Quantcast
Channel: Eintan Nurfuzie
Viewing all 1599 articles
Browse latest View live

Gatal Badan Kerana Alergik Dengan Baju

$
0
0
Gatal Badan Kerana Alergik Dengan Baju  | Mungkin ada yang masih ingat kes cik en gatal 1 badan dulu sebelum cik en ke Lombok. Baru kesempatan untuk cik en story kisah Gatal Badan Kerana Alergik Dengan Baju dan cara rawatan yang boleh sembuh dalam masa seminggu. Walau awalnya cik en sendiri tak tahu alergik kerana apa. Dan doktor yang merawat cik en pun tak dapat bagi jawapan yang tepat tapi bila diteliti balik rupanya cik en alergik dengan jenis baju yang bercampur dengan peluh badan semasa konvoi motosikal ke Ipoh. Gatal Badan Kerana Alergik Dengan Baju | Gatal Badan Kerana Alergik Dengan Baju 

Gatal Badan Kerana Alergik Dengan Baju
Gatal Badan Kerana Alergik Dengan Baju 

Gatal Badan Kerana Alergik Dengan Baju 

Cik en mula gatal badan selepas konvoi RSMC ke Ipoh yang cik en story di entri 1st Ride Bersama RS150r Manjung Club (RSMC) . Kalau korang perasan, baju cik en pakai itu punca cik en gatal badan. Bermula dengan tangan dan bila cik en garu di tempat lain, seluruh badan cik en naik ruam ruam kecil yang sangat gatal. Dan cik en tak boleh tidur malam sebabkan gatal satu badan. Menangis nangis cik en setiap malam menahan gatal merenyam ini.


Mulanya cik en fikir mungkin pasal peah. Habis satu rumah cik en cuci, cadar, tuala dan semua boleh di basuh cik en basuh. Tapi tetap tak boleh sampailah cik en ke klinik swasta berdekatan. Doktor kata mungkin alergik so dia beri sabun badan dan krim untuk apply keseluruhan badan. Sabun tu PH neutral dan krim itu untuk bagi kulit cik en sentiasa lembab. Selain itu ada ubat alergik. Hampir 4 hari makan tapi still tak ada perubahan. Akhirnya cik en google dan amalkan untuk minum air kelapa dan Yakult setiap hari dan mula ada perubahan 3 hari sebelum ke Lombok. 

Sebelum cik en ke Lombok, cik en berjaya mengurangkannya dan sepanjang di Lombok, cik en tak ada masalah kegatalan. So selepas ini cik en akan pakai dulu inner sebelum pakai baju itu. Sayang sangat kat baju itu tapi disebabkan kulit tak serasi cik en kena fikirkan cara lain untuk terus pakai masa konvoi dengan team RSMC. 

Azam Tahun Baru Eintan Nurfuzie 2019

$
0
0
Azam Tahun Baru Eintan Nurfuzie 2019 | Hurm, nampaknya azam tahun baru 2018 failed. Dari 3 azam dan wishlist hanya 1 saja je tercapai. Itupun nasib la jadi azam yang 1 tu. Kalau ikutkan delay sebab keadaan yang tak mengizinkan. Untuk entri kali ini cik en akan kongsi azam yang tercapai satu tu dan Azam Tahun Baru Eintan Nurfuzie 2019


Azam tahun baru 2018 adalah seperti Travel ke Lombok, Travel Ke Turki, Turun Berat Badan 20 kg. Dari 3 ini hanya travel ke Lombok sahaja yang tercapai. Itu pun kemungkinan akan delay disebabkan masa itu ada gempa di sana. Korang boleh baca semua story di Lombok di entri Itinerary | Trip Lombok Indonesia . Travel ke Turki tak jadi sebab travel ke Lombok yang delay 2 bulan. Berat badan memang tak turun turun. Mybe stress bekerja kot. Hhahahha..

Azam Tahun Baru Eintan Nurfuzie 2019

Untuk tahun 2019, cik en akan gugurkan 1 dan carry forward 1 azam tahun lepas. Hope untuk tahun ke dua azam yang cik en carrry forward ini akan berjaya atau dapat half pencapaiannya.

  1. Turun berat badan 20 kg  - Harap cik en akan berjaya ataupun dapat 10 kg pun cik en happy sangat dah. Hihihi
  2. Travel 3 tempat di luar negara - Cik en tak tetapkan tempat sebabnya currency kita ini selalu berubah ubah jadi cik en tetapkan 3 tempat di luar Malaysia untuk travel pada tahun 2019 ini. 
  3. Duduk Rumah Sendiri - Ini yang cik en tunggu dalam 2 tahun ini. Diharap rumah yang dirancangkan dapat cik en duduki pada tahun 2019. Sekarang dalam proses CF dan harap tiada masalah. 
  4. Update blog sebanyak 200 entri pada tahun 2019 - Untuk 2018 ini, cik en hanya dapat update blog 161 termasuk entri ini. Dan cik en harap dapat update 200 entri untuk tahun 2019
  5. Bebas dengan update perkara negatif di media sosial termasuk blog - Anyway tahun 2018 ini cik en ada update 1 perkara negatif di blog disebabkan services kedai makan di Pantai Merdeka. Dan di harap 2019 cik en akan sentiasa positif selalu setiap hari. 
  6. Follower di Instagram mencapai 10k - Ini lebih kepada option sebab cik en tahu, kalau kita tak aktif 2 3 hari follower dan enggament akan turun sikit. Jadi yang ini cik en akan cuba dapatkan dalam 2019. Skearang follower cik en 7771 saat cik en menaip entri ini
  7. Habiskan hutang PTPTN - Insyallah akan habis tahun 2019 sebab PTPTN cik en hanya tinggal RM800. Ikutkan nak habiskan untuk dapatkan diskaun tapi sebab budget yang ada ini ada kegunaan cik en teruskan saja pemotongan gaji setiap bulan. 

Rasanya cukup 7 azam itu dan diharap semuanya di permudahkan. 

Baby Skin Pore Eraser dari Maybelline Buat Solekan Jadi Sempurna

$
0
0
Baby Skin Pore Eraser dari Maybelline Buat Solekan Jadi Sempurna | Cik en mulakan entri tahun 2019 dengan niche beauty dan kali ini cik en nak kongsi dengan korang mengenai satu produk iaitu Baby Skin Pore Eraser dari Maybelline. Siapa pernah pakai? Mesti korang oleh rasa perbezaan gunakan Baby Skin Pore Eraser dari Maybelline ini dan tidak sebelum apply foundation. Asalnya cik en kenal produk Baby Skin Pore Eraser dari Maybelline ini dari tutorial solekan di Instagram. Kebanyakkan ianya banyak di gunakan oleh instafamous dari seberang iaitu Indonesia. So cik en yang suka benda baru belilah dengan harga kirang RM 15.00 di Watsons. So korang nak tahu kenapa cik en kata Baby Skin Pore Eraser dari Maybelline Buat Solekan Jadi Sempurna? Baca sampai habis entri ini

Baby Skin Pore Eraser dari Maybelline Buat Solekan Jadi Sempurna
Baby Skin Pore Eraser dari Maybelline Buat Solekan Jadi Sempurna

Baby Skin Pore Eraser dari Maybelline Buat Solekan Jadi Sempurna


Anyway untuk apply Baby Skin Pore Eraser dari Maybelline ini sebelum korang apply foundation atau selepas apply sunblock. Ianya untuk menutup liang pori bagi nampak kulit lebih halus sebelum apply foundation. Bagi cik en ianya macam permukaan dinding  berlubang kita apply layer halus  simen untuk tutup lubang lubang sebelum kita cat. So nampak smooth je cat tu. Ini tekstur dalam dia


Tekstur dia lembut dan bila pakai bukan rasa macam serum, krim muka atau foundation. Bila apply pada muka, kulit muka nampak halus dan macam snap gambar filter beauty kat phone tu. 


Dan cik en dah pakai hampir 3 minggu dan bila dah apply Baby Skin Pore Eraser dari Maybelline ini nampak kulit lepas letak foundation lain dari dulu. Nak selfie pun cik en lebih suka kepada natural mode dari beauty. Ini perbandingan cik en guna Baby Skin Pore Eraser dari Maybelline dan tidak. Mungkin tak nampak clear tapi korang tengok dulu gambar ini


Abaikan pencahayaan itu tapi korang boleh nampak kulit cik en lain sikit. Kalau without Baby Skin Pore Eraser dari Maybelline itu nampak makeup tak sekata dan pipi tak nampak smooth. Cik en pakai foundation ALARA , keadaan yang sama (tidak berpeluh) dan bedak tabur yang sama. Mungkin tak jelas tapi korang boleh cuba sendiri apply. Harga pun tak mahal sangat pon. Boleh beli di mana man drugstore offline atau online. Macam cik en memang setia dengan Watsons dari dulu so shopping kat watsons je lagi lagi dah jadi Elite Member. 

Untuk review lain korang boleh baca di entri  Review: Maybelline Baby Skin Instant Pore Eraser, Face Primer yang Mampu Menyamarkan Tampilan Pori-pori Wajah .

10 Pencapaian dan Corat Coret Eintan Nurfuzie Tahun 2018

$
0
0
10 Pencapaian dan Corat Coret Eintan Nurfuzie Tahun 2018 | Tahun 2018 meninggalkan kita dengan penuh memori dan kita menempuh tahun 2019 dengan pelbagai azam, harapan dan impian. Bukanlah untuk mengimbau kisah tahun lepas yang ada suka dan duka hanya cik en nak abadikan segala memori pada tahun 2018 di salah satu entri di blog kesayangan cik en ini. | 10 Pencapaian dan Corat Coret Eintan Nurfuzie Tahun 2018



10 Pencapaian dan Corat Coret Eintan Nurfuzie Tahun 2018


1. Dunia Blog Semakin Berkembang dengan Job dan invites sebagai Media

Nurfuzie.com

Alhamdulillah, ramai yang nampak nurfuzie.com dan ramai yang percayakan hasil penulisan dan marketing blog cik en. Bermula awal tahun 2018 cik en dah masukkan niche beauty di blog ini dan banyak juga produk produk beauty yang cik en ulas secara berbayar dan ulas secara jujur (tidak berbayar). Terima kasih semua yang mempercayakan Eintan Nurfuzie. 

2. Travel ke 2 tempat iaitu Lombok dan Singapura


Perancangan ke Lombok adalah perancangan yang penuh dugaan. Dari pengumpulan rakan travel sehingga la kena delay percancangan sebab gempa bumi disana. Alhamdulillah pada 6 Oktober kami berjaya menjejaki bumi Lombok selama 4 hari 3 malam. Korang boleh baca di entri Itinerary | Trip Lombok Indonesia. Lebih kurang 2 minggu selepas itu dapat sponsared trip ke Singapura. Yang itu korang boleh baca di entri Tempat Menarik dan Percuma di Singapore.

3. Buku hasil penulisan cik en 



Anyway yang ini memang cik en tak war war kan lagi. Sampai la penghujung tahun 2018 bila da final semua baru cik en kongsi dengan semua. Buku bertajuk Kitab Para Ku-Cheng mempunyai 8 orang penulis dan salah seorang adalah cik en. Happy sebab impian cik en nak menjadi penulis buku termakbul tapi cik en masih obses dengan penulisan blog yang santai ini. Kalau korang nak order boleh order melalui media sosial cik en. 

4. Berjaya sembuh 70% dari mild depression

Dah lama rasanya cik en tak dapat rasa happy yang betul betul lahir dalam hati. Depression buat kehidupan korang jadi nothing even banyak benda happy berlaku. So dengan kawalan stress, supplemen, sokongan yang tersayang Alhamdullilah, cik en dah boleh jadi diri cik en semula walaupun hanya 70%. So diharap tahun baru ini cik en akan dapat jadi Eintan Nurfuzie yang gila gila, kelakar dan happy macam sebelum ini.

5. Tahun yang sibuk sebab awal tahun buat 3 kerja serentak

Permulaan tahun 2018 cik en sangat sibuk. Masa itu selama 2 bulan lebih cik en lakukan 3 kerja serentak. Masa rehat cik en bermula pukul 12.00 tengah malam hingga 6.00 pagi sahaja. Tiada cuti dalam masa 2 bulan itu. Dan Alhamdulliah, disebabkan kesibukan ini depress cik en berkurang dan dapat extra money!. hahhahaha

6. Terpilih Pekerja Cemerlang Jabatan


So far ini pencapaian 2017 tapi pemberian APC ini dilakukan pada tahun 2018. Terima kasih kepada yang mengundi.. eh yang memberi markah. Tak mengharapkan sangat tapi cik en akan sentiasa bekerja dengan penuh dedikasi walaupun kadang kadang tergelincir juga. hahahha

7. Pembelian Motosikal Idaman


Cik en beli motosikal jenis Yamaha Ego masa praktikal pada tahun 2009 kalau tak silap. Itu pun guna loan belajar dan tahun ini hasil kerja extra 2 bulan cik en dapat keluarkan motosikal idaman iaitu Honda RS150r. Jangan tanya kenapa suka moto clutch ini. Sebab cik en sendiri pun tak tahu kenapa cik en suka. Hahahahha

8. Terpilih jadi blogger jemputan untuk SAFI


Rasanya ini pencapaian terbesar cik en dalam dunia blog. Menjadi blogger jemputan untuk Event promotion SAFI OxyWhite di Kedah. Lamanya cik en tinggal dunia pengacaraan ini. Kali itu dijemput untuk berkongsi rahsia kecantikan. Best sangat dan ianya mewarnakan dunia blog cik en tahun 2018

9. Beli jam idaman - Ice Watch 



Selepas obses dengan G shock cik en mula sukakan Ice Watch. Walaupun tak mahal mana cik en anggap ianya reward dari hasil berblogging selama setahun. Cik en beli masa 11.11 di Shoppe. Harga asal hampir RM300 tapi cik en berjaya dapat dengan harga RM150 saja

10. Beli Kamera Idaman


Anyway cik en tak share pun pembelian ini di mana mana media sosial secara rasmi. Kamera yang cik en pilih adalah Olympus Pen E-PL9 dengan harga teeeeettttt.. hahahah tak nak beritahu.. Rahsia. Cik en pilih yang Limited Edition warna biru. Dan guees what, caps lens cik en dah hilang walaupun masih baru pakai. Tak tahu la letak mana. Nak beli baru pun tak tahu kat mana. HUrmmm...

Giveaway SemakanOnline.com Di Mialiana.com

$
0
0

Pembayaran Bantuan Sara Hidup 2019 atau BSH 2019 fasa pertama akan dibuat pada 28 Januari nanti. Bantuan tersebut dijangka memanfaatkan lebih 4.1 juta penerima di seluruh Malaysia. Terdapat lima jenis kategori bantuan untuk pembayaran BSH kali ini. (rujuk gambar di bawah)


Pembayaran pertama akan dibuat sebanyak RM300 untuk setiap isi rumah. Baki bayaran BSH yang akan disalurkan pada fasa kedua dan ketiga akan menggunakan kaedah baharu seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2019. Urusan kemaskini BSH 2019 akan dibuka semula dalam tempoh terdekat. Setiap penerima wajib kemaskini permohonan masing-masing sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 3 tahun. 

Untuk maklumat lanjut layari portal Bantuan Sara Hidup di https://bsh.hasil.gov.my



Giveaway ini dianjurkan oleh SemakanOnline.com dengan kerjasama Mialiana.com. Hadiah wang tunai sebanyak RM350 untuk dimenangi. Sila klik SINI untuk join.

Read more: http://www.mialiana.com/2019/01/giveaway-semakanonlinecom-di-mialianacom.html#ixzz5bSR6WSn9

Kenapa Hidung Kucing Bengkak

$
0
0
Kenapa Hidung Kucing Bengkak | Rajin pula cik en check keyword yang melekat dan kali ini cik en tengok keyword Kenapa Hidung Kucing Bengkak naik untuk sehari ini. So salah satu nak dapatkan idea menulis di blog ini dari keyword yang lekat, Mungkin Kenapa Hidung Kucing Bengkak ini ada yang cik en dah terangkan tapi ianya dalam keyword dan tajuk yang berbeza. So cik en nak nak menjawab la soalan Kenapa Hidung Kucing Bengkak dari pembaca cik en 

Kenapa Hidung Kucing Bengkak
Kenapa Hidung Kucing Bengkak

Kenapa Hidung Kucing Bengkak


Sebenarnya pertanyaan ini agak general. Sepatutnya cik en kena buat pemeriksaan fizikal dulu sebelum membuat sebarang keputusan Kenapa Hidung Kucing Bengkak ini. Tapi cik en boleh buat andaian dengan simpton simpton yang berkaitan lain. 

1. Sporo 

Ini andaian yang pertama kali cik en akan keluarkan. Hidung Kucing Bengkak adalah simpton paling sinonim dengan sakit sporo. Korang boleh baca di entri Kucing Hidung Tinggi dan Besar

2. Luka bergaduh

Kadang kadang punca bergaduh juga boleh mengakibatkan hidung kucing bengkak. Selalunya ianya akan surut beberapa hari selepas itu atau korang boleh confirmkan datang ke vet

3. Terkena sangkar kucing

Ini kes kucing yang agresif untuk mengawan atau tak pernah dikurung, Disondol sondol sampai luka dan bengkak. 

4. Kemalangan

Ada sesetengah kucing ini suka melintas jalan dan berlanggar dengan kereta, Bukan kereta langgar mereka tapi mereka yang langgar kereta. Hentaman di bahagian muka akan buat hidung bengkak juga.

Apa apa pun ini andaian cik en tanpa pemeriksaan fizikal dan klinikal. Untuk kepastian lanjut better bawak ke vet berdekatan okey?

Lirik Lagu Kemarin - Seventeen Band

$
0
0
Lirik Lagu Kemarin - Seventeen Band | Entah kenapa lagu Kemarin - Seventeen Band buat cik en rasa lagu yang menusuk ke kalbu. Mungkin kes Tsunami di Banten buat ianya terkenal lately ini. Apa apa pun takziah semua penduduk Banten dan Seventeen Band juga. | Lirik Lagu Kemarin - Seventeen Band


Lirik Lagu Kemarin - Seventeen Band


Kemarin engkau Masih ada disini
Bersamaku Menikmati rasa ini
Berharap semua Takkan pernah berakhir
Bersamamu Bersamamu

Kemarin Dunia terlihat sangat indah
Dan denganmu Merasakan ini semua
Melewati hitam Putih hidup ini
Bersamamu Bersamamu

Kini Sendiri disini
Mencarimu Tak tahu dimana
Semoga tenang Kau disana
Selamanya

Aku Slalu mengingatmu
Doakan mu Setiap malamku
Semoga tenang Kau disana
Selamanya

*Music

Kini Sendiri disini
Mencarimu Tak tahu dimana
Semoga tenang Kau disana
Selamanya

Aku Slalu mengingatmu
Doakan mu Setiap malamku
Semoga tenang Kau disana
Selamanya


Jadi Minah Rempit Kembali?

$
0
0
Jadi Minah Rempit Kembali? | Perghhhh tajuk entri permulaan selepas seminggu tak tulis blog. Rasanya semangat cik en jadi minah rempit 3 bulan yang lepas, selepas itu cik en simpan la RS cik en itu dalam rumah 3 bulan semenjak trip travel ke Lombok dan Manjung hujan dan cik en lebih banyak gunakan mr barney. Nasib la bateri RS tak kong. Disebabkan ada event di Kuala Kangsar, barulah cik en bawa keluar dan test ride dalam Manjung sebelum ke Kuala Kangsar. 


Jadi Minah Rempit Kembali?

Bila dah keluar balik dan jumpa geng RSMC yang lain, dah pasang niat nak tukar apa yang patut ditukar (gatai nak tukar sebenarnya). Kalau dulu segan segan dengan dorang nak bertanya, sekarang dah boleh nak tanya. Korang macam tak tahu yang cik en ini malu yakmat. Hahhahaa. Cuma comeback balik kali ini, cik en lebih selesa dengan mereka mereka yang ada. 

Nampak tak ketidakpedulian cik en sampai cik en sendiri tak tahu ada sticker baru dan pendaftaran baru. hahahaha. Anyway dah ada sticker baru ini, semangat lain macam sikit. 1st ride akan ada 2nd dan 3rd. So far saat entri ini ditulias cik en dah full booking untuk 3 minggu ini. Minggu lepas ke Kuala Kangsar, minggu ini kita naik tinggi sikit dan 3rd ke ride santai ke utara. So untuk trip Kuala Kangsar, cik en akan story nanti la ye. Nak ambil mood menaip dulu. Hahahha

Rider Satu Hati RSMC dan RTCKK

$
0
0
Rider Satu Hati RSMC dan RTCKK  | Anyway tak tahu nak bagi tajuk apa untuk entri ini. Kalau event blogger atau media influencer kena la letak tajuk event kan? Tapi sepanjang event, tak ada pun gambar yang melambangkan blogger. Haahahaha. Heaven juga rasa sebab tak perlu berebut ambil gambar paling perfect dan cantik untuk letak dalam blog. Sesekali kita jadi orang biasa macam dulu dulu best juga. So dengan tak tahu nak buat tajuk apa cik en letaklah tajuk entri kali ini Rider Satu Hati RSMC dan RTCKK. 


Apa pula RSMC dan RTCKK ini? Tuk RSMC korang kena baca entri sebelum ini di 1st Ride Bersama RSMC. Untuk RTCKK pula adalah group yang sama group RS150r tapi kawasan Kuala Kangsar. RTCKK means Royal Town Crew Kuala Kangsar. Untuk ride kali ke 3 dengan RSMC (ride kali ke 2 cik en hanya share di facebook dan Instagram) tak la jauh mana hanya Event Grand Opening Hip Seng Kuala Kangsar je. Lepas itu kami jalinkan ukhwah dengan RTCKK alang alang dah ke Kuala Kangsar. 

Rider Satu Hati RSMC dan RTCKK


Untuk ride kali ini, kami berkumpul di Beriyani Sebelah AEON Seri Manjung pada 6 Januari 2019 jam 8.00 pagi. Aroud 8.30 pagi, tayar golek (bahasa budak motor yee.. ahahha) ke RV seterusnya. RV mean checkpoint la di Ayer Tawar tapi tak berhenti sebab tak ramai. Laluan kami hari tersebut adalah Manjung - Beruas - Manong - Kuala Kangsar - Karai - Victoria Bridge - Lata Kekabu - Senggang - Bota - Manjung. So korang layan je la gambar gambar kami na. 

































Entri ini dah macam album gambar je kan? OK la, tak ada keyword dan point yang perlu dihighlight. Hahaha. Ok la, jumpa next entri 

Cara Guna Foundation Yang Betul

$
0
0
Cara Guna Foundation Yang Betul | Ramai yang suka pakai foundation dan tak semua yang tahu apa yang boleh dan tak boleh semasa guna foundation. Cik en sendiri pun bukanlah pandai sangat tapi ianya hasil carian dan kongsi ilmu dari kawan kawan terutama beauty blogger yang hebat hebat di Malaysia ini. So cik en kumpulkan untuk panduan korang yang mungkin masih tak tahu amalan korang ber"foundation" selama ini betul atau tidak | Cara Guna Foundation Yang Betul 

Cara Guna Foundation Yang Betul
Cara Guna Foundation Yang Betul

Cara Guna Foundation Yang Betul 

Ini ada 7 tips yang korang kena alert bila guna foundation ini. 


  1. Jangan guna Foundation terlalu banyak 
  2. Guna Foundatiaon yang secukupnya
  3. Jangan gunakan jari untuk ratakan foundation 
  4. Gunakan berus untuk nampak lebih sekata atau span untuk nampak natural
  5. Pemilihan warna foundation yang betul. Jangan terlalu terang dan gelap
  6. Jangan pakai foundation terus lepas cuci muka. 
  7. Pakai dulu skincare untuk elakkan kulit muka rosak. 


Skincare apa yang perlu dan wajib korang pakai sebelum guna foundation? korang boleh baca di Safi Balqis OxyWhite 3 Step . Kalau nak kulit nampak smooth boleh guna Baby Skin Pore Eraser sebelum apply foundation.

6 Corporate Gift Ideas Yang Sesuai Untuk Online dan Offline Seller

$
0
0
6 Corporate Gift Ideas Yang Sesuai Untuk Online dan Offline Seller | Persaingan diantara peniaga atas talian atau online seller sangat tinggi. Selain dari perbezaan harga barangan dijual ada juga peniaga ini memberi gift untuk memberi penghargaan kepada pelanggan sekaligus boleh memberi review yang baik dari pelanggan. Cik en sendiri pun selalu dapat gift dari peniaga dari shopping online yang terkenal seperti Shoppe. So untuk korang yang masih tercari cari corporate gift apa yang sesuai untuk diberi boleh la baca  6 Corporate Gift Ideas Yang Sesuai Untuk Online dan Offline Seller ini.

6 Corporate Gift Ideas Yang Sesuai Untuk Online dan Offline Seller
6 Corporate Gift Ideas Yang Sesuai Untuk Online dan Offline Seller

6 Corporate Gift Ideas Yang Sesuai Untuk Online dan Offline Seller


6 Corporate Gift Ideas Yang Sesuai Untuk Online dan Offline Seller ini bukan sahaja untuk pembelian atas talian tapi sesuai juga untuk offline shopping. Penghargaan untuk pembelian yang banyak atau pertukaran dalam penawaran harga barangan. Dalam masa yang sama, korang boleh buat marketing sepanjang masa apabila memilih idea yang sesuai untuk decorated pada gift yang korang bagi itu. 


6 Corporate Gift Ideas Yang Sesuai Untuk Online dan Offline Seller


1. Button Badges


Design Button Badge yang bersesuian boleh membantu marketing perniagaan korang. Design yang menyerlah dan mempunyai detail perniagaan korang boleh mmbantu pelanggan sentiasa mengingati perniagaan korang. Untuk pembelian secara pukal boleh korang tengok di Button Badge 

2. Colour Mugs


Mugs juga boleh dijadikan idea terbaik untuk perniagaan insurans atau perkhidmatan. Setelah korang memberi info dan penerangan reward kan bakal pelanggan korang dengan colour mug dan kemungkinan mereka akan mengambil perkhidmatan yang korang sediakan. Boleh beli secara pukal di Colour Mugs


3. Magic Mugs


Magic Mugs ini sangat special dan mungkin menjadi keterujaan bakal pelanggan. Kalau dalam keadaan tiada air atau air biasa mug ini akan kelihatan hitam. Tapi kalau diletakkan air pans, barulah gambar muncul. Boleh beli secara pukal di Magic Mugs

4. Lanyards


Lanyards pula sangat bukan sesuai untuk pelanggan tapi untuk staff. Boleh beli secara pukal di Lanyards

5. Cushions


Cushions paling jarang dibuat seagai corporate gift tapi sebenarnya ianya boleh dibuat untuk pelanggan setia dan dalam masa yang sama menjadi marketing yang terbaik jika design nya bersesuian .Boleh beli secara pukal di Cushions

6. Mousepad


Mousepad pun kurang dibuat corporate gift tapi di zaman teknologi ini, ianya tak mustahil dijadikan gift bukan sahaja kepada pelanggan tapi staff.  Boleh beli secara pukal di Mousepad

Semua corporate gift ini korang boleh beli secara pukal di Printcious. Printcious ini adalah pilihan cik en apabila mencari idea untuk Hadiah Istimewa Untuk Yang Tersayang . Kualitinya sangat cik en yakini sebab cik en pernah story pasal produk keluaran Printcious di Servis Printcious Terbaik.

Selain daripada 6 Corporate Gift Ideas Yang Sesuai Untuk Online dan Offline Seller ini, korang juga boleh cuba tengok idea idea yang lain di www.printcious.com/my. Dan berita baik, Printcious juga bukan saja ada di Malaysia malah korang boleh dapatkan perkhidmatan korang di Australia dengan klik di www.printcious.com/au, Singapore di www.printcious.com/sg, dan New Zealands di  www.printcious.com/nz

Cik EN Ride To Cameron Highlands Dengan Team RS150

$
0
0
Cik EN Ride To Cameron Highlands Dengan Team RS150 | Diakui bila aktif moto, masa cik en untuk update blog sangat terhad. tapi cik en tetap juga update seperti biasa cuma terlambat sikit. Kali ni cik en nak share dengan korang aktiviti cik en dengan team RSM dan RTCKK minggu lepas. Ride ke Cameron Highlands adalah ride yang cik en tak sangka akan terjadi. Cik en masih newbie dengan ride dan awalnya rasa was was juga untuk join. Tapi disebabkan nak meraikan ride terakhir bersama team RSM iaitu Jack yang nak kembali ke Sabah cik en cuba beranikan diri. Apa apa pun cik en selamt pergi dan balik dan rasanya satu pencapaian peribadi terbaik pada cik en. | Cik EN Ride To Cameron Highlands Dengan Team RS150

Cik EN Ride To Cameron Highlands Dengan Team RS150
Cik EN Ride To Cameron Highlands Dengan Team RS150

Cik EN Ride To Cameron Highlands Dengan Team RS150


Port pertama kami berkumpul di Restoran Biriyani sebelahan dengan AEON Manjung. Cik en sampai dah terus bersarapan ala kadar. Selesai semua, kami start " tayar golek " dan sampai ke RV ke 2 iaitu Ayer Tawar. Team Ayer Tawar dah siap semua kami terus ke RV seterusnya Petronas Simpang Simpang Pulai. Kat sini kami tunggu team RS Kuala Kangsar dan bila dah selesai kami terus memulakan perjalanan naik ke Cameron Highlands. 



RV seterusnya adalah lagi suku nak sampai ke atas. Patutla masa cik en naik Cameron Highlands, port disini ramai rider yang singgah. Kalau tak silap ianya RNR dan ada kawasan untuk rider berehat atau menunggu rider yang lain yang masih tak sampai. Sampai je kawasan ini, kepala cik en dah pening. Mungkin tak biasa tekanan. Selalunya pakai aircord kalau naik mr barney cuma kali ini ianya live. So korang layan la gambar di kawasan RNR ini. 






Dalam 30 minit camtu, semuanya dah sampai dan kami teruskan ke Cameron Highlands. Sampai di Cameron Highlands kami menuju ke Food Court di Tanah Rata. Betul betul bersebelahan dengan Avillion Hotel yang pernah cik en review. Yang Review korang boleh baca di Avillion Cameron Highlands Pilihan Terbaik Bonding Bersama Firman. Tak sangka selepas sebulan cik en naik lagi ke Cameron Highlands tapi dengan motosikal. Gambar masa makan memang cik en tak ambil sebab terlupa. Kelaparan masing masing. 

Selesai makan tengah hari, kami menuju ke signboard Cameron Highlands untuk sesi bergambar. 


Selesai kami terus ke Kea Farm tapi singgah solat di Brinchang



Selesai semuanya kami terus ke Kea Farm. Cik en ak shopping apa apa sebab baru sangat datang kan. So misi cik en cari madu. Dan berjaya juga makan dan lupa nak bawa balik. Hahahha. Sampai Kea Farm kami masuk Garden Kea Farm dengan harga RM 1 seorang.









Selesai KEA Farm kami menuju Avant Chocolate Cameron Highlands untuk makan aiskrim dan bergambar. 




Anyway banyak lagi gamabr disini cuma cik en tak tahu pada siapa. Kat sini korang boleh bersantai dan tiada bayaran. Sambil itu ada cafe dan kedia menjual barangan Cameron Highlands

Masa untuk turun dan kebetulan kami turun selepas hujan dan jalan agak licin. Nak di jadikan dukanya ride ini, salah seorang kecundang dan tiada kecederaan yang serius. 


Kebetulan ada sepasang suami isteri naik hilux dan kebetulan mereka ke Lumut, kami naikkan motosikal dan dibawa ke Lumut dan mangsa kecundang ini namanya Faris ambulans bawa ke Hospital Ipoh. Cik en pun ikut bersama rider yang lain dan semuanya baik baik aja. 

Cik en sampai ke Manjung pun hampir 12.00 tengah malam juga dan sebelum tidur itu fikir juga, berjaya juga Cik EN Ride To Cameron Highlands Dengan Team RS150 hari ini kan? hihihi

Mudah Shopping Dengan Watson Apps

$
0
0
Mudah Shopping Dengan Watson Apps | Cik en dengan Watsons memang tak boleh dipisahkan. Setiap bulan memang Watsons Sitiawan itu la tempat cik en habiskan masa untuk releks tension dan buat window shopping walaupun barangan yang sama saja. Hahaha. Cuma ada beberapa outlet yang tidak stok barang yang cik en perlukan. Selalunya cik en akan ke Watsons Aeon Seri Manjung. Cuma kali ini kedua dua Watsons di Manjung tiada stok yang cik en perlukan so cik en terpaksa gunakan Watsons Apps untuk shopping. | Mudah Shopping Dengan Watson Apps 

Mudah Shopping Dengan Watson Apps
Mudah Shopping Dengan Watson Apps 


Mudah Shopping Dengan Watson Apps


Jika sebelum ini cik en hanya gunakan Lazada dan Shopee tapi kali ini cik en kena tambah Watsons Apps dalam list shopping online kegemaran cik en. Untuk dapatkan postage percuma cik en perlu berbelanja RM150 keatas dan ianya sememang mudah untuk cik en. hahahaha. So untuk shopping ini cik en belanja hampir RM200 dan sememangnya ianya layak untuk cik en terima free postage. Barang apa yang sampai semua Watsons disini tak ada? Kena tunggu next entri. Semestinya ianya Beauty Entry. 

Serum Wardah C-Defense Dengan Vitamin C Review Jujur Dari Cik En

$
0
0
Serum Wardah C-Defense Dengan Vitamin C Review Jujur Dari Cik EnSerum Wardah C-Defense Dengan Vitamin C ini lah serum yang selalu out of stock di Aeon Seri Manjung. Masa cik en beli pertengahan tahun lepas. Mulanya harga bawah RM 20 kalau tak silap. Cik en grab masa itu sebab kawan cik en ada kata produk Wardah ini memang best dan kosmetik dia sangat top di kalangan MUA tapi ianya susah nak dapat di Malaysia sebab tak banyak di pasaran di Malaysia. One day cik en berjalan ke Watsons dan jumpa koleksi Wardah, Bukan barangan solekan tapi skincare dia masa mulanya. So sebab nak tahu hebat sangat ke produk Wardah yang diperkatakan cik en cuma skincare mereka iaitu Serum Wardah C-Defense Dengan Vitamin C ini. 

Serum Wardah C-Defense Dengan Vitamin C
Serum Wardah C-Defense Dengan Vitamin C

Serum Wardah Dengan Vitamin C Review Jujur Dari Cik En


Serum Wardah C-Defense Dengan Vitamin C inilah yang buat cik en rasa perubahan yang ketara pada kulit muka cik en. Disebabkan sifat ingin mencuba cik en mula nya tak la nak promote sangat sampai lah cik en akan apply Serum Wardah C-Defense Dengan Vitamin C  ini sebelum make up. Hasil dia itu memang kulit sentiasa lembab dan ada MUA yang memuji kulit cik en sebab nampak lembab dan bila blend dengan foundation jadi nampak gojes sangat.


Semenjak dari itu cik en memang akan pakai Serum Wardah C-Defense Dengan Vitamin C setiap pagi dan petang sebelum make up. Sampailah dah habis stok dan cik en mencari dekat 1 bulan lebih asyik out of stock saja. Sebab stok serum dah habis dalam simpanan, cik en terus order melalu Watsons Apps dan tak sampai 2 hari Serum Wardah C-Defense Dengan Vitamin C dah sampai bersama barangan yang lain.


Serum Wardah C-Defense Dengan Vitamin C ini isipadu 17ml. Walaupun kecil tapi ianya kaya dengan antioksida Hi-Grade Vitamin C yang mampu meresap jauh kedalam kulit. Serum Wardah C-Defense Dengan Vitamin C ini boleh menjaga kulit nampak muda dan cerah, antioksida, anti radangan yang menjadi faktor pigmentasi, menganjalkan kulit muka dan mampu meresap jauh kedalam kulit untuk kesan yang efektif. Serum Wardah C-Defense Dengan Vitamin C mengandungi Peolonged Hydration Biosaccharide untuk jaga kelembapan dan kehalusan wajah. Hasilnya mampu memberi kulit lebih lembab, halus dan sihat macam kulit cik en ini. hihihih


Tekstur Serum Wardah C-Defense Dengan Vitamin C tidak terlalu likat dan cair tapi mudah meresap. Bau dia wangi dan cukup pakai sikit.


Harga Serum Wardah C-Defense Dengan Vitamin C di Watsons RM 29.80 dan ianya berbaloi sebab satu botol (ada separuh tumpah) tapi kesan pada kulit wajah cik en sangat ketara. Mungkin ramai yang akan tanya, wajib ke pakai serum? Kalau korang dah umur 25 tahun ke atas, berjinak la kenal serum dan apply. Bagus untuk kulit dan mampu merawat breakout muka korang. Korang boleh baca entri Rawatan Muka Mengikut Umur

Pengalaman Menginap di Capsule Transit Hotel KLIA2

$
0
0
Pengalaman Menginap di Capsule Transit Hotel KLIA2 | Entah macamana cik en terlupa nak buat entri Pengalaman Menginap di Capsule Transit Hotel KLIA2 selepas balik travel dari Lombok tahun lepas. Ini dalam kemas kemas gambar yang ada cik en terpandang gambar di sekitar Capsule Transit Hotel KLIA2 dan baru la teringat nak kongsi Pengalaman Menginap di Capsule Transit Hotel KLIA2 pada korang yang tak pernah menginap di Capsule Transit Hotel KLIA2 ini. Bagi cik en yang solo travel ini, rasanya Capsule Transit Hotel KLIA2 sesuai la sementara tunggu flight yang lain. | Pengalaman Menginap di Capsule Transit Hotel KLIA2

Pengalaman Menginap di Capsule Transit Hotel KLIA2
Pengalaman Menginap di Capsule Transit Hotel KLIA2

Pengalaman Menginap di Capsule Transit Hotel KLIA2


Sampai di KLIA2 dari Lombok International Airport malam dan flight cik en seterusnya adalah pagi esok nya. Mulanya hanya nak stay di mana mana bangku tapi kepala cik en dah sakit sebab tak tidur semalaman terus cik en jalan mencari Capsule Transit Hotel KLIA2. Rupanya Capsule Transit Hotel KLIA2 ini di tingkat bawah sekali Level 1 berhampiran dengan kaunter bas. Sampai saja terus cik en check in.Cik en tak ingat sangat harga dan masa sebab tahun lepas kan? Kalau tak silap RM 115 lebih kurang untuk 6 jam kalau tak silap cik en.

Capsule Transit Hotel KLIA2 ala ala hostel la tapi macam container. Anyway kat sini line phone memang tak ada tapi korang diberi password wifi untuk korang still berinternet. Lugage korang jangan pula bawa masuk bilik, korang diberi loker untuk simpan dan hanya bawa keluar barangan keperluan saja.



Korang juga akan menerima kad untuk access masuk ke kawasan bilik korang.





Dalam ini korang boleh charge phone, cermin dan boleh setup alarm untuk bangun pukul berapa. Dapat tidur dalam 4 jam dah buat cik en bertenaga balik dan sebelum keluar kena la mandi kan? Dorang sediakan juga tempat mandi.



Tempatnya agak selesa cuma biasalah bunyi bising sebab sebelah dengan orang lain. Ada bilik access untuk lelaki, perempuan dan kedua dua. Cuma dari segi harga agak mahal sikit kalau korang guna apps tempahan hotel kalau korang terus check in ianya lagi murah. Line telefon memang tak ada so kalau ada yang call memang tak akan dapat kecuali gunakan whatsapp call.

Kalau korang di KLIA2 dan menunggu flight agak lama rasanya boleh korang berehat di Capsule Transit Hotel ini. Sesekali merasa tidur dalam dorm kecil best juga. Hahahha. 

p/s : abaikan muka cik en yang memang dah mengantuk gila ye pada masa itu. 

Pengalaman Merawat Luka Ular Jagung Atau Corn Snake

$
0
0
Pengalaman Merawat Luka Ular Jagung Atau Corn Snake | Corn Snake atau Ular Jagung ini cik en rasanya tak pernah merawat. Yang pernah cik en treatment atau bagi konsultan adalah Pythons Snake atau ular sawa batik. Itupun masalah tertelan lego atau bateri 4 segi. Yang itu cik en hanya bagi konsultan dan mintak refer ke veterinar yang mempunyai x-ray. Bagi kes hari ini, corn snake ini ada luka mungkin kerana digigit dengan tikus untuk makan atau ada terkena apa apa yang tajam di dalam kurungan dia. So sebab ianya rare dan jarang ada bawa ke klinik, cik en nak story la Pengalaman Merawat Luka Ular Jagung Atau Corn Snake ini. 

Pengalaman Merawat Luka Ular Jagung Atau Corn Snake
Pengalaman Merawat Luka Ular Jagung Atau Corn Snake 

Pengalaman Merawat Luka Ular Jagung Atau Corn Snake 

Mulanya hanya nampak lubang dan cik en mula mencuci menggunakan cotton bite dan barulah nanah dia keluar sikit demi sikit. Sama step cara Cara Merawat Kucing Luka cuma untuk ular ini cik en skip beberapa step seperti letakkan krim. Selesai cuci nanah, cik en letakkan sikit iodin dan letak sikit antibiotik jenis serbuk. Settle dan harap owner dapat buat dressing di rumah selama seminggu. 


Sedikit info pasal Corn Snake atau Ular Jagung ini dari hasil pembacaaan cik en di laman web di luar negara dan wikipedia. Dia tak mematuk tapi menjerut mangsa. Sifat dia jinak dan malu mematuk. Sesuai dijadikan haiwan kesayangan dan zaman dulu, petani akan bela ular ini dalam bekas jagung dan bertugas ngap tikus yang mencuri jagung. Panjang dia 1.2 hingga 1.8 meter dan boleh hidup selama 6 hingga 8 tahun. Tapi ada yang mampu hidup 23 tahun. Untuk info lanjut korang baca di Ular Jagung atau Corn Snake

Ride To Penang, Sungai Petani dan Baling

$
0
0
Ride To Penang, Sungai Petani dan Baling | Ride kali ke 5 cik en kali ini ke sebelah utara selepas ride Cameron Highlands yang pernah cik en story sebelum ini. Ride kali ini sponsar by Hiffny dan kami akan ke Penang, Sungai Petani dan Baling selama 2 hari. Kali ini cik en tak berseorang ladies so ada la geng bermalam di sana kali ini. Ride ini 2 hingga 3 Februari 2019 yang lepas. | Ride To Penang, Sungai Petani dan Baling


Ride To Penang, Sungai Petani dan Baling


Port biasa kami berkumpul di Restoran Biriyani sebelah Aeon Seri Manjung. Janjinya pukul 9 untuk tayar golek tapi pukul 9 baru la depa ini mai. Hahahha. Cik en mulanya sorang perempuan dan bila Eppy mai kata bawa geng kak long. Rupanya dia bawa kakak ipar dia Ifa. Disebabkan ifa dan husband dia bawa Nouvo LC, Ifa tumpang dengan cik en. So berkawanlah cik en dengan Ifa sepanjang perjalanan. Yang bestnya Ifa ini ada bagi massage free sepanjang ride. Hahahhaa. 



Sampai Hentian Taiping kami tunggu sorang team RTCKK atau RS Kuala Kangsar Lan Sayong. Dia sampai lebih awal lagi tapi di Hentian Bukit Gantang. Dia inform cik en masa itu pukul 9 yang mana kami masing masing masih di Manjung.


Sampai saja, terus kami bergerak dan kebetulan jumpa sekali team RSM yang nak balik ke Kedah. Sekali jalan dan kami berpisah di persimpangan Jambatan Kedua Pulau Pinang. 



Selalunya cik en gi Penang naik kereta dan tak pernah nak ambil tahu laluan motosikal dan kali ini merasa juga la melalui laluan ini sampai merasa sendiri angin laut area sini. Selalunya naik kereta pasang aircord. hihihi. 

Sampai seberang kami terus ke kedai Ekonomi Tomyam di Jalan Perak Georgtown. So far handle cik en dah ketat sikit sebelum ride ke sini dan agak gayat awalnya nak mencelok celok tapi so far semua ok walaupun jalan sibuk. Kebiasanya kalau cik en ride, memang kurang makan. Order nasi ayam makan suku dan adik adik yang lain habiskan. Hihi Mekasih la Faris dan Ihsan habiskan. 





Settle makan kami terus ke Padang Kota untuk tangkap gambar. Mak aihhhh lit lit panaih sungguh. Sempat la merakam dalam 15 minit lebih kurang sebelum kami bergerak ke Jeti. Kita bawa RS naik feri. 





Nasiblah tak banyak kenderaan so tak perlu tunggu lama. Tunggu feri sampai terus kami naik feri.




Sampai je ke tanah besar, kami terus menuju ke Sungai Petani. Sampai memang masing masing penat. Cik en pun berehat sampai la tertidur dalam bilik. Bangun dan mandi je dan terus kelaur tengok satey dah siap bakar. Pe lagi teruslah makan sebelum tunggu geng lain untuk datang malam. Team Ladies Kedah tak dapat datang sebab masa itu hujan lebat sangat. So ada team RS Sungai Petani yang datang. 






Asalnya pukul 10 malam nak gerak ke Kolam Air Panas Ulu Legong Baling tapi tunggu menunggu kami gerak ke sana pukul 2.30 pagi dan sampai lebih kurang dekat pukul 4 pagi juga la. Orang dah mula tak ramai so memang kami conquer la tempat tu. Dalam pukul 5.30 macam itu kami gerak balik. 




Biasala, dah mandi air panas ini, lepas mandi mesti rasa mengantuk. Sebab sebelum ini cik en biasa pergi ke sini naik kereta. Lepas mandi memang kami terus balik Kuala Kangsar, sepanjang jalan memang tersengguk sengguk. Hiffny kata nanti nak singgah pekan Baling minum dulu. Cik en kalau dah ngantuk memang muka dah macam orang meroyan. hahahah. Cik en order kopi o kaw suam kosong. Terus cerah biji mata.




Sampai rumah dalam pukul 8 terus semua terbongkang tidur dan cik en pukul 12 dah bangun dan bersiap. Terima kasih banyak pada family Hiffny sediakan makanan. Nak tolong memang cik en dah tak larat. Last masa makan tengah hari je cik en tolong membasuh. Segan pula bila orang perempuan tak tolong memasak ini. Tapi tula ride ini tak sama dengan drive. Penat dia lain macam. Mungkin cik en masih baru kan, itu yang rasa penat itu. 

Selesai semuanya cik en request untuk snap gambar kat mercu Sungai Petani. Nama pun ride to Sungai Petani tapi tak ada simbolik Sungai Petani itu.



So complete ride kali ini. Kami sampai Manjung dalam pukul 8 malam dan cik en balik rumah dah masuk pukul 9.30 malam. Sampai sampai cik en tengok Peyah dah hilang. Dah masuk hari ke3 entri ini di taip, peyah masih belum balik lagi. Macam macam cara cik en cuba untuk jejak peyah tapi dia masih tak balik lagi. Cik en cuma berharap dia akan balik tak lama lagi. Harap dia balik sebelum cik en naik flight untuk travel minggu depan. So, jumpa next entri. Bye!

Bakso Sedap Di Sitiawan Perak

$
0
0

Bakso Sedap Di Sitiawan Perak | Bakso bukanlah makanan kegemaran cik en sebab dulu pernah makan daging itu masam je. Sampai la rakan sekerja cik en ajak makan bakso sebelum cik en fly ke Yogyakarta. Persediaan sebelum ke sana. Kat sana akan jumpa lagi sedap katanya. Tapi malang sangat sebab masa di Jogja cik en tak jumpa bakso yang sedap. Sebab itu cik en beritahu pada kawan facebook cik en " Gi jogja tak jumpe bakso sesedap di sitiawan ini. Ke supirnya tak pandai cari port sedap? 2 kali try dan semestinya sentiasa rasa sedap yang sama " Bila up camtu ramai tanya kat mana Bakso Sedap Di Sitiawan Perak ini? 

Bakso Sedap Di Sitiawan Perak
Bakso Sedap Di Sitiawan Perak

Bakso Sedap Di Sitiawan Perak


Untuk pengetahuan korang, Bakso Sitiawan ini adalah makanan kegemaran staf dan doktor Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak dan Persekutuan yang pernah datang ke Sitiawan untuk urusan kerja. Ada yang repeat buat kerja area datang sini semata semata nak makan Bakso Sitiawan ini. Kedai dia bukannya kedai yang biasa kita tengok tapi cuma warung di dalam Felcra Gugusan Lekir Sitiawan. Nak cakap memang tak tahu tapi kalau rasa nak try roger cik en la.. cik en bawakan na...


Tak Sempat Nak Ke Matta Fair 2019? Korang Boleh Je Ke Traveloka Saleabration

$
0
0
Tak Sempat Nak Ke Matta Fair 2019? Korang Boleh Je Ke Traveloka Saleabration | Untuk kaki jalan tipulah kalau korang tak pernah tau pasal Matta Fair ini. Sebut saja ada Matta Fair, mesti berduyun duyun orang pergi semata mata untuk survey Matta Fair Promo seperti pakej percutian, travel dengan promosi dan promosi yang menarik. So kalau korang nak tau, Matta Fair 2019 akan diadakan pada bulan Mac di KL dan April di Penang kali ini. Mungkin macam cik en yang duduk di Perak ini, sedih rasanya macam tak sempat nak ke dua dua tempat ini kan? Tapi sebenarnya cik en ada juga la dengar, pada masa yang sama ada Traveloka Saleabration. Traveloka Saleabration ini ada banyak tawaran dan harga terbaik untuk kaki travel ini. | Tak Sempat Nak Ke Matta Fair 2019? Korang Boleh Je Ke Traveloka Saleabration



Tak Sempat Nak Ke Matta Fair 2019? Korang Boleh Je Ke Traveloka Saleabration

Traveloka Saleabration ini adalah kempen yang menawarkan banyak diskaun yang berbaloi baloi. Bukan saja pada tiket flight tapi harga untuk hotel dan juga yang terbaru adalah tarikan dan aktiviti. Sebenarnya lagi jimat kalau korang boleh buat tempahan terus semua dalam satu satu masa. Memudahkan dan boleh mengurangkan risiko masalah masalah semasa travel. Kira korang dah tak payah pening fikir bila sampai kat tempat korang travel nak mencari hotel lepas itu nak survey harga tiket aktiviti atau sebagainya. Tempah awal siap siap dah korang boleh enjoy semasa travel. Tapi sangat sangat berbaloi la korang nak tempah semua ini masa Traveloka Saleabration ini. Tak perlu nak penat penat ke Matta Fair, cari parking dan apply cuti. Tengah malam pun dah boleh dapat diskaun yang sama ke Matta Fair di Traveloka Saleabration. Ini yang boleh buat cik en nak tambah list travel tahun ini walaupun macam dah penuh. hahahhaha. Tapi boleh juga survey kan mana la tahu ada promosi yang boleh cik en ambil peluang. Bukan senang kan nak dapat promosi camni.


Traveloka Saleabration ini lebih mudah kalau korang guna apps Traveloka. Dimana mana saja korang boleh check dan tak perlu nak mencari PC untuk mencari. Kalau ikutkan, cik en dah familiar dengan Traveloka dari dulu lagi. Apps dia memang banyak kelebihan berbanding apps yang lain. Lebih kurang macam All in one la apps dia. Selalunya kalau nak travel mesti korang kena lebih dari satu apps, 1 untuk book flight dan 1 lagi untuk hotel dan klepas itu nak book tiket aktiviti kan? Dengan Apps Traveloka korang boleh book semuanya sekali. Mudah kan? Bila dah include semua semestiny akan dapat jimatkan korang lagi lagi yang nak buat travel budget. Selain itu bab harga memang honest pricing la. Tak ada nk cas cas tersembunyi. That why korang kena juga guna traveloka apps ini. Sangat mudah dan berbaloi.

Anyway mana yang baru pertama kali nak travel itu, cik en sebenarnya nak kongsi tips pada korang. Mungkin boleh jadi panduan untuk korang. Dan lepas itu akan ada travel kedua ketiga dan seterusnya ahhahaha. Anyway travel ini gian tau. Sekali dah travel lepas itu mesti akan ada next travel.


  • Tempat Travel


Kalau nak travel dalam negara ini, macam tak la susah sangat sebab matawang, bahasa dan suasana lebih kurang sama. Kalau ke luar negara pilih negara yang dekat dan tak jauh dari budaya hidup kita. Kenali dan kalau dalam travel budget cari negara yang matawangnya lebih rendah. So untuk masa in negara yang rasa berbaloi untuk travel adalah Indonesia, Thailand dan kalau ada budget lebih boleh ke Singapura. Cik en sendiri dah explore Singapura, Thailand, Lombok dan Yogyakarta.


  • Budget dan Itinery


Yang ini penting. Listkan tempat menarik yang ada beserta dengan harga tiket. Dan jangan lupa masukkan budget supir atau kenderaan. Semua itu korang boleh cari di internet dan kalau tiket flight dan hotel pula boleh gunakan apps seperti Traveloka. So masa Traveloka Saleabration la ini korang boleh nampak berapa budget dan itinery yang korang boleh explore di tempat tu.


  • Makanan, budaya dan bahasa


Yang ini korang boleh belajar di internet je. Makanan yang halal dan vegetarian korang kena tau, kang sampai sana dok cari maggi pula. Budaya dorang juga ambil tahu manatau salah kan? Contoh di Jepun, kornag takdi benarkan bagi duit tips dan kalau dibagi tanda rasuah. Bahasa korang boleh guna google translate kalau ada masalah komunikasi.


  • Pilih partner travel yang sekepala


Kenapa cik en kata sekepala? Sebab kalau ada yang kepala angin, mesti travel korang jadi tak best. Cari kawan yang boleh bantu korang ambil gambar menarik sepanjang travel. Sebabnya bukan selalu dna mungkin itu kali pertama dan terakhir korang di situ, jadi abadikan jangan lepaskan peluang untuk tangkap gambar. Selain itu jangan cari terlalu cerewet sampai menyusahkan korang. Ada sesetengah orang yang tak kisah semua itu sebab boleh bawa diri sendiri tapi kalau korang rasa tak yakin nak lone ranger, korang cari kawan atau saudara mara yang boleh teman korang.

Ini antara tips yang cik en boleh kongsi dengan korang. Mungkin korang ada pendapat sendiri lagi lagi yang pernah travel itu. 

Laman Karya Lumut - Lakar

$
0
0
Laman Karya Lumut - Lakar  | Walaupun Lakar dah wujud beberapa bulan lepas di Lumut, cik en masih tak tahu kewujudannya. Nampak tak cik en orang duduk rumah jarang keluar? Hahhahaha. So kali ini cik en nak kongsi dengan korang pasal Lakar ini. Lakar atau Laman Karya Lumut ini diusahakan atas gabungan beberapa komuniti tempatan seperti Kuasa Perak, Info Hub, Nagarakota, Ruang GK, Lakar Cafe, Toko buku Hamzah, Selat + Selat, OGB, Hinggap Backpaker, Sugar & Twine dan marina Wing Night dalam mengumpulkan beberapa komuniti untuk menjalankan pelbagai aktiviti seperti filem, nature arts, penanaman pokok, nursery bakau dan lain lain lagi. | Laman Karya Lumut - Lakar

Laman Karya Lumut - Lakar
Laman Karya Lumut - Lakar 

Laman Karya Lumut - Lakar


Anyway cik en sebenarnya tak explore lebih sebabnya cik en nak jemput Blogger Perak untuk join aktiviti yang ada disini. Tapi disebabkan semuanya sibuk dengan jadual masing masing cik en buat review terlebih dulu apa yang ada disini. So apa yang cik en diberitahu ada beberapa bilik atau ruang di Laman Karya Lumut - Lakar ini dan disewa kepada beberapa komuniti seperti Nature InfoHub & Tours, Nagarakota, Lakar Cafe, Toko Buku Hamzah dan Hinggap Backpacker. Paling famous disini Hingap Backpacker dan Lakar Cafe


Gamabr di atas ini adalah gambaran kawasan Laman Karya Lumut - Lakar ini. Setiap bangunan ada terbahagi kepada 4 ruangan atau bahagian. Atas 2 dan bawah 2. Sebelah kanan sekali bawah adalah Nature InfoHub & Tours. Diatasnya adalah ruangan bermesyuarat atau perjumpaan kecil. Kalau nak buat surprise party pun boleh juga sebab ruangannya privacy dan santai. Sebelahannya adalah tempat jamming dan tempat buat cop untuk baju. Cik en sendiri dah lupa apa ke namanya proses itu. Tapi blok dia gunakan kayu di bawah ini



Disebelah atas Lakar Cafe ada ruangan santai, cit cat dan minum minum. Gambar di bawah ini adalah gambar di ruangan ini



Bangunan sebelah nya pula adalah Lakar Cafe dan cik en belum kesempatan untuk merasai menu yang ada disitu lagi. Insyallah dengan team Blogger Perak nanti cik en akan merasa dan berkongsi dengan korang. Kalau korang nak tahu menu apa yanga ada, korang boleh try tengok di Facebok LAKARkafe.


Bangunan sebelahnya pula dibawah adalah tempat baiki basikal. Di Laman Karya Lumut - Lakar ini selalu jadi tumpuan komuniti berbasikal. Jadi disini mereka akan dapatkan peralatan dan pembaikan basikal mereka. Diatasnya pula ada Toko Buku Hamzah yang mana buku yang tidak dijual di pasaran dan di Malaysia korang boleh dapat disini. Korang boleh pinjam bawa balik dengan menulis nama je.

Sebelahannya pula adalah Hinggap Backpacker Hostel untuk wanita dan bangunan sebelahnya untuk lelaki. Hinggap Backpacker Hostel ini tak la selesa macam hotel dan ianya sangat terhad dalam 10 orang macam itu. Sesuai untuk sesiapa yang datang ke sini dan menunggu feri ke Pangkor. Masa cik en datang ianya masih dalam penambahbaikan tapi korang boleh tengok progress di Hinggap Backpacker Hostel

Cik en akan story lebih lanjut Laman Karya Lumut - Lakar bila cik en kesana lagi nanti. So kalau korang nak tau aktiviti terbaru Laman Karya Lumut - Lakar ini atau nak join aktiviti mereka boleh la follow mereka di


p/s : lepas ini nak story pula di Manjung ini port makan ketiaw kicap kuah kari best macam di Ipoh. Kena bersabar la ye untuk cik en update. Hihihi
Viewing all 1599 articles
Browse latest View live