Nasi Lembik VS Nasi Kering | Nasi nerupakan makanan utama bagi rakyat Malaysia. Nasi merupakan sumber Karbohidrat bagi badan kita. Kebaikan memakan nasi adalah sumber tenaga, pertumbuhan pembesaraan, mengawal emosi, mencegah kanser, kaya dengan vitamin, baik untuk tulang dan gigi tapi mempunyai kalori yang tinggi yang mana boleh mengakibatkan kegemukan dan diabetis. Tapi nasi tetap juga menjadi pilihan kita.
Nasi Lembik VS Nasi Kering adalah satu perkara penting bagi cik en apabila membeli nasi berlauk di kedai. Diakui cik en lebih sukakan nasi yang lebih kering atau ada yang memanggilnya "relui". Jika nasinya nasi lembik, ianya memotong selera cik en untuk makan. Akhirnya cik en meratah lauk. Ada yang kata, nasi lembik ini lebih cepat kenyang berbanding yang kering. Tapi bagi cik en, kalau nasi yang lembik tidak sesuai untuk makan dengan lauk yang berkuah. Dan jadi macam banjir dan kembang pula tengok. Tapi terpulang pada individu masing masing. Cik en tetap sukakan Nasi yang lebih kering.