Quantcast
Channel: Eintan Nurfuzie
Viewing all 1599 articles
Browse latest View live

Masjid Nurul Bilad Kuta Lombok Tengah | Trip Lombok Indonesia

$
0
0
Masjid Nurul Bilad Kuta Lombok Tengah | Trip Lombok Indonesia | Sambungan untuk entri seterusnya. Selesai lunch di Melati Hotel & Resort Cafe Sengigi, kami meneruskan perjalanan ke Tanjung Aan dan Bukit Merese tapi ada 1 checkpoint yang perlu kami kunjungi untuk menunaikan solat iaitu Masjid Nurul Bilad Kuta Lombok Tengah. 

Masjid Nurul Bilad Kuta Lombok Tengah

Perjalanan dari Melati Hotel & Resort Cafe Sengigi ke Masjid Nurul Bilad Kuta Lombok Tengah tak jauh mana. Tak sampai 1 km pon.


Masjid Nurul Bilad Kuta Lombok Tengah sebenarnya hampir sangat dengan Pantai Kuta Mandalika Lombok. Masa kami menunaikan solat Jamak Taqdim dan di qasarkan kami tak perasan yang Masjid ini berdekatan dengan pantai. Masa balik itu baru perasan itupun nak mencari air kalau tak silap. 


Gambar di atas ini gambar pintu masuk ke Masjid. Laman dia luas betul dan walaupun dah dirasmikan pada tahun 20 Oktober 2017 tapi kami tengok masih ada yang belum sempurna. Diberi nama Nurul Bilad yang membawa maksud "Cahaya Bagi Negeri" dan boleh menampung 1500 jemaah. 


Berbeza dengan masjid di tempat lain, Masjid ini tak ada kubah bulat tapi berbentuk segitiga dan dinspirasikan dari rumah adat Sasak dan diharap ianya dapat mengeratkan ukhwah bukan sahaja yang beragama islam tapi dengan yang bukan beragama islam juga


Berbeza di Malaysia, bahagian perempuan lebih terbuka dari masjid di Malaysia. Tempat ambil wuduk pun agak jauh dan laluannya terbuka. Tapi mungkin ini keadaan di Lombok. Masjid Nurul Bilad ini merupakan Masjid kedua terbesar selepas Masjid Raya Hubbul Wathan atau senang dipanggil Islamic Center Hubbul Wathan 

Selesai solat dan melawat masjid ini, kami meneruskan perjalanan ke Tanjung Aan dan Bukit Merese. So korang kena tunggu la untuk next entry ye..

Info lain Masjid Nurul Bilad Kuta Lombok -


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Trip Lombok Indonesia 

Hari Pertama 

Day 1.4 - Tanjung Aan dan Bukit Merese
Day 1.5 - Dusun Sasak Sade Rembitan - Lombok
Day 1.6 - Dinner Ayam Taliwang di Taliwang Irama 3 

Hari Kedua

Day 2.1 - Snorkeling di Gili Nanggu, Lunch di Gili Sudak dan Pulau Putih di Gili Kedis
Day 2.2 - Dinner Sate Rembiga di Lesehan Sate Rembiga Lombokoe

Hari Ketiga

Day 3.1 - Benang Kelambu Waterfall dan Benang Stokel Lombok Tengah
Day 3.2 - Melantak Sate Bulayak Sampai Gemuk
Day 3.3 - Sunset di Senggiri

Hari Keempat 

Day 4.1 - Shopping Beg Rotan, Lombok Exotic, Sasake, Mutiara di Sinar Abadi dan makanan di Wisata Halal Lombok
Day 4.2 - Mencuba buat replika sendiri
Day 4.3 - Makan makanan Lombok di Rumah Buyung Supir Kami
Day 4.4 - Dharma Setya Hand Woven Village

Day 4.5 - Selamat Tinggal Lombok

Pasir Pantai Tanjung Aan Yang Unik | Trip Lombok Indonesia

$
0
0
Pasir Pantai Tanjung Aan Yang Unik | Trip Lombok Indonesia | Selesai solat di Masjid Nurul Bilad kami terus bergerak ke Pantai Tanjung Aan dan Bukit Merese. Tapi untuk entri ini cik en akan kongsi dulu Pantai Tanjung Aan walaupun boleh sahaja cik en gabungkan 2 tempat ini kerana sangat berdekatan. Bukan apa, kalau asingkan ianya dapat memberikan SEO sedikit pada blog ini selain menjadikan ianya travelog cik en. Lagipun permandangan pantai dan bukit ada keindahan dia sendiri kan? Jom kita tengok apa menariknya Pantai Tanjung Aan ini


Pasir Pantai Tanjung Aan Yang Unik

Perjalanan dari Masjid Nurul Bilad ke Pantai Tanjung Aan lebih kurang 20 minit. Dibawah ini cik en print screen maps untuk bagi korang nampak. 


Masa mula nampak Pantai Tanjung Aan ini yang boleh keluar dari mulut cik en " Subhanallah, cantiknya" . Cik en sebenarnya duduk di tepi laut iaitu Lumut, Teluk Batik, Teluk Senangin dan Pulau Pangkor tapi bila tengok Pantai Tanjung Aan ini, tergaman cik en. Cantiknya. Pasir dia putih, bersih dan lautnya sangat sangat jernih. OMGGGGGG.. panas pun panas la.. hitam pun hitam la asal cik en dapat rasa keindahan depan mata cik en. 

Apa yang menarik di Pantai Tanjung Aan ini adalah pasir dia. Ada 3 jenis pasir di sepanjang pantai ini. Pasir dia dari kanan lebih halus dan mula besar sedikit dan sedikit sampai ke kiri pantai. Cik en yang teruja tak sempat nak ambil ke semua rupa pasir tapi sempat snap sekeping gambar pasir.


Cantik tak. Betul betul bulat dah macam pasir kucing je kan? Hahahha. Kalau boleh bawa balik Malaysia, cik en dah bawa balik. Jimat tak payah beli pasir kucing untuk si peyah tu. Hahaha. 

Batu di tepi pantai ini nampak macam batu yang dibuat, tapi rupanya ianya batu semulajadi. 


Kalau korang nak tahu, kat sini korang akan nampak bukit penyu. Korang tengok gambar di bawah ini. Ada rupa kepala dan cengkerang penyu. 


Cik en belanja sikit gambar disekitar Pantai Tanjung Aan ini




Cantik kan? Jom kita simpan sikit stamina untuk hiking naik Bukit Merese di next entry! Bye...

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Trip Lombok Indonesia 

Hari Pertama 

Day 1.4 - Pasir Pantai Tanjung Aan Yang Unik 
Day 1.5 - Bukit Merese
Day 1.6 - Dusun Sasak Sade Rembitan - Lombok
Day 1.7 - Dinner Ayam Taliwang di Taliwang Irama 3 

Hari Kedua

Day 2.1 - Snorkeling di Gili Nanggu, Lunch di Gili Sudak dan Pulau Putih di Gili Kedis
Day 2.2 - Dinner Sate Rembiga di Lesehan Sate Rembiga Lombokoe

Hari Ketiga

Day 3.1 - Benang Kelambu Waterfall dan Benang Stokel Lombok Tengah
Day 3.2 - Melantak Sate Bulayak Sampai Gemuk
Day 3.3 - Sunset di Senggiri

Hari Keempat 

Day 4.1 - Shopping Beg Rotan, Lombok Exotic, Sasake, Mutiara di Sinar Abadi dan makanan di Wisata Halal Lombok
Day 4.2 - Mencuba buat replika sendiri
Day 4.3 - Makan makanan Lombok di Rumah Buyung Supir Kami
Day 4.4 - Dharma Setya Hand Woven Village

Day 4.5 - Selamat Tinggal Lombok

Bukit Merese Yang Kering | Trip Lombok Indonesia

$
0
0
Bukit Merese Yang Kering | Trip Lombok Indonesia | Mesti korang tertanya tanya kenapa tajuk entri ini sebegini. Sebabnya cik en digambarkan bukit ini subur dengan rumput rumput siap ada lembu lagi tapi saat cik en naik, keadaan agak kering dan rumput semuanya mati. Cik abe cik en sendiri pun ada kata memang cantik, rumput dia dah ala ala Kundasang. Tapi apa pun, permandangannya masih cantik. Sangat cantik. Jom cik en kongsi keindahan permandangan dari atas Bukit Merese Yang Kering ini.

Bukit Merese Yang Kering | Trip Lombok Indonesia
Bukit Merese Yang Kering | Trip Lombok Indonesia

Bukit Merese Yang Kering

Perjalanan dari Pantai Tanjung Aan ke Bukit Merese ini tak la jauh mana. Sebabnya kedua dua tempat ini menghadap laut yang sama je. Dari bukit Merese boleh tengok Pantai Tanjung Aan dan juga sebaliknya. Sebab itu cik en ada share yang boleh saja cik en nak combine 2 tempat itu dengan 1 entri tapi ada sebab sebab SEO cik en pecahkan entri ini. Hahahha. Kerap la korang masuk blog cik en kan? Dibawah ini cik en share maps dari Pantai Tanjung Aan ke Bukit Merese


2 minit saja tapi nak hiking naik Bukit Merese memang bashah tiak kita. Hahahha. Sepatutnya Bukit Merese subur seperti di bawah ini yang cik en ambil di google image


Tapi agak malang pada kami ini keadaa bukit merese pada waktu kami datang


Ini disebabkan musim kemarau. Kalau diikutkan masa flight nak mendarat cik en sempat tengok, memang nampak ada bahagian nampak coklat je, pokok dan rumput kering dan ada yang menghijau. Selepas gempa bumi, ada beberapa bahagian di Lombok yang subur dan ada yang kering. Apa pun permandangan dari atas Bukit Merese memang cantik. Permandangan pantai dan laut yang awesome sangat. Jom tengok gambar gambar yang cik en snap ini








Abaikan kegemukan cik en dalam kesemua gambar ini na. Angin kuat sangat sampai menampakkan lemak lemak cik en hahahahha..

Selesai naik turun bukit ini, kami terus ke satu perkampungan suku Sasak. Kat sini cik en akan kongsi pasal Amalan Islam Watu Telu yang mana mereka beragama Islam yang mengamalkan 3 waktu sahaja satu masa dulu. Tapi di entri seterusnya la ye. Agak panjang entri tu tapi interesting untuk korang baca,

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Trip Lombok Indonesia 

Hari Pertama 

Day 1.6 - Dusun Sasak Sade Rembitan - Lombok
Day 1.7 - Dinner Ayam Taliwang di Taliwang Irama 3 

Hari Kedua

Day 2.1 - Snorkeling di Gili Nanggu, Lunch di Gili Sudak dan Pulau Putih di Gili Kedis
Day 2.2 - Dinner Sate Rembiga di Lesehan Sate Rembiga Lombokoe

Hari Ketiga

Day 3.1 - Benang Kelambu Waterfall dan Benang Stokel Lombok Tengah
Day 3.2 - Melantak Sate Bulayak Sampai Gemuk
Day 3.3 - Sunset di Senggiri

Hari Keempat 

Day 4.1 - Shopping Beg Rotan, Lombok Exotic, Sasake, Mutiara di Sinar Abadi dan makanan di Wisata Halal Lombok
Day 4.2 - Mencuba buat replika sendiri
Day 4.3 - Makan makanan Lombok di Rumah Buyung Supir Kami
Day 4.4 - Dharma Setya Hand Woven Village

Day 4.5 - Selamat Tinggal Lombok

Anak Anak Sekarang Semakin Mengenyam?

$
0
0
Anak Anak Sekarang Semakin Mengenyam? | Adalah cik en baca di facebook mengenai vaksin sekian sekian mengakibatkan anak anak semakin mengenyam. Cik en ada tengok profile facebook yang keluarkan artikel itu and .... tak perlu la cik en nak menambah dosa membawang kan? Cuma cik en terpanggil untuk bagi pendapat mengenai topik Anak Anak Sekarang Semakin Mengenyam? ini. 


Sebenarnya semua anak perempuan akan ada perasaan bernafsu selepas mereka datang haid. Its normal. Sama macam dulu. Tapi kenapa dulu tak ada kes seks di bangku sekolah atau pengaulan bebas dari sekolah rendah lagi. Banyak faktor sebenarnya dan kita tak boleh tuju pada 1 sebab ianya terjadi. 

Faktor Anak Anak Sekarang Semakin Mengenyam

  • Teknologi gadjet dan internet 

Dunia teknologi yang memang menjadi habit anak anak sekarang. Internet memang mudah untuk diakses. Kecil kecil lagi dah ada handphone canggih. Berbanding dulu, hiburan anak anak hanya bermain bersama dengan kawan sekolah. Mereka berfikir sebaris dengan fikiran kanak kanak sebab mereka bergaul dengan rakan sama usia. Apabila ada teknologi, boleh google, boleh youtube, mereka diberi pendedahan lebih daripada apa yang mereka perlu tahu. Sebab itu, anak anak sekarang super bijak dan mereka boleh menonton video seks tanpa kawalan. 

  • Khitan

Adakah korang ( ibu ibu muda) tau apa itu khitan? Khitan seperti Khatan. Cuma khitan untuk anak anak perempuan. Kenapa khitan di buat?  Khitan adalah salah satu dari 5 sunnah fitrah. Prosesnya membuang hujung kelentit anak perempuan yang mana kelentit ini memberi ransangan terkuat. Kalau nak baca lanjut boleh baca di Khitan Untuk Anak Perempuan .

  • Adab hubungan suami isteri

Walaupun cik en belum berkahwin tapi semua ini diajar masa sekolah lagi. Bukannya nak bersama suami isteri asal ko puas aku puas settle. Tapi ada adab adabnya. Adab sebelum hubungan, semasa hubungan dan selepas hubungan. Tengok balik semua itu terutama adab sebelum hubungan iaitu Nikah. Selain itu adab buang air kecil seperti berdehem sedikit. Semua itu ada sebab kenapa dalam Islam perlu dibuat. Sebabnya ianya mempengaruhi. Contoh yang mungkin korang senang faham. Korang buat kek. Semuanya tersedia dan masa adunan termasuk bahan yang expired atau semut. Walaupun diakhirnya korang dapat kek tapi rasa dan bau lain dari kek yang menggunakan bahan sempurna. 

  • Didikan ibu bapa

Cik en dulu suka kalau mak abah cik en open minded. Tapi bila cik en dah berusia sebegini, cik en rasa open minded itu tak boleh terlalu open sampai memberi ruang pada anak anak ke lembah yang tak diingini. Contoh : biarkan anak berdua dengan rakan lelaki ke sana ke sini pada usia yang muda. Mak cik en dulu wajib ada adik kalau nak ke mana mana. Kalau tiada adik beradik lain, mungkin ada sepupu atau kawan yang lebih berusia. Hadkan kebebasan dorang tapi jangan sampai mengongkong mereka. Ala ala tarik layang layang. Ada masa tarik ada masa lepas. Sebabnya keadaan dulu dan sekarang berbeza, Dulu kita boleh kongkong anak anak tapi sekarang anak anak akan jadi memberontak. Banyakkan nasihat dan teguran. 

  • Didikan Islam yang sempurna

Menjadi tanggugjawab ibu bapa untuk berikan pendidikan dunia dan akhirat yang sempurna. Dan yang penting carilah agama yang benar. Banyak sangat yang gunakan agama untuk kepentingan sendiri. Dalam Islam semuanya lengkap. Ajaran ini yang sebenarnya akan guide anak anak ini dari buat perkara berdosa. 

Ini antara yang cik en boleh fikir secara spontan semasa entri ini di buat. Mungkin korang ada pendapat yang lain dan boleh kongsi di bahagian komen ya.

Kenali Suku Sasak di Dusun Sasak Sade Rembitan | Trip Lombok Indonesia

$
0
0
Kenali Suku Sasak di Dusun Sasak Sade Rembitan | Trip Lombok Indonesia | Lambat pula cik en update untuk entri ke 6 inikan? Sebabnya entri ini panjang jadi kena pilih masa yang sesuai untuk cik en menaip panjang panjang. Hihihi. Anyway cik en dah kongsi sikit mengenai Suku Sasak yang masih ada mengamalkan Islam Wetu Telu. Islam 3 waktu solat sahaja sehari. Nampak macam pelik kan tapi itu salah satu agama yang masih wujud di Lombok. | Kenali Suku Sasak di Dusun Sasak Sade Rembitan 


Kenali Suku Sasak di Dusun Sasak Sade Rambitan 

Sebelum kami masuk ke Dusun Sasak Sade ini,kami diberi penerangan ringkas. Jadi info ini adalah dari supir, orang suku sasak dan Wikepedia. 


Anyway di Lombok majoriti suku sasak ini adalah penganut agama Islam yang ortodoks yang dikenali sebagai penganut Wektu Lima sama dengan kita di Malaysia. Yang mengamalkan Islam Wetu Telu pula banyak terdapat di Kampung Bayan, tempat asal agama ini dilahirkan. Selain itu golongan ini ada di Mataram, Pujung, Sengkol, Rambitan, Sade, Tetebatu, Bumbung, Sembalun, Senaru, Loyok dan Pasugulan. Dan tempat seterusnya cik en pergi adalah di Dusun Sasak Sade di Rambitan. Perjalanan dari Bukit Merese ke Dusun Sasak Sade ini ambil masa 30 minit. 


Kalau ikut di wikepedia,

Masyarakat Sasak memeluk agama Islam dari lewat kurun ke-16 hingga awal kurun ke-17 di bawah pengaruh Sunan Giri dan orang Muslim Makassar. Namun ada di antara mereka yang telah mencampur aduk ajaran agama Islam dengan fahaman Hindu dan Buddha untuk mencipta sebuah agama baru yang dikenali sebagai Wetu Telu

Tapi menurut Buyung supir kami, suku sasak ini belajar mengenai Islam tak lengkap selepas Sunan Giri tidak mengembangkan agama Islam sepenuhnya dan terus mengembara. Tapi selepas itu, pihak kerajaan Indonesia telah memperbetulkan kembali .

Islam Wetu Telu ini solat 3 waktu sahaja kalau tak silap, Zohor, Asar dan Isyak. Sila betulkan kalau cik en silap. sebabnya sekali imbas je dengar hari tu. Selain itu dalam bulan Ramadan mereka puasa 3 hari sahaja. Hari pertama, pertengahan dan terakhir. Dan yang paling best kalau jadi suku sasak beragama Islam Wetu Telu ini hanya seorang saja iaitu ketua agama atau pemangku adat solat untuk seluruh orang di dalam kampung itu. 

Amalan mereka yang lain termasuk mengambil bahagian dalam upacara Nyiu yang berlangsung 1000 hari setelah meninggalnya seorang kaum keluarga. Dalam upacara ini mereka akan menyembahkan barang-barang keperluan seperti pakaian, berus gigi, makanan dan tilam supaya rohnya akan lebih bahagia di syurga. Walaupun amalan dan kepercayaan mereka bercanggah dari ajaran Islam yang sebenar, mereka masih menganggap diri mereka sebagai Muslim

Selesai mengenai agama, cik en nak kongsi info rumah Suku Sasak ini. Di Malaysia, kalau rumah kita ada sekurang kurang 3 bilik. Untuk rumah Suku Sasak ini yang dipanggil Bale Tani tak ada bilik. Rumah mereka cuma ada dinding luar sahaja. Disitulah tempat tidur dan dapur. Dinding rumah mereka diperbuat daripada anyaman buluh, atap dari lalang kering dan tapak rumah tanah, getah pohon, abu jerami yang dicampur dengan najis kerbau. 


Mesti korang tertanya kan, kalau tak ada bilik, macamana anak lelaki dan anak perempuan tidur? Takkan sekali. Semestinya tidak. Anak perempuan dan ibu akan tidur di dalam atau dikenali Bale Dalam dan anak lelaki dan ayah tidur di Bale Luar. Bale Luar juga digunakan sebagai ruang tamu. Bila masa pula mak ayah dorang bersama? Hahahhaa. mesti ini pun korang bertanya gak kan? Mak Ayah atau suami isteri yang nak bersama perlu mencari ladang dan tempat yang tertutup untuk buat "projek". 

Awalnya macam tak masuk akal tapi ini kehidupan suku sasak dulu. Mereka sangat taat dengan agama sebab itu rumah yang dibina ada 3 tangga seperti dibawah ini



gambar tak clear pula

Dan mereka tambah 2 tangga lagi menanda mereka bukan lagi Wetu Telu dan sudah mengamalkan Wetu Lime. Disini juga anak perempuan yang tak pandai menenun tak boleh berkahwin. Jadi di Dusun Sasak Sade Rembitan ini, korang boleh menjamu mata dengan hasil tenunan mereka



Harga kain tenunan di sini sangat murah berbanding tempat yang lain. Harga disini 2 kali ganda lebih murah dan boleh dibayar dalam bentuk RM atau Rupiah. Cik en beli 1 pasang. Kalau tak silap lebih kurang RM85. Warna yang digunakan adalah asli dan dijamin halal. Warna ini mereka buat sendiri dengan menggunakan bahan asli yang ada seperti kayu, bunga, tanah dan lain lain.


Selain itu ada pokok cinta. Katanya bila nak menculik, lelaki dan perempuan akan berjanji berjumpa di sini sebelum dibawa lari.


Di perkampungan ini ada Masjid cuma kami tak sempat nak masuk sebab dah mulai Maghrib. Kat sana 6.30 petang dah masuk Maghrib.


Cik en lanje sedikit gambar gambar lain ye.. 





Panjang kan entri kali ini, harap ada info yang cik en tak terlepas pandang. So jumpa di next entri sebab entri selepas ini entri Food Review pula.

Sumber :
https://ms.wikipedia.org/wiki/Agama_Wetu_Telu
https://ms.wikipedia.org/wiki/Sasak

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Trip Lombok Indonesia 

Hari Pertama 

Day 1.7 - Dinner Ayam Taliwang di Taliwang Irama 3 

Hari Kedua

Day 2.1 - Snorkeling di Gili Nanggu, Lunch di Gili Sudak dan Pulau Putih di Gili Kedis
Day 2.2 - Dinner Sate Rembiga di Lesehan Sate Rembiga Lombokoe

Hari Ketiga

Day 3.1 - Benang Kelambu Waterfall dan Benang Stokel Lombok Tengah
Day 3.2 - Melantak Sate Bulayak Sampai Gemuk
Day 3.3 - Sunset di Senggiri

Hari Keempat 

Day 4.1 - Shopping Beg Rotan, Lombok Exotic, Sasake, Mutiara di Sinar Abadi dan makanan di Wisata Halal Lombok
Day 4.2 - Mencuba buat replika sendiri
Day 4.3 - Makan makanan Lombok di Rumah Buyung Supir Kami
Day 4.4 - Dharma Setya Hand Woven Village

Day 4.5 - Selamat Tinggal Lombok

Consume 5 Hari Pimple Away Kitsui Terus Jerawat Hilang

$
0
0
Consume 5 Hari Pimple Away Kitsui Terus Jerawat Hilang | Pimple Away Kitsui ini sepatutnya kena consume 7 hari tapi untuk cik en, baru consume 5 hari jerawat dah mula hilang dan anak anak jerawat yang tengah berusaha untuk keluar hilang dari pandangan. Hahaha. Anyway mesti korang nak tahu review penuh dari cik en kan? Cik en akan kongsi dari awal sehingga akhir bagaimana cik en memilih Pimple Away Kitsui dari banyak pilihan yang ada. | Consume 5 Hari Pimple Away Kitsui Terus Jerawat Hilang

Consume 5 Hari Pimple Away Kitsui Terus Jerawat Hilang

Semasa travel ke Lombok awal bulan ini, cik en memang all out dengan aktiviti snorkeling, hiking dan aktiviti di sana. Disamping itu, cik en tak boleh nak pakai apa apa produk kosmetik disebabkan cik en ada alergik sebelum pergi ke Lombok. Jadi memang muka cik en tak ada perlindungan apa apa. So kulit mula berminyak, liang pori mula terbuka, jerawat mula tumbuh dan macam ada bakal tumbuh serta blackhead dah mula ada di sekitar hidung. Sampai Malaysia cik en sempat masuk Watsons sebelum next flight untuk sambung private holiday. Dan cik en terjumpa la Pimple Away Kitsui ini. Cik en pun ada tanya rakan di facebook dan ramai beri feedback positif. 


2 hari lepas itu, cik en terus beli di Watsons dengan harga RM 38.80 dan dapat point 10x untuk members. Hihihihi


Cik en Consume 5 Hari Pimple Away Kitsui Terus Jerawat Hilang so memang berkesan la kan produk ini. Nak tahu result nya?


Disebabkan ok, cik en nak kongsi cara consume, manfaat dan yang lain lain Pimple Away Kitsui ini. 

Pimple Away Kitsui


Penyelesaian masalah jerawat, masalah otot, masalah pigmentasi, bintik-bintik hitam dan membosankan. Dihasilkan dari ramuan semula jadi dengan saiz pembungkusan 15 bungkus x 10 gm.

Faedah KitSUI ™ Pimple Away
  • Kurangkan ruang liang
  • Mencegah dan menghapuskan jerawat
  • Membaiki struktur kulit (hilang parut)
  • Mengatasi masalah kulit berminyak
  • Mengatasi jerawat dan kulit bernanah
  • Menghilangkan masalah "kepala hitam & putih" terlebih dahulu
Cara Mengambil:

Campurkan 1 paket ke dalam 150ml air suam. Goncang dan terus diminum. Minum banyak air sepanjang hari untuk kesan terbaik.

Kesemua produk Kitsui bukan ubat tapi superfood yang mana menggunakan makanan harian seperti sayur sayuran, buah buahan dan kolegen dari ikan sebagai kandungan so memang tiada label MAL yang mana digunakan untuk ubatan sahaja. Produk Kitsui mempunyai no rujukan dari KKM sahaja

Untuk pembelian korang boleh beli di Watsons atau Guardian atau detail di bawah ini

7 in 1 Cannis App is the Hit Now and Going to be listed on NASDAQ IN 2021!

$
0
0
7 in 1 Cannis App is the Hit Now and Going to be listed on NASDAQ IN 2021! | “The Upcoming Greatest Star in Nasdaq ~ Cannis”. Cannis mobile APP accumulated hundred thousand of users in less than two months time, forming a new APP trend, and is bound to become the upcoming greatest star in Nasdaq, United States.

7 in 1 Cannis App is the Hit Now and Going to be listed on NASDAQ IN 2021!

Cannis continuously invests in the most popular industries since early 2018, namely the technologies, films, beauty, preventive medicines, latest technology farming etc.. With the corporation with their strategic partners, Cannis have well extended their markets in many South East Asia countries rapidly, and expected to soon be listing on Nasdaq.


Chief Executive Officer Dato’ Ching Eu Boon also stated during Cannis’s 3000 pax conference “The Upcoming Greatest Star in Nasdaq” that Cannis’s partnership are not limited to latest technologies, such as the digital technology, huge database, artificial intelligence, but also with filming, preventive medicines and beauty industries.

“We are very much looking forward to the strategic corporation with said industries in winning users’ entrustment and enhancing the users’ end seamless O2O experience.”

App Download and Users’ Spending Set a New History-breaking Record, Cannis is born in the best era

The third quarter of year 2018 has been the most profitable season for the App Stores. The comprehensive app download amount in said season on App Store and Google Play has exceeded more than 29 billions, 10% increment as compared to the past. While the globally consumer spending has reached nearly 20 billion US dollars, an increment of 20% in comparison to the same season in the past, both set a new historical record. 

Analysing the App categories under increments of downloads, games, entertainment and video broadcasting App have been the most downloads and are found as the factors. The strong performances of the two latter types of Apps show a general demand of market for creative contents.

Overall, the third quarter of year 2018, App Store and Google Play both had historical higher downloads and consumer spendings. This fully demonstrated the market trend of an App, which continues to rise depending on the popularity of smartphone usage, providing a non-stoppable spendings and considerable development potential.

Cannis focuses on the fastest-growing industries, providing an integration platform, creates a powerful 7-in-1 function. 

A perfect Virtual-Reality combined O2O Mode



Cannis App not only incorporates innovative functions every month but also selectively invest huge funds on offline trending industries, hoping to connect offline customers’ overall spending flow with online databases, so as to start building the O2O model, letting the front-end marketing promotions, on- and offline member streaming efficiently, and back-end goods delivery services become smoother.

In terms of member diversion, Cannis members are applicable for both online and offline discounts, including any purchases at Cannis’s strategic partners’ retail stores. Online points can be used to make discounts, helping consumers to save money. Participating in a series of Cannis-designed competitions also allow members to win grand prizes through sharing.

The Chief Operating Officer of Cannis, Mr. Mohammad Mustaqim Bin Abdullah stressed that the platform will actively carry out comprehensive layout for online and offline services, so that the physical store is no longer restricted by the size or regional restrictions of the space. Through the mode of Cannis e-commerce and preferential shopping, the merchants information can be passed through at the lowest cost to a precise targeted market, therefore maximising the advertising effectiveness.

Cannis Strategic Partners

Strategic partners present on the day include EMPRO’s Dr. Coco Alex; Producer of Da Motion Production House, Encik Along; Creative Director of (凯优影视控股有限公司), Miss Bo Bo; LongTV Sdn. Bhd.’s Mr Chis Yen; Weber PDT Cancer Treatment Health Centre’s Prof. Madaya Dr. Martin E. Roberts; CEO of (名资股份有限公司), Mr. (蔡逸群) and Dr. DNA Mr Jannings Lee. 

The Honorary Consul of the Slovak Republic, Tan Sri Datuk Sri One Tee Keat said that Cannis has a keen sense on trend development. Through big databases analysis, they accurately learn the real needs of consumers. The rich ethnic culture in Malaysia also helps enlarging the business to the world, attracting future strategic partners. Whether in the media marketing or development strategies, their performances have been remarkable. 

Cannis is the world’s first integrated app that provides consumers with this wide range of App services, live broadcasting, e-commerce, discount shoppings, social networking, short videos, games and payments, can all be found on Cannis App. Cannis is convinced that having Malaysia’s diverse ethnic groups and culture as the starting point, it is easier to expand Cannis from South East Asia to the rest of the world. 

For more information, please visit http://cannis.app.

Umur Kucing Betina Boleh Mengawan

$
0
0
Umur Kucing Betina Boleh Mengawan | Rajin pula cik en tengok keyword untuk hari ini. Dalam banyak banyak cik en tertarik nak kongsi Umur Kucing Betina Boleh Mengawan. Kebetulan hari ini ramai yag bertanya Umur Kucing Betina Boleh Mengawan di klinik. Alang alang tengah ada mood menaip niche veterinar (rasanya dah lama tak kongsi niche ini) cik en nak beritahu Umur Kucing Betina Boleh Mengawan

Umur Kucing Betina Boleh Mengawan
Umur Kucing Betina Boleh Mengawan

Umur Kucing Betina Boleh Mengawan


Anyway cik en sendiri ada pengalaman dengan kucing pelanggan klinik. Boleh dikategorikan masih anak kucing. Anak kucing itu nama Suci. Tapi dah ternoda. Hahahha. Owner kurung sekali dengan kucing jantan lebih kurang 1 tahun. Owner sendiri tak sangka harapkan pegar, pegar makan padi. ahahhaha. Suci beranak sulung berumur 6 atau 7 bulan. Kucing bunting around 2 bulan atau 58 hingga 67 hari. Jadi kemungkinan Suci mula mengandung umur 4 atau 5 bulan. 

So Umur Kucing Betina Boleh Mengawan bermula 4 bulan ke atas. Tapi.. cik en tak galakkan kucing ini jadi ibu muda. Sebab akan berlaku banyak masalah seperti 

  1. Si ibu kemungkinan terbantut pertumbuhbesaran
  2. Si ibu susah untuk gemuk selepas itu
  3. Anak kemungkinan tak cukup gizi sebab si ibu pun belum cukup gizi dalam badan sebab masih muda
  4. Anak mungkin tidak sihat dan kerap sakit (kurang antibodi)
Tapi ada saja yang ok, cuma elakkan jadikan anak kucing sebagai ibu muda. Biarlah dia cukup besar around 10 bulan ke atas. Kalau pendapat cik en biarlah umur setahun ke atas. Bagi kucing betina ini selesai develope badan semaksima yang boleh sebelum berkongsi dengan anak anak. Ibu yang sihat dan baik serta penjantan yang berkualiti akan hasilkan anak anak kucing yang terbaik. 


Flower Chimp Akhiri Tahun Dengan Promosi Bang Bang Bloom

$
0
0
Flower Chimp Akhiri Tahun Dengan Promosi Bang Bang Bloom | Siapa yang tahu mengenai laman web Flower Chimp? Memang rugi la kalau korang tak tahu atau tak pernah ambil tahu. Jika sebelum ini cik en belanja korang dengan code voucher diskaun 15% kali ini cik en nak kongsi dengan korang Promosi Bang Bang Bloom atai promosi berganda ganda sempena 11.11, Deepavali dan Krismas. | Flower Chimp Akhiri Tahun Dengan Promosi Bang Bang Bloom

Flower Chimp Akhiri Tahun Dengan Promosi Bang Bang Bloom


Flower Chimp Mengakhiri Tahun 2018 dengan Kempen Berganda
Promosi Berterusan sempena Semua Sambutan

Kuala Lumpur, 31 Oktober 2018-”Lafazkan dengan bunga!”  Ya, Flower Chimp berbangga dengan seni tersendiri menzahirkan ucapan menerusi bunga. Sama ada ucapan kasih sayang, terima kasih, semoga cepat sembuh, mahupun sambutan perayaan, bunga adalah cara paling mudah untuk menzahirkannya.

Semakin kita menghampiri penghujung tahun 2018, Flower Chimp melancarkan beberapa kempen secara berterusan untuk memenuhi keperluan pelbagai sambutan yang berlangsung sepanjang suku akhir ini. Rentetan daripada kejayaan promosi dalam bulan Oktober yang menumpukan terhadap kempen kesedaran barah payudara, pelanggan pasti teruja dengan koleksi dan potongan harga terbaharu yang dilancarkan untuk mereka.

“Kami menerima maklumbalas yang memberangsangkan daripada pelanggan kami lanjutan daripada promosi Oktober ini dan kami teruja untuk melancarkan kempen terbaharu sepanjang bulan November dan Disember. Tempoh ini merupakan antara jangka masa yang paling penting bagi perniagaan secara umumnya. Dari perspektif usahawan, kami mensasarkan pertumbuhan 100% berbanding suku akhir tahun lepas,” kata Maximilian Lotz, Pengasas/Ketua Pegawai Eksekutif, Flower Chimp. “Dari perspektif pelanggan, mereka perlu membuat perancangan awal sebelum penghujung tahun kerana kebanyakannya akan mengambil cuti panjang sehingga awal tahun 2019”.

Bermula dari November, Flower Chimp akan melancarkan kempen baharu yang membolehkan pelanggan untuk terus menikmati bunga-bungaan segar pada harga berpatutan dengan penghantaran PERCUMA ke seluruh negara di semua pasaran - Malaysia, Indonesia, Filipina dan Singapura.

Solo Pun Seronok, sambutan 11.11!

Negara: MY, ID & PH


Walaupun belum berpunya, tidak semestinya anda tidak boleh menikmati bunga kegemaran anda untuk menceriakan suasana di rumah, tempat kerja mahupun menceriakan rakan anda. Sambutlah status solo anda penuh kegembiraan tahun ini dengan potongan harga 11% di platform kami.

Solo atau tidak, siapa kata anda tidak boleh membeli bunga ros merah. Hadiahi diri sendiri sebagai ganjaran selepas hampir setahun bekerja keras. Jangan lupa untuk melihat jambangan klasik seperti Jade (Harga pasaran/RRP: RM179) atau 12 Red Roses Korean Style (RRP: RM159). Kurang gemar warna merah? Bagaimana dengan Purple Hues (RRP: RM99) dan Pink Blush (RRP: RM129)? Ingat, sayangi diri anda!

Promosi ini sah dari 1 hingga 11 November 2018 di Malaysia dan dari 5 hingga 11 November 2018 di Indonesia dan Filipina.

Pancarkan Cahaya Sempena Deepavali

Negara: MY sahaja

klik

Sempena perayaan Deepavali ini, ceriakan musim sambutan ini dengan gubahan dalam pasu yang akan menyambut kedatangan tetamu sempena rumah terbuka anda.

Sesuai dengan warna-warni Deepavali, anda pasti jatuh hati dengan gubahan Kensington (RRP: RM189) yang akan menceriakan ruang tamu anda. Seimbangkan hiasan dalaman anda yang berwarna-warni dengan bunga berwarna putih seperti Carina (RRP: RM259) dan Rise and Shine (RRP: RM199). Anda juga boleh memberikan sentuhan lembut dengan Loyalty (RRP: RM189).

Flower Chimp menambahkan kemanisan tawaran sempena Deepavali ini dengan membariskan pilihan hamper hadiah dalam anggaran harga RM189 hingga RM649. Anda juga boleh menghantar hadiah dengan pilihan makanan vegetarian!

Promosi ini sah dari 1 hingga 7 November 2018. 

Keajaiban Krismas!

Negara: MY, ID, PH & SG



Tahun ini Flower Chimp mencetuskan keajaiban pada sambutan Krismas dengan pilihan pokok Krismas DIY.. Dapatkan satu daripada lima pilihan pokok tersebut dan sempurnakan dengan perhiasan kegemaran anda untuk menceriakan lagi ruang tamu. Jangan lupa untuk mendapatkan sepohon yang renek untuk tempat kerja anda untuk menaikkan semangat musim perayaan tahun ini.


No
Rekaan
Ketinggian
Harga (RM)
1
Santa Baby
4 hingga 5 kaki
799
2
Christmas Carol
5 hingga 6 kaki
899
3
The Fir Tree
6 hingga 7 kaki
999
4
Letter from Santa
7 hingga 9 kaki
1,399
5
Papa Panov
9 hingga 10 kaki
1,699

Promosi ini sah dari 28 November sementara stok masih ada.

Rakan Kongsi/Ketua Pegawai Operasi, Niklas Frassa berkata, “Menghampiri penghujung tahun, kami mahu menambah keriangan menerusi tawaran bunga kami di rantau ini. Oleh itu, kami melancarkan kempen khas ini bagi memenuhi kehendak pelanggan yang mempunyai citarasa tersendiri. Demografi pelanggan terbesar kami adakah golongan wanita berkerjaya yang tinggal di bandar besar yang menyumbang lebih separuh daripada pesanan harian kami. Sebab itu kami mencuba pendekatan spesifik untuk mengembangkan pengkalan data pelanggan dengan mensasarkan pasaran lain termasuklah golongan lelaki yang juga mempunyai kuasa membeli yang kukuh”.

p/s - Flower Chimp menawarkan ganjaran untuk anda!


Guna kod promo: BIGBANG20 untuk mendapatkan potongan harga sebanyak RM20 ke atas semua pembelian tanpa had minimum. Terhad pada satu tebusan bagi setiap pelanggan. Tidak boleh digabungkan dengan promosi lain. Tawaran ini sah sehingga 31 Disember 2018.


Hubungi kami:

Flower Chimp di Malaysia
Facebook: https://www.facebook.com/FlowerChimpMY/
Instagram: @flowerchimp

Flower Chimp di Indonesia
Laman Sesawang: https://www.flowerchimp.co.id/
Facebook:  https://www.facebook.com/FlowerChimpID/
Instagram: @flowerchimp.id

Flower Chimp di Filipina
Laman Sesawang: https://www.flowerchimp.com.ph/
Facebook: https://www.facebook.com/FlowerChimpPH/
Instagram: @flowerchimp.ph

Flower Chimp di Singapura
Facebook: https://business.facebook.com/FlowerChimpSG/
Instagram: @flowerchimp.sg

MEET THE MEN BEHIND FLOWER CHIMP 


Maximilian Lotz 

Chief Executive Officer, Flower Chimp 

As the Chief Executive Officer of Flower Chimp, Maximilian is responsible for running all facets of the business across Flower Chimp’s four markets. Maximilian has an established track record in the e-commerce space from heading the Malaysia business of hear.com, an world-leading vendor of hearing aids. Prior to that, Maximilian gained vast experience investment banking & venture capital. 

Maximilian graduated with a B.Sc. in Business Administration from Maastricht University (Netherlands) and Bocconi University Milan (Italy) 

Niklas Frassa 

Chief Operating Officer, Flower Chimp 

As the Chief Operating Officer of Flower Chimp, Niklas is responsible overseeing operations across departments in Flower Chimp’s four markets. Niklas' background is in management consulting, where he among other roles acted as a project leader for the leading management consulting firm in Germany’s media industry. Furthermore, he gained vast e-commerce experience during stints in Malaysia, Singapore and Indonesia with Southeast Asia’s leading online fashion company, Zalora. 

Niklas graduated with a M.Sc. (CEMS) in International Management from Rotterdam School of Management (Netherlands) and a B.Sc. from WHU - Otto Beisheim School of Management (Germany). 

Dinner Ayam Taliwang di Taliwang Irama 3 | Trip Lombok Indonesia

$
0
0
Dinner Ayam Taliwang di Taliwang Irama 3 | Trip Lombok Indonesia | Lama pula cik en sambung balik entri seterusnya untuk Trip Lombok Indonesia ini. Biasalah kerja cik en ini sibuk, tiba tiba dapat jemputan ke Singapore, tiba tiba kawan kahwin dan tiba tiba jadi malas. Hahahha. Untuk Trip Singapore cik en akan update nanti ya. Habiskan Trip Lombok Indonesia dulu. Selesai Kenali Suku Sasak di Dusun Sasak Sade Rembitan, keadaan mula gelap. Di Lombok pukul 6 petang dah gelap. So kami balik semula ke Mataram untuk Dinner Ayam Taliwang di Taliwang Irama 3 sebelum balik ke hotel


Dinner Ayam Taliwang di Taliwang Irama 3 | Trip Lombok Indonesia

Dinner Ayam Taliwang di Taliwang Irama 3



Abaikan muka cik en yang penat itu eh. Muka letih, lapar dan berminyak. Ayam Taliwang adalah menu khas di Lombok ini yang diperbuat daripada daging ayam. Kata cik abe cik en yang pernah datang sini, ayam dia ayam muda sebab itu nampak kecil. 



Ayam Taliwang

plecing kangkung


Ayam ini dibakar dan diletak bumbu cabai merah kering, bawang merah, bawang putih, tomat, terasi goreng, kencur, gula merah, dan garam. Dimakan bersama nasi dan plecing kangkung. Plecing kangkung terdiri dari kangkung yang direbus dan disajikan dalam keadaan sejuk dan segar dengan sambal tomat, yang dibuat dari Cabai rawit, garam, terasi dan tomat, dan kadangkala diberi tetesan jeruk limau. plecing kangkung biasanya disajikan dengan tambahan sayuran seperti taoge, kacang panjang, kacang tanah goreng. 

Nampak pula ikan kan dalam menu kami? Bonde tak digalakkan makan ayam. Jadi menu ikan itu menu dia. Tapi kami ngap juga. Sebab sedap. Ikan apa cik en tak pasti sebab cik en fail dalam nama nama ikan ini. hahaha


Lupa pula nak kongsi maps perjalanan dari Dusun Sasak Sade Rembitan ke Taliwang Irama 3 ini. Perjalanan ambil masa 1 jam juga la. 


Ok, settle untuk hari pertama di Lombok. Kami perlu rehat cukup cukup sebab hari kedua akan jadi hari meletihkan kami. Kami terus ke hotel tapi ada masalah. Bukan hotel tapi miscommunication antara travel agensi. Cik en tak nak story sebabnya supir kami cukup perfect cover balik masalah hotel malam pertama itu dengan aktiviti selepas itu. Kalau korang nak tahu, korang boleh personal tanya cik en ok?


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Trip Lombok Indonesia 

Hari Pertama 


Hari Kedua

Day 2.1 - Snorkeling di Gili Nanggu, Lunch di Gili Sudak dan Pulau Putih di Gili Kedis
Day 2.2 - Dinner Sate Rembiga di Lesehan Sate Rembiga Lombokoe

Hari Ketiga

Day 3.1 - Benang Kelambu Waterfall dan Benang Stokel Lombok Tengah
Day 3.2 - Melantak Sate Bulayak Sampai Gemuk
Day 3.3 - Sunset di Senggiri

Hari Keempat 

Day 4.1 - Shopping Beg Rotan, Lombok Exotic, Sasake, Mutiara di Sinar Abadi dan makanan di Wisata Halal Lombok
Day 4.2 - Mencuba buat replika sendiri
Day 4.3 - Makan makanan Lombok di Rumah Buyung Supir Kami
Day 4.4 - Dharma Setya Hand Woven Village

Day 4.5 - Selamat Tinggal Lombok

Snorkeling di Gili Nanggu | Trip Lombok Indonesia

$
0
0
Snorkeling di Gili Nanggu | Trip Lombok Indonesia | Morning all, masuk entri hari kedua Trip Lombok Indonesia. Mulanya cik en nak gabungkan ke tiga tiga Gili iaitu Gili Nanggu, Gili Sudak dan Gili Kedis tapi bila masa banyak pula gambar cik en nak kongsi, cik en pecahkan setiap tempat setiap satu entri. Rajin nau kan cik en ini. Hahahha. Apa apa pun cik en nak abadikan moment indah ini sebaik mungkin. Manatahu nanti one day bila baca artikel ini akan buat nak ke Lombok semula. | Sumpah Cantik Gila Snorkeling di Gili Nanggu | Trip Lombok Indonesia 

Snorkeling di Gili Nanggu

Snorkeling di Gili Nanggu


Anyway perjalanan kami dari hotel ke jeti ke Gili Nanggu, Sudak dan Kedis ini dalam 1 jam. Anyway cik en buat check point Pelabuhan Tawun tapi sebenarnya kami naik bot di tempat lain. Cik en cuba cari di google maps tapi gambar tahun 2015. So memang banyak perubahan la kan. Apa apa pun kalau korang nak kesana guna je perkhidmatan supir kami je. Detail lengkap di entri Pakej Snorkeling di Lombok. Lengkap dengan pakej go pro dan gambar cantik cantik. Pendek kata hari ke 2 dan seterusnya hasil kamera handphone mereka lagi cantik dari kami. Hahahah


Mesti ada tertanya kenapa tak pergi ke Gili gili yang sememangnya terkenal dan cantik? Disebabkan keadaan gempa sebelum ini kami dinasihatkan tidak kesana. Agak kecewa tapi sejujurnya lepas habis aktiviti hari ke 2 ini, cik en rasa sangat berbaloi ke tempat ini. Agak private sebab tak ramai orang sangat, tak bersesak dan permandangan yang cantik. Tak caya korang kena baca entri tuk hari ke 2 ini okey?




Sampai ke Gili pertama, Gili Nanggu, kami tak terus snorkeling, Buyung, Jarjit dan Kamaruddin ajak kami keliling Gili dan mematahkan mood cik en. Cik en nak snorkeling la. Asal nak keliling gili pulak. Sekali lagi cik en salah, sekeliling Gili Nanggu tempatnya cantik cantik. Ada ala ala Korea, ala ala Jepun. hahahaha. 









Itu baru gambar keliling Gili Nanggu je tau. Belum lagi snorkeling. Ini baru gambar gamabr snorkeling pula.














Cantik kan? Ada video tau tapi cik en masih belum edit lagi. Apa apa pun nanti kalau siap cik en akan upload di youtube cik en di Channel Eintan Nurfuzie. Ini snorkeling kali kedua cik en. 1st cik en snorkeling di krabi . So di compare di Krabi dan Gili Nanggu. Gili Nanggu best sangat. Ikan banyak dan coral dia cantik sangat sangat. Disebabkan kami datang dengan private bot, so driver bot pandai cari port coral yang cantik. 

Sepanjang kami snorkeling, supir bot (betul ke pangkat dia tu? ahahha) Kamaruddin menggunakan Go Pro kauuuuu.. So korang akan tahu kualiti gambarnya kan? Dan semua gambar snorkeling semua dari Go Pro Kamaruddin. I Love You Kamaruddin. Perfect dan cun giler gambar dia. Harga pakej ini cik en tak pasti tapi include dalam pakej kami bayar. Dan juga thanks sebab masakkan kami pisang dan ubi goreng. Rasanya tak ada dalam pakej tapi ada. Thanks pada Buyung dan Jarjit juga. Eh.. macam dah masuk entri terakhir pula nak ucap terima kasih bagai ini. Hahahhaa.. 

Okey, stay tuned untuk entri seterusnya di Gili seterusnya iaitu Gili Kedis untuk kami lunch. 

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Trip Lombok Indonesia 

Hari Pertama 


Hari Kedua

Day 2.1 - Snorkeling di Gili Nanggu
Day 2.2 - Lunch di Gili Sudak
Day 2.3 - Pulau Putih di Gili Kedis
Day 2.2 - Dinner Sate Rembiga di Lesehan Sate Rembiga Lombok

Hari Ketiga

Day 3.1 - Benang Kelambu Waterfall dan Benang Stokel Lombok Tengah
Day 3.2 - Melantak Sate Bulayak Sampai Gemuk
Day 3.3 - Sunset di Senggiri

Hari Keempat 

Day 4.1 - Shopping Beg Rotan, Lombok Exotic, Sasake, Mutiara di Sinar Abadi dan makanan di Wisata Halal Lombok
Day 4.2 - Mencuba buat replika sendiri
Day 4.3 - Makan makanan Lombok di Rumah Buyung Supir Kami
Day 4.4 - Dharma Setya Hand Woven Village

Day 4.5 - Selamat Tinggal Lombok

Starfish dan Lunch di Gili Sudak | Trip Lombok Indonesia

$
0
0
Starfish dan Lunch di Gili Sudak | Trip Lombok Indonesia | Pernah korang tengok starfish atau tapak sulaiman hidup live tak? Cik en tak sangka leh jumpa Patrick live kat sini. Comel rupanya starfish ini. Di Gili Sudak, starfish ini merata rata ada. Ada kecil dan besar. Selain itu, kat Gili Sudak ini tempat makan lunch kami. Heaven sangat rasanya. Makan menghadap laut gitew. Sini kami tak keliling pulau. Selesai makan dan bergambar dengan starfish kami terus ke Gili seterusnya


Starfish dan Lunch di Gili Sudak

Gili Sudak dan Gili Nanggu terpisah dengan Gili Tangkong. So puas snorkeling kami terus naik bot ke Gili Sudak. Ingatkan nak berenang pakai life jacket je ke sana tapi rasanya sampai malam tak sampai sebab cik en bukannya pandai berenang. hahahahah. 


Jom tengok menu kami untuk lunch hari kedua dan gambar kami baling baling starfish. Hahhahaha












Ada yang tanya kenapa kena baling baling starfish tu.  Anyway apa yang Buyung beritahu, starfish tak boleh lama duduk di tempat kering. Jadi selesai berselfie kena masukkan balik kat air cepat cepat. Paling cepat dengan baling terus ke laut. Korang nampak saja tinggi, anyway teknik ambil gambar je tu. Ianya tak mencederakan starfish

Kat sini ada udang kara fresh. Nak masakkan boleh. Tapi confirm mahal kan? Lagipun memang tak ada dalam pakej. Selesai semuanya kami teruskan ke Pulau Putih atau Gili Kedis. Dari Gili Sudak memang dah nampak Gili Kedis ini. Malang sikit bila sampai sana iar dah surut. So tak leh nak snorkeling lagi. Apa apa tunggu next entri di Gili Kedis

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Trip Lombok Indonesia 

Hari Pertama 


Hari Kedua

Day 2.1 - Snorkeling di Gili Nanggu
Day 2.2 - Lunch di Gili Sudak
Day 2.3 - Pulau Putih di Gili Kedis
Day 2.2 - Dinner Sate Rembiga di Lesehan Sate Rembiga Lombok

Hari Ketiga

Day 3.1 - Benang Kelambu Waterfall dan Benang Stokel Lombok Tengah
Day 3.2 - Melantak Sate Bulayak Sampai Gemuk
Day 3.3 - Sunset di Senggiri

Hari Keempat 

Day 4.1 - Shopping Beg Rotan, Lombok Exotic, Sasake, Mutiara di Sinar Abadi dan makanan di Wisata Halal Lombok
Day 4.2 - Mencuba buat replika sendiri
Day 4.3 - Makan makanan Lombok di Rumah Buyung Supir Kami
Day 4.4 - Dharma Setya Hand Woven Village

Day 4.5 - Selamat Tinggal Lombok

SUMBER AYU 3X WHITENING PEARLY WHITE Mencerah dan menyegarkan Feminin Wanita

$
0
0
SUMBER AYU 3X WHITENING PEARLY WHITE Mencerah dan menyegarkan Feminin Wanita | Setelah beberapa kali survey pencuci feminin di drugstore dan dah sekian lama tengok SUMBER AYU 3X WHITENING PEARLY WHITE baru kali ini cik en memilih untuk mencubanya. Rasanya ramai juga wanita yang ada masalah gelap di sekitar kawasan intim. Termasuk cik en juga. Pernah cuba sabun beras siam dan sabun papaya tapi buat kawasan intim cik en jadi kering dan pedih. Iyalah, PH yang tak sesuai akan buat kawasan tersebut melecet dan tak selesa. Nasib cepat diperkenalkan dengan SUMBER AYU 3X WHITENING PEARLY WHITE ini, kalau tak tak tahula apa jadi dengan kawasan intim cik en ini. Hahhahah

SUMBER AYU 3X WHITENING PEARLY WHITE Mencerah dan menyegarkan Feminin Wanita

SUMBER AYU 3X WHITENING PEARLY WHITE Mencerah dan menyegarkan Feminin Wanita


Memperkenalkan SUMBER AYU 3X WHITENING PEARLY WHITE untuk pencerahan dan kesegaran feminin wanita

SUMBER AYU 3X WHITENING PEARLY WHITE Mencerah dan menyegarkan Feminin Wanita

Pernahkah anda tertanya-tanya, mengapa kulit di sekitar kawasan intim anda lebih gelap berbanding kawasan kulit badan yang lain? Sudahkah anda mencuba pelbagai kaedah yang berbeza untuk mencerahkan warna kulit di kawasan intim anda tetapi belum ada yang berkesan? 

Adakah masalah ini membawa kepada kurang keyakinan diri dan menimbulkan masalah apabila bersama suami? Usah bimbang lagi! Kini dengan adanya Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White ianya dapat membantu anda mengurangkan masalah kulit gelap di area Miss V anda. 

Anda tidak perlu berasa malu apabila menghadapi masalah di bahagian intim anda. Sudah pastinya anda tidak berseorangan, kerana terdapat ramai dikalangan wanita diseluruh dunia yang mempunyai kegelapan warna kulit di bahagian intim. Pelbagai faktor-faktor yang menyumbangkan kepada perubahan warna yang boleh menyebabkan kegelapan di bahagian intim seperti faktor usia, ketidakseimbangan hormon, penambahan berat badan, pemakaian baju yang ketat dan kebiasaan bercukur. Walaubagaimanapun, sudah tentu sekali anda berasa diri anda kurang tertarik dan akan timbul perasaan kurang selesa. Dengan adanya Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White, ia bukan sahaja mencerahkan kulit di kawasan intim tetapi ia juga dapat melonjakkan tahap keyakinan diri anda. 


Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White dimana kandungannya bukan sekadar 1, bahkan 3 ekstrak pemutih semulajadi yang membantu meringankan dan mencerahkan tona warna kulit. Ekstrak tersebut adalah licorice, bengkoang dan susu. Sejak berabad yang lalu, licorice sudah digunakan bukan sahaja oleh masyarakat Asia malah digunakan oleh masyarakat Yunani dan Mesir kerana keberkesanannya untuk mendapatkan tona kulit yang cerah. Manakala bengkoang mengandungi vitamin B1 dan C dimana ia dapat membantu memperlahankan proses penuaan dan memberikan kulit yang lebih sihat dan cerah bersinar. Susu pula bermanfaat untuk mengurangkan perubahan warna, memperbaiki tona kulit yang tidak sekata dan sekaligus mencerahkan kulit. 

Dengan memilih pencuci feminin yang mempunyai tahap keseimbangan kandungan pH 3.5 sehingga 4.5, ianya dapat menyumbangkan tahap keselesaan yang lebih kepada golongan wanita moden hari ini. Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White mengandungi tahap pH 3.5 yang berada dalam linkungan pH normal feminin iaitu dianatara 3.5 hingga 4.5, bagi memastikan kawasan feminin berada dalam keadaan yang selesa . Ia mengandungi bahan antiseptik semulajadi bagi mengelakkan bakteria jahat, bau yang kurang menyenangkan dan kegatalan.

Selain daripada kayu rapet dan ekstrak manjakani sebagai ramuan tradisional, Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White kini juga menggandakan kuantitinya untuk memberikan faedah yang lebih besar. Kayu Rapet dan ekstrak manjakani merupakan bahan semulajadi yang dapat membantu mengetatkan kawasan feminin dan ini dapat memberikan keyakinan yang tinggi kepada wanita moden serta memberikan perkahwinan yang lebih mesra. 

Tambahan pula, Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White adalah bebas alergen dengan wangian yang sederhana. Selain itu, ia juga memberikan keselesaan bagi pengguna yang berkulit sensitif dan memberikan kesegaran sepanjang hari. Bagi menghargai kepentingan pengguna yang beragaman Islam, Sumber Ayu 3X Pearly White diiktiraf halal.


Apabila ramuan-ramuan ini dibentuk menjadi 1, Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White dapat membantu mengurangkan kegelapan kulit dengan cara mengurangkan pembentukan melamin dan seterusnya dapat membantu pertumbuhan semula kulit. Ianya juga dapat mengetatkan kawasan feminin dan mengawal kandungan pH disekitarnya. 

Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White kini dengan pembungkusan klasik yang diilhamkan mengikut bentuk badan wanita dan terdapat penambahbaikan dengan tekstur yang lebih lembut dan pekat. Produk ini boleh didapati dengan harga mampu milik dan didatangkan dengan 2 saiz berbeza iaitu 90ML dengan harga RM9.20 dan 200ML dengan harga RM15.50.

SUMBER AYU rangkaian produk penjagaan diri yang berkualiti tinggi dengan bangganya dibawakan kepada anda oleh WIPRO UNZA. Rangkaian Produk SUMBER AYU ini boleh didapati di pasaraya besar, pasar raya dan juga farmasi.

Stemcell MixBerries Kitsui Untuk Penjagaan Tubuh Badan dan Kulit

$
0
0
Stemcell MixBerries Kitsui Untuk Penjagaan Tubuh Badan dan Kulit | Ingat lagi tak cik en ada review Pimple Away Kitsui sebelum ini? Dengan hanya 5 hari consume superfood kitsui ini memang dah nampak kesannya. Disebabkan itu, cik en excited nak mencuba salah satu lagi produk Kitsui iaitu Stemcell MixBerries Kitsui. Stemcell MixBerries Kitsui ini adalah minuman lengkap untuk body dan skin kita. Dengan memberi kesan melindungi, mengurangkan dan menambahbaikkan body dan skin kita menjadi punca cik en memilih Stemcell MixBerries Kitsui dari superfood yang lain. 

Stemcell MixBerries Kitsui
Stemcell MixBerries Kitsui

Stemcell MixBerries Kitsui 


Mesti korang tertanya, kenapa cik en nyatakan Stemcell MixBerries Kitsui ini superfood kan? Produk Kitsui termasuk Stemcell MixBerries Kitsui bukan dibuat daripada ubatan tapi adalah produk yg diperbuat dari makanan seharian kita seperti sayur-sayuran , buah-buahan dan kolagen dari ikan. So kalau korang tercari cari No. MAL memang tak kan jumpa la sebab No. MAL hanya untuk produk yang mempunyai ubat. Produk KITSUI cuma ada No.Reference Dari Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) dan dikategorikan sebagai makanan. So korang jangan risau akan ada kesan kesan sampingan. 


Stemcell MixBerries Kitsui ini campuran buah buahan dan Collagen sahaja seperti 

  • Blueberry
  • Blackcurrant
  • Rasberry
  • Elderberry
  • Red Grape
  • Strawberry
  • Cranberry
  • Collagen StemCell
Sebelum ini cik en pun amalkan minuman tambahan berasaskan jenis berry ini. Memang kesan dia terbukti sangat. So bila nampak Stemcell MixBerries Kitsui ini adalah campuran buah berry yang mempunyai kualiti yang terbaik cik en memang yakin kesan dia. Kalau nak kesan lebih baik cik en recommended untuk jadikan amalan setiap hari dalam jangka masa yang panjang. Itu pun kalau korang nak dapatkan kulit macam cik en la. Hihihi


Stemcell MixBerries Kitsui ini berfungsi untuk melindungi dari cahaya UV dan bebas radikal, mengurangkan pigmentasi, bintik hitam dan kedutan serta improve dark Eye Circke, Eyesight dan tekstur kulit kita. Cara pengambilannya sangat mudah, campurkan 1 paket dengan 150ml air suam, shake atau kacau sehingga larut dan terus minum serta merta selepas sarapan pagi. Jangan lupa minum air secukupnya sepanjang hari untuk kesan yang terbaik. Rasanya masam masam macam makan strawberry tapi rasa mild la tak la ekstrem. 

Dan mesti korang nak tengok review jujur atau testimoni dari cik en kan? Cik en sebenarnya ada masalah Dark Eye Circle atau lingkaran gelap di bawah mata. Mungkin sebab cik en menggunakan contact lens sepanjang hari, selalu tak cukup tidur dan mengadap laptop dan handphone untuk selesaikan kerja pejabat dan blog. So semakin hari semakin teruk pula kadar kegelapan itu. Hahaha. Dan ini hasilnya dengan 7 hari mengamalkan Stemcell MixBerries Kitsui ini


Walaupun tak la tak ada langsung dark circle tapi memang dah reduce la dari sebelum ini. Selagi cik en sibuk dan tak cuku tidur semestinya akan ada cuma ianya semakin hari semakin kurang la. 

Untuk pembelian korang boleh beli di Watsons atau Guardian atau detail di bawah ini dengan harga RM 37.00 

100Mbps hanya RM99? Rasanya Dah Boleh Bertukar kepada TIME Internet

$
0
0
100Mbps hanya RM99? Rasanya Dah Boleh Bertukar kepada TIME Internet | Sebagai seorang blogger, pemain game online tegar dan kaki online yang extreme, semestinya korang mencari dan terus mencari pelan jalurlebar yang murah tapi mampu memberi kelajuan maksimun dalam melayari kegilaan korang bila berada dalam talian dan dapat mengatasi masalah gangguan semasa melayari seperti cuaca, bangunan dan lain lain lagi termasuklah cik en. Banyak pelan yang ditawarkan tapi cik en tak nampak pakej yang berbaloi dari segi kelajuan, harga dan kepuasan. Sampai la cik en diperkenakan dengan TIME. Dan cik en sangat tertarik dengan Internet Time yang telah melancarkan langganan dalam talian TIME untuk pelan jalurlebar eksklusif 100Mbps dengan hanya RM99 sahaja.


100Mbps hanya RM99? Rasanya Dah Boeh Bertukar kepada TIME Internet 

Dalam perlancaran itu juga, TIME juga melancarkan pelan jalur lebar rumah terpantas di Malaysia iaitu 1Gbps. Gigabit tau bukan lagi Megabit. Dengan 1Gbps atau 1000 Mbps ini, korang memang akan puas melayari internet seperti tanpa ada halangan halangan yang boleh buat mood korang menjad Hulk. Hahahha. Dengan 1Gbps korang boleh muat turun video, stream movie dan muat naik gambar tanpa perlu menunggu atau buffering langsung. Berdesup sekelip mata dah tersave. Tak sempat korang nak ke tandas dah boleh layan movie. Selain itu untuk kaki games online pula, korang akan merasai kelajuan permainan tanpa "hang" walaupun dalam masa yang sama korang tengah layan internet yang lain seperti youtube dan sosial media yang lain. Kalau yang buat bisnes online pula, korang boleh jawab pertanyaan pelanggan tanpa sempat pelanggan nak bertanya. Hahahhaha. Just joke okey!

Tapi cik en selalu ada masalah bila cuaca tak menentu seperti hujan dan ribut. Baru nak layan streaming Gegarvaganza di youtube, mai hujan, tersekat sekat pula. Hilang mood tau. Sebab nak selesaikan masalah itu cik en memang nak memilih Fibre Broadband dari mobile broadband. TIME menggunakan Fibre Broadband yang mana ianya sambungan jalur lebar yang lebih cepat, dipercayai, selamat, muat turun dan muat turun yang lebih tinggi dan dapat nilai harga yang lebih murah. Pendek kata harga yang dibayar berbaloi dengan perkhidmatan yang di tawarkan. 


Tapi the best deal dari TIME adalah 100Mbps dengan harga hanya RM99 berbanding dengan pelan internet yang lain yang kebiasaan harga RM129++. Lagi best dengan TIME ini, kelajuan muat turun dan muat naik sama iaitu 100Mbps berbanding pelan yang lain. Barulah betul kan bila korang memilih pelan jalurlebar kelajuan 100Mbps. 


Berbanding dengan pelan internet yang terkenal di Malaysia, pakej mereka tawarkan adalah 100Mbps tapi korang takkan dapat kelajuan yang sama untuk muat turun dan muat naik. Contoh ambil pakej 100Mbps tapi kelajuan untuk muat turun adalah 100Mbps dan hanya 50Mbps kelajuan untuk muat naik. Sebab itu pengguna pelan internet yang lain termasuk sekarang cik en gunakan Pelan U dapat rasakan perbezaan tersebut.

Untuk pelan Time 100Mbps hanya RM99 dan pelan TIME yang lain, korang tak perlu nak bersiap berjam jam make up dan keluar untuk mendaftar, sebabnya pendaftaran pelan TIME hanya terdapat dalam online sahaja dan siap mendaftar dalam beberapa minit saja tau! Kalau korang nak tahu juga masa untuk mendaftar adalah sangat sangat terhad. So korang kena cepat cepat melanggan sebelum tamat tempoh tawaran dan jadilah orang pertama menggunakannya. Baru la boleh berlagak (ahahhaha).

And last, TIME menawarkan off RM100 dalam bil kalau korang mendaftar sekarang. Untuk mendaftar dan maklumat lanjut korang boleh ke https://bit.ly/2PeKS0g


Buat Kes Kucing Kena Batu Karang 2 Serentak

$
0
0
Buat Kes Kucing Kena Batu Karang 2 Serentak  | Lamanya cik en tak kongsi story story semasa kerja kan? Kerap sangat keluarkan niche beauty dan travel lately ini. So hari ini cik en nak kongsi dengan korang 2 kes pagi tadi. Seawal 8.30 pagi klinik veterinar dah dibuka. Kes pertama adalah kes kucing tak boleh kencing dan semestinya cik en dah boleh agak ianya kes batu karang. Belum selesai kes pertama masuk kes kedua, kes yang sama tapi condition kucingnya agak lemah


Buat Kes Kucing Kena Batu Karang 2 Serentak


Mana yang tak tahu lagi, kucing jantan selalunya akan kena Batu Karang atau FLUTD berbanding kucing betina. Macam mana nak tahu kucing kita kena batu karang? korang boleh baca artikel Kenapa Kucing Kencing Berdarah , Kucing Kencing Sikit Sikit Petanda Batu Karang atau entri Penyakit Sistem Urinari Kucing. Untuk kes pagi tadi seperti cik en story di awal tadi ini merupakan kes pertama yang cik en buat serentak disebabkan kalau cik en tunggu takut masalah lagi kronik. 

Kucing 1 - Kucing datang 8.30 pagi dan ianya refer 3 hari sebelum ini yang cik en dah beri injection dan ubat urinary. Owner datang harini katanya kucing itu dah tak boleh kencing dan bising setiap kali nak kencing tapi kucing masih aktif dan manja. Cik en terus buat disebabkan tak ramai orang lagi. Selesai bius, cik en buat proses flushing dan drip 

Kucing 2 - kes datang 9.30 pagi, keadaan kucing agak lemah dan cik en terus buat tapi tak biuskan kerana ada risiko kalau dibiuskan. Selesai flushing kucing boleh mula akan muka dan mula berjalan

Anyway kedua dua kes ini alhamdulilah berjaya dan diharap mereka akan sihat. Apa yang penting, kedua dua owner kucing ini perlu cari makanan kucing jenis Urinary S/O jenama Royal Canin

Cik En Tak Takut Anjing Eh?

$
0
0
Cik En Tak Takut Anjing Eh? | Seringkali cik en akan diaju soalan ini bila upload gambar bersama dengan anjing. Cik En Tak Takut Anjing Eh? Beraninya cik en? dan macam macam lagi tapi cik en faham kita dah difahamkan anjing memang garang suka mengigit. Lagipun mentaliti kita rakyat Malaysia terutama bangsa Melayu yang anjing ini bukan haiwan yang penyayang seperti kucing. Sebab itu cik en pernah keluarkan artikel Ubah Persepsi Anda Terhadap Anjing pada 2016. Sesiapa yang belum membaca cik en harap korang boleh baca artikel itu untuk korang boleh kenal haiwan bernama anjing ini. 


Cik En Tak Takut Anjing Eh?


Berbalik kepada Cik En Tak Takut Anjing Eh? cik en pun macam korang semua juga. Ada juga perasaan takut dan was was. Lagi lagi cik en berdepan dengan mereka dalam pelbagai keadaan seperti sakit, marah dan agresif. Walau haiwan apa pun even kucing, korang bukannya boleh main terkam je. Jumpa kucing comel terus kejar. Confirm kucing pun akan lari atau bertindak agresif. 

Tips yang cik en akan amalkan bila berhadapan dengan mana mana haiwan yang datang ke klinik atau dimana mana tempat adalah 

  1. Perhatikan matanya, mata takkan menipu. Saiz mata hitam membawa maksud yang tertentu. Jika mata hitam besar maknanya mereka takut. Kalau ditambah dengan kemerahan (bukan masalah sakit mata) kemungkinan mereka tengah marah
  2. Perhatikan gerak badan mereka. Mereka menyinga atau menikus
  3. Jangan terus terkam, peluk, sentuh atau apa apa pun. Mulakan dengan sentuh bahagian yang dia nampak seperti dahi atau kepala. Jika tak ada tindakan agresif, baru perlahan lahan gosok bahagian batang hidung. Pastikan alert bahagian mana yang sakit dan sentuh perlahan lahan di kawasan itu. 
  4. Kalau dah nampak agresif, better jauhkan diri dulu dan mula pujuk guna mulut. 
  5. Kalau kucing cik en akan guna tuala dan tutup mata dulu dan mula perlahan lahan sentuh bahagian badan. 



Untuk kes Fillo dan kawan kawan dia yang mana tinggal di sebelah rumah cik en ini. Cik en ambil masa hampir setengah tahun untuk berkawan dengan mereka. Fillo jenis baka Great Dane. Anjing paling besar. Nampak menakutkan sebab tinggi dia separuh badan cik en tapi paling manja sebenarnya. Anyway anjing yang kecil ini yang paling berbahaya. Sebab mereka suka mengigit bila rasa terancam.

Cik en pernah kena gigit dengan anjing?


Image result for shih tzu

Of Course. Anjing jenis Shi Tzu. Anjing kecil nampak comel sangat tapi kalau terancam atau marah suka mengigit. Anyway tak teruk tapi sakit juga la. Tapi tak terlawan kesan gigit dan luka dari kucing. Sampai 2 3 kali tersembur darah dari kesan gigitan kucing. Hahahhaha

Pulau Putih di Gili Kedis | Trip Lombok Indonesia

$
0
0
Pulau Putih di Gili Kedis | Trip Lombok Indonesia | Settle 2 Gili so kami teruskan ke gili terakhir. Gili ini hanya berdepan dengan Gili Sudak. Masa kami makan memang nampak Gili Kedis. Nampak putih sebab Gili Kedis ini tak banyak pokok dan kecil saja. Pasir dia memang putih sangat. Sepatutnya kami akan snorkeling lagi tapi air surut jadi tak dapat nak snorkeling. Tapi apa pun, kat Gili Kedis ini buat cik en jadi popular sekejap di media sosial di Malaysia ini. Hahaha. Nak tahu apa kena la baca sampai habis entri ini. | Pulau Putih di Gili Kedis | Trip Lombok Indonesia


Pulau Putih di Gili Kedis | Trip Lombok Indonesia


Pernah tak gambar ini? Kalau korang like page Siakap Keli dan Instagram Suriafm kemungkinan korang pernah tengok. Gambar ini tiba tiba jadi viral dan cik en syak ada friends facebook cik admin SiakapKeli. Hahahha. Tak marah tapi suka pula baca komen komen. Ada kata ini budak budak indonesia yang memang dan memang nak mengaku ini idea Buyung, supir kami. Kami sebenarnya masih tak dapat nak buat aksi aksi rare camni. Hahha, Eh jumpa sambung story pasal pulau putih ini. Dari Gili Sudak ke Gili Kedis ini korang boleh tengok maps di bawah ini


Antara gambar menarik yang kami tangkap gambar di Gili Kedis ini seperti














Saiz Gili Kedis hanya sebesar gelanggang tenis je. Memang kecil tapi tarikan dia pada pasirnya yang putih. Dibawah ini gambar cik en ambik dari google image untuk korang nampak besar mana je Gili Kedis ini.

Image result for gili kedis

Disini kami lepak sementara tunggu petang. Sebab lepas ini kami akan makan makanan popular di Lombok iaitu Sate Rembiga. Stay tunedddd..

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Trip Lombok Indonesia 

Hari Pertama 


Hari Kedua

Day 2.2 - Dinner Sate Rembiga di Lesehan Sate Rembiga Lombok

Hari Ketiga

Day 3.1 - Benang Kelambu Waterfall dan Benang Stokel Lombok Tengah
Day 3.2 - Melantak Sate Bulayak Sampai Gemuk
Day 3.3 - Sunset di Senggiri

Hari Keempat 

Day 4.1 - Shopping Beg Rotan, Lombok Exotic, Sasake, Mutiara di Sinar Abadi dan makanan di Wisata Halal Lombok
Day 4.2 - Mencuba buat replika sendiri
Day 4.3 - Makan makanan Lombok di Rumah Buyung Supir Kami
Day 4.4 - Dharma Setya Hand Woven Village

Day 4.5 - Selamat Tinggal Lombok

Dinner Sate Rembiga di Lesehan Sate Rembiga Lombok | Trip Lombok Indonesia

$
0
0
Dinner Sate Rembiga di Lesehan Sate Rembiga Lombok | Trip Lombok Indonesia | Penat dengan snorkeling dan aktiviti pantai, sampai masa untuk kami makan malam. Untuk malam kedua kami Dinner Sate Rembiga di Lesehan Sate Rembiga Lombok. Kali ini kami bukan makan bertiga seperti sebelum ini tapi makan bersama Buyung, Jarjit dan seorang lagi tetamu istimewa Pak Akbar. bosnya mereka berdua. Ada masalah kami bincangkan tapi biarlah cik en simpan masalah itu sebagai satu satunya kenangan pahit kami. Untuk Sate Rembiga macam sate di Malaysia cuma versi Indonesia. Yang penting ianya lebih pedas dari Malaysia. | Dinner Sate Rembiga di Lesehan Sate Rembiga Lombok

Dinner Sate Rembiga di Lesehan Sate Rembiga Lombok | Trip Lombok Indonesia
Dinner Sate Rembiga di Lesehan Sate Rembiga Lombok

Dinner Sate Rembiga di Lesehan Sate Rembiga Lombok


Seperti entri sebelum ini, cik en akan bagi maps dari satu tempat ke satu tempat. Perjalanan kami dari pelabuhan lebih kurang 1 jam 10 minit.


Macam cik en katakan, sate disini tak jauh beza dengan di Malaysia cuma versi berbeza. Sate yang lebih kurang sama cuma bumbunya sedikit berbeda. Lebih pedas. Kalau di Malaysia kita makan nasi impit tapi disini makan dengan nasi panas, timun dan bawang pula ditukar dengan plecing kangkung cuma ada tambahan tempe dan tauhu serta sup daging. 




Nasi panas panas makan dengan sate rembiga ditambah pulak dengan plecing kangkung hilang terus diet cik en tak makan malam. Dari seorang tak makan pedas tapi disini cik en memang makan pedas. Pedas dia lain dari Malaysia. Nak cuba buat juga sate rembiga ini tapi masih dalam angan angan. Hahahah. Ini resepi sate rembiga yang cik en dah save cuma tunggu masa sesuai saja SATE REMBIGA LOMBOK . 

Selesai makan, kami menuju ke hotel dan dalam perjalanan Buyung kata esok kalau sempat dia mahu bawa satu lagi tempat sate yang lagi sedap dari sate rembiga ini kalau sempat. Yeah! kita tunggu adakah sate yang dimaksudkan Buyung lagi sedap atau tidak dari sate rembiga. 

Jumpa untuk hari ketiga Trip kami di Lombok Indonesia dan harap bertabahlah kalau entri Trip Lombok Indonesia ini, cik en lambat di keluarkan. Hhahahha. Mood nak menaip ini macam mood nak memasak juga. Hihihi. Bye!

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Trip Lombok Indonesia 

Hari Pertama 


Hari Kedua


Hari Ketiga

Day 3.1 - Benang Kelambu Waterfall dan Benang Stokel Lombok Tengah
Day 3.2 - Melantak Sate Bulayak Sampai Gemuk
Day 3.3 - Sunset di Senggiri

Hari Keempat 

Day 4.1 - Shopping Beg Rotan, Lombok Exotic, Sasake, Mutiara di Sinar Abadi dan makanan di Wisata Halal Lombok
Day 4.2 - Mencuba buat replika sendiri
Day 4.3 - Makan makanan Lombok di Rumah Buyung Supir Kami
Day 4.4 - Dharma Setya Hand Woven Village

Day 4.5 - Selamat Tinggal Lombok

Benang Kelambu Waterfall dan Benang Stokel Lombok Tengah | Trip Lombok Indonesia

$
0
0
Benang Kelambu Waterfall dan Benang Stokel Lombok Tengah | Trip Lombok Indonesia | Sepatutnya kami ke Sendang Gili Waterfall dan Tiu Waterfall tapi disebabkan gempa ada laluan yang tak boleh dilalui jadi Buyung suggest kami ke Benang Kelambu Waterfall dan Benang Stokel Lombok Tengah . Walaupun rasa kecewa tapi kami kena akur keadaan masa itu. Tapi macam biasa Buyung dan Jarjit akan cuba cari tempat yang best pada kami dan kami percaya. So kita tengok adakah Benang Kelambu Waterfall dan Benang Stokel Lombok Tengah cantik atau tidak?


Benang Kelambu Waterfall dan Benang Stokel Lombok Tengah

Kat sini cik en rasa gambar paling banyak. Bayangkan kami dah ada 3 phone, ditambah dengan dengan Buyung dan Jarjit. Total 5 phone snap gambar kami. Dekat 1000 gambar dan cik en akan masukkan separuh.. eh, suku, eh 0.1 % je kot di entri ini. Hahahah. Sebelum itu cik en nak share maps dari hotel ke Benang Kelambu Waterfall dan Benang Stokel Lombok Tengah ini. Anyway kedua dua waterfall ini pada pintu masuk yang sama. 


Sebelum sampai, Buyung dan Jarjit belanja kami makan kuih muih Lombok. Asalnya kami nak melalui jalan shortcut tapi jalan itu ditutup sebab tanah runtuh. Dah alang alang masuk kawasan kampung, mereka belanja kami kuih Serabi, Keludan dan Lupis. 


Rasanya macam acar manis dan diperbuat dari tepung beras. Manis dan sedap. Insyallah kalau kesana nak makan lagi kuih ini. Nak original kampung sebabnya rasa bakar dia tu kuat dan sedap. Selesai makan kami terus ke Benang Kelambu Waterfall dan Benang Stokel Lombok Tengah . Ini pintu masuk dan cik en cuma nak korang layan gambar saja okey?


Seperti cik en cakap sebelum ini Benang kelambu Waterfall dan Benang Stokel ini berdekatan dan melalui pintu masuk yang sama. Disarankan untuk kek Benang Kelambu Waterfall dulu sebabnya perjalanannya jauh dan bila sampai kena menuruni tangga. 


ini gambar masa balik sebab masa pergi terlupa terus nak snap gambar tangga
















Selesai di Benang Kelambu Waterfall seterusnya ke Benang Stokel. Disni Tak perlu naik motosikal tapi berjalan kaki saja. Bonde dan banana dah surrender dan cik en dan buyung saja ke Benang Stokel. Sepanjang perjalanan entah la kenapa rasa macam orang asing pula kami. Senyap membisu. Tak macam masa ramai ramai. hahahah. Nampak tak sebenarnya cik en seorang pemalu. Cuma berani bila ramai ramai saja. hahahaha. Anyway tak lama pun kami di Benang Stokel sebab waterfall ini sunyi dan tak ada orang langsung. 



Dalam masa 30 minit camtu mungkin kurang kami dah sampai balik ke tempat awal kami. Disebabkan dah mula hujan kami teruskan perjalanan untuk menikmati sate yang dikatakan lebih sedap dari sate rembiga. Disana nanti baru kami akan salin baju. Cuma banana saja sempat tukar baju. 

Dalam perjalanan balik, baru Bonde story, malam sebelum kami sampai, ada berlaku gempa bumi tapi tak teruk. Dan kami tengok tak ada kemusnahan atau kerosakan. Dan kunjungan pelancong memang kurang sebab gempa bumi 2 3 bulan sebelum kami sampai. Apa apa pun kami berharap Lombok akan menjadi maju seperti dulu kembali. 

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Trip Lombok Indonesia 

Hari Pertama 


Hari Kedua


Hari Ketiga

Day 3.2 - Melantak Sate Bulayak Sampai Gemuk
Day 3.3 - Sunset di Senggiri

Hari Keempat 

Day 4.1 - Shopping Beg Rotan, Lombok Exotic, Sasake, Mutiara di Sinar Abadi dan makanan di Wisata Halal Lombok
Day 4.2 - Mencuba buat replika sendiri
Day 4.3 - Makan makanan Lombok di Rumah Buyung Supir Kami
Day 4.4 - Dharma Setya Hand Woven Village

Day 4.5 - Selamat Tinggal Lombok
Viewing all 1599 articles
Browse latest View live