kali untuk perlahan. Angakat tangan macam angkat sumpah untuk berhenti, Angkat tangan kanan untuk membelok

    Dan alhamdulillah semua ini cik en dah selesai 9 jam setengah dan menunggu tarikh untuk ujian JPJ. Yang ini cik en akn story untuk next entry okey?

    Lepas Ini Setakat Roadblock JPJ Cik En Dah Tak Heran Dah

    $
    0
    0
    Lepas Ini Setakat Roadblock JPJ Cik En Dah Tak Heran Dah | Berlagak tak tajuk cik en kali ini. Hahaha. Lambat sikit update pasal Lesen Motosikal cik en ini sebab ada beberapa hal yang JPJ cerewet sikit. Nanti cik en cerita dalam entri ini. Masih ingat tak entri Cara Mendapatkan Lesen Motosikal , Ujian Komputer Untuk Dapatkan Lesen Motosikal dan Belajar 9 Jam Setengah Dan Sebulan Usia Lesen L Baru Layak Ujian JPJ Motosikal . Cik en book Ujian JPJ pada 31 Julai 2018 sebab di Institut Memandu ini JPJ buat ujian setiap hari Selasa. Cik en terus ambil cuti takut ada kekecewaan kalau yang gagal nanti.


    Lepas Ini Setakat Roadblock JPJ Cik En Dah Tak Heran Dah

    Seawal 8 pagi cik en dah datang dan cik en pakai beg silang comel aja untuk senang cik en pakai semasa ujian nanti. Lebih kurang 15 orang yang ada untuk Ujian JPJ Motosikal. Ada yang ulangan bahagian 2, bahagian 3 dah baru macam cik en.

    Cik en dapat nombor 5 camtu tapi bila giliran untuk yang ambik kedua dua lesen motosikal dan kereta cik en giliran no 10. Untuk RPK cik en akui cik en lupa kot. Nasib la ada 10 biji motosikal. Tengok tengok kawan je.

    "Lampu hadapan berkeadaan baik"
    " Tayar hadapan berbunga dan berkeadaan baik"
    dan bla bla cik en menjerit. Hahahha

    Selesai RPK, cik en stanby untuk bahagian 2 pula. Nerveous cik en pada titi sebab takut terlebih confident jatuh pula. Hahaha.

    Lama betul cik en tunggu JPJ panggil nama. Nerveous cik en bertukar bosan. Hahaaha

    Dan Alhamdulillah.. selesai Bahagian 2 dengan jayanya

    Masuk bahagian 3 dan berjaya juga.

    Yeah! Confirm ini cik en lulus.

    Terus ke bahagian kelulusan. Dan cik en dapat keputusan LULUS!

    Terus cik en jumpa uncle institut kat pejabat dan serahkan keputusan dan gambar.

    Cik en bagi gambar ini sama dengan gambar untuk Lesen L tapiiii...


    JPJ reject pula sebab sistem tak leh detect muka cik en. Delay la 2 3 hari dan cik en pon bagi la gambar yang ini


    Eh, boleh pula. Rupanya nak latar belakang putih. Hahahahha.

    So cik en dah ada Lesen Motosikal bermula 6 Ogos 2018. Yeahhhh. Lepas Ini Setakat Roadblock JPJ Cik En Dah Tak Heran Dah .. Hahahha

    Surprise Deliver Bunga di Seluruh Malaysia Dengan Flower Chimp

    $
    0
    0
    Surprise Deliver Bungadi Seluruh Malaysia Dengan Flower Chimp | Sekarang ini makin ramai yang menjalinkan hubungan jarak jauh tak kira hubungan kekasih, suami isteri atau keluarga. Selalunya tuntutan kerja dan belajar ini kita tak boleh nak bersama dengan yang tersayang. Apabila tiba hari lahir, hari ulang tahun, hari ibu, hari bapa, hari kekasih mesti akan mula tercari cari surprise deliver bunga. Agak susah sebabnya untuk Surprise Deliver Bunga ini mestilah bunga dalam keadaan segar untuk surprise kan yang tersayang. Disebabkan itu, cik en nak kongsi dengan korang Surprise Deliver Bunga di Seluruh Malaysia. Jadi tak perlu nak mencari Surprise Deliver Bunga di media sosial dan tak tahu ianya boleh dipercayai atau tidak kan? | Surprise Deliver Bungadi Seluruh Malaysia Dengan Flower Chimp


    Surprise Deliver Bunga di Seluruh Malaysia Dengan Flower Chimp

    Flower Chimp boleh hantarkan Surprise Deliver Bunga dengan keadaan yang segar, secara percuma dan boleh dipercayai ke 

    1. Surprise Deliver Bunga sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur - KL Kepong Sentul Kota Damansara Wangsa Maju Old Klang Road Kuchai Lama Klcc Damanasra Setapak Midvalley Sri Petaling Bangsar Brickfields 
    2. Surprise Deliver Bunga sekitar Selangor - Shah Alam (Bh) Banting Seri Kembangan Gombak Sunway Pandan Indah Selayang Taipan Sungai Buloh Setia Alam Kelana Jaya Kota Kemuning SS2 Bangi Cyberjaya Puchong Klang Rawang Kajang Subang Batu Caves Alam Budiman
    3. Surprise Deliver Bunga sekitar Johor - Segamat Muar Kulai Kota Tinggi Skudai Batu Pahat Senai Johor Bahru Kluang
    4. Surprise Deliver Bunga sekitar Kedah - Kulim Langkawi Alor Setar Sungai Petani
    5. Surprise Deliver Bunga sekitar Kelantan - Kota Bharu
    6. Surprise Deliver Bunga sekitar Melaka - Melaka
    7. Surprise Deliver Bunga sekitar Negeri Sembilan - Nilai Port Dickson Seremban
    8. Surprise Deliver Bunga sekitar Pahang - Kuantan
    9. Surprise Deliver Bunga sekitar Penang - Bukit Mertajam Butterworth Penang Georgetown Bayan Lepas
    10. Surprise Deliver Bunga sekitar Perak - Taiping Ipoh
    11. Surprise Deliver Bunga sekitar Perlis - Kangar
    12. Surprise Deliver Bunga sekitar Sabah - Sandakan Lahad Datu Tawau Kota Kinabalu
    13. Surprise Deliver Bunga sekitar Sarawak - Bintulu Sibu Sri Aman Miri Kuching
    14. Surprise Deliver Bunga sekitar Terrenganu - Kuala Terengganu
    15. Surprise Deliver Bunga sekitar Putrajaya - Putrajaya


    Siapa Flower Chimp Dan Kenapa Ianya Menjadi Pilihan Surprise Deliver Yang DiPercayai?



    Flower Chimp telah ditubuhkan oleh dua usahawan dari Jerman, Maximilian Lotz dan Niklas Frassa yang telah lama bertapak di Asia Tenggara. Selepas menghabiskan masa di Belanda yang terkenal sebagai pusat perkembangan bunga-bungaan dunia, mereka mengambil keputusan untuk menceburi bidang perniagaan berkaitan bunga dan meletakkan penanda aras baharu dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian. Dengan mengutamakan kepuasan pelanggan, Flower Chimp telah memenuhi keperluan terhadap bunga berkualiti tinggi pada harga berpatutan yang turut disokong dengan perkhidmatan penghantaran percuma ke seluruh negara. Sejajar dengan peningkatan perniagaan tersebut, mereka terus meningkatkan perkhidmatan dan menjalankan penyelidikan dan pembangunan untuk menawarkan lebih banyak pilihan bunga-bungaan kepada pasaran yang semakin berkembang. 

    Buat masa ini, Flower Chimp beroperasi di Malaysia, Indonesia dan Filipina. Dalam masa terdekat, dua usahawan bercita-cita tinggi ini bakal melancarkan platform mereka di Singapura dan negara Asia Tenggara lain. 

    Flower Chimp Menerima Pelaburan Berjumlah RM 6 Juta Berikutan Prestasi Cemerlang di Asia Tenggara 



    “Ucapkan dengan bunga!” Kepesatan industri e-dagang di peringkat global telah memacu perkhidmatan penghantaran bunga dan membolehkan pengguna mencipta kenangan indah bersama insan tersayang. Bayangkan, betapa mudahnya anda boleh memilih jambangan bunga kegemaran anda dan merancang penghantaran semudah di hujung jari sahaja. 

    Daripada pilihan jambangan sempena hari lahir hingga ke kiriman bunga sebagai tanda ucapan tahniah, titipan istimewa sempena sambutan Hari Kekasih dan Hari Ibu, Flower Chimp akan memenuhi keperluan bunga-bungaan anda dari harga serendah RM89 sahaja. Melangkah setapak ke hadapan berbanding pesaing mereka, Flower Chimp menawarkan perkhidmatan penghantaran ke seluruh negara yang meliputi lebih daripada 80 daerah di dalam Malaysia, termasuk di Sabah dan Sarawak. Dengan rangkaian meluas seperti itu, tidak hairanlah perkhidmatan penghantaran bunga dalam talian tersebut menjadi pilihan utama pelanggan yang turut menikmati penjimatan menerusi penghantaran secara percuma ke atas semua tempahan tanpa had perbelanjaan minima. Malah, pelanggan juga boleh menjadualkan penghantaran pada hari yang sama bagi semua tempahan yang dibuat sebelum pukul 1 tengah hari untuk mengejutkan insan tersayang mereka. 

    “Walaupun kami masih baharu dalam perniagaan penghantaran bunga ini, Flower Chimp telah berkembang hingga menjadi jenama terkemuka dalam industri ini. Dalam tempoh kurang daripada dua tahun, kami telah menjadi pilihan nombor 1 dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian di Malaysia, Indonesia dan Filipina dengan rekod pertumbuhan lima (5) kali ganda berbanding tahun lepas,” kata Maximilian Lotz, Pengasas Flower Chimp. 



    Berikutan prestasi memberangsangkan mereka dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian, Flower Chimp berjaya menambat pelaburan berjumlah RM 6 juta daripada sekumpulan pelabur termasuklah Asia Venture Group (AVG), sebuah syarikat persendirian yang telah menilai potensi besar Flower Chimp menerusi model perniagaan dan strategi pemasaran mereka yang unik. Syarikat yang sama turut membuat pelaburan dengan syarikat lain seperti iMoney, Happy Fresh dan iPrice. “Kami mensasarkan untuk mengembangkan rangkaian kami di Singapura menjelang pertengahan bulan Ogos 2018 dan di negara Asia Tenggara yang lain termasuklah Vietnam, Thailand dan Hong Kong pada tahun 2019,” tambah Lotz.

    Lotz dan rakan kongsi/Ketua Pegawai Operasi, Niklas Frassa yang mendalami sendiri perniagaan bunga-bungaan berhasrat untuk menggunakan pelaburan yang diterima untuk mengukuhkan operasi mereka di Indonesia dan Filipina, di samping meningkatkan infrastruktur teknikal untuk memanfaatkan pelanggan kami dengan ciri-ciri pintar termasuklah sistem penjejakan secara langsung bagi setiap pesanan. “Dalam masa yang sama, kami menjalankan kajian ke atas pasaran semasa secara berterusan dalam mencari idea untuk produk dan promosi baharu untuk pelanggan kami yang kembali untuk mencari sesuatu yang bersesuaian dengan keperluan mereka,” kata Frassa. 

    Kata Frassa lagi, “Dengan kuasa pemasaran dalam talian dan media sosial, kami mahu mengukuhkan penjenamaan kami dan menjadi pilihan pertama dalam kalangan pelanggan yang semakin lama semakin bijak mengendalikan perkata berkaitan teknologi. Kami yakin, dalam tempoh dua belas (12) bulan akan datang, dari Suku Keempat (Q4) 2018 hingga ke Suku Keempat (Q4)  2019, Flower Chimp akan berkembang sehingga tiga (3) kali ganda menerusi sumbangan daripada empat pasaran utama iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia dan Filipina”. 

    Untuk maklumat lanjut, boleh dapatkan info lain di


    Flower Chimp di Malaysia 
    Instagram: @flowerchimp

    Flower Chimp di Indonesia
    Laman Sesawang: https://www.flowerchimp.co.id/
    Facebook:  https://www.facebook.com/FlowerChimpID/
    Instagram: @flowerchimp.id

    Flower Chimp di Filipina
    Laman Sesawang: https://www.flowerchimp.com.ph/
    Facebook: https://www.facebook.com/FlowerChimpPH/
    Instagram: @flowerchimp.ph


    Apa Itu Cannis App?

    $
    0
    0
    Apa Itu Cannis App? | Cannis App bakal mencetuskan fenomena baru di Malaysia. Tipulah kalau korang tak ada gadjet dan social media kan? Nak membeli barangan sekarang ini pun dah banyak menggunaakan pembelian dalam talian atau online. Di akui pembelian secara online sangat menjimatkan dan lebih banyak pilihan yang ada. Di sebabkan itu Pengerusi Cannis Group adalah Puteri Mahkota Duli Yang Maha Mulia, kekanda Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Al-Haj, yang telah membantu beratus-ratus syarikat terkenal dengan pengalaman latihan korporat yang sangat berpengalaman dan Naib Pengerusi, Tan Sri Dato Sri Ong Tee Keat dan Ketua Pegawai Eksekutif ialah Datuk Dr. Azman Chin telah menubuhkan Cannis App ini.


    Apa Itu Cannis App?

    App Cannin ini adalah menggabungkan e-dagang, membeli-belah dalam talian, penyiaran secara langsung dan blockchain, APP CANNIS meliputi asas harian seperti makanan, minuman, hiburan, pakaian  dan merangsang model perniagaan dan memacu gelombang baru APP.

    Cannis yang beribu pejabat di Kuala Lumpur, Malaysia, dan mengadakan persidangan pelancaran global di Pusat Konvensyen dan Pameran Setia City (SCCC) pada 18 Ogos 2018. Ia mempunyai beberapa pejabat di Taipei, Guangzhou, Hong Kong, Pulau Pinang dan kumpulan pasukan teknikal di Hangzhou. Ianya  adalah APP yang paling menjanjikan kejayaan pada tahun 2018.

    Ong Tee Keat berkata pertumbuhan pesat pengguna media sosial China, kadar penembusan telah meningkat dengan ketara, dan kebangkitan blokchain telah membatalkan industri semasa dan operasi sosial. Blockchain, kebijaksanaan dan Internet adalah antara tiga teknologi teratas yang China perlu perkukuhkan.


    "Siaran langsung telah memulakan rangkaian sosialnya pada 2016. Skala siaran langsung dalam talian China hampir 58 bilion yuan. Analisa domestik China menjangka industri siaran langsung akan melebihi 100 bilion yuan pada 2018. Hari ini siaran langsung menjadi fenomena sosial, dan produk komersial juga. " Kata Naib Pengerusi.

    Beliau percaya bahawa ekonomi siaran langsung, belanja dalam talian, dan blokchain yang dianggap sebagai teknologi baru yang akan menggantikan ekonomi rangkaian semasa, pasti akan merangsang gelombang baru model perniagaan, dan Cannis akan menjadi era baru pengguna Internet , aplikasi wajib dalam telefon pintar.

    "Cannisadalah platform merintis perancangan program, teknologi produk, promosi operasi dan visualisasi data. Ia mempunyai hampir 100 jurutera profesional dan pasukannya mempunyai keupayaan penyelidikan dan pembangunan yang kuat. "

    Sejak Mac tahun ini,Cannis telah memperolehi syarikat-syarikat teknologi berturut-turut termasuk Internet, permainan dalam talian, peranti mudah alih, dan perkongsian data yang besar, dan pada masa yang sama, ia telah menjadi rakan kongsi Google, dan meningkatkan kebolehbacaan APP Cannis, dan keselamatan sistem

    Azman Chin berkata bahawa Cannis adalah platform penyokong peminat dan pengikut pertama di dunia. Pada masa kini tidak perlu memuat turun berbilang aplikasi, selagi anda mempunyai Cannis, anda boleh memenuhi semua keperluan peminat.

    Beliau merujuk kepada falsafah perniagaan Cannis mengenai "anda fikir, kami membinanya", membina media sosial dengan fungsi aplikasi yang paling menyeluruh, dan mewujudkan persekitaran ekologi yang paling sesuai untuk perusahaan dan peminat, dan mengumpulkan pangkalan data pengguna global bersama-sama.

    "Cannis APPmenggabungkan tujuh fungsi paling popular peranti mudah alih, termasuk siaran langsung dalam talian, e-dagang langsung, permainan dalam talian, video pendek, social media, belanja diskaun dan pembayaran digital. Ia akan mengumpul lebih daripada sepuluh ribu pengguna dalam masa 24 jam. "

    Beliau berkata bahawa Cannisbukan hanya pentas untuk bakat, cita-cita dan mimpi untuk orang biasa, sistem pembayaran yang dibuat boleh digunakan di 140 negara di seluruh dunia, terutama di Asia Tenggara.


    "Di China, nilai pasaran penjualan kedai dan pendapatan pengiklanan pemasaran yang dikendalikan oleh penyiaran secara langsung telah melampaui industri filem. Laporan tanah besar bahkan lebih menegaskan: pengaruh yang lebih berharga daripada bintang filem. "

    Banyak usahawan dan profesional dari perusahaan terkenal, syarikat modal teroka, blokchain dan bidang berkaitan rangkaian dari pelbagai negara seperti China, Hong Kong, Indonesia, Kemboja, Korea Selatan, India, Rusia dan lain-lain telah menghadiri persidangan besar pelancaran Cannis APP
    Para tetamu utama yang menghadiri persidangan itu termasuk industri teknologi, internet dan industri blockchain, serta pemimpin dari kalangan politik dan perniagaan, persatuan industri yang relevan di China, agensi kerajaan dan organisasi yang berkaitan. Mereka menantikan potensi pembangunan masa depan Cannis APP.

    Para tetamu utama termasuk pengasas, pengerusi dan kapitalis Aaron Tsai, yang merupakan seorang kapitalis profesional dalam membantu syarikat-syarikat Cina untuk menyenaraikan Bursa Saham New York, Nasdaq dan GEM, dan presiden Persatuan Blockchain Korea dan World Blockchain South Pengerusi Persatuan Ekonomi dan Perdagangan Hong Kong, Jason H, Guangdong, Pengerusi Foshan Presidium dan Foshan CPPCC Dr. Su Zuyao, pengasas bersama pelukis dan perniagaan Indonesia Robbie Fen Geshu, dan ketua eksekutif CryptoOcean GmbH dan pengasas Yuri, dan Pani Kumar, pengasas bersama Global Blockchain Foundation dari India.


    Cannis App ini available in Google Play dan masih belum ada untuk pengguna Apple. Tapi jangan risau untuk pengguna Apple sebabnya kornag boleh muat turun di http://api.ickapay.com/dowload/index.htmldan ikut arahan seterusnya di situ
    Untuk maklumat lanjut mengenai Cannis App korang boleh rujuk



    BlueBlue Playland Ipoh Perak Playground Indoor Untuk Kanak Kanak

    $
    0
    0
    BlueBluePlayland Ipoh Perak | Minggu lepas cik en berkesempatan ke BlueBluePlayland Ipoh Perak bawa anak buah cik en sempena cuti sekolah yang baru bermula. Cik en pun baru tau wujudnya BlueBluePlayland Ipoh Perak ini dan tak sangka ianya sangat fun pada kanak kanak dan cik en sendiri. Hahahha. Di BlueBluePlayland Ipoh Perak ini taman permainan yang cik en rasa sangat sesuai untuk kanak kanak seawal boleh merangkak sehingga dewasa. Kawasan permainan ini besar dan selamat untuk semua peringkat umur. | BlueBluePlayland Ipoh Perak 

    BlueBluePlayland Ipoh Perak 

    BlueBluePlayland Ipoh Perak sebenarnya anjurkan Blogger Gathering sempena cuti sekolah ini. Cik en mewakili www.nurfuzie.com bawa 3 orang anak buah cik en iaitu Aina Kamilia (Akak), Nabil dan Najwa untuk bersama cik en. Happy dorang bila mak long depa ini ajak dorang. Masing masing excited nak main permainan yang ada. Nak cari BlueBluePlayland Ipoh Perak senang je, korang boleh cari Magicboo Gunung Rapat atau Old Town Gunung Rapat. Masuk di bahagian belakang bangunan dan parking di bawah bangunan. 


    Selesai parking kereta korang terus cari lift dan akan nampak signboard ini dari jauh


    BlueBlue Playland Ipoh Perak di tingkat 2 bangunan ini dan jangan risau dalam lift akan ada tulis BlueBlue Playland di button level. 


    Sampai saja, cik en disambut dengan mesra oleh petugas dan cik en harus daftarkan mereka secara manual disebabkan cik en lupa nak bawa mykid mereka sekali. Kalau ada mykid, cik en boleh terus daftarkan di kiosk saja


    Selesai pendafataran, 3 beradik itu perlu diperiksa suhu untuk memastikan mereka cukup sihat untuk join permainan di sini dan seterusnya pasang tag. Ada 2 tag, satu access BlueBlue Playland dan satu lagi untuk Master Jump. Selain itu setiap seorang akan dapat stokin. Kalau di BlueBlue Playland saja akan dapat stoking biasa dan kalau untuk Master Jump akan dapat stoking grip di tapak stoking.




    Level ini ada 2 tempat bahagian yang berbeza iaitu BlueBluePlayland dan Master Jump. 

    Ini kawasan  BlueBluePlayland yang dikhaskan kepada bayi sehingga kanak kanak 15 tahun. Kalau anak anak jenis merangkak dan jenis tak suka dipegang. Kawasan ini memang paling terbaik untuk ibu bapa lepaskan mereka explore semua kawasan. Kawasan dia selamat dan ibu bapa atau penjaga  perlu perhatikan saja mereka. Tiada benda tajam dan setiap bahagian termasuk lantai sangat lembut dan selamat. 



    Untuk aktiviti Bloggers Gathering, ada berapa aktiviti tambahan iaitu Zumba disini. Ini antara cara untuk menarik minat anak anak yang malu. Tapi 3 beradik itu tetap juga malu walaupun cik en sendiri dah join aktiviti mereka. Hhahaha. Cik en pula terkinja kinja berzumba. 



    Selesai aktiviti di bahagian BlueBlue Playland kami terus ke bahagian kedua iaitu Master Jump. 

    Master Jump atau Trampoline pula open untuk kanak kanak 7 tahun keatas saja. Cik en sendiri pun berkesempatan untuk bermain. Cuma stoking cik en tak sesuai untuk aktiviti ini. 


    Disini, Najwa tak dapat nak main sebabnya masih umur 6 tahun. Menangis dia tengok kakak dan abang dia dapat bermain bersama. Dah dipujuk barulah dia stay dengan cik en di bahagian tepi. Cik en ajak juga untuk main Master Jump ini tapi dia tak nak. Tapi bila time nak keluar dia main tapi bila cik en tengok dia malu malu dan stop bermain. 



    Oh ya, jangan risau mengenai kebersihan sebabnya kanak kanak yang masuk wajib bersihkan tangan menggunakan Sanitizer yang disediakan sebelum masuk bahagian permainan ini.


    Selesai semua, pihak BlueBlue Playland buat Birthday Party untuk kanak kanak yang lahir bulan Julai dan August. 








    Sambil mereka seronok makan dan cit cat dengan kawan kawan baru sempat la cik en selfie dengan rakan blogger yang join sekali hari ini. 


    Selepas Birthday Party, semua kanak diberi aktiviti bebas dan 3 beradik terus masuk balik ke BlueBlue Playland. Tadi pergerakan mereka tersekat dengan aktviti dan masa mereka tunggu iaitu aktiviti bebas ini la. Mak long dia pun dah lama geram nak golek kat bola banyak itu. Hahahha




    Sambil itu nak sharing dengan korang apa lagi menarik di sini. Actually, di bangunan yang sama ada Gelanggang Badminton Olympic Standard. Jadi pada bapa atau ibu yang suka bermain badminton boleh la bermain disini. Untuk pengetahuan korang, kalau korang nak belajar skil main badminton, di sini ada Chong Wei Badminton Academy yang diajar sendiri oleh Datuk Wira Lee. Selain itu ada Indoor Futsal ( Master Kick)




    Selain itu, locker juga di sediakan dan kornag perlu bayar RM10 sebagai cagaran. Selepas pulang kunci loker, RM10 akan dipulangkan semula. So tak perlu la risau kalau barangan personal hilang.


    Jika rasa dahaga atau lapar, BlueBlue Playland juga ada sediakan F&B Area dan boleh stay dibahagian atas nya sambil tengok anak anak bermain. 


    Untuk ibu menyusu, disini juga disediakan Nursing Room yang selesa dan cantik. Disediakan juga air panas dan tempat tukarkan lampin bayi. 


    Tandasnya bersih dan mereka sediakan bowl toilet untuk kanak kanak. Kalau dewasa kan besar tapi bowl kanak kanak lebih kecil. 


    Kalau ada yang teringin nak buat Birthday Party, BlueBlue Playland Ipoh Perak juga sediakan Event Hall yang luas untuk mereka adakan apa apa aktiviti disni. 



    Mesti ada yang tertanya tanya, berapa bayaran masuk? Mahal ke? Sehingga entri ini ditulis 23 Ogos 2018, bayaran dikenakan seperti dibawah :

     
    Kalau korang nak bawa anak anak, anak buah atau cucu (ahhahaha) korang boleh baca detail selebihnya di 

    Facebook : 
    Instagram : 
    Alamat : 
    Arena Gunung Rapat, Jalan Gunung Rapat
    Ipoh, Perak 31350

    Golden Bowl Promenade Bayan Lepas Penang

    $
    0
    0
    Golden Bowl Promenade Bayan Lepas Penang | Bila datang ke Penang, semestinya cik en akan buntu nak makan di mana. Cik en datang ke Penang untuk satu Hi Tea di Batu Feringgi. Cik en datang sehari sebelum event sebab tak nak rushing bersiap. Lepas event di Ipoh, cik en terus ke Penang dan stay satu malam di Bayan Baru. Malam itu dah pekena Char Ketiaw dan mula mencari port untuk sarapan esok. Kebetulan malam itu hangout dengan Lyana Ishak dan Lia Hasty dan mereka suggest Golden Bowl Promenade Bayan Lepas Penang



    Golden Bowl Promenade Bayan Lepas Penang 

    Cik en bukanlah peminat makanan korean tapi lepas mencuba menu menu di Golden Bowl Promenade Bayan Lepas Penang ini cik en mula jatuh hati dengan makanan Korean. Selain daripada itu Golden Bowl Promenade Bayan Lepas Penang ada menu Japanese, Western dan special recipe Golden Bowl Cafetiam sendiri.

    Actually, ramai kawan kawan facebook dan follower instagram cik en PM, DM dan Whatsaap, kat mana cafe cik en makan yang nampak sedap sangat dari gambar tu. Cik en sendiri dah tak larat nak jawab pertanyaan mereka seorang seorang dan akhirnya cik en ambik keputasan share kat sini. Mesti korang yang membaca nak tau apa yang best sangat di Golden Bowl Promenade Bayan Lepas Penang ini kan? 

    Menu menu di Golden Bowl Promenade Bayan Lepas Penang ini terbahagi kepada beberapa jenis seperti Rice Bowl, Breafast, Brunch, Noodle, Fried Chicken dan beverage. 

    Jom la tengok half dari menu menu yang ada di Golden Bowl Promenade Bayan Lepas Penang ini 

    YUMMY NOODLE

    Kyoto Shoyu
    Japanese Menu with mushroom & seaweed based soup

    Yoona,s Spicy Kimchi
    kPOP Recipe with Kimchi and little spicy 

    Golden Milky Chessy
    Chesse and mix with creamy hot milk

    Signature House Curry
    Special flavour Curry 
    BREAKFAST & BRUNCH

    Australian Shakshuka
    Arabian mix Australian Breakfast

    Big Momma's Breakfast
    Salmon Eggsie Benedicto
    Smoked Norwegia Salmon

    Eggsie Beef Strips Benedicto
    Beef Strips Benedict
    SIGNATURE RICE BOWLS

    Yoona's Korean Roce Bowl
    Korean Grilled Spicy Chicken

    Teriyaki Chicken Rice Bowl
    Japanese Teriyaki Grilled Chicken
    GOLDEN FRIED CHICKEN

    Crunchy Cheesy Chicken Wings

    Crunchy Korean Spicy Chicken Wings

    GOLDEN BOWLS RICE BOWLS 

    Milanese Chicken

    Pomadora Chicken
    BEVERAGES

    Coffee (Hor Ka Sai), Ice Blenden (Blended Tea Fantasy, Blended Hor Ka Sai, Blended Chocolate) , Salted Cream Cheese (Black Tea, Milo and Hor Ka Sai)

    Terliur tak?Hahahah. Harga dia pun berbaloi la. Satu portion memang banyak dan Korang akan rasa kenyang sangat. Sangat sesuai untuk bawa family dan hangout dengan kawan kawan. 

    Kalau korang berminat nak ke sini bolehlah waze Golden Bowl Promenede atau cari Mr DIY Bayan Lepas Penang. Atau korang boleh tengok di sosial media Golden Bowl Promenade Bayan Lepas Penang ini

    Waze : Golden Bowl Promenade

    BB Beauty Art Deco #TeaWithHilton With Penang Beauty Butterflies

    $
    0
    0
    BB Beauty Art Deco #TeaWithHilton With Penang Beauty Butterflies  | So happy bila cik en dapat invited dari Mamasan Butterfly Project untuk #TeaWithHilton with Penang Butterflies yang lain. Kali ini Hi tea collaboration antara Double Tree Resort By Hilton, Althea Korea dan of course Butterfly Project Malaysia. Yeah, let’s go apa aktiviti la yang 20 Butterflies buat di Double Tree Resort Penang! 


    BB Beauty Art Deco #TeaWithHilton With Penang Beauty Butterflies 


    #TeaWithHilton adalah Hi Tea Special yang ada Double Tree Resort By Hilton Penang. Uolls boleh spend masa with family or hang out with friends exquisite hi-tea experience pastries and signature loose tea ( love it so much). But for Penang Beauty Butterflies kali ini, we while learn how to Art Deco BB Cushion. So far, cik en ada story I love use BB Cushion and senang bawa travel ke mana mana di Jatuh Hati Dengan BB Cushion. Bila ada aktiviti art deco I’m so excited to join. 


    Before story about Art Deco BB Cushion cik en yang awesome ala ala wedding cake tu, cik en nak share menu untuk Hi Tea di Double Tree Resort Penang ini. 




    Part paling I love it bila pilih flavor for tea. So many choice and I ask what favourite customer choice? And that boy say a new flavor Rose With French Vanila. Andddd lepas minum, jatuh cinta dengan kesedapan tea ini. Semestinya cik en akan repeat this flavor when Hi Tea di Double Tree Resort Penang ini. Uolls must try this flavor okey? 


    Back pada Art Deco BB Cushion tadi, we must choice 10 cuties but cik en pilih lebih dari itu. Hahahaha. Semua nampak comel sangat. Hahahah. Ops, please keep secret from mamasan okey? And ini barangan yang diperlukan untuk start Art Deco. 



    Diakui cik en tidak sangat kreatif but I love do different from another. So terhasilkan art deco by Eintan Nurfuzie!! 


    Cantik? Awesome? Hahahha. Ada kata macam wedding cake disaster.. ahahhaha But cute what?? I love this. Anyway ideanya more better dari yang terhasil. Cik en bayangkan kek yang tinggi, ditaburi manisan dan serbuk serbuk putih ala ala snow gitew.. But ini hasil yang terjadiii.. Hahhahah.. 

    Almost 2 hour spend time laugh and happy dah event nak habis dah. So sadddd but for save this moment, cik en selfie with all team and butterflies join #TeaWithHilton. 



    And last, I so enjoy and happy with Hi tea terutama hight tea inspiration ini. Recommended and if uolls datang ke Batu Feringgi Penang, please enjoy Tea With Hilton di Double Tree Resort Penang. And kalau datang this month August 2018 #EatDrinkHilton ofer Double Chocolate Moist Cake By Chef Li Jia


    Oh ya, bila datang sini, please spend your time at Teddyville Museum juga okey? Sebabnya Teddyville Museum dalam bangunan sama dengan Double Tree Hilton Penang

    And last, thanks Butterfly Project kasi can cik en untuk join , Althea sponsar my BB cushion for art deco and yang paling utama Double Tree Penang sebab serve #TeaWithHilton yang awesome.

    Wet Tissue Jenama Apa Yang Bagus?

    $
    0
    0
    Wet Tissue Jenama Apa Yang Bagus? | Sekarang ini, setiap orang mesti memiliki wet tissue disebabkan ianya sangat mudah di bawa ke mana sahaja lagi lagi jenis travel blogger, beauty blogger dan parenting blogger macam cik en. Eh bila pula jadi parenting blogger yerk? Hahahha. Semenjak selalu bawa anak buah jalan jalan. Banyak jenama Wet Tissue di pasaran tapi cik en memilih jenama Imaan yang halal dan dihasilkan oleh kilang bertaraf GMP dan berdaftar dengan KKM. That why la bila ada yang tanya Wet Tissue Jenama Apa Yang Bagus? Semestinya cik en akan suggest Wet Tissue Imaan. 


    Wet Tissue Jenama Apa Yang Bagus? 

    Wet Tissue Jenama Imaan menjadi pilihan cik en kerana Imaan World hanya mengedarkan produk yang telah diuji dan dibuktikan secara saintifik sebagai selamat dan berkesan selain ianya memudahkan gaya hidup cik en yang sibuk dengan travel dan kerja. 

    Wet Tissue Jenama Imaan ini ada 4 jenis yang mempunyai kegunaan yang tersendiri. Sesuai untuk seluruh ahli dalam keluarga.


    IMAAN SUCI WIPES (biru)


    1. Di cipta untuk buang makeup sepantas 10 saat
    2. Bebas alcohol , boleh buang makeup tebal dan water proof
    3. Wangi bukan sekadar membersih juga menyegar dan melembapkan kulit muka sebab ada vitamin E
    4. Sesuai kulit berjerawat dan berminyak
    5. Ringan di bawa apabila travel

    SIAPA YANG BOLEH GUNA

    1. Lelaki dan wanita
    2. Bayi tidak digalakkan
    3. Mereka yang gemar makeup

    KELEBIHAN

    1. Suci tanpa alcohol
    2. Fungsi pembersih solekan (deep cleansing)
    3. Buang makeup tebal dan waterproof
    4. Paket kecil dan mudah di bawa
    5. Wangi
    6. Formula Aloe Vera dan Vitamin E

    Kandungan

    1. Purified water :Air yang telah melalui proses tapisan mengikut kualiti control atau standard umum (water for pharmaceutical use)
    2. Propylene Glycol : pelembap bebas minyak ( untuk melembap dan refresh kulit)
    3. Phenoxyethanol : ejen pewangi (untuk mengekalkan bau dan bau tahan lama)
    4. Polysorbate 20 : Bahan pelarut minyak (mengawal minyak pada muka)
    5. Perfume : minyak wangi haruman bunga
    6. Cetylpyridinium Chloride : Anti septik ( untuk membunuh bakteria merbahaya pada muka, juga ia di gunakan pada ubat gigi, pewangi mulut dan tablet hisap )
    7. CocoAmidopropyl Betaine: sabun/ pembersih yang di hasilkan dari minyak kelapa bahan organic (untuk membersih kotoran pada muka )
    8. Tocopheryl Acetate : Vitamin E ( banyak manfaat untuk kulit Muka )

    HARGA ASAL
    1 Paket RM6
    3 Paket RM15
    1 Kotak RM85

    TISU ARGAN OIL “PINK”


    1. Sehelai tisu cukup untuk menanggalkan solekan seluruh wajah, permukaan honeycom- gandakan kuasa menanggal makeup walaupun waterproof makeup
    2. Mengandungi khasiat Argan Oil, Aloe Vera dan Vitamin E bagi melembap dan melindungi kulit muka
    3. Dermatologically Tested, Formaldehyde Free, Paraben Free, Alcohol free
    4. Sangat sesuai untuk kulit kering dan sensitive
    5. Kaya dengan antioksidan ( melambatkan kesan penuaan)
    6. Mengurangkan jerawat dan parut.

    KANDUNGAN
    Sama seperti tisu biru tapi ada penambahan agran oil

    HARGA  ASAL
    1 Paket RM8
    3 Paket RM20
    1 Kotak RM120

    HARGA PROMO
    1 Paket RM8
    9 Paket RM60 Free 1 Paket Tisu argan Oil (pink)
    1 Kotak RM108 Free 3 Paket Tisu Argan oil (pink)

    TISU FAMILY(kuning)


    Imaan Family Wipes merupakan tisu lembap hasil formulasi Madu, Aloe Vera & vitamin E yang memberi perlindungan seisi keluarga.

    CIRI PENTING

    1. Tiada alkohol
    2. Lapkan seluruh tubuh termasuk wajah
    3. Selamat untuk bayi
    4. Dihasilkan dari pengeluar bertaraf ISO 9001, ISO 22716 dan GMP

    Amat berkesan untuk menjaga kebersihan dan melindungi anda seisi keluarga. Adalah digalakan menggunakanya ketika;

    1. Anak-anak menyusu, makan, tukar lampin, muntah dan lain-lain
    2. Aktiviti diluar rumah bersama keluarga (travel, riadah, sekolah dan sukan)
    3. Untuk membersih dan menyegar kulit (daripada kotoran, peluh dan daki).
    4. Untuk hilangkan bau badan (bertindak sebagai deodorant)
    5. Untuk penjagaan orang sakit dan kurang upaya
    6. Menjaga kebersihan ibu yang menyusu badan
    7. Untuk membersih peralatan mainan kanak-kanak, perabot dan lain-lain

    Cara Penggunaan
    Lapkan tisu lembab di sekitar kulit di bahagian wajah dan tubuh.

    HARGA ASAL
    1 Paket RM6
    3 Paket RM15
    1 Kotak RM85

    HARGA PROMO
    1 Paket RM6
    9 Paket RM30
    1 Kotak RM60

    TISU IMAAN FAMININE WIPES (UNGU)



    IMAAN FEMININE WIPES adalah tisu lembap khas untuk penjagaan zon intim wanita. Tisu lembap ini dicipta dengan 3 fungsi utama Membersih, Menyegar dan Melindungi miss V

    1. Di formulasi dengan ekstrak daun SIREH dan pati MAWAR. Semulajadi, tanpa alkohol dan tanpa kimia berbahaya.
    2. Daun Sireh adalah sumber natural yang mengandungi anti septik, mampu membunuh kuman danantioksidasi berpunca dari bakteria dan kulat. Berkhasiat mengatasi masalah gatal, bau dan mencegah kuman.
    3. Pati mawar pula bertindak sebagai penyeimbang PH (3.5 - 4.5) dan memberi rasa nyaman, sejuk dan segar pada kulit.
    4. Tisu lembap ini


      • anti fungal
      • anti bakteria
      • anti septik
      • anti oksidan
      • anti keradangan.
      • rasa kering dan segar sepanjang hari. Pendek kata kalau tiada air, tiada sabun, tiada tisu..tidak lagi jadi masalah, packaging sangat hygiene, bau mawar dan extra sireh.

    Cara Penggunaan
    Hanya lap di kawasan intim wanita.untuk kegunaan luaran sahaja

    HARGA  ASAL
    1 Paket RM6
    3 Paket RM15
    1 Kotak RM85

    HARGA PROMO
    1 Paket RM6
    9 Paket RM45 Free 2 paket tisu family (kuning)
    1 Kotak RM85 Free 6 Paket tisu Family (kuning)

    Jika korang berminat menjadi angel/agent boleh klik Angel Imaan World . Bayaran sebanyak RM30 akan di kenakan. Promo pada bulan 8 adalah tisu imaan Pink, Kuning serta Ungu dan akan tamat pada 31 Ogos 2018.

    Page : Tisu Viral
    Instagram : Easy Travel
    No. tel : 0193922261  (zira)

    Kedai Repair Handphone di Ipoh

    $
    0
    0
    Kedai Repair Handphone Di Ipoh | Sebenarnya ianya dalah kebetulan cik en repair handphone kat situ. Asalnya cik en mencari kedai kamera untuk beli kamera yang cik en wishlist untuk tahun ini. Diakui susah nak cari kedai menjual kamera di Ipoh ini. Last cik en jumpa jumpa di area Meru Ipoh. Lepas tempah cik en perasan ada kedai repair handphone berdekatan kedai jual kamera tadi. Cik en masuk dan ter tukar cover belakang Samsung S7 Edge cik en ini. Kiranya ini Kedai repair Handphone di Ipoh pertama cik en masuk walaupun dulu pernah stay kat Ipoh masa bElajar di Politeknik Ungku Omar Ipoh. | Kedai Repair Handphone Di Ipoh 

    Kedai Repair Handphone Di Ipoh
    Kedai Repair Handphone Di Ipoh

    Kedai Repair Handphone Di Ipoh 

    Kedai Repair Handphone Di Ipoh yang cik en maksudkan ialah FixPro Mobile – Ipoh Android & IDevice Repair Specialist di Meru Ipoh. Kedai ini kedai Melayu dan mereka gunakan konsep Face To Face. Servis yang mereka sediakan hardware dan software. 

    Cik en asalnya tak kisah pasal retak di belakang Samsung S7 Edge cik en ini. Sebabnya cik en pakai cover belakang untuk sembunyikan tapi dah alang alang dah masuk ialah FixPro Mobile – Ipoh Android & IDevice Repair Specialist terus tanya berapa untuk tukar. Harga asal RM150 dan dia bagi diskaun RM130. Bagi cik en ok la kot sebab ada yang cik en tanya sampai RM 250 dan perlu tinggal. Yang ini murah sikit dan buat secara face to face. Tak sampai 10 minit settle tukar. 





    Kalau korang tercari Kedai Repair Handphone Di Ipoh boleh la mencuba FixPro Mobile – Ipoh Android & IDevice Repair Specialist ini. Ini detail social media mereka 

    Alamat : 12, Jalan Meru Bestari A4, Medan Meru Bestari 
    Ipoh, Perak 30020
    Phone : 012-237 7355

    Produk Translucent Menjadi Trend Terkini | Oshaz Beauty

    $
    0
    0
    Produk Translucent Menjadi Trend Terkini  | Apa itu Produk Translucent ? Produk Translucent atau dipanggil produk transparent ini merupakan trend terkini yang digunakan pakai oleh pengusaha kosmetik di Malaysia. Produk translucent ini bila di apply di muka ianya tidak akan mengubah warna asal kulit korang macam pakai natural mode. Jadi korang tak perlu nak pilih warna light ke, medium ke atau dark masa nak beli foundation atau loose powder. Kelebihan Produk Translucent yang lain adalah membantu menyamarkan pori pori yang besar dan boleh digunakan sebagai setting powder. Apa pula Setting Powder? Setting powder dipakai selepas korang apply foundation. Disebabkan itu, ramai yang mula mencari Produk Translucent untuk koleksi kosmetik mereka. | Produk Translucent Menjadi Trend Terkini

    Produk Translucent Menjadi Trend Terkini

    Diakui cik en pertama kali tahu mengenai Produk Translucent pada kosmetik. Cik sendiri tak familiar brand mana yang ada jual. Sampailah cik en jumpa Mild Foundation dan Mineral Loose Powder Translucent Radiance dari Oshaz Beauty. Masa ini cik en tahu apa itu Produk Translucent dan menjadi pilihan orang orang macam cik en yang tak tahu nak memilih tone foundation yang mana. Susah kan kalau pilih yang terlalu cerah jadi opera cina dan gelap jadi gelap pula. Cik en sejujurnya malas nak calit calit kat tangan nak tengok serasi tak dengan warna kulit. Kalau jenis Translucent ini senang nak pilih. 1 tone dan boleh dipakai semua. 

    Vitamin E untuk Kecantikan Kulit Wajah


    Ramai wanita memilih vitamin E untuk kecantikan kulit wajah. Disamping mencantikkan kulit dan wajah ia boleh membuat wajah si pengamal berseri-seri. Vitamin E dapat memperlahankan proses penghasilan kedut dengan menapis kerosakan radikal bebas melalui cara peningkatan pengeluaran kolegen iaitu tisu yang menyimpan elastisiti kulit. Vitamin E dapat mempercepatkan pertumbuhan semula sel kulit baru dan mampu mengurangkan kesan parut kerana ia akan terus meresap ke dalam kulit. Jeragat pada kulit berpunca oleh penuaan.. apabila minyak vitamin E disapu pada jeragat ia mampu melicinkan kulit yang kasar dan menggalakkan pertumbuhan sel semula.

    OSHAZ Mild Foundation 



    OSHAZ Mild Foundation mengandungi Argan Oil dan Shea Butter. Argan Oil mempunyai kandungan essential fatty acid, omega 3 dan 6 serta alpha tocopherol yang sangat kaya dengan vitamin E jika dibandingkan dengan minyak zaitun. Zat-zat yang terkandung dalam minyak argan ini sangat bermanafaat untuk kecantikan. Manakala Shea Butter pula kaya dengan vitamin A dan E. Dikenali sebagai ‘Women gold’ di mana banyak vitamin, protien, mineral dan essential fatty acid ( oleic stearic arachidic palmitic linolenic). Salah satu antioksidan yang efektif, kaya dengan caffeic acid yang mampu menangkal radikal bebas yang membolehkan melembab dan menutrisikan kulit juga memperbaiki elastisiti kulit dengan lebih baik. Pemakaian rutin boleh mendapatkan kulit yang lembab jauh dari kering, kedut dan tanda-tanda penuaan. 

    Antara kelebihan-kelebihan OSHAZ Mild Foundation

    • Ringan di muka
    • Kesan “Flawless”
    • Senang “diblend”
    • Kesan  “glowing”
    • Solekan tahan lama
    • Kawalan minyak
    • Tidak bercapuk
    • Mengandungi Mineral base + Argan Oil + shea butter yang mampu memberi kesan sekiranya DIGUNAKAN SECARA BERTERUSAN

    OSHAZ Mineral Loose Powder Translucent Radiance




    OSHAZ Mineral Loose Powder Translucent Radiance ini merupakan campuran partikel halus serbuk mineral memastikan kemasan wajah tampak bersinar dan “flawless”
    • tekstur lembut dan selesa kekal sepanjang hari
    • sesuai untuk semua jenis dan warna kulit
    • kemasan matte tapi nampak glowing
    • sesuai dijadikan “setting makeup” untuk tahan lama.


    Tapi cik en tahu, mesti ramai yang tanya. Ok ke cik en pakai? Disebabkan itu Cik en ada buat video simple makeup menggunakan kedua dua produk Ozhaz Beauty ini iaitu OSHAZ Mild Foundation dan OSHAZ Mineral Loose Powder Translucent Radiance sebagai foundation dan setting loose powder. Video simple makeup adalah adalah makeup cik en untuk bekerja. Korang boleh tengok di Instagram Eintan Nurfuzie atau channel youtube Eintan Nurfuzie.

    Jika korang sendiri nak mencuba, sekarang ini Oshaz Beauty tengah ada harga promo dan free gift combo untuk yang terawal

    Trial OSHAZ Mild Foundation : RM40 
    OSHAZ Mineral Loose Powder Translucent Radiance : RM90

    COMBO
    Trial OSHAZ Mild Foundation  + OSHAZ Mineral Loose Powder Translucent Radiance :RM120 ( Freegift lipmatte)

    Free gift combo untk 20 org terawal 

    Untuk maklumat lanjut boleh hubungi

    Instagram : https://www.instagram.com/oshazbeauty/

    Kesan penggunaan bagi setiap orang berbeza beza mengikut jenis kulit. 
    Viewing all 1599 articles
    Browse latest View live